Sie sind auf Seite 1von 12

PERAKAUNAN PENGURUSAN

Definisi perakaunan pengurusan…

- Penyediaan maklumat untuk keperluan pihak dalaman.


- Melaporkan maklumat perakaunan dan bukan perakaunan
untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan bagi
mencapai objektif syarikat.

Peranan Akauntan pengurusan…


1. Menyelesaikan masalah
- Akauntan pengurusan terlibat dalam menganalisis maklumat
untuk tujuan pembuatan keputusan bagi menyelesaikan
masalah yang timbul.
- Akauntan akan menganalisis maklumat daripada alternative
yang ada.

2. Mengumpul maklumat
- Akauntan pengurusan akan mengumpul data dan melaporkan
maklumat yang boleh dipercayai kepada pihak pengurusan
untuk tujuan pembuatan keputusan.

3. Membantu penumpuan perhatian


- Akauntan pengurusan membantu pihak pengurusan
menumpukan perhatian kepada perkara yang penting dalam
perniagaan.
- Memberi perhatian kepada semua peluang yang memberikan
nilai tambah dan pengurangan kos kepada organisasi.
Fungsi perakaunan pengurusan…

- Memberikan pengekosan sesuatu produk.


- Memberikan maklumat bagi tujuan perancangan, kawalan,
penilaian dan pembaikan berterusan.
- Memberikan maklumat untuk tujuan pembuatan keputusan.

Peranan Akauntan pengurusan dalam Fungsi pengurusan…


1. Perancangan
- Membantu merangka perancangan masa hadapan dengan
memberikan maklumat bagi membuat pelbagai keputusan.
- Membantu membuat perancangan jangka pendek di dalam
belajawan

2. Pengendalian dan motivasi


- Belanjawan dan laporan prestasi yang dikeluarkan oleh
akauntan mempunyai kesan terhadap motivasi kakitangan.

3. Kawalan
- Membantu proses kawalan menerusi laporan prestasi dan
membandingkan prestasiyang dirancang bagi setiap jabatan.
PERAKAUNAN KEWANGAN

Definisi Perakaunan Kewangan


 Perakaunan kewangan adalah proses mengumpul,
mengelas, merekod dan mengintepretasi urusniaga
mengikut standard yang telah ditetapkan.

 Perakaunan kewangan adalah untuk pengguna dalam


dan luaran.
Contoh: Pemegang saham, bakal pelabur, pihak
pengurusan dalaman, pemiutang dan pihak berkuasa.

 Penyata perakaunan kewangan disediakan mengikut


masa yang telah ditetapkan biasanya setahun sekali
dan mengikut jangka masa yang sama setiap tahun.
Contoh; mungkin setahun sekali, setengah tahun dan
lain-lain.

 Perakaunan kewangan memberi penumpuan kepada


keseluruhan organisasi.

Prinsip Perakaunan Kewangan


- Tertakluk kepada prinsip yang diterima.

Unit Pengukuran bagi Perakaunan Kewangan


- Semua maklumat berkaitan perakaunan kewangan
adalah dalam ukuran nilai wang.

Penumpuan Masa bagi Perakaunan Kewangan

- Tumpuan lebih kepada masa lepas.


Contoh: Mencatatkan urusniaga yang telah berlaku di dalam
rekod perakaunan

Tanggungjawab Perakaunan Kewangan


- Menyediakan akaun – akaun dan penyata kewangan untuk
dilaporkan kepada pemilik dan kepada pihak tertentu untuk
maklumat terhadap kedudukan kewangan organisasi.
PERAKAUNAN KOS
Definisi Perakaunan Kos

 Perakaunan kos merupakan proses penilaian dan


pemprosesan data daripada aktiviti yang berlaku dalam
industri tertentu seperti industri pengilangan dan maklumat
daripada data yang telah diproses digunakan dalam proses
perancangan, pembuatan keputusan dan kawalan.

 Perakaunan kos memberikan penumpuan kepada bahagian


tertentu di dalam sesuatu organisasi.
Contohnya: Bahagian pengeluaran.

 Laporan perakauan kos disediakan apabila perlu.


Contohnya: mungkin setiap hari, mingguan, bulanan dan
lain-lain.

Kepentingan perakaunan kos kepada pihak pengurusan

1. Sebagai kawalan kos


 Kawalan penting kepada pihak pengurusan untuk
menentukan operasi jabatan, proses dan kos dalam
keadaan terkawal.
 Dengan adanya kawalan, ia membolehkan setiap
bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap
untuk mencapai objektif syarikat yang telah
ditetapkan.
 Data-data yang diperolehi dari perakaunan kos boleh
digunakan untuk mendedahkan segala pembaziran dan
kerugian yang telah berlaku disebabkan oleh kurang
kecekapan supaya tindakan yang cepat dapat diambil.

2 Untuk membuat keputusan.


 Maklumat kos yang dipersembahkan dengan betul dan
tepat amat berguna kepada pihak pengurusan dalam
membuat keputusan yang boleh memberi kesan
terhadap prestasi dan kedudukan kewangan
perniagaan sama ada dalam jangka masa pendek atau
pun panjang.
 Contohnya perakaunan kos membolehkan pihak
pengurusan menentukan kos pelbagai kerja dan proses
, ia juga dapat menentukan pelbagai kerugian dan
pembaziran sebelum kerja disiapkan, dengan ini
keputusan yang cepat dapat diambil untuk
mengelakkan kerugian yang lebih besar berlaku.

3 Untuk membuat perancangan.


 Dengan menganalisis maklumat dan aktiviti kos yang
lepas serta membandingkan dengan maklumat kos
yang terkini ia akan membantu di dalam membuat
perancangan yang lebih baik seterusnya dapat
mempertingkatkan perfoman pada masa hadapan.
 Perakaunan kos dapat menyampaikan maklumat-
maklumat untuk membolehkan sesuatu perniagaan
merancang aktivitinya untuk mencapai sesuatu
objektif, seperti mempertingkatkan untung atau
memperkukuhkan kedudukan kewangannya.

 Contohnya perakaunan kos menyediakan analisis


terhadap ketidak cekapan yang telah berlaku dalam
pebagai bentuk seperti pembaziran bahan mentah,
masa, perbelanjaan, kegunaan mesin, alatan dan
pelbagai lagi, dengan ini pihak pengurusan dapat
membuat perancangan yang lebih rapi untuk
mengurangkan ketidak cekapan ini di masa hadapan.

4 Penentuan dan anggaran harga.


 Dalam penentuan harga faktor kos merupakan faktor
yang penting di samping beberapa faktor yang lain
seperti pasaran, persaingan dan lain-lain.
 Data-data kos dari perakaunan kos membolehkan kos
sesuatu item dikira untuk tujuan menetapkan harga
sebelum item tersebut dijual.

Prinsip Perakaunan Kos

 Tidak ditetapkan apa-apa prinsip yang khusus.

Unit Pengukuran bagi Perakaunan Kos

 Selain daripada nilai wang sebagai alat pengukuran


perakaunan kos juga menggunakan unit pengukuran dalam
jam buruh, jam mesin dan unit keluaran untuk tujuan analisa
dan pembuatan keputusan.

Penumpuan Masa bagi Perakaunan Kos

 Tumpuan lebih kepada masa hadapan.


Contoh: Menggunakan maklumat lepas untuk membuat
keputusan, mengawal dan merancang untuk masa hadapan.

Tanggungjawab Perakaunan Kos

 Menyediakan ramalan kewangan, belanjawan, analisis


varian, maklumat kewangan dan pengkosan, penentuan harga
yang mana ia menyumbangkan maklumat untuk proses
pembuatan keputusan, perancangan dan kawalan.
PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN
1.

Das könnte Ihnen auch gefallen