Entdecken Sie eBooks
Kategorien
Entdecken Sie Hörbücher
Kategorien
Entdecken Sie Zeitschriften
Kategorien
Entdecken Sie Dokumente
Kategorien
NAMA NO MATRIK
AIN MAISARAH BINTI ABDUL RAHIM 050639
FARHAH BINTI ADAM 050631
FARAH IZZATI BINTI MOHD SAUFI 050792
AMIRA SAHILA BINTI HAMIDAN 051317
HANIM BINTI AHMAD@MOHAMAD 051284
ATIFAH AISHAH BINTI ROSLE 050812
1
SENARAI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan 3
6.0 Hukum Syarak dalam Hak Pewarisan Kepada Anak Hasil IVF yang 11
Dilakukan Selepas Kematian Suami
7.0 Kesimpulan 13
8.0 Bibliografi 14
2
1.0 PENDAHULUAN
Fitrah manusia pasti menginginkan kebahagiaan. Kebahagiaan sepasang suami isteri ialah
kurniaan anak sebagai penyejuk mata dan penawar hati. Dalam Islam sendiri, antara matlamat
perkahwinan adalah untuk meramaikan umat Nabi Muhammad SAW sebagaimana sabda
Rasulullah SAW:
Anas Ibnu Malik R.A berkata: Rasulullah SAW memerintahkan kami berkeluarga dan sangat
melarang kami membunjang. Baginda bersabda: “Nikahilah perempuan yang subur dan
penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak, aku akan berbangga di hadapan para Nabi
pada hari kiamat”.
Namun, realiti kehidupan di dunia milik Allah SWT, manusia akan diuji olehNya sebagai
ukuran keimanan yakni dengan masalah ketidaksuburan.1 Dengan adanya kemajuan teknologi
dalam bidang perubatan maka keinginan suami isteri yang tidak boleh mendapatkan keturunan
secara semula jadi dapat dibantu dengan pembiakan buatan atau teknik genetik. Antara teknik
genetik tersebut ialah bayi tabung uji atau persenyawaan di luar rahim. Penemuan kaedah rawatan
ini telah membawa jalan penyelesaian bagi kes infertiliti (mandul).2 Kos bagi rawatan infertiliti ini
agak tinggi iaitu RM10 000-RM 25 000 bagi setiap percubaan.3 Walau bagaimanapun, kebanyakan
pasangan suami isteri sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi merealisasikan impian mereka
untuk menimang cahaya mata.
Kebanyakan ulama’ mengharuskan pasangan suami isteri melakukan kaedah rawatan ini
kerana ia merupakan salah satu daripada isu-isu ijtihadi disebabkan tiada penjelasan nas secara
langsung terhadap hukum penggunaannya. Oleh hal yang demikian, timbul pelbagai isu berkenaan
cara penggunaan kaedah ini dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antara isu yang
dibincangkan ialah persenyawaan benih suami isteri yang disimpan di dalam makmal tabung uji
setelah kematian suami. Jadi, kertas kerja ini akan membincangkan berkenaan isu tersebut dengan
lebih mendalam melalui pengumpulan beberapa fatwa negeri di Malaysia dan hukum syarak
berkenaan hak pewarisan anak yang dilahirkan melalui cara ini.
1
Farah Aisyah Ahmad et.al (2012), Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global, Seminar Fiqh Medik 2012.
2 Khairina Gustia Usman dan Normaliah Daud (2018), Ibu Tumpang Menurut Sains dan Ulama Kontemporari,
Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization, Universiti Sultan Zainal Abidin, Hlm.
255.
3 Nik Hazlina dan Shaiful Bahari (2011), Infertiliti Permasalahan Dengan Sindrom Ovari Polisistik, Kuala Lumpur:
3
2.0 TAKRIF DAN SEJARAH BAYI TABUNG UJI
In-vitro Fertilization (IVF) merupakan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum (telur)
perempuan yang berlaku dalam vitro (kaca) yang dicampurkan dalam satu piring makmal dalam
persekitaran yang sesuai. Setelah itu, embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim.4
Kajian ini telah lama dilaksanakan oleh ahli-ahli sains berkenaan kebarangkalian hamil tanpa
mengadakan oleh seseorang wanita sebarang hubungan jenis dengan lelaki. Namun begitu, mereka
hanya membuat andaian sahaja tentang sesuatu perkara yang belum terjadi. Saintis ulung, Ibn
Khaldun dan beberapa ahli falsafah Islam sebelum beliau iaitu idea penciptaan manusia seumpama
Ibn Sina dan Al-Farabi. Berpandukan apa yang dinyatakan oleh Ibn Sina, al-Farabi dan al-
Toghrani, manusia berkemungkinan akan terbentuk daripada mani dalam suasana tabii yang
bersesuaian (rahim).
Setelah itu, Ibn Khaldun menyatakan: "Apabila kita memperolehi kebarangkalian tersebut
berdasarkan pemerhatian dan penelitian dalam pelbagai aspek iaitu unsur-unsur perbandingan,
lingkungan dan proses kejadian di dalam rahim, kita mendapati bahawa kejadian manusia
sememangnya terbentuk sedemikian tanpa ada sebarang perselisihan dengan teori." Dalam
menjelaskan sains kemanusiaan, Ibn Khaldun menerima bahawa kejadian manusia melalui proses
yang cukup kompleks. Melalui perkembangan penyelidikan dan ilmu pengetahuan dalam
mengkaji unsur-unsur yang tepat dalam pembentukan janin. Oleh itu, menghasilkan suatu
penemuan yang dinamakan ‘bayi tabung uji’. Pencapaian sains moden mampu mewujudkan
suasana dan keadaan yang sesuai bagi membentuk janin daripada mani melalui kaedah dan
kawalan yang sempurna dan hebat.
Kisah penemuan bayi tabung uji tersebar secara meluas pada masa itu. Pelbagai
penyelidikan telah dilakukan. Doktor-doktor perubatan Amerika telah menjalankan eksperimen
mengenainya. Percubaan memindahkan embrio yang berusia lima hari daripada ibunya perempuan
kedua dibuat. Janin ini berjaya dilahirkan oleh ibu kedua dengan selamat. Melalui penemuan ini,
masalah kemandulan yang dihadapi oleh sebahagian wanita dapat diselesaikan. Hal ini kerana,
kebanyakan kemamdulan berpunca daripada tiub fallapio yang tersumbat sehingga ovari tidak
dapat mengeluarkan ovum. Oleh itu, melalui aplikasi benih yang disumbangkan oleh wanita lain.
Walaubagaimanapun, aplikasi penemuan ini dibantah oleh sebahagian sarjana. Hal ini kerana
4
Farah Aisyah Ahmad et.al (2012), Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global, Seminar Fiqh Medik
2012.
4
dianggap sebagai perjanjian perut secara kontrak yang melibatkan penyewaan sementara rahim
seorang wanita kepada suami perempuan yang bermasalah untuk hamil. Berdasarkan kaedah ini,
bayi tersebut dinasabkan kepada pasangan yang mandul secara tabanni, iaitu menasabkan anak itu
kepada pasangan tersebut.
Justeru, satu kaedah telah diciptakan oleh saintis Australia dalam mengatasi masalah ini.
Ovum wanita asing disenyawakan dengan sperma seorang suami dan dimasukkan ke dalam rahim
isterinya untuk dikandungkan. Pengkajian dengan kaedah yang tersendiri oleh saintis Amerika
dengan menjalankan proses persenyawaan di dalam rahim perempuan pertama dan kemudiannya
dipindahkan ke dalam rahim perempuan yang ingin menjadi ibu kepada bayi tersebut. Kedua-dua
penemuan ini menyumbangkan suatu kemajuan dalam sains genetik. Dalam perkara ini, wanita
yang menyumbangkan ovum tidak diiktiraf sebagai ibu kepada bayi yang dilahirkan tetapi wanita
yang mengandung dan melahirkan bayi tersebut yang mendapat hak sebagai ibu. 5
Proses bayi tabung uji iaitu sperma dan ovum yang telah dipertemukan dalam satu tabung, yang
mana selepas berlaku persenyawaan dimasukkan ke dalam rahim perempuan sehingga sampai
waktu bayi tersebut dilahirkan.
Antara langkah prosedur bagi bayi tabung uji seperti berikut:
3.1 Sebelum Bermula
Sebelum pesakit mula menjalani proses IVF, peskit hendaklah melalui perkara-perkara
yang berikut:
1. Berjumpa dengan doktor pakar IVF.
2. Memastikan maklumat rujukan adalah yang terkini.
3. Menjalani pemeriksaan ujian bagi wanita dan lelaki.
4. Berjumpa dengan kaunselor bagi kedua-dua pasangan lelaki dan
perempuan.
5. Menandatangani borang persetujuan untuk prosedur IVF dan pembekuan
embrio.
5
Hasan Basri Omar (2011), Zuriat Biologi: Reproduksi Rekaan Dari Perspektif Islam, Selangor: PTS Islamika Sdn.
Bhd, Hlm. 1-5.
5
6. Membuat janji temu permulaan dan tarikh untuk mengambil ubat akan
diberikan.
3.2 Apabila Kitar Bermula
Sebelum memulakan rawatan, pesakit hendaklah menghubungi pusat IVF pada hari
pertama dia didatangi haid.
3.3 Rawatan Perubatan
Apabila pesakit menjalani rawatan perubatan, doktor mungkin akan mempreskripsikan
suntikan, semburan hidung, atau tablet. Ia harus diteruskan seperti yang diarahkan
sehingga imbasan ultrabunyi faraj dijadualkan.
3.4 Pemeriksaan Imbasan Ultrabunyi
Doktor akan melakukan sekurang-kurangnya satu imbasan bergantung pada jenis kitar
rawatan. Dalam sesetengah kitar rawatan, pesakit akan melalui dua imbasan ultrabunyi,
iaitu semasa awal kitar haid dan setelah diberikan ubat rangsangan.
3.5 Ujian Darah
Sesetengah wanita mungkin memerlukan ujian darah harian.
3.6 Suntikan hCG
Suntikan ini diberikan kira-kira 34-36 jam sebelum pengutipan ovum. Pesakit akan
dimaklumkan masa suntikannya, masa pengutipan ovum dan masa pengumpulan
sperma.
3.7 Pengutipan Ovum
Berikut ialah beberapa perkara yang dilarang dan dibolehkan sebelum dan sesudah
menjalani prosedur pengutipan ovum berlangsung:
Pesakit tidak dibenarkan makan atau minum selepas tengah malam, sehari sebelum
prosedur.
1. Kemasukan pesakit ke bilik pembedahan adalah sebagai kes harian (day care)
2. Pasangan dibenarkan untuk menemani pesakit, kecuali jika pesakit dibius
sepenuhnya.
3. Pesakit boleh pulang ke rumah dua jam yang berikutnya, jika tidak mengalami
sebarang masalah.
4. Pesakit tidak dibenarkan memandu dalam tempoh 24 jam.
6
3.8 Pengumpulan Sperma
Biasanya, pengumpulan sperma dilakukan pasa waktu pagi semasa prosedur
pengutipan ovum. Walau bagaimanapun, masa yang sebenarnya akan diberitahu.
Pengumpulan sperma boleh dihasilkan melalui masturbasi di hospital, atau dengan cara
lain.
3.9 Sehari Selepas Pengumpulan Sperma
Sehari selepas sperma dikumpulkan, pesakit hendaklah mendapatkan masa untuk
melakukan pemindahan embrio pula.
3.10 Pemindahan Embrio
Kebiasaannya, pemindahan embrio dilakukan dua hari selepas pengutipan ovum. Masa
yang diambil bagi proses ini adalah lebih kurang setengah jam. Seterusnya, rawatan
hormon akan diberikan.
3.11 Ujian Kehamilan
Pesakit perlu menjalani ujian kehamilan, tidak kira sama ada haidnya telah bermula
atau tidak. Sekiranya, keputusan ujian negatif dan pesakit tiada embrio yang dibekukan,
maka pesakit dinasihatkan berjumpa doktor untuk berbincang berkenaan rawatan yang
seterusnya.6
3.12 Proses Kejadian Bayi Tabung Uji
Proses kejadian bayi tabung uji secara zatnya secara ringkas adalah seperti berikut:
1. Bermula dengan ovum yang dikeluarkan oleh ovari diletakkan di dalam radas
khas dengan perlindungan cecair fisiolagi yang sesuai.
2. Kemudian sperma lelaki dicantumkan dengan ovum untuk disenyawakan.
3. Apabila persenyawaan sempurna membentuk zigot, sel tersebut akan
membahagi dua
4. Kemudian membentuk empat sel dan seterusnya membentuk lapan sel.
5. Proses ini akan berlaku pada hari keempat selepas persenyawaan, dan
dinamakan tahap morula yang menyerupai bentuk buah mulberi.7
6 Nik Hazlina dan Shaiful Bahari (2011), Infertiliti Rawatan melalui Teknik Bantuan Reprodiktif, Kuala Lumpur:
Mashi Publication Sdn. Bhd, Hlm. 61-63.
7 Hasan Basri Omar (2011), Zuriat Biologi: Reproduksi Rekaan Dari Perspektif Islam, Selangor: PTS Islamika Sdn.
Bhd, Hlm. 5.
7
4.0 HUKUM UMUM BERKENAAN PERSENYAWAAN DI LUAR RAHIM
Panel Kajian Syariah telah mengadakan mesyuarat pada 15-16 Oktober 2002 di Johor Bharu
mengambil keputusan dan bersetuju seperti berikut yang pertama iaitu hukum mencantumkan
benih yang dikeluarkan sebelum perkahwinan atas sebab-sebab kesihatan atau masalah ketidak
suburan yang dijangka akan berlaku adalah harus dengan syarat percantuman dibuat dengan benih
pasangan dalam tempoh perkahwinan yang sah. Seterusnya, hukum bagi memasukkan pre-embryo
ke dalam rahim isteri selepas berlaku kematian suami atau perceraian adalah haram.
Di samping itu, dalam konteks mengeluarkan benih suami isteri dan melakukan proses
percantuman di makmal semasa tempoh perkahwinan yang sah hukumnya adalah harus. Ini seperti
yang difatwakan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-5 dan ke-6 pada 16-17 November
1982 dan Oktober 1983 mengenai bayi tabung uji. Keputusan tersebut adalah seperti berikut iaitu
bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara terhormat adalah sah di sisi Islam.
Sebaliknya jika benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu
adalah tidak sah. Seterusnya, bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan
berhak menerima harta pusaka daripada keluarga yang berhak. Selain itu, sekiranya benih daripada
suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam ianya dikira
sebagai cara terhormat. Oleh yang demikian, muzakarah bersetuju memutuskan keputusannya
adalah hukum memasukkan embrio ke dalam rahim isteri selepas berlaku kematian suami atau
perceraian adalah haram.8
8 Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia (2003), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Hlm: 113-119.
8
5.0 KUMPULAN FATWA BERKENAAN PERSENYAWAAN BENIH SUAMI ISTERI
YANG DISIMPAN DALAM MAKMAL TABUNG UJI SELEPAS KEMATIAN SUAMI
5.1 Kedah:
Jawatankuasa setelah meneliti dengan halus dan mendalam masalah ini dan
berpendapat bahawa tidak harus bagi si isteri tersebut mempersenyawakan benihnya
dengan benih bekas suami ketika itu (selepas kematian suami) kerana hubungan syar’i
diantara mereka berdua telah putus sama sekali dengan kematian tersebut, jadi air mani
bekas suaminya itu tidak dikira sebagai mani suaminya. Walaupun ketika menurunkan
mani mereka adalah suami isteri tetapi ketika hendak disenyawakan mani itu mereka
bukan lagi suami isteri. Harus disenyawakan mani suami isteri itu apabila didalam
keadaan ketika turun mani dan di dalam ikatan perkahwinan yang sah. Keharusan ini
bukan bermakna boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya, sebaliknya hendaklah
berhati-hati dan ketika berada dalam keadan yang amat memaksa (darurat) dan dengan
yakin bahawa benih yang hendak disenyawakan itu adalah benih yang sah dari suami
isteri yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah kerana dikhuatiri keadaan yang
ghairah untuk mendapatkan zuriat dan keturunan yang sah, keturunan itu menjadi
bercampur-aduk. Islam mensyariatkan bahawa perkahwinan adalah bertujuan untuk
mendapatkan zuriat dan menentukan nasab dan keturunan yang sah.9
9Himpunan Fatwa Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Mufti Negeri Kedah, Alor Setar: Percetakan Siaran Sdn.
Bhd, Hlm. 84-85.
9
Ke-6 yang bersidang pada 10 Oktober 1983 telah membincangkan Bayi Tabung Uji.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara ‘terhormat’
adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang
sah bayi tabung itu adalah tidak sah.
2. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak
menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.
3. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak
bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara ‘terhormat’.
Antara kaedah bayi tabung uji yang diharamkan ialah menggunakan air mani suami
yang disimpan bank sperma kemudian digunakan oleh isteri selepas kematian suami
untuk tujuan kehamilan. Berkata Syeikh Prof. Dr. Ali al-Qurahdaghi dalam
kitabnya Fiqh al-Qadhaya al-Fiqhiyyah al-Mu`asirah:
“Seperti mana persenyawaan itu mungkin berlaku semasa suami masih hidup,
persenyawaan juga mungkin berlaku setelah suami mati. Hal itu berlaku apabila
sesuatu (kehamilan) itu terhasil selepas kematian suami dengan menggunakan nutfah
(air mani lelaki atau peringkat awal janin) yang diambil sebelum kematian suami lalu
disimpan dalam suatu tempat yang dinamakan “Bank Sperma”. Persenyawaan jenis ini
adalah haram secara qat`i sama ada dilakukan secara in-vitro (luar rahim) atau in-vitvo
(dalam rahim). Ini kerana hubungan perkahwinan tamat dengan kematian, justeru
apabila berlaku persenyawaan maka itu berlaku dengan benih bukan suami lalu jadilah
ia nutfah yang diharamkan. Sekiranya lahir juga anak daripada hal itu, maka zahirnya
anak itu tidak dinasabkan kepada si suami selama mana punca benih itu tidak kekal
hidup.”
10
bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk
menghapuskannya.10
6.0 HUKUM SYARAK DALAM HAK PEWARISAN KEPADA ANAK HASIL IVF YANG
DILAKUKAN SELEPAS KEMATIAN SUAMI
Apabila berlaku kes persenyawaan luar rahim (tabung uji) dengan benih suaminya yang telah
meninggal dunia sebelum sempat meletakkan embrio tersebut ke dalam rahim si isteri, namun si
isteri tetap meletakkan embrio tersebut ke dalam rahimnya walaupun setelah kematian suaminya.
Bagaimanakah hak pewarisan kepada anak yang dihasilkan melalui perbuatan ini? Hukum
memasukkan embrio yang telah disenyawakan diluar rahim selepas kematian suaminya adalah
haram. Dan perempuan ini boleh dijatuhkan hukuman ta’zir. Ini kerana, hubungan perkawinan
antara dia dan suaminya telah berakhir dengan sebab kematian suaminya. Oleh itu, memasukkan
air mani ke dalam rahimnya waktu ini adalah tidak sah.
Hukum syarak dalam pewarisan anak yang dilahirkan dengan cara ini adalah haram untuk
mendapat hak pewarisan kerana ia adalah hasil persenyawaan selepas kematian suaminya dan
mereka yang bersetuju dengan pandangan ini ialah daripada kalangan Hanafiah dan juga Syafi’iah.
11
Para Fuqaha’ telah meletakkan kaedah dalam pewarisan bahawa apabila telah dithabitkan nasab,
maka boleh keatasnya mendapat hak warisan harta. Oleh sebab itu, anak yang dilahirkan dengan
cara ini tidak berhak untuk mendapatkan hak pewarisan di sisi al-Hanafiah.
Maka dapat disimpulkan, anak yang berhak mendapat hak nasab ialah anak-anak yang lahir
hasil daripada persenyawaan luar rahim ketika suami isteri masih hidup. Sekiranya suami
meninggal dunia kemudian si isteri masih melakukan persenyawaan tiada ketetapan nasab
baginya. Tiada ketetapan nasab memberi makna tiada ketetapan bagi pewarisan.
Dalil Syariah yang menunujukkan bahawa haram mewariskan anak yang lahir dengan cara ini:
Tidaklah dinasabkan anak ini kepada bapanya (pemilik sperma) dan perempuan yang melakukan
perbuatan ini akan menanggung perbuatan ini di dunia dan akhirat.
1. Hubungan suami isteri akan terputus dengan sebab kematian suaminya, maka tiada lagi
ikatan perkahwinan antara keduanya selepas kematian salah seorangnya.
2. Perbuatan ini merupakan perkara yang diharamkan, dan perlulah memberi denda kepada
perempuan tersebut atas sebab perbuatannya. (Jika memberi hak pewarisan ibarat
menggalakkan lagi perbuatan haram ini).
3. Nabi Muhammad SAW memberi nasab kepada anak yang dilahirkan daripada
persetubuhan syari’i dan menafikannya kepada persetubuhan yang haram seperti zina.
Maka, anak hasil daripada zina tidak berhak kepada bapanya. Bahkan ia berhak dinasabkan
kepada ibunya, Hadis Rasulullah SAW:
“..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati”
Syariat Islam sangat menjaga keturunan daripada percampuran nasab atau hilang
keturunan. Sesungguhnya cara ini menghilangkan keturunan dan berlaku percampuran
nasab. 11
11Farah Aisyah Ahmad et.al (2012), Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global, Seminar Fiqh Medik
2012.
12
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kaedah rawatan ketidaksuburan ini memberi harapan dan jalan penyelesaian
kepada pasangan suami isteri yang tidak mampu mendapat cahaya mata mereka sendiri. Walaupun
begitu, kaedah ini disalahguna dan tidak mengikut syariat Islam apabila berlakunya persenyawaan
tanpa perkahwinan yang sah antara lelaki dan perempuan, penggunaan bayi tabung uji dari
pasangan suami isteri yang diletakkan pada rahim perempuan lain serta bayi tabung uji dari sperma
yang dibekukan dari suami yang telah meninggal dunia. Maka, kes yang dibincangkan dalam
kertas kerja ini berkenaan hukum mempersenyawakan benih suami yang telah meninggal dunia
dalam tabung uji adalah haram kerana anak yang dihasilkan daripada persenyawaan tersebut tidak
boleh dinasabkan kepada suami dan dianggap sebagai anak hasil daripada hubungan zina.
Umat Islam perlu cakna dan peka terhadap penggunaan teknologi IVF dan mengikut
landasan ajaran Islam supaya tidak berlaku sebarang masalah yang boleh menyulitkan urusan pada
masa akan datang. Keadaan yang mendesak untuk mendapatkan zuriat bukanlah suatu matlamat
yang boleh menghalalkan cara pasangan suami isteri untuk melanggar syariat Islam. Setiap
perancangan Allah SWT adalah yang terbaik untuk hambaNya dan janganlah kita berputus asa dan
sentiasa mengharapkan redha daripadaNya.
13
8.0 BIBLIOGRAFI
Farah Aisyah Ahmad et.al. (2012). Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global. Seminar
Fiqh Medik 2012.
Hasan Basri Omar. (2011). Zuriat Biologi: Reproduksi Rekaan Dari Perspektif Islam. Selangor:
PTS Islamika Sdn.Bhd.
Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia. (2003). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Himpunan Fatwa Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Mufti Negeri Kedah. Alor Setar: Percetakan
Siaran Sdn. Bhd.
Khairina Gustia Usman & Normaliah Daud. (2018). Ibu Tumpang Menurut Sains dan Ulama
Kontemporari, Proceeding of International Conference of Empowering Islamic
Civilization. Universiti Sultan Zainal Abidin.
Nik Hazlina Nik Hussain & Shaiful Bahari Ismail. (2011). Infertiliti Rawatan melalui Teknik
Bantuan Reproduktif. Kuala Lumpur: Mashi Publication Sdn.Bhd.
Nik Hazlina Nik Hussain & Shaiful Bahari Ismail. (2011). Infertiliti Permasalahan dengan
Sindrom Ovari Polistik. Kuala Lumpur: Maziza Sdn.Bhd.
14