Sie sind auf Seite 1von 1

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.

my

Apa itu Keputusan fatwa & Fatwa? KEPUTUSAN FATWA Dari segi Bahasa memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama Dari Segi Istilah Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.

FATWA Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.

PROSES MENGELUARKAN KEPUTUSAN Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan. SYARIAT FATWA DALAM ISLAM Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya. SKOP Fatwa Isu atau maalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya. Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerluan pemilihan(tarjih) Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaan setempat. Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam. FATWA DI MALAYSIA Fatwa adalah satu unsur penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Kemajuan Sains dan Teknologi yang dinamik di Malaysia telah menimbulkan beberapa persoalan baru yang memerlukan huraian menerusi fatwa. Jabatan Mufti negeri-negeri di seluruh Malaysia memainkan peranan penting bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) bagi mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebagai sekretariat, Jabatan Mufti dan JAKIM mengadakan persidangan dan muzakarah semasa bagi membincangkan sesuatu isu dan perkara yang belum diputuskan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. Jawatankuasa ini akan mengundang pihak tertentu mengikut bidangnya yang boleh membantu bagi membincang dalam usaha menyelesaikan sesuatu permasalahan. Beberapa asatizah dan cendekiawan yang berpengalaman juga merupakan ahli di dalam jawatankuasa ini bagi tujuan memperluaskan perbincangan dan sebagai usaha menjadikan mereka pelapis di masa hadapan.

Bagaimanakah Fatwa dikeluarkan 1. Perlu dikaji dan dibentangkan di dalam jawatankuasa. 2. Lazimnya mengikut pendapat muktamad dalam mazhab Syafie. Jawatankuasa Fatwa berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. 3. Mengikut kaedah fiqh Al-Aulawiyyat iaitu meletakkan sesuatu pada kedudukan yang sewajarnya samada dari segi hukum, nilai mahupun pelaksanaanya. Perkara/Amalan yang lebih utama hendaklah didahulukan berdasarkan penilaian syariat dan akal. 4. Jawatankuasa fatwa akan merujuk kepada pendapat-pendapat sahabat, tabiin, imamimam mazhab dan fuqaha dengan mengadakan penelitian dalil-dalil dan implikasinya.

SUMBER RUJUKAN Al-Quran Al-Karim Al-Sunnah Al-Nabawiyyah Al-Ijmak Al-Qiyas Ijtihad Ahli Al-Fuqaha Semasa