Sie sind auf Seite 1von 7

NAMA NO MATRIK

: KASMIAH BINTI MOHD ALIAS : JEA 080162

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD SEMESTER : 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Falsafah adalah satu bidang kajian tentang ilmu dan penyelidikan yang bertujuan mencari kebenaran. Tentang erti kata falsafah, Hasbullah Bakry menghuraikannya daripada tiga sudut pandangan, iaitu sudut bahasa yang bermaksud cinta akan hikmah dan kebijaksanaan. Erti falsafah daripada sudut praktis pula ialah berfikir tentang sesuatu dengan lebih dalam. Sudut yang ketiga pula ialah melihat perbezaannya daripada ilmu-ilmu yang lain. Melalui kajian ini, saya akan mengkaji tentang falsafah yang dibawa oleh tokoh islam yang terkenal iaitu Ibnu Sina. Ibnu Sina merupakan tokoh yang terkenal dari bidang perubatan. Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Selain terkenal dalam bidang perubatan, beliau turut terkenal dalam bidang falsafah. Salah satu falsafah yang telah dibawa oleh beliau ialah Ibnu sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku AN-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan wajib al-wulud ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkinal-wujud) terbit daripada wajib al-wulud yang tidak ada permulaan.

Abu Ali Al- Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina adalah nama penuh beliau. Ibnu Sina juga dikenali dengan nama Avicienna dan merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 1037 M. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 H bersamaan dengan 980 M. Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah al-Quran dan sastera. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut memperlajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, figh dan perubatan. Beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis

sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Ibnu Sina dididik dibawah tanggungjawab seorang guru, dan kepandaiannya segera membuatnya menjadi kekaguman diantara para tetangganya. Ibnu Sina menampilkan suatu sikap pengecualian sikap intelektual dan seorang anak yang luar biasa kepandaiannya yang telah menghafal Al- Quran pada usia 5 tahun dan juga seorang ahli puisi Persia. Daripada seorang pedagang sayur dia mempelajari aritmatika, dan beliau memulai untuk belajar yang lain dari seorang sarjana yang memperoleh suatu mata pencarian dari merawat orang sakit dan mengajar anak muda. Dalam bidang falsafah Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Beliau telah menulis sebuah buku an-Najah yang telah menyatakan bahawa tuhan pencipta adalah satu di

muka bumi ini. sekalipun.

Dia tidak berbentuk

dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara

Beliau beranggapan bahawa tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada

wajid al-wujud kerana Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walaubagaimanapun tidak menjadi halangan bagi wajid al-wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud kerana kesempurnaan dan ketinggiannya. Hal ini bermaksud Tuhan berhak untuk melakukan apa sahaja kerana Tuhan merupakan orang yang paling tinggi sifatnya dan sangat sempurna sebagai contoh manusia yang melakukan kejahatan akan mendapat dosa dan balasan neraka. Manakala manusia yang melakukan kebaikan akan mendapat pahala dan akan dibalas dengan kenikmatan hidup di syurga. Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibmu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal tentang adanya susunan akal dan nafas langit dan jirim atasan. Selain itu, Ibnu Sina juga berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpana itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka berkuasa di alam. Walaupun Ibnu Sina memberi pendapat ini untuk mengenal tuhan, namun beliau tidak pernah menolak hukum-hukum alam yang berlaku. Beliau tetap percaya bahawa Tuhan adalah satu iaitu Allah S.W.T yang mempunyai sifat-sifat yang mahmudah. Beliau tetap percaya bahawa Tuhan yang mencipta kejadian langit dan bumi, wujudnya neraka, syurga dan sebagainya. Teori- teori dan fisiologi dalam buku-buku Ibnu Sina adalah menggambarkan anologi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makrokosmos (dunia besar). Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat

musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati adalah pangerannya tubuh manusia, sementara paru- paru adalah menterinya. Leher merupakan jendelanya sang badan, manakala kandung hempedu sebagai markas pusatnya. Limpa dan perut sebagai bumbung sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan. Melalui falsafah yang telah dibawa oleh Ibnu Sina ini, beliau cuba untuk memberi kesedaran kepada setiap umat manusia tentang hakikat kewujudan alam ini. Beliau cuba untuk membawa setiap manusia dalam mengenal Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Beliau cuba menerangkan bahawa Tuhan yang mencipta semua kejadian contohnya kejadian hari kiamat. Selain itu, beliau juga percaya bahawa hanya Tuhan sahaja yang boleh menentukan samada seseorang itu akan masuk syurga atau neraka. Justeru itu, falsafah Ibnu Sina ini percaya bahawa akan berlaku hari pembangkitan jasad manusia. Melalui kenyataan ini, beliau cuba untuk menyedarkan setiap insan bahawa suatu hari nanti pasti akan ada hari pembalasan untuk membalas semua perbuatan manusia samada baik atau buruk. Dengan itu, pada hari kiamat semua manusia yang telah meninggal akan dibangkitkan semula. Setelah itu, semua manusia akan dikumpulkan di suatu tempat iaitu di padang masyar. Di tempat itulah setiap umat manusia akan disoal oleh para malaikat dan seterusnya akan dihisab. Dengan itu, falsafah Ibnu Sina juga bertujuan untuk meningkatkan keimanan seseorang umat manusia. Seseorang itu perlulah beriman dan percaya tentang kewujudan Allah. Hal ini kerana hanya Tuhan sahaja yang berhak dalam memberi kesenangan kepada semua umat. Keadaan ini akan dapat membentuk akhlak yang sempurna supaya akidah setiap umat manusia

tidak terpesong dari jalan Allah.

Selain itu, Ibnu Sina juga cuba memberi kesedaran kepada

setiap umat bahawa keimanan pada Allah adalah amat penting untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pemikiran Ibnu Sina ini bercanggah dengan pemikiran Al- Ghazali . Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat alFalasilah (tidak ada kesinambungan dalam pemikiran ahli falsafah untuk membahaskan pemikiran Ibnu sina dan al-Farabi Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan alFarabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka. Walaupun pandangan falsafah yang telah di bawa oleh Ibnu Sina telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah namun sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai seorang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatannya dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu AlNasr Al-Farabi. Secara konklusinya, jelaslah bahawa falsafah yang dibawa oleh Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Walaupun terdapat percanggahan dalam berfalsafah beliau tetap meneruskan falsafah yang telah dibawanya. Melalui falsafah Ibnu Sina ini, jelaslah bahawa beliau tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Ibnu Sina tetap percaya tentang semua kejadian di alam ini telah ditentukan. Selain itu, falsafah Ibnu Sina ini juga dapat memberi kesedaran

kepada semua umat manusia tentang kepentingan melakukan kebaikan di dunia untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik di akhirat.

Bibliografi
Awing Sariyan. 2008.falsafah dan logika melayu Selangor : Synergymate Sdn. Bhd

Hasyim Musa. 1998. falsafah. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

http://pkukmweb.ukm.my/-ahmad/tugasan/s3_99/zuraidah.html

http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_AAbdallah_Ibn_Sina

Das könnte Ihnen auch gefallen