Sie sind auf Seite 1von 44

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep ujian, pengukuran dan penilaian; 2. Menghuraikan sejarah pendidikan jasmani di Malaysia; 3. Menyatakan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian; 4. Menjelaskan tiga bidang utama ujian, pengukuran dan penilaian; 5. Menjelaskan kepentingan ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani; 6. Merumuskan keperluan pengukuran dalam proses penilaian; dan 7. Mengenal pasti prinsip-prinsip ujian dan pengukuran dalam penilaian.

PENGENALAN
Cikgu Borhan sedang menjalankan ujian daya tenaga asas (UDTA) di sekolah beliau bagi menguji tahap kecergasan murid Tahun 6. Bagi menjalankan penilaian ini, beliau menggunakan beberapa ujian untuk mengukur tahap kelembutan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kepantasan muridmurid beliau. Untuk membolehkan Cikgu Borhan menjalankan ujian di atas, beliau perlulah mempunyai pengetahuan khusus di dalam bidang ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani. Mengapakah beliau memerlukan pengetahuan tentang ujian, pengukuran dan penilaian ini? Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut berhubung situasi ini, terlebih dahulu kita perlulah jelas akan maksud ujian, pengenalan dan penilaian dalam pendidikan jasmani.

Ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Rajah 1.1 memberi gambaran pendidikan jasmani di sekolah kepada kita. Pengajaran dalam pendidikan jasmani perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya. Ini bukan saja dapat menberi maklum balas terhadap pembelajaran murid tetapi ia juga dapat menentukan keberkesanan pengajaran guru pendidikan jasmani. Di dalam topik ini, perbincangan kita akan merangkumi tentang konsep asas kepada ujian, pengukuran dan penilaian dengan melihat pelbagai definisi yang dikemukakan. Selanjutnya, kita akan memberi tumpuan kepada latar belakang ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani di Malaysia. Kita juga akan melihat sejarah dalam ujian, pengukuran dan penilaian dan menjelaskan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan pendidikan jasmani di negara kita.

Bidangbidang Ujian, Pengukuran dan Penilaian


Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, terdapat tiga bidang utama dalam ujian, pengukuran dan penilaian. Penilaian dalam Pendidikan Jasmani digambarkan dalam Rajah 1.4 di bawah.

Rajah 1.4: Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Penerangan untuk ujian psikomotor, kognitif dan afektif dijelaskan seperti berikut:
a. Ujian Psikomotor

Untuk ujian psikomotor, anda dikehendaki untuk menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid anda yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil (bermain piano) dan otot-otot besar (lompat jauh). Jansma (1988) menerangkan dalam penyelidikan beliau, terdapat empat bahagian asas dalam ujian psikomotor. Ini digambarkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 1.5: Bahagian asas ujian psikomotor b. Penerangan empat bahagian asas dalam ujian psikomotor adalah seperti berikut:

Terdapat pelbagai ujian untuk mengukur komponen dalam psikomotor. Jadual 1.2 menunjukkan komponen kecergasan fizikal yang boleh digunakan berpandukan kepada senarai ujian yang disediakan oleh pusat perkembangan kurikulum 1999.
c. Jadual 1.2: Penilaian kecergasan fizikal yang di sediakan

oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 d. Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

Komponen kecergasan 1. Daya tahan kardiovaskular 2. Kekuatan otot 3. Daya tahan otot Cooper

Ujian

Kumpulan sasaran Tahun 1 hingga Tingkatan 5

(Larian/berjalan 12 minit) Bangkit tubi berperingkat a. Mendagu (lelaki) b. Mendagu dalam kedudukan condong (prempuan) Tingkatan 3 hingga 5 Tahun 4 hingga Tingkatan 5

4. Kelenturan 5. Komposisi tubuh badan

Duduk jangkau Ukuran lilitan badan

Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 Tingkatan 5

Kecergasan Fizikal Berasaskan Perlakuan Motor 6. Kelajuan a. Lari pecut 30 meter b. Lari pecut 50 meter Dirian bangau (Strok Stand) a. Lompat kuadron b. Illinois a. Lompat jauh berdiri b. Lontaran bolabaling/keranjang aras dada 10 . 11 . Masa tindak balas Nelson Choice-ResponseMovement a. Mengelecek bola dengan tangan b. Mengelecek bola dengan kaki e. Tahun 1 hingga Tingkat 5 Tahun 1 hingga Tingkat 5 Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Tahun 3 hingga 6 Tingkatan 1 hingga 5 Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 1 hingga Tingkatan 5

7. Imbangan 8. Ketangkasan

9. Kuasa

Kordinasi

f. Ujian Kognitif

Seperti yang boleh anda lihat dalam jadual di atas, ujian kognitif adalah untuk mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar. Dalam ujian kognitif, anda akan dapati 6 peringkat cara berfikir dalam Taxonomy Cognitive Bloom iaitu:

i. ii. iii. iv.

Pengetahuan iaitu kebolehan mengingat (contohnya: nama ibu kota, nama negara). Pemahaman iaitu kebolehan memahami (contohnya: membuat kesimpulan). Aplikasi iaitu kemampuan penerapan (contohnya: menggunakan suatu pengetahuan yang diperolehnya untuk menyelesaikan masalah). Analisis iaitu kemampuan menganalisis suatu maklumat yang luas dibahagikan menjadi bahagian-bahagian kecil (contohnya: menganalisis pengertian suatu puisi).

v. vi.

Sintesis iaitu kemampuan menggabungkan beberapa maklumat menjadi suatu kesimpulan (contohnya: mengenalpasti jenis kategori binatang). Penilaian iaitu kemampuan membuat pertimbangan sifat yang baik dan sifat yang buruk.

g. Ujian Afektif

Ujian afektif pula merangkumi penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan emosi individu. Untuk makluman anda, ujian ini adalah berbentuk subjektif. Ujian ini dilakukan melalui pengawasan dan interaksi secara langsung dengan murid anda. Penilaian afektif dibahagi kepada ujian secara umum (menilai tingkah laku) dan penilaian afektif berbentuk akademik (peperiksaan). Kebanyakan guru pendidikan jasmani merasakan ujian ini tidak begitu sesuai digunakan kerana penilaiannya yang tidak jelas. Mereka lebih cenderong kepada ujian psikomotor dan kognitif. Tetapi ada juga yang berpendapat sebaliknya bagi ujian ini. Berpandukan kepada kenyataan di atas, sesetengah guru pendidikan jasmani merasakan yang ujian afektif ini tidak sesuai digunakan kerana:

i.

Perubahan sikap berlaku secara berperingkat-peringkat. Pengetahuan dan kemahiran boleh berubah dalam masa yang singkat, tetapi sikap dan nilai-nilai memerlukan masa yang panjang untuk berubah.

ii.

Sukar untuk mengenalpasti penilaian yang dibuat terhadap minat, sikap, dan nilai. Secara umum, tidak terdapat satu garis panduan atau kaedah yang jelas untuk menilai faktor-faktor ini.

iii.

Hasil daripada penyelidikan yang dibuat menunjukkan guru pendidikan jasmani mempunyai masa yang terhad untuk menilai ujian fizikal, kemahiran pengetahuan dan afektif murid secara serentak dan kerap (Philips dan Hornak 1979; Mood 1982). Kekangan ini membataskan ketepatan penilaian yang dibuat.

Keperluan Pengukuran dalam Proses Penilaian


Setelah kita membincangkan definisi dan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian, seterusnya kita akan melihat keperluan pengukuran dalam proses penilaian. Keperluan pengukuran ini adalah pelbagai dan meliputi beberapa aspek. Di antara aspek-aspek tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.6 berikut.

Rajah 1.6: Keperluan pengukuran dalam proses penilaian

Di bawah adalah penerangan lanjut tentang aspek-aspek keperluan pengukuran dalam proses penilaian: Klik pada aspek-aspek berikut untuk melihat keterangan lanjut.
a. b. c. d. e. f. g.

Motivasi Papar Diagnosis (pengenalpastian) Papar Klasifikasi Papar Pencapaian Papar Penilaian pengajaran dan program Papar Ramalan Papar Penyelidikan Papar

PRINSIP-PRINSIP UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENILAIAN


Terdapat tiga prinsip ujian dan pergerakan dalam penilaian, iaitu: i. ii. iii. sebagai alat untuk mengukur keberkesanan program; untuk memenuhi objektif dan keperluan; dan untuk menentukan kaedah penilaian.

iv. Sebagai Alat untuk Mengukur Keberkesanan Program


v. Apabila prinsip-prinsip ujian dan pengukuran digunakan dalam penilaian, ia boleh mengenalpasti keberkesanan sesuatu program, sama ada ianya berjaya atau tidak. Sesebuah program yang didapati berkesan akan terus digunakan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukan. Jika didapati ia tidak berkesan, penggubahsuaian terpaksa dilakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sesuatu program. Ia mestilah berdasarkan pelbagai jenis prosedur (soalan pilihan objektif, soalan subjektif, essei, projek, teknik pemerhatian dan teknik laporan kendiri).

vi. Memenuhi Objektif dan Keperluan

Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif dan keperluan program pendidikan jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada pihak tertentu untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang dirangkakan tercapai. Keperluan sesetengah pihak juga harus dipertimbangkan bagi menjayakan sesuatu program. Ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya bias.

Menentukan Kaedah Penilaian


i. Penilaian dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara. Segala prosedur penilaian mestilah sesuai dengan prestasi yang akan diukur (prosedur yang betul, objektif, ketepatan dan menyakinkan). Ia juga mestilah berdasarkan persekitaran dan keluasan pembelajaran dan pembangunan seseorang pelajar.

KRITERIA PEMILIHAN UJIAN DALAM PENILAIAN


Kriteria-kritera pemilihan ujian dalam penilaian kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti hendaklah diambil kira apabila memilih atau membentuk ujian. Jika dua ujian bersamaan dengan kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti, kriteria di bawah boleh menolong anda mengenalpasti ujian mana yang boleh dipilih. Sila rujuk Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Kriteria pemilihan ujian dalam penilaian Penerangan bagi kriteria-kriteria tersebut: Klik pada kriteria-kriteria berikut untuk melihat keterangan lanjut.
a. b. c. d. e.

Mudah ditadbir Papar Kos pentadbiran ujian Papar Sumber manusia dan peralatan Papar Memenuhi objektif Papar Mencabar dan bermakna Papar

Persediaan Pra-ujian
Anda merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan persediaan yang anda lakukan adalah memadai dan pentadbiran tersebut akan berjalan dengan lancar. Persediaan pra-ujian adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian tersebut. Ia termasuklah beberapa tugasan iaitu memahami ujian tersebut, memajukan prosedur ujian, memajukan arahan, pra-perancangan terhadap individu yang hendak dilakukan ujian, merancangkan ujian percubaan dan pemanasan, menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan masa ujian yang diperlukan, dan memberi ujian. Ini dijelaskan dengan terperinci di bawah:

a. Memahami ujian

Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk pertama kali, baca arahan atau manual ujian beberapa kali, fikirkan tentang ujian yang kamu baca. Ini adalah cara untuk menghindarkan terlepas pandang segelintir prosedur , dimensi dan bentuk ujian tersebut.

b. Memajukan prosedur ujian

Apabila anda dah mahir dengan ujian yang dilakukan, mulakan dengan memajukan prosedur untuk pentadbiran tersebut. Ini termasuklah pemilihan prosedur penilaian yang berkesan, memutuskan sama ada untuk melakukan ujian secara serentak terhadap semua individu atau dalam berkumpulan dan memastikan sama ada seorang sahaja melakukan ujian tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama sendiri. Jika anda merancang untuk mentadbir beberapa ujian dalam hari yang sama, maka kepenatan mereka akan membataskan. Jangan beri ujian yang melibatkan kumpulan otot yang sama. Juga, jangan rancang untuk mentadbir acara yang memenatkan, seperti marathon atau ujian kesungguhan yang maksimum. Langkah yang seterusnya adalah mengenal pasti keperluan markah dan unit pengukur. Sebagai contoh, dalam ujian curl-up, anda mungkin memerlukan individu tersebut memulakan dalam keadaan telentang, dengan keadaan bahu rapat dengan lantai dan lutut lurus. Kemudian, dengan lengan bersilang dan tangan diletakkan dalam keadaan bertentangan untuk bangkit sampai kedua-dua siku menyentuh peha, dan akhir sekali, balik kepada keadaan permulaan. Semua dikira satu jika ia dilakukan dengan betul. Di sini juga, apabila diperlukan, anda hendaklah memilih unit dalam pengukuran bagaimana anda hendak masukkan markah. Sebagai contoh, adakah anda hendak mengira jarak dalam kaki atau inci atau kedua-duanya sekali; masa dalam minit atau saat atau kedua-duanya sekali? Untuk memastikan markah boleh dianalisa dengan cepat dalam matematiknya, anda hendaklah menggunakan salah satu unit pengukuran dan selalunya dalam ukuran kecil.

Di tahap ini juga, anda haruslah memutuskan apa yang hendak dilakukan sekiranya individu tersebut melakukan kesilapan semasa ujian dilakukan. Sama ada anda mengabaikan kesalahan tersebut, memberi amaran dan terus mengira ujian tersebut, atau memberi potongan markah, anda perlulah pastikan ia dilakukan terhadap semua individu. Akhir sekali, prosedur keselamatan amat penting. Selalulah rancang untuk menggunakan tindakan yang segera dalam ujian di mana individu boleh mendapat kecederaan atau semasa melakukan ujian kepada individu yang berumur. Jika anda tidak pernah melakukan ujianujian yang tertentu sebelum ini, cubalah satu atau dua percubaan pentadbiran sebelum ujian yang sebenar. Ini adalah ujian yang terbaik, bukan sahaja dalam perubahan dan penambahan dalam prosedur yang hendak dilakukan, tetapi juga untuk melatih pentadbiran secara peribadi.
c. Memajukan arahan

Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memajukan tujuan. Ia bertepatan penerimaan untuk membaca arahan kepada kumpulan sebelum melakukan ujian tersebut terhadap mereka. Arahan tersebut hendaklah mudah untuk difahami dan mestilah diikuti dengan perkara-perkara berikut:

Prosedur pentadbiran; Arahan terhadap persembahan; Prosedur permarkahan dan polisi terhadap persembahan yang salah; dan Isyarat terhadap teknik untuk meningkatkan markah.

d. Menyediakan pelajar atau prosedur program

Memberitahu ujian yang akan dilakukan, maka mereka boleh berlatih. Ia akan meningkatkan markah mereka. Bila kelas atau kumpulan tersebut tidak biasa dengan ujian yang diberikan, lebihkan masa kepada mereka untuk menerangkan, sehari sebelum ujian tersebut dilakukan. Ini termasuklah teknik-teknik untuk meningkatkan markah ujian, dan memerhati latihan pra ujian tersebut.

Walaupun seseorang itu telah didedahkan terhadap ujian tersebut, mereka juga memerlukan masa untuk mengingati teknik-teknik yang diperlukan. Dengan tanggapan beberapa pengkaji keadaan, individu tersebut haruslah di beritahu ujian apa yang akan dilakukan dan apa yang terlibat. Ini membolehkan mereka bersedia daripada segi fizikal dan minda.

e. Merancangkan ujian percubaan dan pemanasan

Sebelum ini, anda mempelajari bahawa kebolehpercayaan meningkatkan pemanasan pra ujian. Sifat terhadap pemanasan hendaklah dirancang. Pemanasan hendaklah dilakukan secara terperinci terhadap kemahiran yang hendak dilakukan.

f. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian

Anda hendaklah mempunyai semua peralatan yang diperlukan dan persediaan kemudahan tempat sehari sebelum ujian dilakukan. Mempunyai kesemua peralatan yang diperlukan, membuat garisan halangan, menanda tempat yang betul apabila para pengambil ujian sampai pada waktunya dan menghindarkan masalah yang akan timbul apabila para pengambil ujian menunggu giliran mereka.

g. Membuat kertas permarkahan

Menyediakan kertas permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau individu kad permarkahan. Masukkan kesemua nama peserta dalam kertas atau kad permarkahan sebelum ujian dilakukan. Terdapat banyak kelebihan menggunakan kertas permarkahan. Kad permarkahan membolehkan peserta untuk bergilir ketika melakukan ujian di stesen-stesen dan memudahkan mengisi markah dengan cepat selepas melakukan ujian tersebut. Apabila seseorang melakukan ujian sambil merekodkan permarkahan untuk setiap kumpulan, masa boleh dijimatkan.

h. Menganggarkan masa ujian yang diperlukan

Apabila ujian tidak mengambil keseluruhan kelas atau waktu program atau apabila setengah kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari tertentu, anda haruslah merancangkan beberapa aktiviti untuk mengisi masa yang terluang. Jika ujian program kecergasan dilakukan terhadap agensi atau syarikat, perancangan yang sama diperlukan. Menganggarkan masa yang diperlukan dalam mentadbir ujian boleh minimumkan kekeliruan dan maksimumkan penggunaan masa yang ada.

Pelaksanaan Ujian
Jika anda merancang dengan teliti, penilaian yang dilakukan akan berjalan dengan lancar. Walaupun anda mengambil berat sewaktu hari ujian itu dilaksanakan, anda juga haruslah lengkap dengan persediaan para pengambil ujian, motivasi dan keselamatan. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 3.4 yang berikut.

Rajah 3.4: Pelaksanaan ujian Sila baca penerangan berikut untuk memahami perlaksanaan ujian dengan lebih jelas: Klik pada pelaksanaan ujian berikut untuk melihat keterangan lanjut.
a. Persediaan Papar b. Motivasi Papar c. Keselamatan Papar

Penilaian dan Pelaporan

Rasionalnya melakukan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat para peserta dan hal yang berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya boleh digunakan selepas ujian itu dilakukan. Keputusan ujian hendaklah dipulangkan kepada para peserta kerana ia akan lebih bermakna untuk mereka dalam proses penilaian. Penilaian dan pelaporan termasuk dalam prosedur selepas ujian. Menilai markah ujian dan menyimpan serta melaporkan keputusan ujian diterangkan seperti berikut:
ii.

Menilai markah ujian Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Ini memerlukan memasukkan data dalam komputer untuk dinilai, menyimpan rekod, dan/atau penerimaan data. Analisis adalah untuk mendedahkan ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses pengajaran atau melaksanakan program dan memberi maklumat terhadap kumpulan pengambil ujian dan menyediakan data untuk permarkahan atau tujuan yang lain. Sesetengah individu tertarik dengan markah mereka sendiri. Pelaporan keputusan ujian kepada peserta adalah cara motivasi yang berkesan.

iii.

Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian Menyimpan keputusan ujian selalunya digunakan untuk menempatkan kertas permarkahan dan menganalisis mereka dalam fail yang tertentu. Maklumat yang dibuat boleh memberikan perbezaan di antara kelas dan kumpulan di antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan pembangunan norma-norma. Untuk pengetahuan bahawa kumpulan atau taraf kelas, selalunya berdasarkan keputusan ujain dan analisis anda. Walaupun tidak penting untuk mengenalpasti markah, selalunya dalam situasi di mana rekod kad yang tetap untuk setiap pelajar atau pengambil ujian itu disimpan. Ia melalui kad yang disimpan, di mana mengikuti perkembangan para pelajar daripada satu tahap ke satu tahap dan para peserta dari tahun ke tahun, di mana anda boleh mengenalpasti peningkatan dari masa ke semasa.

Kepentingan Penggredan

i.

Dalam bidang perguruan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberi laporan tentang gred yang dicapai oleh pelajar. Ini memberi infomasi kepada beberapa kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir dan ibubapa. Mari kita lihat dengan lebih lanjut kegunaan gred kepada kumpulan yang disebutkan berikut:

Kepentingan Penggredan
i. Dalam bidang perguruan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberi laporan tentang gred yang dicapai oleh pelajar. Ini memberi infomasi kepada beberapa kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir dan ibubapa. Mari kita lihat dengan lebih lanjut kegunaan gred kepada kumpulan yang disebutkan berikut:

Prinsip-prinsip Penggredan dalam Pendidikan Jasmani


Prinsip-prinsip penggredan dalam Pendidikan Jasmani adalah seperti berikut: ii. Penggredan boleh digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan pelajar itu sendiri. Ia dikenali sebagai satu proses penilaian yang mudah difahami oleh semua orang. Seperti yang kita maklum, setiap orang pelajar adalah unik. Hasil penggredan ini dapat memberi maklumat dengan lebih lanjut tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid.

iii.

Gred adalah penilaian berterusan di mana ia boleh dijadikan sebagai panduan pendidik untuk menunjukkan pencapaian pelajar. Penggredan juga digunakan untuk menentukan status semasa murid. Seperti yang diperkatakan oleh Kirkendal, Grubel dan Johnson (1987), penentuan status semasa murid ini merangkumi pemberian gred dan memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi.

iv.

Dengan menggunakan gred, matapelajaran Pendidikan Jasmani akan dapat mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. Dengan menggunakan gred secara berterusan, ia menjadi penyebut kepada pecahan untuk semua kelas.

v.

Menjadi kelaziman untuk ukuran/kriteria rujukan kepada ujian, yang mana gred menentukan prestasi secara tepat dan khusus. Seorang murid lebih suka menunjukkan skil dan kecekapan daripada memilih satu jawapan daripada beberapa soalan dalam ujian bertulis. Jenis penilaian ini boleh menyebabkan diskriminasi di antara murid dan peluang untuk menentukan gred sewajarnya.

vi.

Sejarah menunjukkan bahawa Pendidikan Jasmani telah dikritik kerana tidak menghiraukan cara, bahasa dan ujian yang dijalankan. Ujian yang digunakan sering kali tidak tepat, kurang matlamat dan tiada piawaian yang diperlukan untuk mencari ketepatan dalam pengukuran. Dengan menggunakan gred kritikan ini, ia dapat ditepis dan telah berjaya menyakinkan orang ramai.

vii.

Melalui gred juga, para guru boleh menggunakan maklumat bagi memilih pelajar yang terbaik untuk mewakili sekolah. Dengan menggunakan kriteria-kriteria tertentu, gred dapat menunjukkan sama ada pelajar dapat bersaing dengan lebih baik dan proses pemilihan dapat dilaksanakan dengan lebih saksama tanpa unsur biasa.

PENENTUAN GRED DALAM PENDIDIKAN JASMANI


Guru Pendidikan Jasmani seharusnya dapat menentukan cara yang hendak digunakan untuk menentukan gred di dalam Pendidikan Jasmani. Di bawah adalah senarai asas penggredan

dalam Pendidikan Jasmani. Gred mestilah berdasarkan faktor pengukuran yang dapat menunjukkan pencapaian murid dalam tiga domain pembelajaran. Menjadi tanggungjawab guru untuk mereka bentuk teknik ujian yang bersesuaian bagi menentukan perkembangan murid dalam psikomotor, kognitif dan afektif domain. Banyak faktor digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam pemilihan gred. Ia selalunya berdasarkan tiga domain; iaitu faktor psikomotor, faktor kognitif dan faktor afektif seperti yang diterangkan seterusnya. Lihat Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Faktor dalam pemilihan gred Pendidikan Jasmani

Faktor Psikomotor
Faktor psikomotor banyak digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid. Ia melibatkan kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar. Antara aktiviti yang digunakan untuk penggredan ialah kemahiran dalam aktiviti, kecergasan dan prestasi dalam permainan. Mari kita lihat Jadual 4.1 untuk mengetahui bagaimana gred digunakan untuk menilai aktiviti. Jadual 4.1: Penggunaan gred dalam menilai aktiviti

i. JENIS-JENIS GRED
ii. Gred terbahagi kepada tiga jenis, iaitu sistem gred tradisional, sistem lulusgagal dan sistem pemerian atau gambaran. Ketiga-tiga sistem gred ini digunakan secara meluas

di mana-mana sistem pendidikan di dunia. Mari kita lihat jenis gred yang digunakan dengan lebih lanjut. Sila rujuk Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Jenis-jenis gred Kriteria pemilihan gred mestilah berdasarkan beberapa faktor, sebelum menilai murid. Barrow dan McGee (1979) telah menyenaraikan beberapa faktor kriteria untuk pemilihan gred bagi mendapat gred yang adil dan saksama di kalangan pelajar. Mari kita lihat kriteriakriteria yang disenaraikan: iii. Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran. Jika faktor ini tidak dimasukkan dalam objektif pengajaran, gred tidak boleh digunakan.

iv.

Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. Sistem gred yang digunakan hendaklah konsisten dan harus menunjukkan faktor pencapaian yang telah murid lakukan.

v.

Pemberat (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah difahami oleh murid dan ibubapa. Teknik untuk menentukan gred juga tidak harus dirahsiakan dikalangan murid dan ibubapa dan tidak terlalu sukar sehingga kurang difahami oleh mereka.

vi.

Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria, guru haruslah mendiskriminasi antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah. Pelajar yang beraksi dengan tahap yang lebih tinggi mestilah mendapat gred yang terbaik daripada pelajar yang beraksi pada tahap yang buruk.

vii.

Gred mestilah ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan hendaklah dilaksanakan secara berkesan, terutama yang melibatkan masa, kos dan personal. Dalam era ini, penggunaan komputer dilihat lebih berkesan dan memberi guru lebih masa untuk persediaan di dalam kelas.

PENGGREDAN MUTLAK
i. Ada satu pendekatan yang berhubung antara satu sama lain. Rujukan norma ialah satu cara untuk membentuk kriteria, di mana guru dapat mengasingkan kelas kepada beberapa kumpulan berdasarkan kemampuan mereka. Kaedah ini sesuai untuk guru yang baru mula mengajar dan guru yang masih kurang pengalaman dalam kaedah rujukan kriteria bagi menilai skil, tahap kecergasan kesihatan, tingkah laku atau kognitif. Rujukan kriteria boleh digunakan untuk menilai prestasi atau tingkah laku dalam kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, psikomotor, afektif dan kognitif. Pendekatan ini digunakan sebagai penilaian kepada pengukuran yang dibandingkan dengan piawaian yang ditetapkan sebagai contoh markah, percubaaan yang berjaya dilengkapkan dan percubaan yang berjaya dan tidak berjaya. Kadangkala, ia juga boleh dirujuk sebagai gred penguasaan. Berjaya atau tidak pendekatan ini bergantung kepada kebolehan guru untuk menyediakan piawaian yang bersesuaian. Ia banyak digunakan sebagai min bagi penilaian dan pengukuran. Kelebihan rujukan kriteria ialah gred tidak dipengaruhi oleh tahap kemahiran murid, sama ada ia tinggi atau rendah.

ii. PENGUKURAN KARDIOVASKULAR


iii. Dalam subtopik ini kita akan melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pengukuran kardiovaskular termasuklah latar belakangnya, fungsi dan prosedur ujian yang digunakan.

Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian dan Pengukuran Kardiovaskular


Carrol (1994) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya (Nieman, 2003). Matlamat ujian dan pengukuran kardiovaskular ialah seseorang itu boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu. Pate (1991) melaporkan terdapat hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang sesuai bagi mereka. Ia juga boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi, atau meneruskan gaya hidup sihat, dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit. Menurut Franks dan Howley (1998), kecergasan kardiovaskular dikaitkan dengan keupayaan pengambilan isipadu maksima oksigen (VO2 max). Pengambilan isipadu maksima oksigen ialah jumlah isipadu maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu melakukan aktiviti yang meletihkan. American College of Sports Medicine (ACSM, 1999) menjelaskan bahawa VO2 max adalah merupakan penunjuk yang paling baik untuk menentukan tahap kecergasan kardiovaskular seseorang. Semakin tinggi nilai VO2 max, semakin tinggilah tahap kecergasan kardiovaskular seseorang itu. Bagi ahli fisiologi senam, pengukuran secara terus terhadap pengambilan maksima isipadu oksigen adalah merupakan pengukuran yang mempunyai kesahan yang paling tinggi dalam mengukur keupayaan sistem kardiovaskular (Heyward, 1998). Mari kita lihat objektif ujian dan pengukuran kardiovaskular. a. Ke arah kecergasan seumur hidup;

b. Memahami cara-cara mengukur komponen kecergasan diri; dan c. Melahirkan minat terhadap kecergasan diri yang optima.

Fungsi Ujian dan Pengukuran Kardiovaskular


Fungsi ujian dan pengukuran kardiovaskular diberikan di bawah: a. Menaikkan kapasiti fizikal untuk berkerja pada semua peringkat umur;

b. Menurunkan kadar obesiti dan masalah yang berkaitan dengan obesiti;

c. Mengurangkan risiko penyakit coroneri arteri dan stroke;

d. Mengurangkan risiko menghidap diebetes;

e. Dapat membantu di dalam pengurusan stres dan kemurungan;

f. Dapat memberi persediaan daripada segi fizikal dan mental.

Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran Kardiovascular

Skor kecergasan kardiovaskular menggambarkan betapa cekap atau tidaknya jantung dan paru-paru anda bekerja untuk menghantar oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam badan bagi menjalankan fungsi masing-masing. Sistem kardiovaskular yang sihat dapat membekalkan darah dan oksigen yang diperlukan dengan mudah, tetapi sistem kardiovaskular yang lemah terpaksa bekerja lebih keras membekalkan jumlah darah dan oksigen yang diperlukan. Klik pada ujian larian berikut untuk melihat keterangan lanjut.
a. b. c. d.

Ujian Larian 1 batu dan 1.5 batu Papar 12 minit dan 9 minit larian (AAHPERD 1980) Papar 3 batu berjalan kaki (tanpa larian) (Cooper 1982) Papar 12 minit ujian berenang (Cooper 1982) Papar

PENGUKURAN IMBANGAN Sekarang kita akan melihat pula latar belakang pengukuran imbangan, fungsinya dan prosedur yang digunakan. Konsep, Matlamat, dan Objektif Ujian dan Pengukuran Imbangan
i. Berikut adalah konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran imbangan. Klik pada konsep, matlamat dan objektif berikut untuk melihat keterangan lanjut. ii.

Imbangan adalah kebolehan untuk mengekalkan equalibrium menentang daya graviti. Pusat imbangan (saluran semicircular) terdapat dalam bahagian dalam telinga, deria kinestetik di otot dan sendi (rasa terhadap aktiviti), dan gambaran tanggapan terhadap imbangan. Dalam sesetengah kedudukan, imbangan juga

mempengaruhi kekuatan. Jika penahan otot tidak boleh menampung berat badan, bahagian badan, atau berat kepadatan dalam kedudukan luaran, imbangan adalah terhad. Bagi sesetengah individu, peningkatan kekuatan disebabkan imbanganya meningkat. Secara asasnya, terdapat dua jenis imbangan: statik dan dinamik. Imbangan statik adalah kebolehan untuk mengekalkan equilibrium. Apabila tidak bergerak, ia selalunya dianggap sebagai kestabilan. Untuk mengekalkan keseimbangan statik, ia memerlukan pusat tengah seseorang melebihi asas penampungan. Contohnya, menganggap dalam kedudukan untuk menembak, melihat melalui mikroskop dan membuat gaya ketika bergambar adalah keseimbangan statik. Keseimbangan dinamik adalah kebolehan untuk mengekalkan equilibrium sementara dalam gerakan atau menggerakkan badan atau bahagian badan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Menari, berjalan, memukul bola golf dan bowling adalah contoh keseimbangan dinamik. Keseimbangan dinamik dan statik diperlukan untuk melakukan persembahan dalam aktiviti fizikal. Namun, kebolehan untuk memulihkan keseimbangan juga diperlukan dalam kebanyakan aktiviti. Berlari, menyepak, meloncat, melakukan aktiviti dengan peralatan gimnastik, melakukan senaman lantai gimnastik dan bergusti adalah contoh salah satu aktiviti tersebut. Sebagai fakta, semua pergerakan manusia terjadi disebabkan gangguan dalam keseimbangan badan. iii. Keseimbangan amat diperlukan, bukan sahaja dalam sukan dan berkaitan dengan aktiviti fizikal tetapi juga dalam kita melakukan aktiviti seharian. Individu yang mempunyai keseimbangan yang teruk adalah kerana kurang melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan. Juga, individu tersebut akan mudah untuk jatuh dan cedera semasa melakukan aktiviti fizikal. Faktor baka atau keturunan juga mempengaruhi kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan tetapi keseimbangan boleh ditingkatkan melalui latihan aktiviti fizikal yang sesuai. Sebagai cadangan jika mengajar Pendidikan Jasmani, peningkatan yang tertumpu dalam imbangan tidak boleh digunakan dalam menilai gred pelajar. Jika imbangan adalah komponen yang penting dalam aktiviti fizikal, persembahan pelajar dalam aktiviti tersebut akan mempengaruhi tahap imbangan tersebut.

Fungsi Ujian dan Pengukuran Keseimbangan Ujian keseimbangan diklasifikasikan dalam statik atau dinamik. Rumusan ujian tersebut adalah praktikal, tidak mahal untuk dilakukan dan memuaskan keduadua jenis jantina yang melakukannya. Koefisien kebolehpercayaan dan objektiviti tidak didapati dalam kesemua ujian dan yang dikesalkan, penerbitan norma-norma hanyalah untuk individu dalam umur kolej. Ia amat diperlukan dalam meningkatkan norma-norma bagi penduduk dengan setiap pekerjaan yang anda lakukan. Ia dicadangkan bahawa norma-norma ujian keseimbangan

digunakan dalam bentuk yang sama sebagai norma-norma ketangkasan untuk meningkatkan tahap berkaitan normanorma. Walaupun tidak kesemua faktor dalam ujian keseimbangan, keletihan mungkin mempengaruhi persembahan terhadap sesetengah individu. Bagi tujuan ini, ia akan lebih bagus jika tidak melakukan ujian keseimbangan setelah melakukan aktiviti yang berat. Jadi pengambil ujian akan lebih biasa dengan ujian tersebut dan membenarkan mereka lakukan latihan sebelum ujian. Latihan membolehkan ramai individu mendapat markah yang lebih baik. Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran Imbangan

a. Ujian Imbangan Statik (Johnson dan Nelson 1986)

Objektif ujian: Untuk mengukur keseimbangan yang tidak bergerak sambil berat badan ditampung atas tapak kaki yang dominan. Had umur: 10 tahun hingga umur kolej. Peralatan: Jam randik. Kesahan: Kesahan paras. Kebolehpercayaan: Koefisien di antara .85 dan .87 telah dilaporkan menggunakan kaedah ujian semula. Objektiviti: Johnson dan Nelson (1986) melaporkan daripada pembelajaran yang dijumpai adalah koefisien objektif .99. Pentadbiran dan arahan: Individu mungkin akan dinilai dengan pasangan. Pengambil ujian akan berdiri di atas tapak kaki dominan, letakkan kaki yang sebelah lagi ke dalam di mana lutut menampung dan letakkan tangan di pinggang seperti dalam Rajah 7.3. Pengambil ujian akan mengangkat tumit kaki dominan dari lantai dan cuba untuk mengekalkan imbangan selama yang boleh. Pentadbir ujian haruslah mengira dengan kuat dalam saat. Pasangan pengambil ujian akan merekodkan bilangan saat pengambil ujian selama mana pengambil ujian boleh melakukan keseimbangan. Ujian tersebut akan tamat setelah tangan bergerak dari pinggang, apabila kaki dominan bergerak dari keadaan asal atau apabila tumit menyentuh lantai. Percubaan sebanyak tiga kali dilakukan. Permarkahan: Masa terbaik dalam saat, daripada tiga percubaan adalah markah yang dikira. Oleh kerana tiada masa yang ditetapkan, dan sesetengah individu mungkin boleh untuk melakukan keseimbangan dalam masa yang lama, mungkin anda memilih untuk memberhentikan ujian tersebut, di mana melebihi norma yang purata.

Rajah 7.3: Ujian Imbangan Statik (Johnson dan Nelson 1986) b.

c. Ujian Kayu Bass (Kaedah Kepanjangan) (Bass, 1939)

Objektif ujian: Untuk mengukur keseimbangan apabila berat badan ditampung di atas kaki. Had umur: 10 tahun hingga umur kolej. Peralatan: Kayu 1 x 1 x 12, jam randik dan pita pelekat. Kesahan: Paras kesahan diterima. Kebolehpercayaan: .90 Pentadbiran dan arahan: Semua kayu hendaklah dilekatkan di atas lantai. Individu mungkin akan diukur secara berpasangan. Pengambil ujian hendaklah meletakkan kaki berpanjangan di atas kayu (kaki dan tumit hendaklah bersentuhan dengan kayu). Pengambil ujian akan mengangkat kaki yang berlainan dari lantai, angkat sedikit tumit kaki dominan dari kayu dan cuba menahan kedudukan ini maksimum 60 saat (lihat Rajah 7.4). Pentadbir ujian akan mengira dengan kuat dalam saat sementara

pasangan pengambil ujian akan merekodkan bilangan dalam saat pengambil ujian mengekalkan imbangan. Ujian akan berakhir apabila mana-mana bahagian kaki bersentuhan lantai. Tiga percubaan akan dilakukan bagi setiap kaki. Jika pengambil ujian hilang keseimbangan di antara tiga saat terawal, percubaan tersebut tidak dikira. Permarkahan: Markah adalah jumlah masa dalam saat untuk semua enam percubaan, tiga bagi setiap kaki.

Rajah 7.4: Ujian Kayu Bass (kaedah kepanjangan). (Bass 1939) d.

e. Ujian Kayu Bass (Kaedah Silang) (Bass 1939)

Ujian kaedah kayu silangan adalah sama dengan ujian kaedah kepanjangan kecuali kaki yang menampung berat diletakkan bersilang atas kayu. Anda akan dapati ujian keseimbangan statik berhubung-kait dengan persembahan gimnastik dalam pengukuran buku teks. Imbangan kepala, tangan dan lengan adalah contoh ujian yang diberikan.

f. Ujian Keseimbangan Dinamik

Objektif ujian: Untuk mengukur kebolehan mengekalkan keseimbangan semasa

pergerakan dan semasa mendarat dari lompatan. Had umur: Sekolah menengah hingga kolej. Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita lantai. Kesahan: Kesahan paras; .46 apabila berkait dengan ujian Bass terhadap imbangan dinamik. Kebolehpercayaan: .75 menggunakan ujian semula. Objektiviti: .97 Pentadbiran dan arahan: Sebelas keping pita (1 x ) diletakkan seperti dalam Rajah 7.5. Pengambil ujian (1) berdiri dengan kaki kanan diletakkan di penanda permulaan; (2) lompat ke penanda pita pertama, mendarat dengan kaki kiri dan cuba untuk bertahan selama lima saat; (3) lompat ke penanda pita kedua, mendarat menggunakan kaki kanan dan cuba bertahan selama lima saat; dan (4) sambung ke penanda yang berkutnya, kaki berlainan dan cuba bertahan selama lima saat dengan stabil. Kaki yang mendarat haruslah menutup kesemua pita. Pentadbir ujian hendaklah mengira dalam saat setiap imbangan. Permarkahan: Markah diberikan seperti berikut:

Lima markah bagi setiap pendaratan yang berjaya di atas penanda pita (pita ditutup sepenuhnya). Satu markah (melebihi lima saat) untuk setiap saat bertahan dalam kedudukan stabil di atas penanda pita.

Maksimum 10 markah diberikan bagi setiap penanda pita dan 100 markah untuk keseluruhan ujian ini. Pengambil ujian akan didenda lima markah bagi setiap kesalahan di bawah:

Gagal berhenti ketika mendarat.

Bahagian badan yang lain menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk mendarat. Gagal untuk menutup penanda pita dengan keseluruhan kaki.

Jika pengambil ujian membuat pendaratan yang salah dan kedudukan imbangan yang betul dengan menganggap dan melakukan maksimum lima saat. Jika pengambil ujian mendarat dengan betul di atas penanda pita tetapi melakukan salah satu kesalahan sebelum melengkapkan bilangan lima saat, denda satu markah akan ditolak: a. Salah satu bahagian badan menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk mendarat. b. Gagal untuk menahan kaki mendarat dengan stabil dalam keadaan stabil.

PENGUKURAN KETANGKASAN Subtopik ini pula akan membincangkan latar belakang pengukuran ketangkasan, fungsi ujian dan prosedur yang digunakan. Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian dan Pengukuran Ketangkasan
i. Berikut adalah konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran ketangkasan. a. Konsep Tutup

Ketangkasan, merujuk kepada kebolehan manoeuvre badan, adalah kebolehan untuk kerapkali bertukar kedudukan dan arah badan atau bahagian badan. Bakat atau baka adalah faktor

utama bagi tahap ketangkasan sesetengah individu, tetapi ketangkasan juga bergantung kepada kekuatan, kelajuan, koordinasi dan imbangan dinamik. Ramai individu boleh meningkatkan ketangkasan melalui meningkatkan ketangkasan dengan pelbagai cara. Ketangkasan juga boleh ditingkatkan melalui tunjukan secara langsung, latihan, dan membuat latihan ketangkasan. Ketangkasan amat penting dalam semua aktiviti dan sukan. Individu dan sukan berpasukan melibatkan permulaan dan berhenti yang pantas, kerap menukar arah, gerak kaki yang berkesan, dan cepat menyesuaikan badan dan bahagian badan. Individu dengan ketangkasan yang bagus mempunyai peluang untuk berjaya dalam aktiviti fizikal daripada individu yang mempunyai ketangkasan yang kurang bagus. Ujian ketangkasan selalunya ada tiga jenis, iaitu: i. ii. iii. Larian menukar arah; Menukar kedudukan badan; dan Menukar arah bahagian badan.

Contoh bagi tiga jenis ujian ini adalah larian berhalangan (larian menukar arah) dan menepis, squat thrust(menukar kedudukan badan) dan ujian yang memerlukan menukar kedudukan tangan atau kaki (menukar arah bahagian badan). Ujian ketangkasan hanya memerlukan pergerakan tangan atau kaki yang selalu digunakan dalam pendidikan jasmani. Ketangkasan mungkin hanya bertumpu kepada aktiviti dan sukan. Anda mungkin tidak menjangkakannya. Kerana itu, setiap individu melakukan dalam bentuk yang sama dan bagus dalam semua ujian ketangkasan. Ujian ketangkasan yang sah disediakan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai ketangkasan yang kurang bagus.

Fungsi Ujian dan Pengukuran Ketangkasanan


i. Ujian penilaian dibuat untuk ulasan praktikal, tidak mahal untuk dilakukan dan memuaskan untuk kedua-dua jantina yang melakukan ujian tersebut. Koefisien objektiviti dan norma-norma tidak dilaporkan bagi kesemua ujian. Norma-norma boleh ditingkatkan untuk mencapai keperluan anda

yang lebih spesifik. Anda mungkin hendak meningkatkan norma-norma tempatan untuk ujian di mana norma-norma tersebut dilaporkan. Tujuan dasar anda dalam membangunkan norma-norma haruslah kukuh dengan tahap berkaitan kriteria untuk ujian yang anda pilih. Untuk memperolehi keputusan yang konsisten dan tidak berbeza-beza, ujian ketangkasan hendaklah dilakukan di atas permukaan yang tidak licin dan kesemua individu hendaklah memakai kasut yang sesuai. Sebagai tambahan, setiap individu haruslah melakukan latihan ujian ketangkasan dan haruslah bersesuaian dengan kehendak persembahan tersebut.

Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran Ketangkasan


a. Larian Boomerang Kekanan atau Right-Boomerang Run(Gates dan Sheffield 1940) Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan berlari. Had umur: 10 tahun hingga peringkat kolej. Peralatan: Jam randik, pita pengukur, kerusi atau objek yang sesuai untuk pusat tengah dan empat penanda kon untuk penanda luar. Kesahan: Dengan jumlah markah-T bagi lima belas benda dalam bateri ketangkasan sebagai kriteria ujian, koefisien kesahan adalah .72 telah dilaporkan bagi perempuan. Sama dengan enam belas benda dalam bateri, jarak koefisien adalah di antara .78 hingga .87 telah dilaporkan untuk pelajar sekolah menengah. Kebolehpercayaan: .93 untuk perempuan dan .92 bagi lelaki. Pentadbiran dan arahan: Kerusi diletakkan 17 kaki dari garisan

permulaan, dan penanda kon diletakkan 15 kaki setiap tepi dari pusat tengah. Pelajar akan berlari ke pusat tengah dan kembali ke tengah, buat suku pusingan, dan selesaikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1. Pelajar hendaklah diarahkan berlari sepantas yang boleh melalui kursus ini dan bukan menyentuh kerusi atau kon.

Permarkahan: Markah dalam ujian ini adalah masa yang paling hampir 1/10 dari saat untuk menyempurnakan kursus ini. Denda dari 1/10 akan ditolak daripada markah bagi setiap masa di mana kerusi atau penanda kon disentuh.

Rajah 7.1: Litar Larian Boomerang Kekanan atau RightBoomerang Run

Video berikut memaparkan contoh bagaimana permainan boomerang dimainkan.

Klik butang 'play' untuk menonton video (Masa: 3:01) Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk

b. Langkah Kesisi atau Sidestepping (North Carolina Motor fitness Battery 1971) Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan, ketahanan dan kelajuan terhadap pergerakan bahagian sisi. Had umur: 9 hingga 17 tahun. Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita penanda. Kesahan: Paras kesahan. Kebolehpercayaan: Tidak dilaporkan. Pentadbiran dan arahan: Dua garisan selari diletakkan di atas lantai 12 kaki yang terpisah sebagai pengukuran dari dalam garisan. Pengambil

ujian menganggap bahagian permulaan di dalam garisan, dengan sebelah kaki menyentuh garisan. Pengambil ujian (1) bergerak ke arah sisi dengan pergerakan bahagian sisi, mendahului dengan kaki yang berhampiran garisan untuk perhatian; (2) ulangi pergerakan bahagian sisi sehingga kaki menyentuh atau hilang melewati garisan; dan (3) bergerak ke garisan berikutnya dengan pergerakan yang sama. Pengambil ujian haruslah menghadap pada arah yang sama setiap masa, tidak boleh melintasi kaki dan haruslah melompat. Permarkahan: Satu markah dikira bagi setiap kaki menyentuh atau mencapai garisan sisi. Markah akhir adalah bilangan masa garisan disentuh dalam 30 saat.

c. Larian Zigzag Barrow (Barrow dan McGee 1979) Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan semasa berlari dan mengubah arah. Had umur: Umur pelajar sekolah menengah rendah hingga peringkat kolej. Peralatan: Jam randik dan lima tahap yang digunakan untuk lompat jauh, bola tampar atau badminton. Kon juga digunakan. Kesahan: .74 dengan jumlah markah untuk 29 benda ujian diukur bagi lapan faktor. Kesahan: .80 Objektiviti: .99 Pentadbiran dan arahan: Akiviti ini dilakukan seperti dalam Rajah 7.2. Pengambil ujian berlari sepantas yang boleh dan ujian ini berbentuk 8 untuk 3 pusingan lengkap. Jika kesalahan dilakukan atau pelajar tidak melakukan larian dengan betul, pelajar dikehendaki berlari semula.

(kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut akan dipengaruhi jika anda meminta pelajar berlari dua pusingan). Permarkahan: Markah diberikan dengan masa yang hampir 1/10 saat diperlukan untuk larian yang lengkap tiga pusingan.

Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran Ketangkasan


a. Larian Boomerang Kekanan atau Right-Boomerang Run(Gates dan Sheffield 1940) Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan berlari. Had umur: 10 tahun hingga peringkat kolej. Peralatan: Jam randik, pita pengukur, kerusi atau objek yang sesuai untuk pusat tengah dan empat penanda kon untuk penanda luar. Kesahan: Dengan jumlah markah-T bagi lima belas benda dalam bateri ketangkasan sebagai kriteria ujian, koefisien kesahan adalah .72 telah dilaporkan bagi perempuan. Sama dengan enam belas benda dalam bateri, jarak koefisien adalah di antara .78 hingga .87 telah dilaporkan untuk pelajar sekolah menengah. Kebolehpercayaan: .93 untuk perempuan dan .92 bagi lelaki. Pentadbiran dan arahan: Kerusi diletakkan 17 kaki dari garisan permulaan, dan penanda kon diletakkan 15 kaki setiap tepi dari pusat tengah. Pelajar akan berlari ke pusat tengah dan kembali ke tengah, buat suku pusingan, dan selesaikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1. Pelajar hendaklah diarahkan berlari sepantas yang boleh melalui kursus ini dan bukan menyentuh kerusi atau kon.

Permarkahan: Markah dalam ujian ini adalah masa yang paling hampir 1/10 dari saat untuk menyempurnakan kursus ini. Denda dari 1/10 akan ditolak daripada markah bagi setiap masa di mana kerusi atau penanda kon disentuh.

Rajah 7.1: Litar Larian Boomerang Kekanan atau RightBoomerang Run

Video berikut memaparkan contoh bagaimana permainan boomerang dimainkan.

Klik butang 'play' untuk menonton video (Masa: 3:01) Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk

b. Langkah Kesisi atau Sidestepping (North Carolina Motor fitness Battery 1971) Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan, ketahanan dan kelajuan terhadap pergerakan bahagian sisi. Had umur: 9 hingga 17 tahun. Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita penanda. Kesahan: Paras kesahan. Kebolehpercayaan: Tidak dilaporkan. Pentadbiran dan arahan: Dua garisan selari diletakkan di atas lantai 12 kaki yang terpisah sebagai pengukuran dari dalam garisan. Pengambil ujian menganggap bahagian permulaan di dalam garisan, dengan sebelah kaki menyentuh garisan. Pengambil ujian (1) bergerak ke arah sisi dengan pergerakan bahagian sisi, mendahului dengan kaki yang berhampiran

garisan untuk perhatian; (2) ulangi pergerakan bahagian sisi sehingga kaki menyentuh atau hilang melewati garisan; dan (3) bergerak ke garisan berikutnya dengan pergerakan yang sama. Pengambil ujian haruslah menghadap pada arah yang sama setiap masa, tidak boleh melintasi kaki dan haruslah melompat. Permarkahan: Satu markah dikira bagi setiap kaki menyentuh atau mencapai garisan sisi. Markah akhir adalah bilangan masa garisan disentuh dalam 30 saat.

c. Larian Zigzag Barrow (Barrow dan McGee 1979) Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan semasa berlari dan mengubah arah. Had umur: Umur pelajar sekolah menengah rendah hingga peringkat kolej. Peralatan: Jam randik dan lima tahap yang digunakan untuk lompat jauh, bola tampar atau badminton. Kon juga digunakan. Kesahan: .74 dengan jumlah markah untuk 29 benda ujian diukur bagi lapan faktor. Kesahan: .80 Objektiviti: .99 Pentadbiran dan arahan: Akiviti ini dilakukan seperti dalam Rajah 7.2. Pengambil ujian berlari sepantas yang boleh dan ujian ini berbentuk 8 untuk 3 pusingan lengkap. Jika kesalahan dilakukan atau pelajar tidak melakukan larian dengan betul, pelajar dikehendaki berlari semula. (kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut akan dipengaruhi jika anda meminta pelajar berlari dua pusingan).

Permarkahan: Markah diberikan dengan masa yang hampir 1/10 saat diperlukan untuk larian yang lengkap tiga pusingan.

ii.

DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Rajah 1.2: Ujian di peringkat sekolah Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotel. Ujian di peringkat sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2. Pengukuran pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian pula boleh anda definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi untuk membuat kesimpulan tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dalam erti kata lain, penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain. Tujuan penilaian ialah untuk:

Das könnte Ihnen auch gefallen