You are on page 1of 7

021b.

fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:03 PM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA

Akta 21

AKTA UMUR DEWASA 1971


Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG - UNDANG , MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG - UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD

2006

021b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:03 PM

2 AKTA UMUR DEWASA 1971 Tarikh Perkenan Diraja 22 April 1971

Tarikh penyiaran dalam Warta 29 April 1971

C ETAKAN S EMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama Cetakan Semula Yang Kedua 1992 1999

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006

021b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 5:03 PM

3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 21 AKTA UMUR DEWASA 1971


SUSUNAN SEKSYEN

Seksyen

1. 2. 3. 4. 5.

Tajuk ringkas Umur dewasa Tafsiran Kecualian Pemansuhan JADUAL

021b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 5:03 PM

021b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:03 PM

5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 21 AKTA UMUR DEWASA 1971 Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan umur dewasa. [Seluruh Malaysia30 April 1971] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Umur Dewasa 1971.

Umur dewasa 2. Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada lapan belas tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah berumur dewasa di Malaysia. Tafsiran 3. (1) Semua perhitungan umur di bawah Akta ini hendaklah dikira mengikut kalendar Gregory. (2) Pada menghitung umur seseorang, hari orang itu dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh, dan dia hendaklah disifatkan telah mencapai umur lapan belas tahun pada permulaan ulang tahun kelapan belas hari itu.

021b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:03 PM

6 Kecualian 4.

Undang-Undang Malaysia

A KTA 21

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh (a) keupayaan mana-mana orang untuk bertindak dalam perkara yang berikut, iaitu, perkahwinan, perceraian, mas kahwin dan pengambilan anak angkat; agama dan upacara dan kelaziman agama bagi sesuatu golongan orang di dalam Malaysia; sesuatu peruntukan yang terkandung dalam manamana undang-undang bertulis lain yang menetapkan umur dewasa bagi maksud undang-undang bertulis itu.

(b) (c)

Pemansuhan 5. Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual adalah dengan ini dimansuhkan.

JADUAL [Seksyen 5] 1. Akta Umur Dewasa 1961 [Akta 9 tahun 1961]. 2. Takrif bagi infant atau minor dalam subseksyen 2(1) Ordinan Tafsiran Sabah [Bab 63]. 3. Takrif bagi infant atau minor dalam subseksyen 3(1) Enakmen Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963 Sabah [En. 34 tahun 1963]. 4. Takrif bagi infant atau minor dalam subseksyen 3(1) Ordinan Tafsiran Sarawak [Bab 1].

021b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:03 PM

7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 21 AKTA UMUR DEWASA 1971


SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

TIADA

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA