Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
untuk: i. Memahami dan menggunakan pengetahuan tentang pecahan sebagai nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.
Hasil Pembelajaran : Murid akan dapat : i. ii. iii. Masa : 1 Waktu Fasa Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada. Cadangan Aktiviti 1. Murid melipat kertas kepada dua bahagian. 2. Murid membandingkan hasil mereka dengan rakan-rakan. Cadangan Komunikasi Bagaimana kamu boleh menghasilkan dua bahagian daripada kertas yang diberikan? Adakah terdapat perbezaan atau persamaan dengan rakan-rakan, mengapakah berlaku demikian? Berdasarkan bahagian yang dilorek, apakah bahagian yang diwakili oleh bahagian yang berlorek itu? Menerangkan pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan. Mewakilkan suatu pecahan. Menulis pecahan berdasarkan gambar rajah yang diberi.
1. Murid melorek satu bahagian daripada kertas yang dilipat tadi. 2. Murid melipat kertas yang sama kepada lapan bahagian. Kemudian murid melorek lima bahagian pula. 3. Murid menyatakan nombor di bahagian atas sebagai pengangka dan nombor di bahagian bawah sebagai penyebut.
Apakah istilah yang diberikan kepada nombor yang terletak di bahagian atas dan bawah bagi suatu pecahan?
1. Murid mewakilkan pecahan dengan gambar rajah ( Latihan dari buku teks). 2. Murid menyatakan pecahan berdasarkan gambar rajah berlorek. ( Latihan dari buku teks). Latihan 3.1 M/S : 46
Apakah pecahan yang diwakili oleh bahagian berlorek dalam gambar rajah