You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH

JABATAN MATEMATIK TAHUN 2012


Mengajar nombor pecahan, perpuluhan dan peratusan (MTE 3109)

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU


Penolakan Perpuluhan

NAMA PELAJAR

: MOHD IRWAN BIN ROSPI (900202-03-5855) ABDISSALAM DANIEL BIN MOHD NOOR (890203-03-6255)

KURSUS SEMESTER PENSYARAH

: PISMP MT/PJ/BI : SEMESTER 5 : PUAN HAJAH NATRAH BT SHAARI

TARIKH SERAHAN : 18 APRIL 2012

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan kursus Mengajar nombor perpuluhan, pecahan dan peratusan (MTE 3109) dengan sempurna dalam tempoh masa yang diberi. Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Puan Hajah Natrah Bt Shaari kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Jabatan matematik yang memberi maklumat-maklumat yang berguna kepada saya ketika menyiapkan tugasan ini. Di sini juga kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pertolongan dan berkongsi maklumat dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Kami juga berharap tugasan ini menepati garis panduan yang ditetapkan dan menjadi sumber rujukan dan panduan kepada sesiapa yang berminat mengenai perancangan dan pengajaran dalam matematik.

ABDISSALAM DANIEL BIN MOHD NOR MOHD IRWAN BIN ROSPI

BIODATA

NAMA KURSUS

: MOHD IRWAN BIN ROSPI : PISMP MT/PJ/BI

SEMESTER : 5 UMUR NO. K/P ALAMAT : 22 TAHUN : 900202-03-5855 : KAMPUNG CHANGGAI, GAAL, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN : wan_wannabe@yahoo.com

E-MEL

BIODATA

NAMA KURSUS

: ABDISSALAM DANIEL BIN MOHD NOOT : PISMP MT/PJ/BI

SEMESTER : 5 UMUR NO. K/P ALAMAT E-MEL : 23 TAHUN : 890203-03-6255 : LOT 1942, KG. DEWAN BETA, 15100 KOTA BHARU, KELANTAN. : Daniel_aqua@yahoo.com

ISI KANDUNGAN

BIODATA PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Artikel dan pemetaan grafik 3.0 Rancangan Pengajaran Harian 4.0 Lembaran kerja 5.0 Laporan cara membuat alat bantu mengajar (ABM) 6.0 Penutup 7.0 Refleksi berkumpulan 8.0 Refleksi individu RUJUKAN LAMPIRAN Jadual Penentuan Tugasan Borang Kolaborasi

1.0 Pengenalan

Memahami bagaimana kanak-kanak belajar Matematik merupakan satu pengeahuan yang penting bagi seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan. Sebagai seorang guru permulaan, adalah sangat penting untuk memperolehi kemahiran menyediakan rancangan mengajar yang sistematik dan berkesan serta pembinaan alat bantu mengajar yang kreatif dan inovatif bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kesesuaian dan keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar yang digunakan akan mempengaruhi pencapaian hasil

pembelajaran sesuaitu pengajaran. Ini merupakan salah satu kriteria utama yang perlu dititikberatkan oleh seorang guru Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Tugasan ini memerlukan guru pelatih mencari bahan-bahan yang relevan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bagi topik Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan. Tugasan ini juga memerlukan guru pelatih

menghasilkan pengurusan grafik bagi maklumat-maklumat ynag telah dicari. Berdasarkan maklumat dan pengurusan grafik itu juga, guru pelatih perlu menghasilkan satu rancangan mengajar yang menggunakan sekurang-kurangnya 3 alat bantu mengajar.

Guru pelatih juga perlu melaksanakan rancangan mengajar yang telah dihasilkan dalam pengajaran makro secara berpasangan. Semua alat bantu mengajar yang telah dihasilkan perlu digunakan dan dinilai. Setelah berakhir pengajaran makro, guru pelatih perlu menyiapkan laporan dan membuat refleksi.

2.0 Artikel dan pengurusan grafik

Sumbang saran

Projek

Tunjuk cara (demonstrasi)

Kaedah Pengajaran
Oudiolingual Simulasi

Perbincangan

3.0 Rancangan pengajaran harian

4.0 Lembaran kerja

5.0 Laporan cara membuat alat bantu mengajar (ABM)

6.0 Penutup Setelah menjalankan tugasan ini, didapati perancangan yang sempurna dan sistematik adalah sangat penting bagi memastikan pengajaran yang dilakukan dapat menarik minat murid untuk belajar dan mencapai objektif yang telah dirancang. Penggunaan teknik pengajaran dan strategi yang pelbagai juga adalah sangat penting bagi membolehkan semua murid dapat menguasai apa yang ingin disampaikan oleh guru kerana setiap murid mempunyai cara belajar yang berbeza. Setiap murid juga mempunyai perbezaan individu dari segi pencapaian dan kebolehan. Adalah sangat penting bagi guru untuk mengenali setiap muridnya agar dapat merancang pengajaran yang sesuai. Jika pengajaran yang dijalankan tidak sesuai dengan murid yang ingin diajar. Murid mungkin tidak dapat menguasai apa yang ingin disampaikan oleh guru dan seterusnya boleh menyebabkan kawalan kelas menjadi tidak terkawal. Sebagai pendidik, guru juga perlu mempunyai unsure-unsur kecindan agar sesi pengajaran tidak membosankan murid dan menyebabkan suasana dalam kelas menjadi kurang kondusif untuk murid-murid menerima ilmu. Suasana pembelajaran yang bosan dan stress menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar dan mula cenderung untuk berkelakuan tidak baik di dalam kelas dengan membuat bising, mengganggu murid lain dan bermain-main semasa guru sedang mengajar. Secara keseluruhannya, tugasan ini telah memberi pengalaman terbaik untuk guru pelatih sebagai persediaan sebelum menghadapi praktikum di sekolah dan berdepan dengan murid-murid sebenar sebagai seorang guru Matematik

7.0 Refleksi berkumpulan

Refleksi berkumpulan

Pada semester ini, kami telah mengambil kursus mte3109 iaitu Mengajar Nombor Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan. Kami telah diberi tugasan untuk mencari maklumat, membuat perancangan pengajaran harian bagi tajuk nombor perpuluhan Setelah mendapat taklimat kerja kursus dari pensyarah pembimbing kami, Pn Hajah Natrah Bt Shaari, kami telah membuat perjumpaan pertama untuk merancang bagaimana untuk menjalankan kerja kursus ini. Kami telah membuat pembahagian kerja untuk memudahkan kerja kami. Kami menyedari bahawa pembahagian tugas adalah perlu kerana kami mempunyai masa yang sangat terhad untuk berbincang bersama-sama. Hal ini kerana kami terlibat dengan penganjuran karnival permainan tradisonal di IPG. Sebelum kami melaksanakan pengajaran makro, kami telah mendapatkan maklumat dari beberapa sumber iaitu buku, internet dan rakan-rakan. Kami telah menganalisis maklumat yang kami dapat dan memilih maklumat yang relevan dengan tajuk kami. Setelah itu, kami telah menyusun maklumat-maklumat tersebut berdasarkan susunan yang sesuai dengan tahap penerimaan murid-murid sekolah dalam sub-topik Penolakan Perpuluhan. Selepas itu, kami menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Penolakan Perpuluhan bagi murid Tahun 4. Kami juga turut merancang dan menyediakan alat bantuan mengajar (ABM) yang sesuai dan menarik minat murid dalam pengajaran Penolakan Pecahan. Semasa pengajaran makro, Abdissalam Daniel mengajarkan Set Induksi dan juga Langkah 1 manakala Mohd Irwan mengajarkan Langkah 2, Langkah 3 dan Penutup. Semasa Daniel menlakukan langkah set induksi, kami dapati set induksi yang telah kami ajar masih kurang menarik minat murid untuk belajar tajuk pada hari tersebut. Murid kelihatan tidak dapat memahami perkaitan antara set induksi yang kami lakukan dengan penolakan nombor perpuluhan. Semasa langkah 1, murid-murid

kelihatan tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh guru. Masalah ini berlaku kerana langkah satu adalah teori. Murid kelihatan tidak berminat untuk belajar kerana cara penyampaian adalah berpusatkan guru. Bagi mengatasi masalah ini, kami telah menukar cara penyampaian dengan melibatkan murid dalam aktiviti. Pada langkah 2, murid kelihatan lebih bersemangat untuk belajar. Mereka tidak sabar untuk menajalankan aktiviti. Walaupun pengajaran kelihatan lebih baik dan menarik, namun masalah lain pula yang timbul. Murid terlalu seronok dan hanya mahu bermain. Keadaan ini telah menyebabkan kawalan kelas sidikit terganggu. Bagi menyelesaikan masalah ini, kami telah membuat sedikit penegasan dengan memberi peneguhan

negative atau dendaan kepada murid-murid yang membuat bising dalam kelas. Hasilnya, keadaan kelas kembali terkawal dan murid masih seronok untuk belajar. Setelah selesai sesi pengajaran, rakan-rakan dan pensyarah telah memberi komen mereka masing-masing. Antara komen yang kami terima ialah arahan yang kurang jelas dan mengelirukan. Kami juga perasan bahawa ada murid yang tidak dapat memahami arahan yang diberikan. Komen komen yang diberikan telah kami terima dengan hati terbuka. Kami sendiri juga dapat merasai beberapa kelemahan yang telah kami sendiri lakukan semasa sesi pengajaran makro dijalankan. Antara kelemahan yang paling ketara adalah dari segi penyediaan ABM. ABM yang telah kami sediakan sepatutnya dapat digunakan dengan lebih baik. Namun akibat perancangan yang kurang teliti, ABM yang kami sediakan tidak digunakan sepenuhnya. Secara keseluruhannya, tugasan ini telah memberi pengalaman yang sangat berharga kepada kami. Segala kelemahan yang telh kami dan rakan-rakan lakukan dapat mengajar kami agar dapat lakukan dengan lebih baik apabila ke sekolah sebagai guru praktikum nanti.

8.0 Refleksi individu Refleksi individu


Disediakan oleh : Mohd Irwan Bin Rospi

Bagi kursus mte3109, saya telah diberikan satu tugasan secara berpasangan. Tugasan tersebut ialah mencari maklumat, merangka dan menjalankan pengajaran makro untuk mengajar nombor perpuluhan. Saya telah menjalankan tugasan ini bersama Abdissalam Daniel. Dalam proses menjalankan tugasan ini, saya dan Daniel telah berbincang dan membahagikan tugasan ini supaya kerja dapat dijalankan dengan lebih cepat. Kami juga terpaksa membuat pembahagian ini kerana kami tidak mempunyai masa yang cukup untuk berbincang dan melaksanakan kerja bersama-sama. Saya telah ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai tajuk yang telah diberi. Kami telah mengecilkan lagi skop kepada pengajaran tolak nombor perpuluhan. Saya telah mencari maklumat dari beberapa sumber mengenai tajuk tersebut. Saya dapati. Tidak banyak buku yang terdapat di pusat sumber IPG mengenai cara dan teknik untuk mengajar tambah nombor perpuluhan. Kebanyakan buku adalah buku latihan dan buku teks untuk kegunaan murid. Sumber internet pula tidak banyak yang relevan dengan tajuk kerana kebanyakan input yang tidapati dari internet adalah berdasarkan kurikulum KBSR. Masih tidak banyak maklumat mengenai Kurikulum baru iaitu KSSR yang sedang digunakan di sekolah sekarang. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dari segi masa. Hal ini kerana semasa tugasan ini berjalan, saya terlibat dengan cuti umum. Saya dan pasangan saya Daniel tidak dapat berbincang bersama dan berkolaborasi dengan pensyarah dengan lebih kerap. Kami juga terlibat dengan pengurusan karnival sukan di IPG menyebabkan kami tidak dapat meluangkan lebih banyak masa untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik lagi. Saya bersyukur kerana sepanjang tugasan ini dijalankan, saya telah dapat belajar pelbagai perkara baru yang tidak dapat saya pelajari hanya dari teori yang diajar di dalam kuliah. Semasa menjalankan pengajaran makro, rakan-rakan telah memberi komen yang positif dan juga negatif yang mana telah memberi peluang kepada saya

dan rakan-rakan lain untuk membetulkan kesilapan kami. Segala pengalaman yang telah kami timba dapat kami gunakan di sekolah semasa praktikum. Melalui pengajaran makro juga saya telah dapat mempelajari teknik-teknik baru yang boleh saya aplikasikan di sekolah semasa praktikum. Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menjalankan tugasan ini dan telah banyak membantu saya dalam proses untuk menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang berdedikasi dan berjaya di masa akan datang.

RUJUKAN

Commons, L. C. (2011). Teori Pengajaran dan Pembelajaran. Retrieved 10 9, 2011, from Wikikedia ensiklopedia bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran

Noor Shah Saad. (2001). Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik. Selangor: Prentice Hall