Sie sind auf Seite 1von 5

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Inkuiri Penemuan

Murid Tema Bidang Pembelajaran Masa Objektif Pembelajaran

: Tingkatan 1 : Jirim dalam Alam : Udara Di Sekeliling Kita : 2 waktu (80 minit) : Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk pembakaran

Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan maksud pembakaran 2. Menyatakan oksigen diperlukan untuk pembakaran 3. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji pembakaran berdasarkan perbincangan

Fasa 1. Persediaan

Cadangan aktiviti 1. Murid memerhati perubahan yang berlaku kepada lilin menyala pada set A yang dibiarkan terdedah kepada udara sekeliling dan lilin menyala pada set B yang ditelangkupkan dengan sebuah bekas

Cadangan komunikasi 1. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada nyalaan lilin pada Set A dan Set B?

Memerhati Menciri Mengelas Menyoal

2. Mengapakah lilin menyala dalam Set B padam terlebih dahulu? 3. Mengapakah lilin menyala dalam Set A menyala lebih lama daripada lilin menyala dalam Set B?

Set A

Set B

2. Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis

1. Murid berbincang dalam kumpulan mengenai perubahan yang berlaku kepada lilin menyala dalam set A dan set B 2. Murid membina hipotesis berdasarkan perbincangan

1. Apakah gas yang diperlukan untuk proses pembakaran?

3. Perkembangan Menguji hipotesis

1. Murid dibahagi kepada kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang. 2. Setiap kumpulan diberi bahan dan radas berikut: batang lilin, mancis, plastisin, bekas yang berlainan saiz dan jam randik. 3. Dengan menggunakan bahan dan radas yang dibekalkan, setiap kumpulan dikehendaki menjalankan aktiviti berikut: Aktiviti 1: menggunakan bekas P (bersaiz kecil) i. Sebatang lilin ditegakkan di atas meja dengan bantuan plastisin ii. Lilin dinyalakan dan bekas P ditelangkupkan. iii. Jam randik dimulakan dan jangka masa nyalaan lilin dicatat

1. Lengkapkan lembaran kerja yang berkaitan dengan aktiviti yang telah anda lakukan.

Aktiviti 2: menggunakan bekas Q (bersaiz sederhana) i. Sebatang lilin ditegakkan di atas meja dengan bantuan plastisin ii. Lilin dinyalakan dan bekas Q ditelangkupkan. iii. Jam randik dimulakan dan jangka masa nyalaan lilin dicatat

Q
Aktiviti 3: menggunakan bekas R (bersaiz besar) i. Sebatang lilin ditegakkan di atas meja dengan bantuan plastisin ii. Lilin dinyalakan dan bekas R ditelangkupkan. iii. Jam randik dimulakan dan jangka masa nyalaan lilin dicatat

4. Tindakan Membuat kesimpulan Melapor Dokumentasi Mentaksir

1. Murid melengkapkan lampiran yang disediakan 2. Murid membentangkan hasil dapatan aktiviti. . .

1. Nyatakan hubungan antara saiz bekas dengan masa yang diambil oleh lilin untuk padam 2. Apakah maksud pembakaran?

Pentaksiran

Berdasarkan keupayaan pelajar menghubungkaitkan antara isi padu udara dengan pembakaran lilin.

Nilai dan sikap

1. Bekerjasama dalam menjalankan aktiviti kumpulan 2. Menghargai gas oksigen bagi proses pembakaran

Lampiran Bekas P Q R Masa Untuk Api Lilin Padam/s

LEMBARAN KERJA 1. a) Nyatakan perbezaan dalam masa yang diambil oleh lilin untuk padam dalam bekas Q dan R Lilin dalam bekas _________________ mengambil masa yang lebih _______________ untuk padam. b) Nyatakan satu sebab bagi jawapan anda di 1 a) ______________________________________________________________________ 2. Ramalkan masa yang diambil oleh lilin untuk padam a) jika bekas yang lebih kecil daripada P digunakan _____________________________________________________ b) jika udara dalam bekas P digantikan dengan udara hembusan ______________________________________________________

3.

Berdasarkan keputusan dalam eksperimen ini, susun bekas dalam urutan menurun berdasarkan masa yang diambil oleh lilin untuk padam

Urutan menurun
4. Apakah yang anda faham tentang pembakaran Pembakaran ialah __________________________________

5.

Semasa memasak, tingkap dapur harus dibuka untuk membenarkan udara segar yang mengandungi ______________bergerak masuk untuk membantu pembakaran.

Das könnte Ihnen auch gefallen