Sie sind auf Seite 1von 24

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN ............................................................................................................................................ 3
PENDAHULUAN ........................................................................................................................................ 5
TEMA ........................................................................................................................................................... 5
OBJEKTIF .................................................................................................................................................... 7
TUJUAN ....................................................................................................................................................... 8
MATLAMAT ............................................................................................................................................... 9
KEPENTINGAN MASYARAKAT ........................................................................................................... 11
PERANCANGAN PROGRAM .................................................................................................................. 12
PUBLISITI ..................................................................................................................................................... 12
STRUKTUR ORGANISASI ...................................................................................................................... 13
ANGGARAN PERBELANJAAN .............................................................................................................. 15
TENTATIF ATURCARA PROGRAM ...................................................................................................... 15
TENTATIF PROGRAM ............................................................................................................................. 19
TAKRIFAN ................................................................................................................................................ 21
SKOP .......................................................................................................................................................... 21
KUMPULAN SASARAN .......................................................................................................................... 22
LATAR BELAKANG ................................................................................................................................ 22
DASAR ....................................................................................................................................................... 22
PENUTUP .................................................................................................................................................. 23
PENGENALAN
Rumah Anak-anak Yatim Salimah (RAYS) adalah sebuah rumah
perlindungan khusus untuk anak-anak yatim, anak-anak terbiar dan miskin,
muallaf dan OKU.

Diasaskan pada tahun 2009 dan dibina secara berperingkat-


peringkat (kerana kekurangan dana) di atas sebidang tanah wakaf (khas)
di Lot 102, Kg. Aur, Mukim Telong, Bachok, Kelantan. Ia adalah
kesinambungan wakaf & amanah Allayarhamah Pn. Salimah Lyions Bt.
Hussein untuk kegunaan rumah anak-anak yatim dan pusat pengajian
Islam.

Ia terletak dalam sebuah kompleks yang mempunyai sebuah masjid


dan bangunan utama 3 tingkat menempatkan asrama pelajar, kelas
pengajian, dapur & dewan makan, pejabat, bilik computer, perpustakaan,
bilik ICT dan lain-lain kemudahan.

RAYS adalah sebuah rumah perlindungan diuruskan oleh


Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Salimah (Peka-Rays) yang
berkonsepkan ‘family care’ (cakna keluarga) dan ‘welfare’ (kebajikan). Ia
juga menggunakan pendekatan ala pondok sebagai model tarbiyah. Anak-
anak di sini diterapkan dengan nilai-nilai disiplin dan jatidiri muslim supaya
menjadi insan yang soleh nanti.

Seusai waktu persekolahan biasa, mereka mengikuti program-


program dan aktiviti yang diatur dengan padat di sebelah petang dan
malam seperti kelas tahfiz al-qur’an, kelas pengajian kitab-kitab pondok,
tazkirah, solat berjemaah, wirid, zikir, adab-adab dan doa, khidmat diri dan
lain-lain.

Rays berusaha sedaya upaya untuk menjadi sebuah rumah


perlindungan terbaik di Daerah Bachok khasnya dan di seluruh Kelantan
amnya juga sebagai sebuah pusat pengajian tahfiz Al-Qur’an yang akan
menjaga dan mendidik bagi melahirkan anak-anak hafiz Qur’an yang
berilmu dan bertakwa sebagai generasi pelapis akan datang.
Program ini berhasrat untuk melaksanakan sesi ramah mesra di
Rumah Anak Yatim Salimah. Idea, ini telah dicetuskan atas keinsafan dan
kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap kepada sebuah
masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang
yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.

Mewujudkan satu ikatan murni antara individu bagi mengukuhkan


hubungan silaturrahim. Dengan menjalani program ini, anak-anak akan
dapat menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan dan keprihatinan yang tinggi
yang tidak hanya mementingkan diri sendiri.

Selain itu, dapat membantu kepimipinan dan pengurusan


meningkatkan rasa kebertanggungjawaban. Diharapkan program ini akan
dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua pihak
terutamanya kepimpinan di Kelantan amnya dan di rumah anak yatim yang
terbabit khususnya.

Anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan


mereka merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan
ibu atau bapa atau kedua-duanya yang merupakan tempat mencurahkan
kasih sayang. Di samping itu, rata-rata mereka berasal daripada keluarga
yang susah dan memerlukan perhatian . Oleh hal yang demikian, adalah
sangat wajar bagi program ramah mesra bersama pemimpin ini dilaksana.

Dengan itu, segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak sama
ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung amatlah diharapkan.
Sesungguhnya hasrat murni dalam merealisasikan matlamat program ini
hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.
PENDAHULUAN
Program Majlis Ramah Mesra bertemakan ‘Masih Ada Yang Sayang’
bersama anak-anak yatim dan miskin merupakan satu program yang
dijalankan khusus untuk pemimpin mengenali dengan lebih rapat
pengurusan dan anak-anak RAYS di samping dapat mengeratkan
silaturrahim sesama manusia.

Program ini diharapkan dapat mendidik hati pemimpin dan


masyarakat khususnya tidak kira agensi kerajaan atau swasta dalam aspek
mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah
SWT. Di samping itu, pemimpin dan setiap hadirin yang hadir dapat
beramah mesra dengan anak-anak di RAYS.

Setiap ahli masyarakat sentiasa digalakkan supaya menyayangi dan


mengambil berat tentang anak-anak yatim dan miskin yang lebih
memerlukan belaian kasih sayang dalam kehidupan mereka. Yang boleh
kita lakukan ialah menggembirakan hati mereka.

Program ini juga memberi peluang kepada pimpinan untuk


menyampaikan ilmu dan bersikap mulia terhadap orang lain. Apabila
luangan masa berkualiti dikongsi bersama anak-anak ini, pasti mereka
lebih bersemangat untuk berjaya dalam hidup kerana masih ada yang
prihatin akan nasib mereka dan ingin melihat mereka cemerlang.

Program ini berhasrat melahirkan warganegara yang patriotik,


prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Ini dapat
menimbulkan rasa kesedaran dan nilai kasih sayang di dalam diri
pemimpin dan juga menanamkan sifat kesabaran dalam melayan kerenah
anak anak di sini.

Dengan semangat ingin membantu dan meringankan beban


kehidupan anak-anak ini,setiap daripada kita mampu mengubah kehidupan
mereka daripada duka menjadi suka.
TEMA
Program ramah mesra ini bertemakan :

‘MASIH ADA YANG SAYANG’

Program sehari bertemakan, Masih Ada Yang Sayang, dianjurkan adalah untuk
pimpinan mendekati penghuni rumah anak yatim ini agar mereka tidak merasa tersisih
dari masyarakat selain memberi semangat dan sokongan moral kepada mereka untuk
belajar bersungguh-sungguh demi masa hadapan yang cerah. Program ini sangat
bermanfaat dan memberi rasa kekeluargaan dalam kalangan pimpinan yang aka
nmelibatkan diri secara langsung atau tidak langsung.
OBJEKTIF

1. Percambahan minda intelektual mengenai isu-isu semasa dan menjalinkan


ukhwah sesama pemimpin dan anak-anak RAYS.
2. Program ini dirangka untuk membina, membentuk akhlak dan jati diri yang
positif serta menanam sifat kasih sayang dan sifat tolong-menolong di dalam
diri setiap insan.
3. Memberi kesedaran kepada seluruh pimpinan yang terlibat dalam program
MAYS di mana penghuni RAYS masih memerlukan perhatian dan kasih
sayang masyarakat.
4. Melalui program Masih Ada Yang Sayang, ia boleh memberikan kesedaran
kepada semua pihak bahawa keprihatinan dan kasih sayang, terutama buat
anak-anak yang bersendirian mesti diteruskan secara berjadual kerana yang
paling mustahak ialah keikhlasan pimpinan dalam meluangkan masa untuk
beramal.
5. Memberi semangat kepada anak-anak ini dalam menjalani kehidupan dengan
lebih bermakna serta membuktikan kepada mereka bahawa masih ada insan
yang prihatin.
6. Mengeratkan hubungan mesra dengan pimpinan yang prihatin akan nasib
anak-anak RAYS.
7. Menginsafi diri dan menjadi pedoman serta iktibar hidup agar tidak mudah
berserah kepada takdir Tuhan dalam meniti ranjau kehidupan tanpa keluarga
dan tanpa harta benda dunia.
8. Menjadikan program MAYS sebagai satu amalan hidup sebagai kesedaran
tentang tanggungjawab kepada masyarakat.
9. Meningkatkan kerjasama dan sikap tolong menolong di antara satu sama lain
dalam proses pelaksanaan program kemasyarakatan dalam kalangan
pemimpin seterusnya memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim.
10. Sebagai satu titik permulaan perhubungan diantara YB Dato’ Sri Mustapha
Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Rumah
Anak Yatim Salimah (RAYS) bagi kesinambungan kerjasama sosial pada
masa hadapan.
TUJUAN
Penghasilan kertas cadangan ini dapat memberi gambaran tentang bentuk khidmat
bimbingan pengetahuan yang akhirnya dapat memberi kesedaran yang tinggi kepada
kumpulan sasaran iaitu anak-anak di RAYS. Pada akhir program ini adalah dapat
diharapkan:

1. Bertujuan agar pimpinan mendekati dan berkongsi pengalaman bersama anak-


anak yatim di samping menyelami isi hati kanak-kanak tersebut.
2. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pimpinan yang terlibat tentang
tanggungjawab sosial terhadap masyarakat luar sekali gus memupuk sifat
penyayang kepada golongan yang kurang bernasib baik.
3. Bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak ini tentang
pembangunan masyarakat dengan melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi
kepada masyarakat dengan sumbangan amal bakti dalam konteks pertolongan
sosial (social help) kepada masyarakat dan negara.
4. Melahirkan anak-anak yang bertanggungjawab, berkemahiran, kepakaran dan
bijak menggunakan peluang yang diberi bagi memenuhi keperluan semasa
masyarakat dan Negara.
5. Memberi kesedaran kepada pimpinan, bahawa disebalik kehidupan anak-anak
ini mereka layak untuk merasai erti kehidupan sama seperti sahabat mereka
yang di luar yang masih punya keluarga lengkap dan tidak dilanda kemiskinan.
6. Program ini dapat dihayati dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian dan
menjadi tuntutan setiap agama untuk melakukan perkara amal kebajikan yang
dianggap jariah dan mendapat pahala daripada tuhan sekiranya perbuatan
tersebut adalah berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan.
7. Mewujudkan gaya hidup sihat dan positif yang menjadi panduan kepada rutin
kehidupan anak-anak seterusnya melahirkan masyarakat yang dapat manjadi
pemimpin yang berjasa kepada Negara kelak.
8. Memupuk silaturahim dan meningkatkan semangat tolong menolong lalu
meningkatkan keprihatinan kepada keperluan pembangunan anak-anak
terutama dalam konteks pembangunan modal insan yang memerlukan bantuan
dari segi tunjuk ajar, panduan kepada pola kehidupan harian yang sempurna
ke arah mencapai matlamat negara yang harmoni dan sejahtera sesuai dengan
prinsip Rukun Negara.
9. Bertindak sebagai agen kolaborasi sosial antara pemimpin dan insitusi sosial ke
arah mencapai matlamat kesejahteraan negara melalui pelaksanaan program ini.
MATLAMAT
Matlamat Umum
 Memberi peluang kepada pemimpin dan masyarakat untuk beramah mesra
bersama anak-anak yatim dan miskin.
 Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang ,
 Membina jati diri dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik.
 Mempraktikkan komunikasi dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan
sasaran program adalah anak-anak yatim dan miskin yang terputus hubungan kasih
sayang dengan ibubapa masing-masing dan hidup serba kekurangan.
 Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan
melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
 Melahirkan masyarakat yang bermaklumat tentang golongan yang terpinggir ini tidak
tertumpu kepada sesuatu kelompok sahaja tetapi mempunyai tanggungjawab sosial
dan kebajikan dengan cara cuba mendekati dan memahami golongan anak-anak
serba kekurangan ini
 Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman tentang
kepentingan pertolongan sosial (social help) terhadap golongan yang memerlukan.
 Menjalankan aktiviti/program kemasyarakatan dan seterusnya melahirkan anak-
anak yang prihatin terhadap persekitaran tentang apa yang berlaku dan situasi
generasi mereka yang akan datang.

Matlamat Teknikal
 Memberi pendedahan dan kefahaman tentang proses menolong golongan
sasaran supaya mereka tidak dipinggirkan dan disisihkan untuk menjalani
kehidupan harian dengan sempurna
 Meningkatkan pengetahuan dan semangat anak-anak untuk menyalurkan
bantuan kepada golongan yang memerlukan pada masa kini dan akan datang.
 Memulihkan mereka dari masalah kemurungan yang sedang dihadapi atas faktor
kurang kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat. Tanpa sokongan dan
juga keprihatinan masyarakat akan mengakibatkan anak-anak rasa terpinggir
dan terbuang.
 Mengetahui secara jelas tentang pelaksanaan program ini yang banyak
mendedahkan tentang kepentingan semangat tolong menolong, bekerjasama
dan bimbingan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan khidmat
masyarakat.
Matlamat Ekonomi
 Memberi penerangan dan pendedahan yang jelas tentang akibat dan keburukan
keterlibatan seseorang individu dengan gejala sosial yang mampu meruntuhkan
moral serta struktur keharmonian sosial masyarakat Malaysia.
 Membantu pihak institusi memberi saluran kepada masyarakat bagi menaikkan
semangat anak-anak dalam menentukan matlamat hidup yang positif tanpa perlu
menangisi takdir dan aturan tuhan yang lampau.

Matlamat Pelaksanaan

Kumpulan sasaran pertama – Golongan anak-anak yatim, miskin, anak terbiar dan OKU
di Rumah Anak Yatim Salimah (RAYS).

 Yang terdiri daripada 45 penghuni lelaki dan 15 penghuni perempuan (termasuk anak-
anak yang mengaji Tahfiz sepenuh masa).
 Bersama membantu menjalankan program yang memberi banyak kesan positif dalam
kehidupan seharian.
 Untuk meningkatkan prestasi dan sahsiah diri yang positif dan sentiasa mengamalkan
gaya hidup sihat.
 Meningkatkan keyakinan diri anak-anak ini supaya tidak terasa terpinggir dan
masyarakat di luar sana masih mengambil berat dan sudi berkongsi kasih sayang serta
sudi menerima mereka seperti ahli keluarga.
 Mengeratkan silaturahim dan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira jurang atau
taraf.
 Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam penglibatan bersama kepimpinan
dalam aktiviti/program khidmat masyarakat untuk anak RAYS.

Kumpulan Sasaran Kedua – Masyarakat setempat

 Meningkatkan kerjasama antara satu sama lain dalam bersama-sama membentuk


sahsiah diri anak-anak ini supaya menjadi insan yang berguna kepada negara kelak.
 Melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab dalam kebajikan kepada
semua golongan tanpa mengira umur dan darjat.
 Meningkatkan penglibatan aktif masyarakat serta mengerat hubungan silaturahim
antara satu sama lain dalam rantaian kemasyarakatan

Kumpulan sasaran ketiga – pemimpin, pengurusan, jabatan kerajaan dan swasta


 Memberi pendedahan kepada pihak yang secara langsung atau tidak langsung terlibat
tentang proses menolong dan sokong bantu kepada anak-anak di sini.
 Meningkatkan kerjasama bersepadu dan berpasukan dalam menyalurkan perkhidmatan
yang mampu diberikan kepada anak-anak ini.
 Menerapkan nilai-nilai murni dan baik serta positif dalam sanubari setiap insan tentang
kepentingan menolong kepada semua golongan yang memerlukan dan kerja kumpulan
adalah lebih baik kerana tenaga yang dicurahkan begitu besar.

KEPENTINGAN MASYARAKAT
Program kebajikan masyarakat yang dijalankan ini menerapkan nilai kemanusiaan dan
perasaan ingin membantu di kalangan masyarakat terutamanya pengurusan dan
pimpinan program ‘Masih Ada Yang Sayang’ ini sendiri di samping melahirkan anak-
anak yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah agar menjadi contoh dan
inspirasi kepada warga RAYS yang akan datang. Program ini tidak tertumpu pada
pengurusan dan pimpinan sahaja malah anak-anak di sini sendiri mendapat manfaat
kerana mereka adalah golongan sasaran.

Program sehari bersama Penghuni RAYS ini bermatlamat untuk memberi


peluang pemimpin dan pengurusan program ‘Masih Ada Yang Sayang’ untuk
menaburkan bakti dan berkongsi pengalaman, suka, duka lebih-lebih lagi pastinya kita
sebagai orang dewasa ingin memberi inspirasi kejayaan kepada anak-anak ini.

Selain itu juga dengan adanya ceramah kesedaran Diri Sebagai Insan Berguna yang
akan disampaikan oleh ……… amat berguna kerana dapat membuka minda dan dapat
menyuntik motivasi kepada diri anak-anak RAYS. Di samping itu, program ‘Masih Ada
Yang Sayang’ meningkatkan penglibatan anak-anak ini kepada masyarakat supaya
mereka dapat merasakan masyarakat masih menyayangi mereka dan mengambil berat
terhadap kebajikan mereka.
PERANCANGAN PROGRAM
Tarikh : Mac 2018

Hari :

Tempat : Rumah Anak Yatim Salimah (RAYS),

Lot 102, Kg. Aur, Mukim Telong,

16310, Bachok, Kelantan.

No. Pej : 09-7525845

Tema : “Masih Ada Yang Sayang”

Golongan : Penghuni Rumah Anak Yatim Salimah (RAYS)

Sasaran (Pelajar lelaki & perempuan/Pemimpin/Pengurusan RAYS/Masyarakat)

Bil. Peserta : 75 orang

Perasmian : YB Dato’ Sri Mustapha bin Mohamed,

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Penceramah :

PUBLISITI
Program ini akan diuar-uarkan secara meluas melalui flyers, banner, laman web sosial seperti

Facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya di sekitar kawasan Telong, Bachok, Kelantan.
STRUKTUR ORGANISASI
AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : USTAZ HUSIN PERUPOK

Pengerusi : Ustaz Nor Azahar bin Zakaria


Naib Pengerusi : Puan Siti Khadijatulrraadiah binti Roslan
Setiausaha : Cik Nurul Fadhilah binti Mohd Jusoh
Bendahari : Cik Siti Fatimatuzzaharah binti Roslan

JAWATANKUASA KERJA
Yang Dipertua : Mohd Imran Sofwani Rohadi
Naib Yang Dipertua : Nor Haslina Mohd Ilham
Setiausaha Agung : Syairatul Nadiah
Naib Setiausaha 1 : Nurul Farehah Ali
Naib Setiausaha 2 : Mohamad Aminuddin Rosmi
Bendahari : Nur A’in Wahida Abu Bakar
Naib Bendahari : Nur Maisarah Mohd Zukhe
AJK : Biro Pembangunan Insan Dan Disiplin
 Biro Kebajikan Dan Kolej Kediaman
 Biro Akademik Dan Penerbitan
 Biro Kesenian Dan Protokol
 Biro Publisiti Dan Seranta

 Biro Sukan Dan Rekreasi


 Biro Pembangunan Profesionalisme Dan Kendiri
Jawatankuasa

Ahli jawatankuasa

1. Ahmad Firdaus Bin Mat Nor


2. Muhammad Azam Bin Zainal Abidin
3. Ahmad Ramzi Bin Saari
4. Shafiq Shahimie Bin Shaifuddin
5. Khalid Bin Mohd Noor
6. Muhammad Shahrul Hakim Bin Ubaidillah
7. Abdul Muaz Bin Zurkarnain
8. Shaqir Shazwan Bin Shaifuddin
9. Faizol Bin Lah
10. Muhammad Hakimi Haiykal Bin Hussain
11. Shahmi Bin Hafizol
12. Muhammad Imran Bin Mahama
13. Uthman Affan Bin Kamarudin
14. Mohamad Khairul Haizal Bin Mohamad Hafizal
15. Muhammad Ibnor Arrazzaq Bin Ibrahim
16. Mohamad Shafik Bin Faisal
17. Mohamad Hairul Nizan Bin Yasin
18. Muhammad Shyafinuddin Bin Mazlan
19. Muhammad Asyraf Athari Bin Azuha
20. Siti Shofhiiyatussholehah Binti Roslan
21. Nur Azimah Binti Abdul Rahman
22. Nur Jannah Binti Mohd Phaizal
23. Nur Syazfika Hanim Binti Khairul Azmi
24. Ili Aisya Zafira Binti Zakaria
ANGGARAN PERBELANJAAN
Banner /Backdrop = RM 234.00
Cenderahati Perasmi MAYS = RM 150.00
Cenderahati bagi Penceramah = RM 100.00
Jamuan = RM 750.00 (RM 7.50 x 100)

Jumlah = RM 1234.00
( Anggaran perbelanjaan tertakluk kepada perubahan

TENTATIF ATURCARA PROGRAM


7.00 pagi : Berkumpul, sarapan pagi dan taklimat
9.30 pagi : Tiba di Rumah Anak Yatim Salimah
10.30 pagi : Majlis Perasmian Program Ramah Mesra bersama Dato’ Pa
11.00 tgh : Suai Kenal Dan Ramah Mesra
12.00 petang : Jamuan

MASA PERKARA CATATAN


7.00pg – 9.00 pg Melibatkan semua
 Taklimat ringkas
pengurusan dan
perjalanan program
penghuni RAYS

 Bacaan doa
 Ucapan Aluan oleh
Pengerusi RAYS

Melibatkan semua
 Majlis Perasmian
9.30pg – 10.30 pg pemimpin, pengurusan
Program Ramah Mesra
bersama Dato’ Pa dan penghuni RAYS

“Masih Ada yang Sayang”-

 Sesi Latihan Dalam


Kumpulan ( LDK )-Penghuni
dan pelajar PLK. Melibatkan semua pelajar
10.30 pg – 11.30 pg
 Program Dari Hati ke dan Penghuni Penjara.
hati “pelajar belajar
mendengar rintihan
penghuni penjara” @
berkongsi pengalaman
 Upacara penutup
Program
Tertakluk kepada
11.30 tgh – 12.00 ptg  Penyampaian
pindaan
cenderahati kepada Pihak
Penjara.
Disediakan oleh pelajar
 Jamuan bersama UUM Johor Bahru
12.00 ptg – 1.00 ptg
penghuni dibantu oleh pihak
penjara
1.00 ptg  Bersurai Pelajar UUM Johor Bahru

15.0. PENUTUP

Diharap Program Masaih ada yang sayang bertemakan “4 Penjuru Tembok Harapan”
ini dapat mencapai objektif dan matlamat dengan jayanya. Para penganjur khususnya para
penuntut PLK UUM – JB diharap dapat memberi kerjasama dengan sebaik mungkin agr segala
yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur selain bijak menggunakan peluang
yang ada.

Selain daripada itu kepada para pelajar dan penceramah serta pihak penjara yang turut sama
terlibat amat perlu mementingkan soal keselamatan dan mengikut prosedur-prosedur
keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak penjara khususnya bagi mengelakkan sebarang
keadaan yang tidak diingini berlaku. Kepada para pelajar dan penceramah diharap dapat
mengumpul maklumat dan mengambil manafaat atas aktiviti yang akan dijalankan.

Sekiranya program “4 Penjuru Tembok Harapan” ini berjalan lancar dan dapat mencapai
matlamatnya, ini akan meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran kepada semua yang
terlibat dan sekaligus mengharumkan nama semua pihak yang terlibat.

Sekian, Jutaan terima Kasih dan ini adalah harapan kami agar Kertas Kerja Pembangunan
masyarakat bagi program “4 Penjuru Tembok Harapan” yang kami sediakan ini dapat
memberi manafaat dan mencapai objektif Universiti dalam melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai semangat berpasukan, pendedahan mengurus, merangka dan melaksanakan
projek dengan sempurna dan jayanya dengan bimbingan pensyarah serta dapat berbakti
kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………………….

Ulasan Penasihat Program

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………

Sekian, Terima Kasih.

Rujukan Kami: UUM/KOK/PJJ-JB (01)

Tarikh: 21 Oktober 2011

Datuk Wira Zulkifli Bin Omar


Ketua Pengarah Penjara Malaysia
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira
43000 Kajang
Selangor

Melalui

Penyelaras Ko-Kurikulum
Unit Khidmat Masyarakat
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia

YB Dato’/Datin/Tuan/Puan
PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI
KOMPLEKS PENJARA KLUANG, JOHOR.

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, kumpulan Pelajar Jarak Jauh (PLK) Universiti Utara
Malaysia (UUM) Cawangan Johor Bahru bercadang untuk mengadakan Program Khidmat
Masyarakat di Kompleks Penjara Kluang, Johor. Tujuan kami mengadakan program ini adalah
untuk memupuk tanggungjawab sosial terhadap masyarakat terutamanya penghuni penjara
berkenaan selain ianya merupakan satu mata pelajaran wajib kumpulan pelajar kami.

3. Butir-butir mengenai projek adalah seperti berikut:-

Nama projek : MASIH ADA YANG SAYANG

Tempat : Penjara Kluang, Johor.


Tarikh : 25 Febuari 2011
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Pelajar terlibat : 40 orang

3. Besarlah harapan kami semoga perkara ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh
pihak YB Dato’/Datin/Tuan/Puan. Segala pertanyaan mengenai projek tersebut pihak boleh
menghubungi saya di talian 019-3903408 (Encik Earwan bin Abu Bakar) atau 017-5085248 (Cik
Hetty Affida Bt Mohamad Isa).

4. Bersama-sama ini dilampirkan Kertas Kerja Projek ”Masih Ada Yang Sayang” bagi
tujuan rujukan YB Dato’/Datin/Tuan/Puan.Kerjasama daripada pihak YB
Dato’/Datin/Tuan/Puan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“ILMU BUDI BAKTI”

Saya yang benar,

EARWAN BIN ABU BAKAR (202682)


Pengerusi ”Masih Ada Yang Sayang”
Program Khidmat Masyarakat,
UUM PLK JB SESI 2011/2012

HP: 019 3903408


Emel: earwan2@gmail.com

Sk:-

i) Pengarah Penjara Kluang,


Kompleks Penjara Kluang,
Kluang, Johor.

ii) Penyelaras
Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan
Unit Khidmat Masyarakat,
Universiti Utara Malaysia.
Sintok, Kedah.

iii) Jurulatih
Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan
Unit Khidmat Masyarakat
Universiti Utara Malaysia
Johor Bahru. Johor.

TENTATIF PROGRAM
Mac 2018
10.00 am
-berkumpul
1.30 pm
-bergerak menaiki kereta menuju
keRumahkebajikanPermata al-
Insyirah.
3.00pm
-Pelajartiba di RumahKebajikanPermata al-Insyirah.
3.15 pm
-Melawatkawasansekitarrumahkebajikan.
3.30pm
-Sesipemgenalan
4.00pm-6.00pm
-susun puzzle
-kotakberacun
-solat
-minumpetang
-
Beramahmesradanberiadahbersamaahlirumahkebajikan.
6.30pm-7.30pm
-Solat/makanmalam
8.00pm
Aktiviti
-Rodaimpian
-persembahandaripadaanak-anak al-insyirah
-menukarhurufkonsonankevokal
9.00pm
-penyerahancenderahati.
9.30pm
-Solat
10.00pm
-Minummalam
-Tidur.
7.00am
-Makanpagi/BertolakpulangkePoliteknik.

PERGERAKAN / TENTATIF (JADUAL) PROGRAM


(KHAMIS)
2.30 – 3.30 ptg : pertunjukan tae kwan do
3.30 – 4.30 ptg : LDK 1
4.30 – 5.30 ptg : solat / minum petang
5.30 – 6.45 ptg : sukan dan rekreasi
6.45 - 9.00 mlm : solat / makan / tazkirah
9.00 – 10.00 mlm : LDK 2
10.00 – 11.00 mlm : LDK 3
11.00 – 11.30 mlm : sesi soal jawab
(JUMAAT)
7.00 – 8.00 pg : senaman pagi
8.00 – 10.00 pg : ice breaking
10.00 – 10.30 pg : minum pagi
10.30 – 11.30 pg : LDK 4
11.30 – 12.00 tghri : sesi refleksi

Perbelanjaan
BIL. PERKARA JUMLAH
1. CenderamadanSumbangan RM 100
2. Makanan RM 50
TAKRIFAN
Anak-anak yatim - kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan
atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya.

Anak yatim piatu - kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan
atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

Anak-anak miskin - adalah anak-anak dari keluarga yang tidak punya apa-apa atau
orang-orang yang sangat memerlukan pertolongan.

Anak-anak terbiar -

Anak OKU – Kanak-kanak yang kurang upaya antara memenuhi kriteria dalam takrif
seperti mempunyai kecacatan fizikal atau mental, jangka panjang atau pendek dan
tidak mempunyai hak yang sama di dalam bidang kesihatan, pendidikan dan peluang
pekerjaan. Kanak-kanak yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang
oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya
seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional.

SKOP
Tumpuan kepada skop adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kebajikan anak-anak dan


tanggungjawab kita walaupun mereka telah kehilangan temnpat bergantung dan hidup
dalam kemiskinan, kita patut cuba untuk memberikan mereka sinar harapan agar
berusaha menjadi anak-anak soleh dan solehah.

2. Melahirkan kesedaran dan sikap ingin menolong dalam diri setiap insan.

3. Meningkatkan kesedaran dan sikap bertanggungjawab kepada golongan


sasaran iaitu anak-anak RAYS, masyarakat setempat, pemimpin dan pengurusan
termasuk jabatan kerajaan dan swasta agar saling membantu mereka yang
memerlukan tidak tertumpu pada bantuan wang ringgit akan tetapi sokongan moral dan
sokongan bantuan yang dihulurkan oleh pemimpin dan lain-lain agensi.
KUMPULAN SASARAN
Adalah menjadi harapan kumpulan sasaran ini terdiri daripada

penghuni Rumah Anak Yatim Salimah (RAYS), para pemimpin, pengurusan dan masyarakat.

LATAR BELAKANG

DASAR
Mewujudkan generasi anak-anak yang soleh dan solehah, bermaruah, mempunyai
martabat dlri yang tinggi, dengan mengoptimumkan potensi dlri mereka dan
menentukan mereka menikmati semua peluang dlsamping mendapat kasih sayang dan
perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara.
PENUTUP

Diharap dengan program ini, dapat membuka minda anak-anak disamping


memberi peluang kepada pemimpin untuk melihat dengan lebih dekat lagi
corak kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik. Selain itu, dapat
juga mengeratkan silaturrahim antara insan yang kurang bernasib baik.

Sehubungan itu, warga kerja program ini mengalu-alukan kerjasama


dan sokongan yang jitu daripada semua pihak sama ada secara langsung
atau tidak langsung demi memastikan kelancaran perjalanan program ini.

Semoga dengan usaha ini dapat memberi manfaat dan faedah


kepada anak-anak dan membentuk jati diri yang lebih baik ke arah yang
diredhai oleh Allah S.W.T.

Oleh itu, kami sangat berharap program ini diberi pertimbangan dan
kelulusan daripada pihak penasihat, agar program berkala ini dapat
dijalankan dengan sempurna serta mencapai objektif yang telah digariskan.
Kita merancang Allah S.W.T juga merancang.

Sesungguhnya Allah S.W.T perancang yang lebih baik. Semoga


usaha murni ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dari-Nya. Segala
pertimbangan dan kerjasama daripada pihak penasihat kami dahului
dengan jutaan terima kasih.

Das könnte Ihnen auch gefallen