Sie sind auf Seite 1von 22

Seni Dalam Pendidikan

Perkembangan Kanak-Kanak, Remaja dan Seni

PENGENALAN
Seni merupakan asas kepada perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, maka dapat meransang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran. Justeru itu seni membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan.

Melalui aktiviti seni, daya estetik kanakkanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Lebah. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dan remaja


Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 1. Keinginan untuk bergerak. - Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf - Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat - Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 4. Keinginan untuk bersaing - Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. - Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 6. Keinginan untuk meneroka - Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. - Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. - Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 9. Keinginan untuk kefahaman. - Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain Sembunyi Sembunyi (Hide and Seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut :

Bagaimana mereka menguruskan permainan ini Bagaimana menyembunyikan diri mereka Tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh orang yang mencari Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.

Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak dan Remaja

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan. Kefahaman yang baik tentang perkembangan kanak-kanak dapat membantu kita mengatur bahan-bahan pembelajaran secara berperingkat dan juga bersepadu supaya kanak-kanak boleh belajar mengikut pengalaman lama

Teori Perkembangan Piaget


Fasa Deria motor Praoperasi Operasi konkrit Operasi formal Umur kanak-Kanak 0 hingga 2 tahun 2 hingga 7 tahun 7 hingga 12 tahun 12 tahun ke atas

Tahap Deria Motor


0 hingga 2 tahun

Sifat kanak-kanak pada peringkat ini lebih berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling melalui pancaindera masingmasing. Kanak-kanak sedar akan kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh salah satu deria pancaindera.

Fasa Praoperasi
2 hingga 7 tahun

Kanak-kanak mula memperoleh kebolehan pengekalan iaitu kebolehan untuk menyimpan imej-imej mental tentang sesuatu konsep abstrak atau objek fizikal. Ini dapat dibuktikan melalui kebolehan mereka berbahasa pada peringkat ini.

Fasa Operasi Konkrit


7 hingga 12 tahun

Kebolehan pengekalan sepenuhnya diperoleh pada peringkat ini. Contoh : kefahaman tentang seketul tanah liat dalam bentuk bola tidak akan berubah beratnya walau pun diubah bentuknya. Kanak-kanak boleh mengcam melodi sesebuah lagu walau pun dimainkan dengan tempo atau alat muzik yang berbeza.

Fasa Operasi Formal


12 tahun ke atas

Kanak-kanak dalam fasa ini dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik, iaitu mereka berkebolehan menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Cara kanak-kanak berinteraksi dan berfikir adalah lebih rumit kerana faktor-faktor emosi, intelek dan alam fizikal dilibatkan sekarang.

Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak dan remaja mengikut Viktor Lowenfeld

Viktor Lowenfeld dan Brittain(1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan kamdungan subjek dan environmen belajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk meransangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak dan remaja mengikut Viktor Lowenfeld

Menurut Lowenfeld dan Brittain lagi, pengetahuan sedia ada boleh dikaitkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanakkanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secara semulajadinya.

Cuba teliti bagaimana Pica R.(2000) menerangkan peranan pergerakan dalam perkembangan kanakkanak dengan memberi contoh aktiviti pergerakan di bilik darjah. Dalam bahagian empat bukunya Experiences in Movement with Music, Activities and Theory , Pica juga telah memberikan contoh bagaimana pergerakan boleh diintegrasikan menerusi kurikulum dalam mata pelajaran yang tertentu seperti Sains, Matematik, Bahasa,Seni dan Kajian Sosial.

Das könnte Ihnen auch gefallen