Sie sind auf Seite 1von 19

PSS 3110 PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SOALAN TUTORIAL 6 : PENGAJIAN SOSIAL

Disediakan oleh : Muhamad Fahmi bin Ab Rasib

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN

APA ITU KEBOLEHPERCAYAAN?

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud, sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal dan tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian juga merujuk kepada sejauh mana tekalnya (consistent) 2 set ukuran yang mengukur perkara

yang sama. Ketekalan ialah pangkat (rank) yang terdapat dalam


ukuran yang pertama adalah sama dengan pangkat (rank) yang dihasilkan bagi ukuran kedua.

Mokhtar (1995) kebolehpercayaan ujian boleh disebut


sebagai darjah ketekalan antara 2 pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri atau sifat seseorang. Skor yang sama didapati walaupun orang lain yang menilainya ataupun dinilai pada masa yang berbeza.

Kebolehpercayaan ujian berkaitan dengan ketekalan serta


kestabilan hasil pengukuran. Iaitu sejauh mana keputusan sesuatu ujian itu konsisten jika ditadbirkan pada salah satu daripada berikut: Waktu yang berbeza, atau Ditadbirkan kepada kumpulan yang berlainan, atau Diperiksa oleh guru yang berlainan

Soalan yang dibina jika tidak mempunyai kebolehpercayaan atau mempunyai kebolehpercayaan yang rendah tidak akan dapat menggambarkan pencapaian murid

dan seterusnya akan menjadikan sistem


penilaian sia-sia. Kebolehpercayaan ujian merupakan satu syarat yang perlu untuk mencapai kualiti tinggi dalam pengukuran pendidikan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN

Faktor peribadi

Tempoh ujian (panjang pendek ujian)

Ujian objektif

Faktor persekitaran
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN

Binaan item

Kuasa diskriminasi item

Bilangan soalan

Persampelan rawak

Cara ujian ditadbir

Kemohogenan (keseragaman) item

Tempoh ujian (panjang pendek ujian)

Semakin lama tempoh ujian, semakin tinggi kebolehpercayaan skor ujian tersebut.

Semakin panjang ujian, semakin tepat skor ujian kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaan.

Ujian yang lebih panjang mempunyai keofisien kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Ujian objektif
Ujian objektif mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada pelbagai interpretasi. Jika ujian bersifat subjektif, biasanya markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa dan berubah mengikut masa dan keadaan, walaupun skim pemarkahan ada disediakan. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu syarat bagi keutuhan atau kebolehpercayaan.

Binaan item
Kejelasan yang terdapat pada arahan dan itemitem ujian boleh mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Item yang kurang jelas boleh menimbulkan pelbagai interpretasi yang berlainan daripada murid.

Guru perlu pastikan item yang digunakan sama ada dalam bentuk kenyataan, gambar atau lainlain jelas.

Bilangan soalan

Ujian yang banyak soalan kebiasaannya lebih stabil kerana guru berpeluang menyoal beberapa kali.

Semakin bertambah bilangan soalan, semakin tepat pencapaian murid kerana bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang murid untuk meneka.

Kemohogenan (keseragaman) item


Item ujian yang homogen ialah item yang mempunyai kesamaan dari segi prestasi atau peluang untuk dipilih contohnya ujian objektif aneka pilihan atau ujian suai padan. Ujian yang lebih seragam (homogeneous) mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Cara ujian ditadbir

Arahan mesti tepat dan jelas, masa yang cukup serta diawasi dengan teliti semasa ujian.

Penjelasan yang sempurna sebelum ujian dimulakan sangat penting bagi meningkatkan kebolehpercayaan ujian tersebut.

Persampelan rawak

Pemilihan item perlu tepat kerana item adalah sampel yang mewakili kebolehan murid. Pemilihan item yang tidak tepat akan menyumbang kepada varians ralat pengukuran dan menyebabkan skor ujian tidak boleh dipercayai.

Kuasa Kuasa diskriminasi item atau objektiviti diskriminasi jawapan yang lebih jawapan ialah item-item item
Jawapan lebih objektif = kebolehpercayaan tinggi

objektif mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan sebaliknya.

Jawapan lebih subjektif = kebolehpercayaan rendah

Faktor persekitaran

Persekitaran yang sesuai kerusi meja yang selesa, ruang dan cahaya yang cukup, ventilasi yang baik akan menambahkan kebolehpercayaan ujian.

Faktor peribadi
Perhubungan guru murid yang baik biasanya akan menambah keutuhan keputusan atau kebolehpercayaan ujian. Keadaan fizikal dan mental yang positif, azam dan motivasi, galakan guru dan kebiasaan dengan format ujian juga akan memberi kesan positif terhadap kebolehpercayaan.

Mengelakkan kekeliruan murid Menghasilkan ujian yang stabil Dapat mempertingkatkan mutu ujian Markah yang diberi bukan kerana nasib Dapat menilai pengetahuan, kemahiran dan sikap murid

SEKIAN, TERIMA KASIH

Das könnte Ihnen auch gefallen