Sie sind auf Seite 1von 19

KESAHAN

Syazrin Zaini Nurfatin Abd Aziz

PENILAIAN?
Mengikut Popham (1975), penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang nilai fenomena pendidikan. Sistem penilaian tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan. Mencakupi aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah mana usaha pengajaran dihalakan.

UJIAN? PENTING KE?


Satu aspek penting Berbagai ujian bertulis antaranya:
Mengisi tempat kosong, memadankan, beraneka pilihan dan juga berbentuk esei.

Guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan, meramal keupayaan, memilihnya untuk sesuatu tujuan dan sebagainya.

UJIAN LAGI?
Menurut Ebel (1979), pembina ujian menghadapi dua persoalan:
Untuk menentukan apa yang ingin diukur. Membuat keputusan bagaimana mengukurnya.

Crombach (1970) mendefinisikan ujian iaitu satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem berketegori.

Format ujian yang dibina hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikannnya suatu ujian yang baik. Antara ciri-ciri penting ujian yang baik ialah?

K _ S _ H_N
Jawapan: E,A,A

KONSEP KESAHAN

Penilaian

Ujian

KESAHAN

KESAHAN??
Menurut Youngman & Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997, kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesesuaian dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut.

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Ujian dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

JENIS-JENIS KESAHAN

Kesahan Semasa (Concurrent Validity) Kesahan Kandungan (Content Validity) Kesahan Konstruk (Construct Validity)

JENIS KESAHAN
Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterianrelated Validity) Kesahan Ramalan (Predictive Validity) Kesahan Muka (Face Validity)

Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur

KESAHAN KANDUNGAN

Merujuk pada objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran yang ditentukan atau bidang pengajaran yang dikhususkan

CIRI-CIRI KESAHAN KANDUNGAN


Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu

Digunakan dalam ujian pencapaian

Memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili setiap aspek penting pelajaran yang diajar

Bergantung kepada relevansi atau kesesuaian tingkah laku yang ingin diperhatikan atau diketahui

Memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran, JSU dan Spesifikasi Ujian

KESAHAN SEMASA
Hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriteria tertentu

Ditadbir pada masa sama atau dalam jangka masa yang pendek

Skor ujian/pep. Akhir tahun bagi sampel pelajar dibandingkan dengan jangkaan guru tentang kebolehan pelajar

KESAHAN RAMALAN
Ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana ramalan yang dibuat masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan

CONTOH

Buat perbandingan antara maklumat yang dikumpul dan skor yang diperolehi daripada pelajar yang mengambil ujian tersebut

Maklumat dikumpul melalui ujian/kriteria/tingkahlaku dan tunggu sehingga tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian berlaku

Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung kepada prosedur mentadbir ujian

Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrent), atau setelah masa beberapa bulan (predictive)

KESAHAN BERKAITAN KRITERIA

KESAHAN KONSTRUK
Sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk hipotetikal berkenaan dengan sifat semulajadi dan tingkah laku manusia

Tidak boleh diperhatikan secara langsung tetapi boleh dibuat telahan berdasarkan kesan tingkah laku (kemahiran) yang dapat diperhati

Satu peringkat dimana ujian dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur

KESAHAN MUKA

Pelajar akan bertindak lebih baik kepada ujian yang mempunyai kesahan muka yang tinggi

KEPENTINGAN KESAHAN MUKA


Meningkatkan motivasi semasa pelajar mengambil ujian

Mengurangkan perasaan kurang puas hati atau tidak adil kepada golongan yang skornya rendah

Membantu meyakinkan pengguna yang berpotensi untuk menggunakan ujian tersebut

Meyakinkan orang ramai apabila mereka dapat menghubungkaitkan antara ujian dengan pencapaian atau ciri-ciri ujian itu sepatutnya diukur

Das könnte Ihnen auch gefallen