Sie sind auf Seite 1von 34

OBJEKTIF MODUL

Mendefinisikan bidang kajian antropologi


Menjelaskan skop, pendekatan serta kaitan
bidang antropologi dengan bidang sains sosial lain
Membincangkan pelbagai teori, perspektif dan
pendekatan yang digunakan dalam kajian
manusia dan kebudayaan
Mengenalpasti cabang-cabang dan
pengkhususan kajian yang wujud dalam disiplin
antropologi
Membincangkan teknik-teknik kajian disiplin
antropolgi
Mengaplikasikan ilmu antropologi di dalam
kehidupan seharian
PENGENALAN
Antropologi merupakan satu bidang penting
dalam sains sosial.
Antropologi seperti bidang psikologi dan
ekonomi juga menumpukan kajian ke atas
manusia.
Persoalan? Apakah beza bidang Antropologi
dengan bidang-bidang Sains Sosial lain?
Bidang ini muncul sebagai alat untuk manusia
meneroka hakikat kewujudan mereka dengan
berbekalkan pendekatan saintifik.
DEFINISI
ANTROPOLOGI
Merujuk kepada kajian manusia.
Perkataan Greek iaitu “antropos” –manusia
dan “logos”-kajian.
Abdullah (1985) merujuk bidang ini sebagai
satu disiplin ilmu yang mengkaji manusia dari
aspek fizikal dan tingkahlaku kebudayaan.
Skop bidang ini tidak terhad kepada manusia
sahaja malah perlu dikaitkan dengan faktor-
faktor sekeliling.
Persoalan? Sejauhmanakah persekitaran
memainkan peranan mempengaruhi
SKOP & PENDEKATAN
KAJIAN
Skop kajian bidang ini meliputi dua dimensi
utama iaitu:-
i. Kewujudan manusia secara fizikal
ii. Kebudayaan yang lahir daripada proses
interaksi
manusia sesama sendiri dan persekitaran
Kenapa bidang ini dikatakan sebagai satu
bidang yang unik di awal kemunculannya?
Penekanan kepada kajian masyarakat primitif
dan mempunyai struktur organisasi mudah
Pendekatan kajian berbentuk holistik
SAMBUNGAN…..
Pendekatan ini penting bagi menjawab
pelbagai persoalan mengenai kehidupan
manusia.
Ember & Ember (1995)- Persoalan-persoalan
asas;
‘Bila’, ‘di mana’ dan ‘kenapa’ manusia wujud
di muka bumi.
 ‘Bagaimana’ dan ‘kenapa’ populasi manusia
zaman moden mempunyai ciri-ciri fizikal
berbeza (warna kulit, ketinggian dan
sebagainya).
‘Bagaimana’ dan ‘kenapa’ masyarakat
manusia zaman dahulu dan sekarang
SEJARAH
ANTROPOLOGI
Bermula sejak timbul keperluan di kalangan
kuasa penjajah Eropah untuk memahami
masyarakat sebagai subjek penjajahan
mereka.
Merupakan disiplin ilmu yang muncul lewat
daripada bidang Sains Sosial yang lain.
Abdullah (1985) berpandangan bidang ini
mula muncul di Amerika pada tahun 1851
apabila terbit karya oleh Lewis Henry Morgan
“League of Iroquis” dan di Eropah pada tahun
1859 apabila terbit karya Charles Darwin
bertajuk “Origin of Species”
SAMBUNGAN…
Sebelum berakhir abad ke-18, masyarakat
Eropah beranggapan mana-mana
masyarakat yang tidak mengamalkan corak
perlakuan, pemikiran dan budaya mereka
sebagai masyarakat primitif (savage atau
barbarian)
Berlaku pertembungan budaya dan
kesannya masyarakat Eropah pada masa itu
mula mengandaikan budaya mereka
mempunyai darjat yang lebih tinggi.
Apabila bermula era penjajahan maka
masyarakat Eropah mula menyedari peri
pentingnya kajian sistematik dilakukan untuk
SAMBUNGAN….
Perkembangan disiplin ini wujud didokongi
oleh faktor teknologi.
Disiplin ini berkembang agak lewat kerana
kesukaran untuk manusia menjelajah ke
seluruh dunia.
Perkembangan teknologi pengangkutan dan
komunikasi telah memperkayakan
perkembangan bidang ini.
PERKEMBANGAN
ANTROPOLOGI
Tokoh penting dalam disiplin ini; Lewis H.
Morgan dan Edward B. Taylor.
Memperkembangkan pemahaman manusia
terhadap konsep budaya dalam masyarakat
yang dilihat dalam konteks evolusi.
Karya Morgan bertajuk “League of Iroquis”
merupakan kajian antropologi saintifik yang
pertama dibuat ke atas kaum Indian di
Amerika dan seterusnya diperkembangkan
dalam “Ancient Society”.
Edward B.Taylor melalui pemikiran evolusinya
berpendapat bahawa agama juga
berkembang melalui tahap evolusi sama
SEJARAH PERKEMBANGAN
TEORITIKAL
Sejarah perkembangan teoritikal akan
membincangkan beberapa teori penting yang
muncul sepanjang perkembangan teori ini
hinggalah ke hari ini.
Teori yang dikemukakan oleh Morgan dan
Taylor menjadi pencetus kepada
perkembangan teori ini,
Antaranya adalah:-
1. Teori Evolusi Manusia 6. Budaya dan
Personaliti
2. Evolusionisme Marxist 7. Evolusionisme
Baru
3. Partikularisme Sejarah 8. Ekologi
TEORI EVOLUSI
MANUSIA
Morgan merupakan pendokong utama idea
evolusi.
Dalam karya beliau “Ancient Society”, beliau
telah menggariskan proses evolusi sosial dan
kebudayaan manusia kepada tiga (3)
peringkat iaitu, savagery, barbarism dan
civilization.
Ketiga-tiga peringkat ini dibahagikan pula
kepada pecahan-pecahan yang membentuk
tujuh peringkat.
EVOLUSIONISME
MARXIST
Golongan Marxist telah terpengaruh dengan
idea evolusi Morgan.
Karl Marx beranggapan bahawa budaya
mengalami proses evolusi melalui beberapa
peringkat iaitu komunisme primitif,
masyarakat perhambaan, feudalisme,
kapitalisme, dan akhirnya komunisme.
Di tahap akhir proses evolusi ini
(komunisme), golongan kelas atasan akan
dijatuhkan oleh kelas bawahan lalu
mewujudkan masyarakat tanpa kelas.
PARTIKULARISME
SEJARAH
Merupakan satu bentuk reaksi penentangan
terhadap idea evolusi manusia yang
dipelopori oleh Morgan dan keseluruhan
doktrin yang didokongi oleh golongan Marxist
dan golongan Darwinis.
Franz Boas, pendokong teori ini berpendapat
teori evolusi tidak didasari oleh data dan
maklumat yang saintifik dan menentang
teknik kajian berbentuk “arm chair” iaitu
kajian yang tidak menggunakan kerja
lapangan (ethnographic fieldwork).
Boas berpendapat setiap budaya mempunyai
sejarahnya dan perkembangan bahasa dan
TEORI DIFUSI
Teori ini muncul atas dasar pendapat berbeza.
Menurut teori ini, budaya manusia
berkembang kerana manusia cenderung
meniru antara satu sama lain dan hasil
daripada perkongsian dan penyebaran unsur-
unsur budaya dari satu tempat ke satu
tempat.
Budaya berkembang bukan disebabkan oleh
keupayaan manusia mencipta atau meneroka
benda baru.
Pendokong teori ini cuba mencari ciri-ciri
persamaan yang mungkin wujud dalam
budaya berbeza.
Teori ini sering dikritik kerana tidak mampu
FUNGSIONALISME DAN
FUNGSIONALISME STRUKTUR
Dikaitkan dengan perkembangan antropologi
di Britain.
Kajian oleh tokoh antropologi British iaitu
Branislaw Malinowski dan A.R Radciffe Brown
antara bahan yang menjadi sumber rujukan
penting.
Malinowski terkenal dengan kajiannya ke atas
penduduk Trobriand, manakala Radcliffe
Brown memperkembangkan idea
fungsionalisme yang dikemukakan oleh
Malinowski dan menamakannya
Fungsionalisme Struktur.
Malinowski memusatkan perhatian beliau
kepada individu, iaitu keperluan individu dari
Sambungan…
Radcliffe-Brown menganggap keperluan
individu adalah kurang penting, sebaliknya,
perlu diberi perhatian ialah interaksi antara
individu (social process) yang membentuk
struktur atau sistem sosial.
Pendekatan Fungsionalisme menekankan
kepada kerja lapangan sebagai teknik kajian
penting bagi ahli-ahli antropologinya,
BUDAYA DAN
PERSONALITI
Pendekatan ini menggunakan pendekatan
psikologikal.
Berkait rapat dengan teori psikologi Sigmund
Freud
Penekanan diberikan kepada kaitan di antara
personaliti dan kebudayaan.
Ia dilihat bermula dari peringkat kanak-kanak
di mana pengalaman mereka memperngaruhi
corak perlakuan, personaliti dan amalan-
amalan kebudayaannya apabila dewasa.
EVOLUSIONISME BARU
Dikaji semula memandangkan Teori
Evolusionisme Morgan dan Taylor telah
banyak menerima kritikan dan cabaran,
terutamanya daripada skima partikularisme
sejarah Boas.
Pendekatan teori mereka bersifat sebab-
musabab dan berbentuk penjelasan unilinear.
Evolusionisme baru dikaji semula oleh Leslie
White dan memperbaiki kesilapan yang wujud
dalam Teori Evolusi Morgan dan Taylor.
White berminat terhadap kajian saintifik ke
atas budaya.
Beliau berpendapat budaya merupakan kunci
Sambungan
Menurut beliau, sains sedang melalui satu
proses evolusi di mana pemahaman manusia
tentang budaya mewakili tahap terakhir.
Evolusi budaya menurut beliau, sebahagian
besar dipengaruhi oleh jumlah tenaga dan
teknologi yang digunakan dalam sesebuah
masyarakat.
Maksudnya, sebanyak mana tenaga dapat
dijana dan digunakan per kapita selama
setahun akan menentukan arah dan tahap
perkembangan budaya sesebuah masyarakat.
EKOLOGI BUDAYA
Julian Steward menekankan kepada
kepelbagaian dalam mengkaji budaya dan
menolak keseragaman dalam tahap-tahap
perkembangan budaya sebagai berkembang
mengikut arah tertentu.
Menekankan kepada kepentingan interaksi
pelbagai faktor seperti persekitaran, cuaca,
bentuk muka bumi dan faktor-faktor budaya
seperti kegiatan ekonomi, adat resam,
struktur organisasi sosial, teknologi dan
seumpamanya.
CABANG-CABANG
ANTROPOLOGI
Secara umum, disiplin antropologi tidaklah
hanya tertumpu kepada pengkajian tentang
budaya sahaja.
Dua cabang utama dalam disiplin ini adalah:-
1. Antropologi Fizikal
2. Antropologi Budaya
Antropologi Fizikal terbahagi kepada Kajian
Evolusi Manusia, dan Kajian Variasi Manusia.
Antropologi Budaya terbahagi kepada
Arkeologi, Antropologi Linguistik dan Etnologi.
ANTROPOLOGI FIZIKAL
1. Kajian Evolusi Manusia
Dikenali juga sebagai
Paleontologi/Paleoantropologi Manusia.
Mengkaji perkembangan manusia dari awal
kewujudan hingga sekarang.
Kajian dan kesimpulan dibuat tentang
bagaimana manusia mula-mula muncul di
bumi ini.
Bahan-bahan tinggalan manusia (fosil)
dijadikan sebagai data dan maklumat
perkembangan manusia.
Ini seterusnya menggalakkan pengkaji untuk
mengkaji haiwan-haiwan yang mempunyai
ANTROPOLOGI FIZIKAL
2. Kajian Variasi Manusia
Kajian ini menerangkan perbezaan fizikal
yang wujud dalam masyarakat yang berbeza.
Dilakukan untuk mengenalpasti asal-usul
serta salasilah keturunan manusia melalui ciri-
ciri fizikalnya.
Bukan sahaja memahami asal-usul manusia
tetapi boleh digunakan untuk meramal apa
akan berlaku apabila kita melalui keadaan-
keadaan tertentu.
Pengetahuan ini digunakan dengan meluas
dalam kajian forensik untuk mengenalpasti
identiti manusia dengan hanya berbekalkan
tulang-tulang.
ANTROPOLOGI
BUDAYA
Mengkaji pelbagai aspek budaya yang wujud
dalam masyarakat.
Menurut E.B. Taylor, budaya merujuk kepada
keseluruhan cara hidup yang merangkumi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni,
undang-undang, adat istiadat dan kebolehan
serta amalan-amalan lain yang diperolehi
manusia sebagai anggota masyarakat.
Terbahagi kepada tiga bidang iaitu:-
1. Arkeologi
2. Antropologi Linguistik
3. Etnologi
ANTROPOLOGI
BUDAYA
1. Arkeologi
Kajian antropologi berasaskan pencarian dan
penerokaan artifak.
Pengkhususan arkeologi adalah mencari dan
menganalisis artifak tinggalan manusia pra-
sejarah.
Artifak-artifak ini mampu menerangkan
aspek-aspek budaya manusia zaman dahulu
kala dan perubahan-perubahan dalam
masyarakat tersebut dan punca kepada
perubahan tersebut.
Contohnya, penemuan perkakas-perkakas
yang dibuat daripada batu menandakan
ANTROPOLOGI
BUDAYA
2. Antropologi Linguistik
Merujuk kepada antropologi budaya yang
mengkaji bahasa untuk melihat perubahan
dan ciri-ciri sosial masyarakat.
Ahli Antropologi Linguistik berminat mengkaji
kepelbagaian dan perubahan dalam struktur
bahasa serta pertuturan yang wujud dalam
masyarakat manusia.
Faktor penghijrahan menunjukkan berlakunya
perhubungan di antara dua kelompok
masyarakat.
Konteks sejarah, Antropologi Linguistik
dikaitkan juga dengan era penjajahan.
ANTROPOLOGI
BUDAYA
Kefahaman bahasa merupakan unsur penting
dalam kerja lapangan.
Dua bentuk kajian dalam Antropologi
Linguistik adalah:-
1. Sejarah Linguistik
2. Linguistik struktur
Sejarah Linguistik mengkaji bagaimana
bahasa berubah mengikut masa, manakala
Linguistik Struktur mengkaji perubahan-
perubahan yang berlaku dalam struktur
bahasa kontemporari.
ANTROPOLOGI
BUDAYA
3. Etnologi
Skop kajian Etnologi lebih luas meliputi
kesemua aspek yang menjadi skop kajian
arkeologi dan antropologi linguistik.
Perkara yang membezakan di antara dua
cabang tersebut adalah teknik kajian, dan
juga penekanannya kepada unsur budaya
yang lebih kontemporari.
Tumpuan bidang ini adalah kepada corak
pemikiran dan perlakuan manusia membentuk
budaya.
Contohnya institusi sosial seperti keluarga
dan perkahwinan, kesenian, adat istiadat,
TEKNIK KAJIAN
ANTROPOLOGI
Nilai saintifik sentiasa diberi penekanan dalam
kajian antropologi.
Memandangkan kekangan yang wujud tidak
memungkinkan kajian yang benar-benar
objektif dapat dilakukan.
Contohnya konsep masyarakat yang begitu
abstrak dan perlakuan manusia sentiasa
berubah-ubah menghalang pengkaji melihat
sesuatu fenomena sosial dalam konteks yang
benar-benar saintifik.
Memandangkan kekangan yang dihadapi
maka antropologi mengambil dua pendekatan
umum dalam kajiannya iaitu pendekatan
TEKNIK ETNOGRAFI
Teknik ini merujuk kepada teknik di mana
para pengkaji melakukan kerja lapangan
untuk mendapatkan data dan bahan kajian.
Teknik ini menekankan kepada pemerhatian
secara langsung dan kebebasan dalam
membuat pemerhatian.
Berikut merupakan teknik Etnografi yang
digunakan oleh pengkaji :-
1. Pemerhatian
2. Pemerhatian turut serta
3. Temubual dan Perbualan
4. Catatan sejarah hidup
5. Kajian jangka panjang
KAJIAN TINJAUAN
Menekankan kepada nilai empirikal, analisis
statistik, dan generalisasi umum bagi satu
populasi manusia yang besar dan pelbagai.
Contohnya banci penduduk.
Perbezaan di antara teknik ini berbanding
teknik etnografi adalah teknik ini
menggunakan kaedah yang lebih
bersistematik dan seragam.
Teknik Etnografi kurang menekankan kepada
keseragaman atau aspek kuantitatif dalam
kajian yang disebabkan oleh jenis kajian yang
dijalankan memerlukan lebih fleksibiliti dari
pengkaji dalam mendapatkan maklumat.
ANTROPOLOGI GUNAAN
Tidak dapat kita nafikan bahawa kita sentiasa
berinteraksi dengan persekitaran.
Dalam proses interaksi ini, mewujudkan
pelbagai unsur nilai dan kebudayaan yang
akhirnya akan mempengaruhi kehidupan kita.
Aplikasi kegunaan ilmu antropologi ini dapat
dilihat dalam tiga (3) bidang ini iaitu:-
1. Antropologi Perbandaran
2. Antropologi Perubatan
3. Antropologi Pendidikan
RUMUSAN
Antropologi merupakan bidang kajian
kemanusiaan yang menumpukan kepada
aspek fizikal dan kebudayaan manusia dan
masyarakat.
Antropologi cuba mewujudkan satu bentuk
kajian yang sistematik kepada manusia dan
mengambilkira kepelbagaian konteks
kebudayaan persekitaran yang
mempengaruhi perkembangan individu dan
masyarakat.
Hasil kajian ini menggunakan teknik-teknik
yang berbagai dapat membantu manusia
memahami perubahan yang berlaku dalam

Das könnte Ihnen auch gefallen