Sie sind auf Seite 1von 32

MALAYSIAN STUDIES PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Konsep Perpaduan & Integrasi Nasional


Satu proses penyatuan penduduk berbilang etnik yg mempunyai budaya masing-masing di bawah satu bentuk identiti nasional yang khusus tetapi yg dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini
2

Pengalaman penjajahan telah memperkenalkan suatu bentuk ilmu iaitu Ilmu Kolonial yang telah mencipta himpunan maklumat & analisis mengenai etnisiti (etnik)
Kuliah ini akan membincangkan pembentukan kelompok etnik dan hubungan serta masalah yang timbul daripada interaksi etnik.
3

Perpaduan nasional
Merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran.
4

Dalam usaha mencapai status negara moden, Malaysia meletakkan perpaduan nasional sebagai matlamat akhirnya.
Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu bangsa Malaysia yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera & mempunyai identiti nasional tersendiri.
5

Proses perpaduan negara di kalangan penduduk negara yang berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik masing-masing.Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa & orientasi pemikiran masing2. Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang kepada masalah dalam proses penyatuan, proses perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia.
6

Konsep Integrasi
Proses menyatupadukan berbagai kelompok masyarakat dengan menghilangkan perbezaan identiti.

Merujuk kepada proses penyatuan kelompok yang berbeza latar belakang & menjadi satu entiti yang terikat oleh norma & nilai serta kepentingan bersama.

Ia digambarkan oleh perasaan dipunyai & mempunyai antara ahli-ahli masyarakat, yang didasari oleh ikatan batin & perasaan.
8

Teori Hubungan Kaum


Merupakan teori yang terdapat dlm pendekatan menyatupadukan masyarakat Malaysia dan membentuk hubungan etnik @ kepelbagaian kaum di Malaysia.
9

Alternatifnya..
Perbezaan2 di kalangan pduduk boleh dilihat sbg satu kelebihan & keistimewaan negara Malaysia yg menyediakan peluang keemasan utk seluruh rakyat mengenali, binteraksi, belajar & memupuk daya penyesuaian kepada kelainan & kepelbagaian.
10

Setiap makhluk perlu memupuk daya penyesuaian utk hidup dalam persekitaran yg sentiasa terdedah kepada perubahan.

11

Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sebuah negara seperti pemisahan kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan-kemudahan awam.
12

Akomodasi.
Keadaan apabila satu kelompok yang berkonflik setuju untuk menghentikan @ mengelakkan konflik dengan adanya interaksi secara aman. Proses di mana etnik-etnik menyedari norma & nilai mereka di antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
13

Mereka hidup secara harmoni & menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik menghantar wakil yang mewakili etnik masing-masing. Namun dlm institusi-institusi tertentu seperti ekonomi & pendidikan mereka saling bergantungan antara satu sama lain. Cth: negara Switzerland.
14

Negara ini mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi, di mana etniketnik di dlmnya spt etnik Jerman, Perancis & Itali saling membuat penyesuaian antara satu dengan yang lain & hidup dalam keadaan yang aman.
15

Akulturasi
Ia merupakan satu proses yg kadang kala dikenali sebagai asimilasi budaya. Ia terjadi apabila manusia dlm kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti. Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsurunsur budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.
16

Asimilasi
Proses percantuman & penyatuan di antara kelompok @ individu yang berlainan kebudayaan & identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai persamaan identiti.

17

Ia juga merupakan satu proses yang kadangkala dinamakan sbg asimilasi struktur untuk membezakannya drp akulturasi atau asimilasi budaya. Konsep asimilasi menyatakan ttg kemasukan ke dlm masyarakat dominan melalui persahabatan & perkaitan rapat.
Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kpd perbezaan fizikal (spt warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dgn budaya kelompok dominan.
18

Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik atau ras.
19

Melting Pot
Budaya hidup bersama yang telah diamalkan sekian lama. Contoh: Budaya berkongsi makanan yang sama seperti roti canai (orang India), nasi lemak (orang Melayu) dan yong tau fu (orang Cina).
20

Masalah-masalah Integrasi Nasional Prasangka

Perkauman Etnosentrisme
21

Etnosentrisme
Ia merujuk kpd kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung (superior) drp unsurunsur budaya lain. Kerana ada kepercayaan begini, apa juga unsurunsur budaya kalau berbeza drp yg terdapat dlm budaya sendiri, akan dianggap salah, tidak baik dan mungkin membahayakan.
22

Penyebab dan Pengukuh Penghalang Integrasi


Kejahilan ttg kumpulan-kumpulan etnik lain. Proses Pemasyarakatan yang terbatas Politik perkauman Perbezaan Sosio-ekonomi Perbezaan Kebudayaan Segregasi atau pemisahan fizikal
23

Usaha ke arah Perpaduan dan Integrasi Nasional


Usaha politik
Usaha Ekonomi Usaha Sosial dan Kebudayaan

24

Usaha politik
Perlembagaan mengandungi beberapa perkara menjurus ke arah kesamarataan kaum, spt ada peruntukan yg memberikan perlindungan kpd kumpulankumpulan kaum tertentu. Misalnya, perkara yg berkaitan dgn hak istimewa org Melayu.
25

Adanya akta-akta yg diluluskan oleh Parlimen utk menjaga persefahaman antara kaum. Contoh : Akta hasutan yg bertujuan mencegah individu drp membangkitkan isu-isu sensitif di khalayak ramai.
26

Adanya akta keselamatan dalam negeri (ISA) yg bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan dalam negeri.

Menyatukan parti-parti politik berbilang kaum ke dlm satu pertubuhan yg lebih besar, iaitu Barisan Nasional.
27

Usaha Ekonomi
Kerajaan berusaha memperbaiki ekonomi rakyat tanpa mengira kaum. Tujuannya ialah untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan juga mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi. Mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dgn cara memberi bantuan pinjaman, lesen dan kontrak pekerjaan.
28

Menubuhkan agensi-agensi kerajaan seperti PERNAS, MARA dan UDA yg bertujuan khusus utk membentu org Melayu bergiat dlm dunia perniagaan. Menubuhkan agensi-agensi pembangunan, khusunya pembangunan tanah spt FELDA, FELCRA, RISDA dan sebagainya
29

Usaha Sosial dan Kebudayaan


Memperkenalkan konsep kebudayaan nasional.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan sistem pendidikan kebangsaan.
30

Menubuhkan agensi yg berperanan dalam perpaduan kaum seperti: - KEMAS - Rukun Tetangga - Jabatan Perpaduan Negara di Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat.
31

Sila rujuk tajuk Perpaduan dan Integrasi Nasional di dalam mana2 buku rujukan Pengajian Malaysia @ Malaysian Studies di perpustakaan untuk penerangan yang lebih jelas.

- TAMAT32

Das könnte Ihnen auch gefallen