Sie sind auf Seite 1von 5

HABA PENDAM TENTU

Haba Pendam ialah haba yang dibebaskan atau diserap semasa berlaku perubahan fasa pada suhu tetap. Perubahan fasa ialah Perubahan sifat suatu jirim dari pepejal kepada cecair, cecair kepada gas atau sebaliknya.
Gas

Cecai

r
Pepej al

HABA PENDAM TENTU


Teori kinetik jirim Molekul-molekul suatu jirim adalah terikat dengan kuat antara satu sama lain dan hanya bergetar di kedudukan tetap. Jika haba dibekalkan, haba yang diserap akan digunakan untuk memutuskan ikatan antara molekul. Haba yang diserap tidak menambahkan tenaga kinetik molekul. Oleh itu suhu tidak bertambah.

HABA PENDAM TENTU


Haba yang diserap oleh suatu pepejal untuk melebur kepada cecair ialah haba pendam tentu pelakuran. Haba yang diserap oleh cecair untuk berubah kepada wap ialah haba pendam tentu pengewapan. Haba pendam tentu ialah kuatiti haba yang diserap/dibebaskan oleh 1 kg suatu bahan tanpa perubahan suhu.

HABA PENDAM TENTU


Haba pendam tentu pelakuran ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan daripada pepejal kepada cecair pada suhu tetap. Haba pendam tentu pengewapan ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan dari cecair kepada gas.

HABA PENDAM TENTU


Kuantiti haba, Q untuk mengubah keadaan jirim suatu bahan bahan berjisim, m ialah
Contoh 1 Muatan haba tentu pelakuran ais ialah 336000 Jkg-1. Berapakah kuantiti haba yang diperlukan untuk mencairkan 2.5kg ais pada 0OC? Penyelesaian LPelakuran ais= 336000 Jkg-1 ; m= 2.5kg Q = mL = (2.5kg)(336000 Jkg-1) = 840000 J @ 840 kJ Contoh 2 Sebuah pemanas air dengan kuasa 500W diletakkan kedalam bongkah ais yang berjisim 1.5kg pada suhu 0OC. Berapakah masa yang diambil untuk kesemua ais itu melebur/cair? Diberi LPelakuran ais= 336000 Jkg-1

Q = mL
Jika haba yang dibekalkan oleh pemanas elektrik, maka Q = Pt , jadi

Pt = mL
Q = kuantiti haba P = kuasa t = masa m = jisim L = haba pendam tentu

Penyelesaian P=500W ; m=1.5kg Q = Pt = mL (500)t = (1.5)(336000)

Das könnte Ihnen auch gefallen