Sie sind auf Seite 1von 23

AHLI KUMPULAN :

JOSEPHINE KADING
ELLAINE STAR MANUEL SAKIAL
KARLIE MARIE CHANDRAN
Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda
dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita
menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak
terburu-buru melakukan sesuatu.Di sini
dikemukakan empat alat yang boleh
digunakan untuk meningkatkan ketrampilan
berfikir iaitu:
Pengurusan grafik
Peta minda
Pemetaaan I think

DEFINISI - Satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia
digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir
yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan
pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan
individu tentang proses pemikiran yang berlaku. Ia juga
menggambarkan secara mudah dan jelas sesuatu idea dan
berhubungannya dengan aspek yang berkaitan.







PG membanding dan membeza -
PG membuat kategori
PG meneliti bahagian dan keseluruhan
PG membuat sekuen
PG menerangkan sebab
PG membuat ramalan
PG menyusul periksa andaian
PG membuat inferen
PG mengesahkan sumber maklumat
PG menjana idea
PG mencipta analogi
PG mencipta metafora
PG membuat keputusan
PG menyelesaikan masalah


PG digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan
menyusun pemikirannya supaya menjadi lebih sistematik dan
berkesan.
Walau pun PG ini disediakan dengan contoh-contoh tertentu,
kita boleh mereka cipta PG sendiri atau mengubah suai PG
yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat
pembelajaran pelajar
Pelajar hendaklah dilatih menggunakan PG bagi setiap
kemahiran yang berkaitan.
Hal ini demikian kerana PG bukan sahaja dapat membantu
mengurus pemikiran mereka dengan berkesan, malah juga
dapat memudahkan mereka memahami sesuatu proses
pemikiran itu dengan lebih baik.
Mungkin apabila mereka telah mahir menggunakan PG ini,
maka mereka tidak lagi perlu menggunakannya. Jadi,
penggunaan PG adalah berdasarkan objektif-objektif tertentu.
(I) GARIS
(II) BULATAN
(III) GAMBAR
(IV) PERKATAAN

CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK
(I) Merancang dan menyusun idea
(II) Memahami proses pemikiran kendiri
(III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk
tersurat
(IV) Menghubungkan semua maklumat dan
memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut
http://revolusiminda.webs.com/alatalatkbat.htm

DEFINISI - Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda
adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema
di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang
dikembangkan dari sekelilingnya untuk
menggambarkan idea-idea penting serta dengan
cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.



(i) Mencatat nota dengan mudah.
(ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan,
persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv)Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan
otak kanan dan otak kiri semasa belajar.

MENGHASILKAN NOTA
- Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu
menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah
diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan
untuk membuat nota bagi sebarang sumber
- contoh buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan,
mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.
INGAT KEMBALI
- Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta
minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat
dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan
tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi
pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah,
kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji
KREATIVITI
- Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya,
peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan
membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda
harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta
minda yang baru.
PENYELESAIAN MASALAH
- Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam
bidang profesional atau peribadi peta minda membantu individu untuk
mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia
juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas
di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya.
PERANCANGAN
-Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu
memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta
minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari
surat hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping itu, peta minda
juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian,
pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan
persembahan.


PEMBENTANGAN
- Peta minda membantu seseorang menyediakan topik
dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan.
Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus
idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran
menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa
merujuk kepada helaian kertas. Peta minda sangat
membantu dalam membuat persembahan seperti
laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan
sumbangsaran.
PENGGUNAAN OTAK KIRI DAN KANAN SERENTAK
- Peta minda berupaya menggabungkan dan
mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri
semasa belajar.


MEMBUAT SINOPSIS
- Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan
ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat
dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali
dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan
puisi.







http://revolusiminda.webs.com/alatalatkbat.htm

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran
Inovatif ) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan
pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis
dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi
Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah
sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke
seluruh Malaysia.
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA)
mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun
dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian
mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu
untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program
i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan
modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran
kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan
dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah
digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh
digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis
peta pemikiran yang boleh digunakan.
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan
mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk
dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan
murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti.
Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza
sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan
atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal.
Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan
objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian
utama.

6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu
proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan
menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat
yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.
Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa
tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah
akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada
pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan
menggunakan faktor penghubungan.









http://www.cikguhailmi.com/2013/11/i-think-kemahiran-
berfikir-secara-kreatif-kritis-dan-inovatif.html

Das könnte Ihnen auch gefallen