Sie sind auf Seite 1von 15

 Murid ialah pelanggan bagi guru dalam bilik

darjah dan sentiasa bersama semasa aktiviti P&P


dijalankan.
 Perbezaan antara murid memerlukan guru
menggunakan kemahiran secara optimum dalam
bilik darjah.
 Menjadi tugas guru dalam memahami tingkah
laku dan budaya murid supaya sebarang tindakan
boleh dilakukan mengikut kaedah yang betul dan
tepat.
 Menyenaraikan maklumat yang murid perlu
ketahui tentang peraturan yang wajib mereka
patuhi sepanjang masa P&P boleh menjadi
panduan dalam menguruskan tingkah laku murid.
 Murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa
perlu bersosial dalam kelompok mereka
terutamanya dalam melakukan aktiviti
pembelajaran.
 Murid perlu bersosial tidak kira kelas atasan sama
ada kelas atasan atau bawahan.
 Sikap prejudis terhadap bangsa lainperlu di elakkan
bagi supaya segala aktiviti yang dirancang berjalan
lancar.
 Aktiviti yang dijalankan mestilah berupaya
menyemai semangat saling mempercayai ke dalam
jiwa murid.
 Proses sosialisasi anara kaum tanpa mengira anutan
agama hendaklah dikembangkan supaya proses
pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
 Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh
setiap murid, penggunaan dialek mengikut kaum
perlulah dielakkan.
 Murid perlu selalu diingatkan supaya menggunakan
bahasa yang betul.
 Perbendaharaan kata yang tepat membantu murid
mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.
 Aktiviti ke arah peningkatan bahasa perlu disertai
murid supaya tahap penguasaan bahasa murid
sentiasa bertambah.
 Murid juga digalak untuk berinteraksi dengan
mereka yang berlaianan jantina, namun mereka
perlu diberi kesedaran batasan perhubungan
dalam interaksi yang berlainan jantina.
 Aktiviti interaksi antara berlainan jantina ini
perlulah sesuai mengikut tugasan yang diberikan.
 Pendekatan penyayang guru dalam bilik darjah
dapat menjinakkan murid, bercakap dengan
bahasa yang betul dan sopan, menegur kesilapan
orang lain dengan cara yang berhemah.
 Ini secara tidak langsung akan mempercepatkan
proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap
gurunya.
 Kemahiran komunikasi memainkan peranan
penting ke arah pembentukkan budaya
penyayang.
 Komunikasi berkesan boleh dijelmakan melalui
pertuturan, penggunaan bahasa badan, penulisan
dan penggunaan alat tertentu.
 Guru yang menggunakan kemahiran
berkomunikasi yang berkesan akan mewujudkan
suasana pembelajaran yang dinamik.
 Dengan ini, penerapan kemahiran-kemahiran lain
dapat dilakukan dengan lebih mudah dan
berkesan.
 Motivasi perlulah diberikan kepada murid secara
berhemah dan berhikmah, dengan ini segala nilai-
nilai yang ingin diserapkan kepada murid dapat
dilakukan dengan cepat dan mudah.
 Sebagai seorang guru, komunikasi berkesan perlu
digunakan dalam memberi motivasi kepada murid
 Guru perlulah mudah menghadiahkan senyuman dan
ganjaran sekiranya murid dapat melakukan sesuatu
yang terbaik, dengan cara ini murid akan merasa diri
mereka dihargai dan akan sentiasa melakukan yang
terbaik.
 Murid mudah terpengaruh dengan tindakan guru
yang menunjukkan teladan sebagai seorang yang
professional
 Guru mesti membentuk program yang bertujuan
membangunkan murid dengan peratauran yang jelas,
bagi mengurangkan tingkah laku negatif.
 Sebagai seorang guru perlu bijak mewujudkan
suasana bilik darjah yang dinamis ini kerana lumrah
murid untuk menjalanu aktiviti P&P dalam suasana
yang ceria dan gembira.
 Guru perlulah cekap dalam menghasilkan sebuah bilik
darjah yang dapat ditransformasikan sebagai sebuah
rumah yang menepati slogan “rumahku, syurgaku”.
Murid pasti akn lebih seronok belajar dalam suasana
yang kondusif.
 Mungkin terdapat murid yang nakal. Namun bukan
murid yang menjadi masalahnya, sekiranya adanya
pengawalan yang baik jumlah murid yang menimbulkan
masalah tidak akan bertambah dan akhirnya dapat di
atasi.
 Pengawal kelas dianggap penting erana sekiranya murid
tidak terkawal objektif P&P tidak akan tercapai.
 Guru mestilah mengenalpasti murid yang
menimbulkan masalah bagi mengelakkan murid lain
menjadi “pak turut” kepada murid berkenaan.
 Guru perlu menyelesaikan masalah ini dengan lebih
banyak berinteraksi dengan murid terbabit sehingga
dia merasakan dia mendapat perhatian dan dihargai
bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah lakunya
yang disenangi guru.
 Guru mestilah sentiasa mempamerkan pengiktirafan
terhadap murid tersebut semasa aktiviti P&P
dijalankan.
 Ketegasan terhadap disiplin murid ketika
pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan
pendekatan yang betul yang menampakkan bahawa
ketegasan tersebut bukan dengan niat mendera tetapi
lebih kepada pengajaran.
 Sekiranya perlu, guru mestilah menggunakan nasihat
dan kata-kata motivasi yang menunjukkan guru
menyayangi murid tersebut .
 Jika berlaku perubahan ke arah kebaikan berikan
penghargaan kepada murid terbabit.
 Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri
berada di dalam kelas tepat pada waktunya.
 Guru juga dicadangkan supaya menggunakan
pendekatan yang menarik seperti aktiviti P&P
dimulakan dengan set induksi yang menarik, ini
bertujuan bagi menarik minat murid untuk
mengetahui isi pelajaran yang selanjutnya.
 Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki
Bin Miskon, 2010, Budaya Dan Pembelajaran,
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong,
Selangor

Das könnte Ihnen auch gefallen