Sie sind auf Seite 1von 23

LAKUAN MOTOR

&
BIOMEKANIK

UNIT 1

ASAS KAWALAN MOTOR


Definisi
Kawalan motor ialah bidang yang mengkaji postur
dan pergerakan manusia serta mekanisme yang
mengawalnya.
Kawalan pergerakan ini dihasilkan oleh sistem
biologi.
Terdapat dua jenis lakuan motor, iaitu:
Lakuan motor tanpa kemahiran (Involuntari)
Lakuan motor berkemahiran (Voluntari)
Lakuan Pergerakan Involuntari
- Dihasilkan secara luar kawalan.
- Berlaku secara spontan dan dalam masa yang
singkat.
- Contohnya: Pantulan lutut, tarikan tangan atau kaki
bila terkena benda panas.
Mekanisme ringkas pergerakan involuntari
(Pantulan lutut)
Impuls sensori
Saraf
bersinaps dengan
tunjang neuron motor di
Impuls sensori di saraf tunjang
hantar ke saraf
tunjang

Neuron
sensori di
kaki
Impuls motor
dihantar ke
efektor
Otot
menguncup di
Lutut di ketuk efektor
Mekanisme umum pergerakan involuntari (Terpijak
Paku)
 Sistem reseptor menerima rangsangan di peringkat periferi.

 Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukarkan kepada impuls


sensori

 Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat (peringkat rendah)

 Impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang

 Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps

 Impuls motor di hantar ke efektor

 Sistem efektor menghantar maklumat impuls motor dan menghasilkan pergerakan


involuntari.
Lakuan Pergerakan Voluntari
 Dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan.
 Individu memilih dan menentukan untuk
melakukan sesuatu pergerakan.
 Perlakuan ini dibina melalui bakat,
pengalaman dan latihan.
 Mutu perlakuan yang dihasilkan dipengaruhi
oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman.
 Contoh: sepak takraw dan badminton.
Sepak takraw Badminton
Apabila menerima Pemain yang mahir akan
servis, pemain yang membuat smesy atau drop
kurang mahir mungkin shot apabila mendapat
akan menghantar terus hantaran bola tinggi.
bola ke pihak lawan. Manakala pemain yang
Manakala bagi pemain kurang mahir, mungkin
akan membalas dengan
yang mahir akan hantaran setengah
mengangkat, gelanggang.
mengumpan dan
merejam bola ke
gelanggang lawan.
Mekanisme umum pergerakan voluntari
Apabila sistem efektor
Reseptor menerima rangsangan menerima maklumat motor,
fizikal di peringkat periferi pergerakan terhasil.

Neuron sensori terima Impuls motor dihantar ke saraf


rangsangan fizikal dan tukarkan tunjang dan ke sistem efektor
kepada impluls sensori

Impuls sensori bertukar menjadi


Impuls sensori yang diterima impuls motor. Pemprosesan
berkumpul di talamus integrasi sensori akan berlaku

Impuls sensori bersinaps dengan


neuron sensori motor
Jenis Pergerakan Berkemahiran

Pergerakan berkemahiran juga dikenali sebagai


pergerakan voluntari
Terbahagi kepada dua, iaitu:
Kemahiran Generik
Kemahiran Berobjektif
Kemahiran Generik
Kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia.
Kematangan individu berlaku secara semula jadi
(sejak lahir).
Perubahan kematangan berlaku dengan cepat
pada usia kanak-kanak dan berkurangan pada
umur dua puluhan.
Contoh: pertumbuhan otot.
Kemahiran Berobjektif

Kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif


khusus.
Kemahiran ini dapat ditingkatkan melalui latihan
yang kerap dan sistematik.
Contoh: dalam larian.
Individu perlu mempelajari teknik larian yang khusus jika
ingin mendapat tahap kelajuan yang optimum.
Unsur-unsur penting dalam kemahiran
berobjektif:
Kecekapan
Ketepatan
Ketekalan
Cepat bertindak terhadap rangsangan
Pengelasan Kemahiran Motor

 Terdapat tiga kriteria untuk membezakan


kemahiran motor iaitu:
 Ketepatan lakuan
 Ciri Pergerakan
 Stabiliti Persekitaran
Ketepatan Lakuan
 Berdasarkan jenis atau saiz otot utama yang
terlibat dalam menghasilkan pergerakan.
 Terbahagi kepada dua iaitu:
 Kemahiran Motor Kasar
 Kemahiran Motor Halus.
Kemahiran Motor Kasar

Penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama


dalam pergerakan.
Contoh – berlari, angkat berat dan
menendang bola.
Kemahiran Motor Halus
Penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama
dalam pergerakan.
Contoh-menembak, memanah dan boling padang
Ciri Pergerakan

 Cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan


diakhiri.
 Dihasilkan oleh individu secara terkawal atau luar
kawal.
 Terdapat tiga kriteria ciri pergerakan:
 Kemahiran Diskrit
 Kemahiran Berterusan
 Kemahiran Siri
Kemahiran diskrit
Mempunyai titik permulaan dan titik
pengakhiran yang spesifik.
Melibatkan pergerakan pantas dan masa terhad.
Contoh- merejam bola dalam permainan sepak
takraw (dalam masa yang singkat pemain perlu
melakukan kemahiran rejaman)
Kemahiran berterusan

Melibatkan pergerakan yang sama dan dilakukan


berulang-ulang kali dengan titik mula dan titik
akhir.
Contoh- berenang atau berlari.
Kemahiran bersiri
Gabungan beberapa kemahiran diskrit yang
dicantum secara bersiri.
Terdapat fasa-fasa kepada pergerakan seterusnya.
Contoh- lompat jauh
Fasa berlari
Fasa lonjakan
Fasa layangan
Fasa mendarat
Stabiliti Persekitaran

 Kemahiran yang berasaskan stabiliti persekitaran


terbahagi kepada dua:
 Kemahiran luar kawal (open motor skill)
 Kemahiran terkawal (closed motor skill)
Kemahiran luar kawal
Kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran yang
berubah-ubah.
Semasa melakukan kemahiran ini, pemain atau objek
berada dalam keadaan bergerak.
Tindakan pemain dipengaruhi oleh faktor
persekitaran.
Contoh:
reaksi pemain badminton apabila terima hantaran bola
tanggung daripada pihak lawan.
Pemain ini ingin melakukan smesy tetapi dia tidak dapat
meramal sama ada pukulan tersebut mampu mematikan bulu
tangkis di pihak lawan.
Kemahiran terkawal
Kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran yang
stabil.
Setiap pergerakan dikawal dan ditentukan sendiri
oleh pemain.
Contoh- melempar cakera.
Pemain perlu kawal corak pergerakan yang akan dihasilkan
Pemain mampu menguasai teknik lemparan yang betul.

Das könnte Ihnen auch gefallen