Sie sind auf Seite 1von 23

Program Matrikulasi Satu Tahun Perakaunan

Bab 1:
Pengenalan Kepada Perakaunan

Isi Kandungan
Definisi Perakaunan
Pengguna Maklumat Perakaunan
Perbezaan antara Perakaunan dan Simpankira
Cabang Perakaunan
Jenis-jenis Pemilikan Perniagaan
Jenis-jenis Aktiviti Perniagaan
Jenis-jenis Penyata Kewangan
Badan-badan Perakaunan di Malaysia

Definisi Perakaunan
Bahasa Perniagaan.
Perakaunan merupakan satu proses
Mengenalpasti
Merekod dan mengkelas
Meringkas
Melapor
Mentafsir
Mengkomunikasi
maklumat kewangan kepada pengguna-pengguna
luaran dan dalaman.

Pengguna Maklumat
Perakaunan
Pengguna Dalaman
- Pengguna yang berada dalam organisasi
dan terlibat dalam proses membuat
keputusan bagi organisasi tersebut.
Pengguna Luaran
- Pengguna di luar organisasi yang
menggunakan maklumat bagi kepentingan
individu dan organisasi lain.

Contoh Pengguna
Maklumat Perakaunan.
Pengguna Dalaman
Pihak Pengurusan
- menilai keputusan pengurusan yang lepas.
- membuat keputusan untuk masa depan.
Pekerja/kakitangan
- menilai kemampuan syarikat menaikkan gaji dan
manfaat kepada pekerja.
Pemilik
- mengetahui prestasi perniagaan
- melihat dari mana sumber pendapatan dan ke
mana ia dibelanjakan serta keuntungan yang
diraih.

Pengguna Luaran
Pelabur Sedia Ada

- ketahui nilai modal yang dilaburkan.


- jumlah dividen yang diterima
- ketahui sumber kewangan perniagaan.
Pihak Bank / Pemiutang

- nilai kebolehan perniagaan untuk bayar balik hutang


serta faedah atas pinjaman.
Lembaga Hasil Dalam Negeri

- untuk tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar ikut


keuntungan perniagaan.
Bakal Pelabur

- untuk lihat prestasi perniagaan sebelum


membuat
keputusan.
Kesatuan Sekerja

- untuk mengetahui keupayaan sesebuah


organisasi
bagi kenaikan gaji atau bonus dan
sebagainya.
Pelanggan

- untuk mengetahui keupayaan sesebuah organisasi

Perbezaan antara
Perakaunan dan Simpankira
Perakaunan
Adalah proses
merekod, meringkas,
mengelas, menganalisis
dan mengkomunikasi
maklumat-maklumat
dari peristiwa ekonomi.

Simpankira
Sebahagian daripada
perakaunan, dimana
ia merupakan proses
merekod, mengelas
dan meringkas
urusniaga dalam nilai
wang. (sehingga
Imbangan Duga).

Cabang Perakaunan
Perakaunan Kewangan
Cabang perakaunan
yang menyediakan
maklumat kepada
pengguna luaran
dengan mematuhi
prinsip-prinsip
perakaunan yang
diterima umum (GAAP).

Perakaunan
Pengurusan
Cabang perakaunan
yang menumpukan
kepada penyediaan
maklumat kepada
pengguna dalaman
bagi membantu
mereka
melaksanakan fungsi
pengurusan.

Jenis-jenis Milikan Perniagaan


Pemilikan Tunggal
Dimiliki oleh seorang individu.
Pendaftaran dibuat dengan SSM (Suruhanjaya
Syarikat Malaysia).
Bersaiz kecil dari segi modal dan operasinya.
Liabiliti tidak terhad kerana pemilik
menanggung semua hutang perniagaan.

Jenis-jenis Milikan Perniagaan


Perkongsian
Dimiliki oleh 2 hingga 20 individu (biasa).
Dimiliki oleh 2 hingga 50 individu (profesional).
Pendaftaran dibuat dengan SSM (Suruhanjaya
Syarikat Malaysia) mengikut Akta Perkongsian
1961.
Mempunyai potensi untuk berkembang dengan
mudah.
Liabiliti tidak terhad dimana pekongsi secara
peribadi menanggung semua hutang
perniagaan.

Jenis-jenis Milikan Perniagaan


Syarikat
Pendaftaran dibuat dengan SSM (Suruhanjaya
Syarikat Malaysia)/ CCM (Companies
Commission of Malaysia) mengikut Akta
Syarikat 1965.
Terbahagi kepada Syarikat Sendirian Berhad
dan Syarikat Awam Berhad.
Liabiliti Terhad - pemegang saham
menanggung beban hutang syarikat setakat
modal yang dilaburkan sahaja.
Berpotensi untuk berkembang kerana saham
diterbitkan untuk mendapatkan dana
tambahan.

Jenis-jenis Aktiviti Perniagaan

- Perkhidmatan
- Pembarangan
- Perkilangan

Jenis-jenis Penyata
Kewangan
- Penyata Pendapatan Komprehensif
- Penyata Ekuiti Pemilik
- Penyata Kedudukan Kewangan
- Penyata Aliran Tunai

Penyata Pendapatan
Komprehensif
Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau
pendapatan kepada perniagaan dan
perbelanjaan yang terlibat untuk
mendapatkan hasil berkenaan.
Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau
keberuntungan dalam operasi perniagaan
dalam satu-satu tempoh perakaunan.

Contoh:
Perniagaan Usahamaju
Penyata Pendapatan Komprehensif
Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2012
Hasil
(-) Belanja
Untung Bersih

140,000
(103,240)
36,760

Penyata Ekuiti Pemilik


Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh
sesuatu perniagaan.
Contoh:
Perniagaan Usahamaju
Penyata Ekuiti Pemilik
Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2012
Ekuiti Pemilik:
Modal
40,000
Untung Bersih
36,760
(-) Ambilan
(10,000)
Jumlah ekuiti pemilik
66,760

Penyata Kedudukan
Kewangan
Disediakan untuk melihat kedudukan
kewangan sesuatu perniagaan pada satusatu tarikh.
Di dalamnya disenaraikan baki-baki aset,
liabiliti dan ekuiti pemilik.
ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Penyata Aliran Tunai


Berapa banyakkah tunai yang diterima dan
digunakan oleh perniagaan dalam tahun
yang dinilai?
Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran
tunai dan perubahan dalam tunai hasil
daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan
dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk
suatu tempoh mengikut format tertentu
yang boleh menyelaraskan baki awal dan
akhir tunai.

Badan-badan Perakaunan
Malaysia
- Lembaga Piawaian Perakaunan
Malaysia (MASB)
- Institut Akauntan Malaysia (MIA)
- Institut Akauntan Awam Bertauliah
Malaysia (MICPA)

Lembaga Piawaian
Perakaunan Malaysia (MASB)
Dibentuk sebagai sebuah badan autoriti
untuk membangunkan dan menerbitkan
standard perakaunan bagi Malaysia.
Tujuannya untuk memastikan kualiti dan
penguatkuasaan standard-standard
perakaunan.
Mempunyai satu badan penasihat yang
dikenali sebagai Financial Reporting
Foundation (FRF) yang berperanan sebagai
penasihat perkara pelaporan kewangan,
mengawasi operasi MASB, menyediakan dan
meluluskan dana untuk pembiayaan operasi.

Institut Akauntan Malaysia


(MIA)
Ditubuhkan pada 1967, sebaik sahaja Akta
Akauntan 1967 dikuatkuasakan.
Diberikan kuasa mutlak dalam pengiktirafan
kelulusan untuk 10 buah badan perakaunan luar
negara dan satu badan perakaunan tempatan
(MICPA) serta kesemua ijazah perakaunan dari IPTA
terpilih.
Menjadi badan untuk mengawal selia para akauntan
supaya mematuhi peraturan dan etika profesion
perakaunan.
Mengendalikan peperiksaan kelayakkan bagi
mereka yang berkelulusan perakaunan yang tidak
memenuhi syarat-syarat kelayakkan MIA.

INSTITUT AKAUNTAN
BERTAULIAH MALAYSIA
(MICPA)
Ditubuhkan pada 1958.
Bertanggungjawab melatih akauntanakauntan bertauliah.
Terlibat secara aktif dalam penyelidikan,
pembangunan dan pengumuman berkaitan
dengan perakaunan, pengauditan dan
standard-standard pelaporan sejak tahun
2002.

Program Matrikulasi Satu Tahun Perakaunan

Das könnte Ihnen auch gefallen