Sie sind auf Seite 1von 21

Kognisi: Aktiviti mental yang melibatkan proses pemerolehan,

penyimpanan, proses mendapat kembali dan penggunaan


pengetahuan.

Pemikiran : Melibatkan proses penyelesaian masalah, membuat


penilaian dan penggunaan ingatan jangka panjang.

Konsep: Perwakilan mental bagi kategori yang dibentuk dengan


mengumpulkan objek, peristiwa, aktiviti atau idea yang mempunyai
ciri-ciri yang sama. Tanpa konsep setiap objek, peristiwa, aktiviti
atau idea wujud sebagai satu bentuk sahaja.
Contoh; Kenderaan : mempunyai 4 roda, tempat duduk dan ada
stering.
Kita juga membentuk konsep abstrak seperti 'kejujuran'. Walau
bagaimanapun konsep bagi kejujuran selalunya hasil dari
pembentukan diri kita sendiri yang mungkin dikongsi atau tidak
dengan individu lain.
Method pembelajaran konsep

1. Artificial concept
Arahan atau definisi logik. Konsep ini dilihat sebagai satu yang
formal kerana arahan pengkategorian jelas didefinisikan. Konsep
ini selalunya digunakan dalam disiplin akademik dan sains. Contoh,
segitiga, adalah satu bentuk geometri yang mempunyai tiga sudut.
Dengan definisi ini kita akan memasukkan apa juga benda yang
mempunyai tiga sudut sebagai konsep segitiga.

2. Natural concept (konsep semulajadi)


Konsep ini wujud dari prototypes. Contoh tipikal bagi satu konsep.
Contoh: seekor burung mempunyai sayap, boleh terbang dan
bertelur.
3. Konsep Hieraki

Apabila suatu objek boleh dimasukkan dalam lebih dari satu kategori.
Konsep ini diorganisasikan kepada beberapa tahap subkategori dalam
konsep yang luas. Contoh: Binatang (burung dan anjing)

Haiwan (superordinat)

Burung anjing (kategori pertengahan)

Kenari pipit Boxer Poodle


Fungsi konsep

1. Mengorganisasikan informasi
Konsep membenarkan kita mengumpulkan beberapa perkara, objek,
peristiwa dalam satu kategori. Ini memudahkan informasi disimpan
dalam ingatan.

2.Mengelakkan dari mempelajari semula


Dengan adanya konsep kita mudah mengklasifikasikan perkara yang
baru tanpa perlu mempelajari semula perkara tersebut. Contoh jika
anda mempunyai konsep anjing dan kucing, anda tidak perlu
mempelajari balik konsep tersebut apabila anda menemui jenis-jenis
anjing dan kucing yang baru.
Teori perkembangan Bahasa

1. Teori Peniruan

Menurut Albert Bandura, peniruan adalah satu cara yang paling


mudah bagi kanak-kanak mempelajari bahasa.

2. Teori Pelaziman dan Peneguhan


Watson (1970) dalam buku 'Behaviorisme' menyarankan kanak-
kanak mempelajari bahasa daripada proses pelaziman klasik
(Contoh kaitan bunyi dengan botol susu). Dalam pelaziman
Operan, jika kanak-kanak dapat bercakap beberapa perkataan
seperti emak, ayah, ibu bapa akan memberikan peneguhan seperti
pujian, pelukan dan ciuman.
1. Teori Struktur Bahasa Sejadi
menurut pakar Lingusitik, Noam Choamsky (1957, 1972),
kebolehan manusia bercakap dan berbahasa telah sedia ada semasa
dilahirkan. Manusia boleh memproses data-data linguistik secara
terpilih dari alam sekitar dan membentuk bahasa daripadanya.

2. Teori Perkembangan kognitif


Menurut Piaget dan Inheder (1969) dan Bloom (1970), kebolehan
kanak-kanak berbahasa tidak wujud secara tiba-tiba ataupun secara
yang telah disarankan oleh teori-teori lain. Mereka mencadangkan
yang kebolehan ini berkembang secara progresif dan ia berhubung
rapat dengan perkembangan kognitif manusia.
Pengaruh bahasa ke atas pemikiran manusia

1.Semasa membaca buku - anda cuba menggambarkan gambaran


mental berdasarkan cerita yang anda baca.

2. Individu cenderung bertingkah laku dalam cara yang sesuai dengan


bahasa yang digunakan.

3. Menerusi bahasa juga boleh mengubah persepsi. Contoh perkataan


"dipecat" kelihatan kasar berbanding penggunaan "tidak disambung
kontrak".
Pengaruh bahasa ke atas pemikiran manusia

4. Perbezaan lelaki dan perempuan dalam menggunakan bahasa.


i) Lelaki lebih kerap menggunakan bahasa untuk mengekspresikan
idea dan menyelesaikan masalah. Manakala wanita menggunakan
bahasa untuk berkongsi pandangan, pengalaman harian dan pemikiran
biasa.

ii) Lelaki mengekalkan kebebasan dan kedudukan mereka dalam satu


kumpulan, manakala golongan wanita menggunakan bahasa untuk
membentuk hubungan dan perasaan intimasi.

iii) Lelaki lebih cenderung untuk menghadapi masalah, manakala


Golongan wanita lebih kepada mendengar, memberi sokongan dan
simpati. Kajian oleh Deborah Tarren, pakar Lingusitik (1990,1994).
Perkembangan Bahasa
Umur Umur

Perkembangan Bahasa Perkembangan Bahasa

3-6 bulan 3-6 bulan

Boleh berbahasa namun tidak Boleh berbahasa namun tidak


boleh berkomunikasi dengan boleh berkomunikasi dengan
orang lain. Contoh tahap orang lain. Contoh tahap
mericau (babbling) - ma, pa dan mericau (babbling) - ma, pa dan
da da
Bahasa

Definisikan dan ilustrasikan bagi setiap pembinaan bahasa;


Fonem, morfem, grammar, syntax dan semantik.

Definisi

1. Fonem (Phoneme): Unit terkecil bagi bunyi yang membentuk


bahasa (dalam bahasa English ada 40 phoneme dan Bahasa
Malaysia ada 34 fonem). Contoh: Vokal (a, e, i ,o u), Diftong (ai,
au, oi) dan konsonan (b,c,d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t.z)

Kalau dalam bahasa English Contoh: p in pansy; ng in sting; a in am


or ape; s has hiss sound; z adds voice to the s sound.
2. Morfem
Unit makna yang terkecil sekali dalam suatu bahasa dan ia boleh
wujud secara bersendirian dalam bentuk perkataan (contoh, senyum,
ketawa, gembira).

1. Grammar (tatabahasa)
Sistem arahan yang digunakan untuk menghasilkan bahasa yang
boleh diterima yang membolehkan kita berkomunikasi dan
memahami orang lain (sintak dan semantik).

2. Sintaks (syntax)
Sistem arahan bagi meletakkan perkataan dalam cara yang tersusun
dan sesuai bagi menjadikannya suatu yang bermakna. Contoh "Ali
pergi ke kuliah PT 1013 pada setiap hari isnin pada jam 7.00 hingga
9.00 malam" vs "pergi ke kuliah hari isnin Ali PT1013 pada jam
7.00 hingga 9.00 malam".
1. Semantik
Satu sistem yang menggunakan perkataan untuk membentuk suatu
yang bermakna. Contoh; Soalan PT1013 sangat susah vs Susahnya
soalan PT 1013. Maksud yang sama walaupun struktur permukaan
berubah namun struktur dalaman tetap sama.
Pemikiran kreatif selain dari originality, fluency dan flexibility

1. Convergent thinking
Bermula dengan satu masalah dan diselesaikan dengan satu
penyelesaian yang betul.

2.Divergent thinking
Bermula dengan satu masalah dan diselesaikan dengan pelbagai jalan
penyelesaian.
Mendefinisikan kreativiti dan tiga elemen dalam pemikiran kreatif.
Sila jelaskan Sternberg dan Lubart Investment theory bagi kreativity
dan 6 sumber yang mereka pertimbangkan yang perlu bagi pemikiran
kreatif.

Kreativiti : Penghasilan idea yang original, baru dan berguna.


1. Originality (Berdayacipta)
Melihat penyelesaian yang unik atau berbeza bagi suatu masalah
2. Fluency (kelancaran)
Menghasilkan seberapa banyak jalan penyelesaian
3. Flexibility (Fleksibel)
Bertukar dari satu strategi penyelesaian masalah kepada bentuk lain.

Teori Investment : Individu yang kreatif akan menggunakan idea atau


benda yang dirasakan oleh orang lain sebagai tidak bernilai kepada
sesuatu yang bernilai dan dihargai oleh orang lain.
Faktor-faktor yang boleh menghalang penyelesaian masalah
i) Mental set

Mengaplikasikan hanya metod yang berjaya pada masa lalu; membuat


andaian yang boleh menghadkan penyelesaian kreatif.
Contoh : membuat andaian yang mana anda akan berbohong untuk
mencapai matlamat anda.Membuat andaian bahawa datang lewat lebih
teruk berbanding menukar baju yang baru.

ii) Functional Fixedness


Ketidakupayaan individu untuk melihat suatu objek itu mempunyai
fungsi yang berbeza daripada fungsi biasa yang boleh digunakan untuk
mengatasi situasi. Contoh, tidak menyedari bahawa dengan memakai
tali leher atau vest boleh menyembunyikan kesan kotoran pada baju.
iii) Confirmation bias

Memberikan perhatian hanya kepada informasi yang menetapkan


kepercayaan yang sedia ada; tidak mempedulikan informasi lain.
Cuma memberikan perhatian bahawa datang lambat atau tidak
membuat impresi yang baik boleh menyebabkan seseorang itu gagal
semasa temuduga, Melupakan bahawa impresi pertama yang tidak
baik sebenarnya suatu yang boleh diatasi.
Penyelesaian masalah
Ada 3 langkah untuk mencapai matlamat

Contoh A :Bayangkan anda berada dalam satu situasi di mana anda


terburu-buru pergi ke satu temuduga dan semasa anda hendak
keluar ke pintu rumah anda telah tertumpah secawan kopi
sehinggakan mengotorkan baju anda. Adalah penting bagi anda
membuat impresi pertama yang baik kepada panel penemuduga
yang akan menemuduga anda. Apakah perkara yang anda perlu
lakukan apabila anda menghadapi situasi tersebut.
Langkah 1 : Preparation (persediaan)

1. Identifikasi suatu fakta : Datang lewat pada hari temuduga,


menumpahkan secawan kopi ke baju anda, masih berada di rumah,
penting untuk membuat tanggapan pertama yang baik kepada panel
penemuduga.

2. Memisahkan fakta yang relevan dengan yang tidak relevan


Datang lewat tetapi masih berada di rumah, tidak ada lagi baju yang
bersih yang boleh menggantikan baju yang kotor.
3. Kenal pasti matlamat yang utama: Menunjukkan impresi pertama
yang baik kepada panel (penemuduga).

Langkah 2: Hasilan Menghasilkan penyelesaian yang mungkin


(jawapan boleh pelbagai)

1. Algotritma (mencuba pelbagai cara penyelesaian yang mungkin


Dalam cara yang bersistematik. Dalam contoh yang diberikan
(Contoh A) tidak relevan. Contoh 5 x 8 sama juga 5 + 5 + 5 + 5 +
5 + 5 + 5 + 5.
Terdapat cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini iaitu
dengan penggunaan calculator dan komputer .

2. Means-End Heuristic (Heuristik)


Jalan singkat bagi penyelesaian yang kompleks yang mana secara
am tetapi tidak selalu membawa kepada penyelesaian masalah.
Menentukan pelbagai makna untuk mencapai matlamat;

i) Menunjukkan rasa hormat dan bertanggungjawab dengan


memaklumkan kepada panel penemuduga yang anda tidak dapat
datang pada masa yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat
dielakkan.

ii) Akan menukar baju yang tertumpah kopi dengan baju yang lain
dan berharap tiada seorang pun mengetahuinya.

iii) Pergi dengan baju yang kotor tadi dan menerangkan kepada
panel penemuduga keadaan yang sebenar.

iv) Memakai tali leher, vest atau kot untuk menyembunyikan baju
yang kotor.
Langkah 3 : Penilaian (Evaluation) menilai sama ada ada jalan
penyelesaian yang boleh mememuhi matlamat.

Pelajar perlu memilih satu jalan penyelesaian dan menerangkan


kenapa ia boleh memenuhi matlamat. Adalah penting bagi seorang
pelajar itu membuat kenyataan mengenai jalan penyelesaian yang
dipilih.

Das könnte Ihnen auch gefallen