Sie sind auf Seite 1von 8

ETIKA DALAM

KAJIAN KES
DISEDIAKAN OLEH:
HO ZI XIAN
KHOO JING BEI
YONG MEI YEH
APA ITU ETIKA?
Etika adalah norma yang memandu kita untuk membuat pilihan,
bertingkah laku dan / atau berhubung dengan orang lain
Dalam kajian, etika merujuk kepada kesesuaian tingkahlaku
penyelidik terhadap mereka yang menerima kesan kajian, sama
ada secara langsung atau tidak langsung.
Secara dasarnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh McNamee
(2002), subjek kajian (misalnya, satu kumpulan pelajar di sekolah
kerajaan) mempunyai hak untuk mengetahui tentang jenis dan
tujuan kajian, dan sama ada mereka ingin menyertai kajian atau
tidak.
KEK LEMBAGA
KEK (PERKAMA)
KAUNSELOR MSIA

A. G.
PENYELIDIKAN
ETIKA DAN
PENYELIDIKAN G.4
PENERBITAN MELAPORKAN
G.1 KEPUTUSAN
B. PERSETUJUAN TANGGUNGJAW
SUBJEK AB
PENYELIDIKAN G.5
G.2 HAK-HAK PENERBITAN
C.
PESERTA
PERNERBITAN PENYELIDIKAN
G.3 HUBUNGAN
DENGAN
PESERTA
PENYELIDIKAN
KOD ETIKA KAUNSELOR
(KEK)
A. ETIKA PENYELIDIKAN
1. Bertanggungjawab untuk mematuhi etika penyelidikan
dengan menjaga kesejahteraan serta kebajikan
subjek sepanjang kajian dan membuat pengawasan
yang sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya
kecacatan psikologi, fizikal atau sosial kepada subjek.
Amalan etika juga dipatuhi oleh pembantu
penyelidik.
B. PERSETUJUAN SUBJEK
1. Penyertaan dalam penyelidikan adalah sukarela /
penyertaan bukan sukarela yang tidak membawa
kemudharatan kepada subjek & benar-benar diperlukan
bagi kajian tersebut
2. Setiap klien mestilah dimaklumkan dengan jelasnya
mengenai tujuan, kaedah kajian, kemungkinan
faedah dan kesan buruk kajian itu jika ada dan
sebarang ketidak-selesaan dan kesukaran yang mungkin
akan dirasai oleh klien. Klien perlu dimaklumkan tentang
haknya untuk menolak dan menarik diri pada bila-
bila masa; dan penarikan dirinya tidak akan memberi
sebarang kesan terhadap perkhidmatan yang diterimanya.
Persetujuan ini bermaklum adalah lebih baik dibuat
secara bertulis
3. Dalam menjalankan sesuatu kajian, kemungkinan
penyelidik perlu menggunakan teknik terselindung
(withholding information) atau penipuan
(providing misinformation). Sebelum menjalankan
kajian tersebut, penyelidik hendaklah menentukan
bahawa:
i) penggunaan teknik itu wajar dan sesuai dengan
budaya, nilai saintifik, pendidikan atau terapan,
ii) tidak terdapat prosedur alternatif yang lebih wajar dan,
iii) subjek diberi penjelasan yang cukup dengan secepat
mungkin
4. Semasa menjalankan penyelidikan, jika subjek kajian
terdiri daripada kanak-kanak atau mereka yang
mempunyai kecacatan yang menghadkan kefahaman
dan/atau komunikasi, penyelidik hendaklah mengambil
prosedur langkah-langkah keselamatan yang
khusus dan rapi.
5. Sentiasa menjalankan penyelidikan, maklumat peribadi
subjek hendaklah dirahsiakan kecuali dengan
persetujuan subjek. Jika terdapat sekiranya ada
kemungkinan orang lain boleh memperolehi maklumat
itu, kemungkinan ini bersama dengan perancangan untuk
mengawal kerahsiaan perlu diterangkan kepada subjek
sebagai sebahagian daripada prosedur memperolehi
persetujuan bermaklum.
C. PENERBITAN
1. Dengan menerbitkan hasil penyelidikan, kaunselor
mempunyai tanggungjawab mematuhi etika
penerbitan dan undang-undang hakcipta.
2. Hasil kajian hendaklah dilaporkan dengan tepat
dan lengkap.
3. Apabila memberikan maklumat kepada penyelidik
lain yang memerlukan data asal, kaunselor
hendaklah melindungi identiti subjek kecuali
dengan kebenaran khusus subjek telah perolehi.

Das könnte Ihnen auch gefallen