Sie sind auf Seite 1von 18

DISEDIAKAN OLEH,

SATHISKUMAR A/L PARAMASIVAN


YOGESWARAN A/L NAGARASAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
Juga dikenali sebagai surat khabar.
Kertas yang bercetak yang menyiarkan berita dll.

Salah satu resos dalam Matematik (bahan bercetak).


Boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar.

Berita Harian
Utusan Malaysia
The Star
News Straits Times
Kewujudan pelbagai sumber ilmu terkini, termasuk internet
tidak menjejaskan populariti akhbar sebagai bahan bantu
mengajar guru di bilik darjah.

Malah, penggunaan pelbagai bahan siaran akhbar antaranya


berita, rencana, gambar dan ilustrasi mampu meningkatkan
lagi keberkesanan pengajaran, selain mewujudkan suasana
pembelajaran aktif dan menyeronokkan.

Dengan memanipulasikan bahan berkenaan sebagai bahan


bantu mengajar juga memudahkan tugasan guru kerana tidak
perlu mengambil masa atau bersusah payah menyediakannya
dalam bentuk bercetak dan lebih menarik.
Program Akhbar Dalam Darjah ini memantapkan dan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran oleh
guru.

Program ADD bukan sahaja menyeronokkan malah mampu


menanam minat membaca di samping menggalakkan pelajar
mendapat pelbagai ilmu baru menerusi pelbagai bahan berita
yang disiarkan di dalam akhbar.
Hanya buku teks dan modul sahaja tidak akan membantu
pelajar dalam proses perkembangan ilmu, malah akhbar
mendedahkan mereka pelbagai maklumat menarik dan terkini.

Sejajar konsep pemusatan pelajar, akhbar sesuai digunakan


kerana pendekatan dilaksanakan memberi fokus kepada murid.
Persediaan guru
Pengetahuan Konsep ADD
(a) Mengetahui melalui menghadiri bengkel atau ceramah ADD
(b) Mengetahui melalui pembacaan akhbar dan bahan-bahan
lain.

Kreativiti guru
Guru yang mengajar sesuatu tajuk bagi sesuatu mata pelajaran
dengan menggunakan akhbar akan sentiasa kreatif sewaktu
mengendalikan kelas.
Persediaan akhbar
(a) Membuat tempahan awal dengan pihak pengedaran
akhbar berkenaan.
(b) Memastikan yang pihak pengedaran akhbar memberi
perakuan yang akhbar yang ditempah sampai mengikut masa
yang dikehendaki.
(c) Jika menggunakan akhbar lewat, sampai sehari sebelum
kelas diadakan.
(d) Jika menggunakan akhbar semasa, sampai pada waktu
pagi, sebelum sekolah bermula.
(e) Bilangan akhbar mencukupi untuk semua murid.
Persediaan mengajar
(a) Guru terlebih dahulu melihat akhbar yang akan digunakan.
Tujuannya untuk menentukan bahan yang berkaitan dengan
tajuk yang hendak diajar didapati dalam akhbar berkenaan.
(b) Guru membuat persediaan pengajaran seperti biasa.
Antaranya termasuklah butir berikut:
Menentukan objektif pengajaran
Induksi set
Pengenalan
Langkah-langkah pengajaran
Penutup
(c) Catatan mengenai pengajaran hendaklah dibuat seperti
biasa. Bagaimanakah jika menggunakan akhbar semasa?
Pastikan anda menggunakan bahasa yang memang ada dalam
akhbar. Misalnya menggunakan rencana pengarang untuk
meringkas karangan atau menggunakan iklan jawatan untuk
menulis surat kiriman rasmi. Bahan-bahan ini memang sedia ada
dalam akhbar
Perlukah Guru Besar / Pengetua diberitahu?
(a) Guru Besar atau pengetua dimaklumkan melalui catatan
dalam buku persediaan mengajar, terutama catatan mingguan.
(b) Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk
memulakan program ADD, elok diadakan perbincangan
dengan Guru Besar/Pengetua untuk mengelak daripada
berlaku salah faham.
(c) Seperkara lain yang penting dibincang dengan Guru
Besar/Pengetua ialah mengenai cara mendapatkan akhbar,
terutama yang membabitkan pembayaran.
Persediaan kelas / murid
(a)Pastikan setiap murid mempunyai naskhah akhbar masing-
masing.
(b) Murid membawa bahan yang diperlukan seperti gunting
dan gam.

Pengendalian Kelas
(a) Kelas dijalankan seperti biasa. Laksanakan pengajaran
seperti dirancang atau dicatat dalam buku ringkasan mengajar.
(b) Guru membuat penyeliaan dengan bijaksana, terutama
sewaktu murid-murid membuat aktiviti seperti memotong dan
menampal bahan dalam akhbar.
Penggunaan kartun / komik
Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-
masing.
1. Ganti dialog dalam kartun dengan dialog sendiri.2. Betulkan
dialog dalam kartun berkenaan dengan menggunakan laras
bahasa baku.3. Mewarnakan kartun.4. Menulis karangan
berdasarkan kartun.5. Melukis semula kartun berkenaan.6.
Mengajar imbuhan berdasarkan aksi watak dalam kartun.
7. Lakonkan berdasar watak dan cerita kartun berkenaan.
8. Menyampaikan cerita berdasarkan kartun.
9. Tukar kepada ayat pasif.
10. Membuat jangkaan apa yang berlaku seterusnya
berdasarkan siri kartun berkenaan.
Bahan / Gambar
Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar sendiri
Setiap hari Berita Harian menyiarkan banyak gambar berwarna dan hitam putih. Ia
boleh digunakan untuk pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.
1. Membina soalan berdasarkan 5W + 1H mengenai sesuatu gambar:
Siapa?
Apa?
Bila?
Di mana?
Mengapa?
Bagaimana?
2. Membuat sendiri keterangan gambar.
3. Penggunaan gambar untuk mengajar tatabahasa.
4. Mengaitkan beberapa gambar untuk membuat karangan.
5. Cari gambar yang ada beberapa persamaan. Minta murid memberi hujah.
6. Menamakan benda/orang yang dapat dilihat daripada sesuatu gambar.
7. Menyediakan dialog
8. Membuat lukisan berdasarkan sesuatu gambar.
9. Nilai murni dan sebaliknya daripada sesuatu gambar.
10. Mewarnakan gambar.
11. Membuat karangan imaginasi berdasarkan gambar.
12. Mengkategorikan jenis gambar (Alam dan Manusia)
13. Mengkategorikan bentuk objek dalam gambar.
14. Menggunakan gambar untuk mengajar Matematik seperti iklan pasar raya.
15. Gunting dan susun gambar kemudian tampal di atas kertas lukisan (mata
pelajaran Pendidikan Seni)
Bahan Pengajaran Pendidikan Seni
Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar sendiri.
1. Mencari logo, menyusun dan menampal di atas kertas lukisan.
2. Membuat kolaj menggunakan bahagian berwarna akhbar.
3. Menggunting, menyusun dan menampal bahan berwarna untuk
membentuk lukisan berdasarkan tajuk seperti - Rumah Kediaman Saya
dan Bintang Kesayanganku.
4. Mewarna gambar grafik, rajah dan sebagainya.
5. Menyusun perkataan daripada tajuk berita membentuk bahan
seperti;(a) Nama dan alamat sendiri(b) Kata-kata hikmat(c) Puisi seperti
pantun6. Membuat kad jemputan dengan menyusun abjad daripada tajuk
berita dan dihias dengan bahan lain daripada akhbar.
7. Gunting dan tampal beberapa objek menarik untuk menjadi sebuah
lukisan.
8. Gunting gambar kepala orang kemudian lukis bahagian badan atau
dipadankan dengan badan orang lain.
9. Menyusun objek-objek dalam akhbar untuk membentuk lukisan abstrak.
10. Menggunting bahan tertentu untuk membentuk objek seperti kereta
dan permukaan jam.
Bahan Pengajaran Lisan
Catatan: Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.
1. Minta pelajar membaca secara senyap mana-mana berita pendek
kemudian minta mereka mengingati kembali.
2. Dengan menggunakan rancangan TV - minta pelajar membaca seolah -
olah seperti penyampai di kaca TV.
3. Setelah membentuk kumpulan, atur satu persidangan akhbar mengenai
satu berita yang telah dibaca.
4. Setelah pelajar membaca sesuatu berita mengenai pertandingan sukan,
kemudian minta mereka membuat ulasan selari pertandingan itu.
5. Buat temu ramah berdasarkan sesuatu berita dibaca.
Minta pelajar membaca semua tajuk berita dari sesuatu halaman,
kemudian menyebutnya secara lisan.
6. Minta pelajar membaca rencana atau tulisan bercorak pendapat,
selepas itu menyatakan isi (point) bahan yang dibaca itu.
7. Baca mana-mana berita, khususnya berkaitan sesuatu isu dari
pemimpin, minta mereka menyampaikan syarahan pendek.
8. Minta pelajar meneliti iklan mengenai barangan kemudian
memperagakan seolah-olah menjual barangan berkenaan.
Berita mengenai pertandingan bola sepak
+ boleh dikaitkan dengan topik masa. (masa yang
diperlukan)
+ boleh dikaitkan dengan topik nombor dan operasi.
(bilangan gol, bilangan pemain)
Berita mengenai pertandingan badminton
+ boleh dikaitkan dengan kebarangkalian
+ menang atau kalah (kesudahan)
Pengiraan bilangan naskah
Masa (program televisyen)
http://www.scribd.com/doc/39036006/Konsep-Akhbar-
Dalam-Darjah

http://salbiahsaldagmail-salbiah.blogspot.com/

http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_09.asp?e=UPSR
&s=MAT

Das könnte Ihnen auch gefallen