Sie sind auf Seite 1von 4

AKTA 611

(HAK KANAK-KANAK 2001)


1. Apakah tujuan Akta 611 ditubuhkan?

Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang


berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan
kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkaraperkara
yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
[1 Ogos 2002, P.U. (B) 229/2002]
2. Mengikut Akta 611, apakah tindakan yang akan diberi kepada
seseorang yang melakukan kesalahan seperti memindahkan
seseorang kanak-kanak dari suatu tempat tahanan tanpa
kebenaran yang sah?

boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau


dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau
kedua-duanya.
3. Apakah jenis-jenis kesalahan yang terdapat di Akta 611?

(a) menjual, menyewakan atau selainnya memberikan, atau


membeli atau menyewa atau selainnya memperoleh
milikan, seseorang kanak-kanak dengan niat supaya kanakkanak
itu diambil bekerja atau digunakan bagi maksud
pelacuran, sama ada di dalam atau luar Malaysia, atau
dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai
bahawa kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau
digunakan sedemikian;
(b) memperoleh seseorang kanak-kanak bagi maksud pelacuran
atau bagi maksud melakukan persetubuhan dengan
mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau luar
Malaysia;
(c) dengan atau di bawah apa-apa dakwaan palsu, pernyataan palsu, atau cara
fraud atau perdayaan yang dibuat atau digunakan, sama ada di dalam atau
luar Malaysia, membawa masuk atau membantu membawa masuk ke, atau
membawa keluar atau membantu membawa keluar dari, Malaysia, seseorang
kanak-kanak dengan niat supaya kanak-kanak itu diambil bekerja atau
digunakan bagi maksud pelacuran, sama ada di dalam atau luar Malaysia,
atau dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kanak-
kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan sedemikian;
(d) membawa masuk ke Malaysia, menerima atau menyorokkan seseorang kanak-
kanak dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kanak-
kanak itu telah diperoleh bagi maksud pelacuran atau bagi maksud
melakukan persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam
atau luar Malaysia, dan dengan niat hendak membantu maksud itu;

Das könnte Ihnen auch gefallen