Sie sind auf Seite 1von 21

SAPE

SEJARAH
Sape merupakan satu alat muzik tradisional berasal

daripada suku kaum Dayak di Borneo

. Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk

seperti gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan

iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering

digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak

dan Kelabit.
Nama Sape' dikatakan bermaksud "memetik
dengan jari" dalam dialek Dayak di Kalimantan,
namun begitu namanya adalah berbeza-beza
mengikut suku Dayak itu sendiri contohnya
Sampe' (Dayak Kenyah), Sape' (Dayak Kayan dan
Bahau) Sempe (Dayak Modang) serta Kecapai'
(Dayak Tunjung dan Banua).
'Daak' dalam bahasa Kayan, bermaksud 'muzik', ada
beberapa daak yang sering dimainkan oleh pemain
Sape' suatu ketika dahulu seperti Daak Lalang Buko,
Daak Iuvaak Avun, Daak Manuk Halo', Daak Batang
Beras, Daak Sering, Daak Song Pak, Daak Karang
Kayo, Daak Karaang Aruu', Daak Daraang Kaloh,
Daak Langiling dan Daak Kasing Buraa'.

Adalah menjadi satu pantang untuk bermain alat


muzik Sape' ketika upacara kematian. (Dipaut dari
@PlanetSarawak)
Tiada catatan atau tulisan khusus dari masyarakat
Kayan yang menceritakan tentang asal-usul dan
siapa pencipta Sape' ini. Namun, terdapat cerita
dari saudara Dayak Kenyah yang ada di
Kalimantan Timur bahawa Sape' ini dicipta oleh
seseorang dan rakan-rakannya yang sedang
berperahu yang ditimpa musibah. Lelaki tersebut
pula satu-satunya yang terselamat dan sempat
berpaut pada batu.
Dalam keadaan separuh sedar dan terdampar di
sebuah pulau kecil di tengah-tengah jeram, lelaki
tersebut terdengar alunan nada-nada yang indah,
bergema dari hutan dan sungai terngiang-ngiang
dalam telinganya. Setelah sedar sepenuhnya, lelaki
tersebut terus membuat alat muzik yang berbentuk
seperti perahu yang dinamakan Sape' dan cuba
meniru nada-nada yang dia dengar ketika
terdampar di pulau kecil tersebut.
Ada juga versi yang mengatakan alat muzik Sape'
dicipta oleh seseorang yang sedang tidur dalam
kelambu dan terdengar alunan nada indah dari luar
kelambu. Setelah bangun dari tidur, dia cuba
membuat alat muzik bernama Sape' itu dan meniru
nada-nada yang dia dengari ketika tidur.
Ada juga versi yang berkata sape berasal daripada mimpi si
isteri yang tengah sakit, apabila dia bermimpi dia terdengar
bunyi yang sangat merdu yang dihasilkan oleh kayu Adau,
lalu si suami mencari kayu tersebut dan membuat sebuah
sape. Maka sembuhlah si isterinya tadi. Sejak itu, sape
digunakan untuk mengubat penyakit oleh dukun untuk
memanggil roh-roh bagi membantunya merawat penyakit
Alat muzik mengikut spesifikasi Sachs-
Hornbostel
Sape merupakan sejenis alat kordofon
Mempunyai 4 utas tali, yang kini diperbuat daripada
dawai. Dahulunya sape hanya terdiri daripada 2 tali
sahaja dan 3 fret.
Menggunakan skel pentatonik ( 1,2,3,5,6)
Ciri-ciri Sape
Sape diukir daripada sebatang blok kayu
dengan menggunakan alatan moden dan
panjangnya boleh mencecah sehingga
hampir satu meter.
Diperbuat dari jenis kayu lembut yang mudah ditebuk :

Kayu Pelaik (Kayu Gabus),


Meranti dan Tebuloh
Nangka
Belian

Bahagian depan adalah rata sementara di bahagian


belakangnya pula ditebuk lubang yang memanjang dan
tidak terlalu dalam.

Pada zaman dahulu, tali Sape' diperbuat dari Rotan yang


diraut halus ,serat pelepah , tangkai pohon Enau (Ijok),
buluh, dan kini tali tersebut digantikan dengan tali
logam gitar.
Motif pada badan sape
Biasanya menggunakan motif corak Orang Ulu
dan Iban

Sape mempunyai empat utas tali.

Keunikkan sape ini adalah ianya boleh ditune

mengikut kord.

Tali pertama adalah #F

Tali kedua adalah D

Tali ketiga adalah A

Tali keempat pula adalah D

Ini adalah Tune Sape dalam nada D major.


FUNGSI SAPE
Penggunaannya pada masa terebut adalah sangat
adalah terhad untuk majlis khas ritual sebagai
muzik yang mampu membuat seolah-olah seseorang
itu dipukau atau tidak sedar diri.

Pada zaman ini, sape telah mengalami revolusi


secara berperingkat menjadi instrument muzik
untuk mengiringi penari atau juga sebagai satu
bentuk hiburan. Hari ini, instrument tiga, empat
dan lima tali digunakan, dengan laras nada melebihi
tiga octave. .
Dimainkan dalam pelbagai upacara dikalangan
masyarakat di Borneo contohnya:
Ketika mengubati pesakit,
Iringan ketika tari sewaktu Ngayau yang menggunakan
muzik Daak Karaang Kayo,
Hiburan ketika acara perkahwinan,
Untuk upacara persembahan yang menggunakan muzik
Daak Sekivak Ujung Bakung dan juga untuk mengiringi
Talima (syair-syair purba).
CARA BERMAIN SAPE

Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti


gambus. Tali sape dipetik menggunakan ibu jari
dan jari jemari yang lain. Kemudian jari tangan
yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya.
Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja.
Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung.
Dimainkan dengan melakukan strumming pada
beat yang pertama dan seterusnya akan
memainkan melodi pada tali yang
pertama.Melodi boleh dimainkan sehingga ke
bahagian paling dalam badan sape tersebut.
Cara bermain Sape.

Das könnte Ihnen auch gefallen