Sie sind auf Seite 1von 28

FALSAFAH ILMU (HNF3012)

TAJUK : AKSIOLOGI ILMU


NAMA PENSYARAH : SAMIKKANU JABAMONEY A/K ISHAK SAMUEL
AHLI KUMPULAN :
NAMA NO. MATRIKS
ZULAIKHA BINTI JEOFERY@JATIMIN D20161073877
NUR ARIFATUL ABIDAH BINTI IDRIS D20161073854
ROSYAMIRA BINTI ROHIM D20161073898
FATIN ADLIN BINTI RUSLI D20161073913
NARANHA BINTI ABD GAZIL D20161073898
NURUL AZMINA BINTI MOHD AZMI D20161073844
FAZLINA NADRAH BINTI ISMAIL D20161073831
7.1 PENGENALAN
Konsep: membincangkan teori nilai yang mengkaji tentang nilai
sesuatu sama ada penting atau tidak penting, bernilai atau tidak
bernilai dan sebagainya.
Kepentingan: aksiologi ilmu ialah mampu menilai kepentingan
sesuatu ilmu dalam usaha menyusun atur sistem pengajian dan
skema keilmuan di pelbagai peringkat pengajian
Definisi 1: Aksiologi berasal dari bahasa Yunani iaitu axios yang
bermaksud nilai dan logos yang bermaksud ilmu.
Definisi 2: Menurut Suriasumantri pula aksiologi adalah teori nilai
yang berkaitan dengan kegunaan dan pengetahuan yang diperoleh.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa aksiologi ilmu merupakan ilmu
yang mempelajari hakikat dan manfaat yang sebenarnya dari sesuatu
ilmu pengetahuan.
Kebanyakan perbincangan aksiologi membincangkan tentang etika,
estetika dan kaedah-kaedah yang seharusnya diperhatikan dalam
penerapan ilmu kepada amalan.
Namun, dalam bab ini terdapat dua aspek utama yang dibincangkan
iaitu nilai ilmu dan tanggungjawab para ilmuwan.
7.2 HAKIKAT AKSIOLOGI ILMU
Aksiologi dapat dibahagikan kepada 2 bahagian :
Etika: Membincangkan isu baik dan buruk sesuatu perkara.
Estetika: Membincangkan tentang aspek keindahan sesuatu perkara.
Terdapat beberapa pandangan tentang fungsi ilmu pengetahuan
dalam kehidupan manusia.
Menurut Kerlinger (2000), fungsi ilmu yang utama ialah:
Fungsi praktis : melakukan penyingkapan, mempelajari fakta dan memajukan
pengetahuan demi kebaikan kehidupan bermasyarakat.
Menetapkan hukum-hukum umum yang meliputi perilaku kejadian dan objek
oleh ilmu yang berkaitan.
Pandangan lain, terdapat tiga fungsi utama ilmu iaitu alat penjelasan,
alat ramalan dan alat kawalan.
ALAT PENJELASAN ALAT RAMALAN
- Untuk menjelaskan segala - Melalui penelitian ilmiah,
fenomena kehidupan yang pengkaji akan memperoleh data
terjadi pada masa lampau yang sah dan mampu membuat
mahupun pada masa kini. kesimpulan.
- Contoh: Peristiwa pada - Hasil kajian lanjutan dapat
masa lampau dapat memberikan ramalan dengan
dijelaskan oleh sejarah
ekonomi, sejarah politik dan Fungsi lebih lengkap tentang fenomena
tertentu pada masa akan
sebagainya.
Ilmu
datang.

ALAT KAWALAN
- Lebih bersifat dinamik atau aktif terhadap sesuatu keadaan tertentu.
- Semakin baik proses penyelidikan ilmiah yang dilakukan, semakin baik
nilai fungsional kawalan dapat dihasilkan oleh ilmu tersebut. (Keraf, S.
& Dua, M., 2001; Tafsir, 2006).
7.3 PEMBAHAGIAN AKSIOLOGI
Bramel dalam Jalaluddin dan Abdullah (1997) membahagikan aksiologi kepada
tiga bahagian iaitu:
Tindakan moral (Moral conduct): melahirkan ilmu khusus iaitu etika yang
bertujuan agar manusia mengetahui dan mampu bertanggungjawab atas apa
sahaja yang dia lakukan.
Ekspresi keindahan (Esthetic expression): Berkait rapat dengan nilai tentang
pengalaman keindahan yang dimiliki oleh manusia terhadap linkungan dan
fenomena disekelilingnya.
Kehidupan sosial politik (Sosiopolitical life): Kehidupan ini akan melahirkan
falsafah sosiopolitik
Manfaat ilmu kepada kehidupan manusia secara keseluruhannya
adalah tidak terhitung.
Terdapat banyak sumber ilmu yang disumbang dalam peradaban
manusia sehingga manusia mampu sampai ke bulan, mengetahui
bahagian tersembunyi dan terkecil daripada sel tubuhnya sehinggalah
kepada keluasan alam jagat raya dan sebagainya.
Namun, dengan ilmu juga peradaban manusia hancur.
Bagi seorang ilmuwan, nilai dan norma moral yang dimilikinya akan
menjadi penentu sama ada dia menjadi seorang ilmuwan yang baik
atau sebaliknya.
7.3.1 NILAI ILMU DAN
Dua aspek nilai:
PENGELASANNYA
Nilai kebendaan: autotarianisme, hedonisme, utilitarianisme dan pragmatisme.
Nilai kerohanian: nilai agama, nilai moral dan nilai ilmu.
Kedua-dua dikotomi ini tidak seharusnya difahami secara dikotomi.
Terdapat konsep hierarki nilai sebagaimana berikut:
Nilai intrinsik lebih utama daripada nilai ekstrinsik (nilai instrumental)
Nilai kekal lebih utama dari nilai sementara.
Nilai produktif lebih utama daripada nilai tidak produktif.
Penilaian terhadap nilai kebendaan dan kerohanian boleh menjadi keliru oleh
situasi seperti berdoa untuk kekayaan dan mencari kekayaan untuk diberikan kepada
yang memerlukan.
Oleh itu, nilai bergantung terhadap nawaitu seseorang individu.
7.3.1.1 KEDUDUKAN NILAI DALAM
PERJALANAN TAMADUN MANUSIA
Tamadun yang berbeza menunjukkan kepentingan nilai ilmu yang
berbeza.
Contoh:
Tamadun Yunani: mementingkan ilmu ketenteraan dan latihan fizikal
Tamadun China: mementingkan ilmu etika dan bidang perubatan
Pada masa kini, nilai ilmu bergantung kepada orientasi dan pegangan
sistem nilai masyarakat dan warganya.
Contoh:
Di Malaysia, golongan korporat, artis atau sukan lebih dimuliakan daripada
golongan intelek dan ulama.
Di universiti, pengaruh luar lebih berkuasa dalam menentukan bentuk
kurikulum yang ditawarkan.
7.3.1.2 PENGARUH NILAI DALAM
ILMU
Timbul persoalan sama ada ilmu itu selamanya memberi manfaat
kepada umat manusia atau sesekali menjadi malapetaka kepada
manusia.
Contohnya, pengetahuan tentang atom:
Manfaat: Menjana sumber tenaga yang bermanfaat
Maslahat: Menghasilkan bom atom yang sangat dasyat
Melalui sejarah peradaban Barat pula, berlaku pertempuran antara
pihak gereja dengan para ilmuwan seperti Galileo dan Copernicus.
Menangani isu pertemuan antara ajaran agama dengan penemuan
sains
Contohnya isu bumi mengelilingi matahari.
Natijahnya, para ilmuwan berusaha untuk membebaskan kegiatan
keilmuan mereka daripada sebarang pengaruh.
Mereka berpandangan bahawa ilmu itu seharusnya bebas daripada
nilai / tidak terikat dengan nilai.
Berhadapan dengan isu ini, para ilmuan terbahagi kepada beberapa
kelompok :
Golongan 1 Ilmu bebas nilai (value free)
Golongan 2 Ilmu sarat nilai ( value-laden)
Golongan 3 Sebahagian ilmu sarat nilai dan sebahagiannya bebas-nilai
7.3.1.2.1 GOLONGAN 1: ILMU
BEBAS NILAI (value free)
Berpendapat bahawa ilmu itu bersifat neutral (bebas nilai)/tidak
mengenal sifat baik atau buruk.
Kebaikan dan keburukan hanyalah dari cara penggunaan individu
dalam usaha mencapai tujuan tersebut.
Contohnya: penggunaan ilmu hitam:
Manfaat: Menyelamatkan orang an seumpamanya
Maslahat: Memberi malapetaka kepada seseorang
Menurut Adian Husaini (2013), fahaman ini dipengaruhi oleh aliran
positivisme dalam bidang sains.
Melalui fahaman ini, ilmu dipandang sebagai bebas nilai/ neutral/
objektif.
Kajian yang objektif bermaksud pengkaji harus menjarakkan dirinya
daripada objek yang dikaji atau bersikap tidak memihak rasional.
Jika pengkaji memberikan nilai pada ilmu yang ditelitinya, ia dikatakan
tidak objektif.
Positivisme menetapkan beberapa syarat untuk kajian mencapai
status ilmu iaitu boleh:
Diperhatikan (observable)
Diulang (repetable)
Diukur (measurable)
Diuji (testable)
Diramal (predictable)
Perkara ini berkait rapat dengan sejarah Eropah dimana saintis seperti
Menoccio dan Giordano Bruno mati dibakar kerana gagal
mengharmonikan antara penemuan sains dengan pandangan geraja.
Konflik yang berlaku telah membawa pemisahan antara
ilmu/penemuan sains dengan nilai secara perlahan-lahan, termasuklah
nilai agama.
Konsep ini telah dijadikan prinsip oleh ramai ilmuwan Barat
terutamanya dalam bidang sains.
Dari sisi lain, ilmuwan mengakui adanya perbezaan kepentingan antara
pelbagai ilmu.
Kepentingan sesuatu ilmu bergantung kepada aliran yang dipegang.
Contoh aliran: perenialisme,essensialisme, progresivisme,
pragmatisme, liberalisme, eksistensialisme, rekonstruksionisme.
Aliran pragmatisme adalah aliran paling berpengaruh di Amerika
Syarikat yang digunakan sebagai dasar kerajaan.
Falsafah pendidikan di Barat dipengaruhi oleh aliran antitradisi iaitu
progresivisme, liberalisme, pragramatisme.
7.3.1.2.2 GOLONGAN 2: ILMU
SARAT NILAI (value-laden)
Menyatakan ilmu itu:
sarat nilai
terikat dengan nilai
Contoh :
Ilmu sains tabiI dipengaruhi oleh aliran empirisme dan evolutionalisme
Ilmu ekonomi pula dipengaruhi dengan aliran kapitalisme dan sosiolisme
Ilmu politik dipengaruhi oleh aliran nasionalisme, sekularisme dan sosiolisme
Ilmu sains sosial dan kemanusiaan dipengaruhi aliran ideologi Freudian dan
marxisme.
ILMU
TERPUJI

KATEG ILMU
TERCELA
ORI
ILMU ILMU
DIHARUS
KAN
Menurut perspektif Islam, ilmu wahyu lebih utama daripada ilmu
empirikal dan rasional.
ILMU FARDHU AIN ILMU FARDHU KIFAYAH
Paling utama Tuntutan pelaksanaan secara
Wajib atas setiap muslim berjemaah
Menyelesaikan masalah asasi Status akan bertukar menjadi wajib
manusia hubungan manusia dan dalam keadaan tertentu
Tuhan Tiga kaedah :
a. Untuk menegakkan agama dan
dunia
b. Untuk mengembalikan hak kepada
yang berhak.
c. Menyempurnakan perkara yang
wajib
Hierarki nilai
Menghadapi krisis nilai dan kepentingan ilmu
Berdasarkan prinsip al-Ahkam al-Khamsah

haram

makru
h
haru
s
suna
t
waji
b
Pembentukan hukum Islam berdasarkan prinsip maslahah umum
manusia :
Daruriyat
Hajiyat
Tahsiniyat
Ilmu tercela dibahagi kepada dua iaitu:
Lagha secara tegas (muhkamat) seperti sihir dan nujum
Lagha secara syubhat (membawa kelupaan kepada Tuhan)
Ilmu syubhat pada zaman moden adalah ideologi falsafah moden
ciptaan Yahudi seperti kapitalisme, evolusionisme, nasionalisme dan
sosiolisme.
7.3.1.2.3 GOLONGAN 3 : ILMU
BEBAS NILAI DAN SARAT NILAI
Golongan ini berpendapat bahawa sebahagian ilmu adalah bebas nilai
dan sebahagian lagi aalah bebas nilai.
Contoh ilmu bebas nilai:
Sains sosial dan kemanusiaan
Contoh ilmu sarat nilai:
Ilmu sains tabii/ fizikal
7.3.2 TANGGUNGJAWAB ILMUWAN
DAN PENGELASANNYA
Manusia tidak boleh dipisahkan dengan tanggungjawab dan hak.
Melaksanakan kewajipan secara automatik akan menunaikan hak
kepada pihak yang berkenaan.
Menurut Abdul Rahman Abdullah (2005), ilmuwan adalah mereka
yang berilmu pengetahuan sama ada ilmu akal atau ilmu agama, sama
ada terdidik secara formal atau informal, sama ada golongan
profesional sepenuh masa atau non-profesional.
Terdapat dua kategori yang penting iaitu ilmuwan yang terpuji dan
ilmuwan yang tercela.
7.3.2.1 ILMUWAN TERPUJI
Berfungsi dan menunaikan tanggungjawabnya.
Tanggungjawab tersebut termasuklah:-
Tanggungjawab moral: melaksanakan kegiatan keilmuan dengan jujur, gigih,
berpaksikan kebenaran, tidak berkepentingan diri dan bersandarkan kekuatan
hujah.
Tanggungjawab sosial: memikirkan permasalahan dan mencari jalan
penyelesaiannya.
Menurut Mohd Talib Osman (1987), ada tiga ukuran yang
menentukan kecemerlangan akademik seseorang ilmuwan iaitu
pengajaran, penyelidikan dan penerbitan.
Pengajaran yang baik bukan setakat menyampaikan maklumat atau
pengetahuan tetapi meliputi latihan berfikir secara analitikal, kreatif,
objektif, meluaskan sempadan ilmu, melahirkan pemikiran baru dan
mendidik adab serta akhlak yang mulia.
Mereka adalah golongan paling layak untuk melaksanakan tugas
tersebut kerana mereka berkemampuan untuk memahami,
menjelaskan realiti dengan mendiagnogsis penyakit sebenar
masyarakat dan kemudian memberikan ubat yang tepat.
Ilmuwan juga bertanggungjawab untuk menanam kesedaran sosial
agar masyarakat dapat melihat sesuatu permasalahan dengan cara
yang lebih tepat dan melakukan perubahan yang lebih baik.
Dari perspektif Islam, ilmuwan adalah golongan ulama yang
berkewajipan untuk memelihara kesecuian Islam dan menyampaikan
ilmu yang diwarisi oleh para nabi dan rasul.
Ulama yang dimaksudkan tidak hanya terbatas kepada bidang
pengajian agama malahan mencakupi ilmu sains yang bersifat sepadu
dan bukannya bercorak sekular.
7.3.2.2 ILMUWAN TERCELA
Tidak bertanggungjawab atau tidak berfungsi dari segi moral dan
sosial mahupun dari segi agama.
Ketidakbertanggungjawaban ini merentas dari yang paling ekstrim
seperti ponteng pengajaran atau memplagiat karya orang lain kepada
yang lebih halus seperti lebih banyak terlibat dalam kegiatan non-
akademik walaupun tugas sebenar masih dilaksanakan.
Dalam tradisi Islam, golongan ilmuwan yang tidak bertanggungjawab
dikenali sebagai ulama al-su atau ulama dunia.
Antara ciri-ciri ulama al-su ini ialah;
Lebih mementingkan dunia dari ilmunya.
Tidak mengamalkan ilmunya.
Menyembunyikan ilmunya.
Bersifat riak atau tidak ikhlas.
7.3.2.3 TANGGUNGJAWAB ASAS
PARA ILMUWAN
Memastikan hasil-hasil penelitian ilmiah yang dilaksanakan mampu
memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat secara kuantitatif
atau kualitatif.
Tidak menyembunyikan kebenaran ilmu pada setiap proses penelitian
yang dilakukan.
Berkeupayaan memberikan penjelasan, kesimpulan dan ramalan
tentang fenomena kehidupan.
Membangunkan watak perilaku insan kamil dalam membina
perhubungan sesama insan, dengan alam dan Tuhannya.
Membangunkan kualiti diri secara padu dan seimbang antara potensi
intelektual, emosional dan spiritual (IESQ).
7.4 KESIMPULAN
Aksiologi merupakan:
Ajaran tentang nilai-nilai dan sistem.
Nilai dalam ilmu falsafah.
Cabang falsafah yang membincangkan tentang nilai.
Falsafah nilai.

Das könnte Ihnen auch gefallen