Sie sind auf Seite 1von 47

AKHLAK ISLAM

SAPIYAH BINTI MD.RANGGA


JaPIM, IPGM KPM
MELAKA
Pengenalan
Walaupun manusia boleh dipisahkan
daripada ilmu dan pemikiran, bahkan
daripada agama dan kepercayaan, namun
mereka tidak boleh dipisahkan daripada
akhlak atau moral walaupun sedetik
dalam umurnya.

Segala aktiviti mereka sama ada kecil


atau besar tidak terlepas daripada
perkiraan sama ada pahala ataupun dosa.
Konsep Akhlak
Definisi
◦ Berasal daripada perkataan Arab iaitu al-Khulq.
Manakala kata al-khulq adalah pecahan daripada
perkataan al-khalq yang bererti ciptaan.

‫اإلنسان من طين‬
ِ ‫شيء خلقه وبدأ خلق‬
ٍ َ
‫أحسن ك َّل‬ ‫الذي‬
Maksudnya:
Yang menciptakan sesuatu dengan sebaik-baiknya,
dan dimulakan ciptaan manusia daripada tanah.
(Q,al-
Sajadah,32:7)
◦ Manusia dicipta dengan dua unsur jasmani.
Dan rohani.
◦ Keindahan ciptaan manusia juga meliputi dua
bentuk iaitu jasad (al-Khalq) dan rohani (al-
khulq).

◦ Sabda Rasulullah saw:


‫فحسن ُخلُقى وحرم وجهى من النار‬
ِّ ‫سنت َخلَقى‬
َّ ‫اللهم كما ح‬
Maksudnya:
“Ya Allah, sebagaimana Engkau perelokkan
al-khalq (penciptaanku), maka elokkanlah
khulukku (akhlakku) dan jauhilah aku
daripada api neraka.”
- Riwayat Ahmad
….Konsep Akhlak
◦ Imam Ahmad mengatakan, al-khalq adalah
kejadian atau bentuk yang nampak,
sedangkan al-khulq adalah perangai, tabiat,
adat, marwah dan agama.

Istilah Akhlak
◦ Iaitu suatu sifat yang tetap dan sebati di
dalam jiwa, di mana dengannya akan
melahirkan perbuatan-perbuatan (sama ada
baik ataupun buruk) tanpa perlu kepada
pemikiran dan renungan terlebih dahulu.
Definisi moral
Menurut Concise Oxford Dictionary:
“Concerned with the principles of right
and wrong behavior and the goodness
or badness of human character.”

Definisi Etika
“The moral principle governing or
influencing conduct, or the branch of
knowledge concerned with moral
principles.”
Akhlak, Moral Dan Etika

Berdasarkan definisi akhlak, moral


dan etika di atas jelas menunjukkan
ketiga-tiga perkara tersebut
membicarakan persoalan yang sama
iaitu tabiat dan tingkah laku
manusia. Namun ada beberapa
perbezaan antara ketiga-tiga perkara
tersebut.
Perbezaan
 Etika adalah bersifat khusus berbanding
dengan akhlak dan moral. Biasanya etika
berkaitan dengan peraturan dan cara bertindak
di sesuatu tempat.
 Pengertian akhlak lebih positif berbanding
dengan moral kerana khuluq adalah sifat yang
sebati dalam jiwa yang daripadanya lahir
perbuatan-perbuatan, sedangkan moral
merupakan nilai-nilai tabiat (standard of
behavior) atau prinsip-prinsip benar atau salah.
 Sumber akhlak adalah wahyu al-Quran dan al-
Sunnah manakala moral dan etika
bersumberkan akal pemikiran dan falsafah.
 Matlamat akhlak adalah keredhaan Allah
manakala moral dan etika adalah untuk
memenuhi kehendak manusia.
Syarat-syarat Akhlak

Perbuatan tersebut berulang-ulang


sehingga menjadi kebiasaan yang
tetap.

Perbuatan tersebut keluar daripada


keinginan jiwanya dan bukan kerana
adanya sebab-sebab dari luar seperti
malu, takut, menunjuk-nunjuk dan lain-
lain.
Bahagian Akhlak

Terbahagi kepada dua iaitu yang


bersifat fitriah dan muktasabah.

Fitriah iaitu yang menjadi tabi’i bagi


manusia seperti takut, tamak, sabar, marah,
lemah-lembut, berani dan lain-lain.

Muktasabah iaitu yang diperolehi dengan


jalan usaha iaitu:
 melalui kawalan terhadap akhlak fitriah
 Pengaruh masyarakat, pendidikan, pengalaman
dan lain-lain.
Faktor Pembentukan Akhlak
Peranan individu :
◦ Menambah ilmu serta menguatkan
iman.
◦ Mengawal pancaindera daripada
melihat dan mendengar perkara yang
tidak baik.
◦ Melatih dan membiasakan dengan
dengan perbuatan-perbuatan yang
baik.
 Bergaul dengan orang-orang salih.
 Perbanyakkan ibadat dan berdoa.
 Mempelajari dan mencontohi
kehidupan Nabi saw, para rasul, ulama
serta orang-orang salih.
Faktor Pembentukan Akhlak

Peranan Ibu bapa


oMemberi ilmu dan tarbiah
oPengawasan
oGanjaran dan hukuman

Peranan Masyarakat
oMewujudkan bi’ah Islamiah
oAmar makruf dan nahi mungkar
Kedudukan Akhlak
 Menjadi
salah satu rukun (sendi)
agama iaitu akidah, syariat dan akhlak.

 Menjadi
tujuan kebangkitan Nabi
Muhammad saw. Sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
…Kedudukan Akhlak dalam Islam

Menunjukkan kesempurnaan iman


seseorang. Sabda Rasulullah:
“Seorang mukmin yang paling sempurna
imannya ialah yang paling baik akhlaknya.”
Riwayat Ahmad, Abu daud, Hakim dan
Tirmizi.

Menjadi perkara yang paling berat nilai


timbangannya di akhirat. Sabda
Rasulullah:
“Tidak ada sesuatu yang lebih berat di dalam
timbangan (di akhirat) selain daripada akhlak.”
Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Orang yang terbaik ialah yang terbaik
akhlaknya. Sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan
kamu adalah yang terbaik akhlaknya.”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Akhlak yang baik akan menghapuskan dosa,


dan akhlak yang buruk akan merosakkan
amalan yang baik. Sabda Rasulullah:
“Akhlak yang baik mencairkan dosa seperti air
mencairkan salji, dan akhlak yang buruk akan
merosakkan amalan seperti cuka merosakkkan
madu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Hibban,
Tabrani dan al-Baihaqi.
 Dicintaioleh Rasulullah saw. Sabda
Rasulullah:
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai
dan paling dekat tempat duduknya denganku
di akhirat ialah yang paling baik akhlaknya di
kalangan kamu.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Hibban,
Tabrani dan al-Baihaqi.

 Allah
memuji Rasulullah saw. Kerana
keagungan akhlaknya. Firman Allah:
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
berada di atas akhlak yang agung (mulia).”
Q;al-Qalam: 4
Paradigma Akhlak Islamiah
Islam terbina di atas tiga asas iaitu akidah,
syariat dan akhlak (ihsan). Seseorang tidak
dikira beriman dengan sebenar melainkan
apabila mereka beramal. Amalan seseorang
tidak bererti melainkan setelah ia mampu
membetuk akhlak dan peribadi pelakunya
dengan tingkah laku yang baik.

Ruang lingkupnya sangat luas meliputi:


◦ hubungan dengan Allah: berakidah dan beribadat
dengan penuh ikhlas.
◦ Manusia: diri sendiri, keluarga, masyarakat dan
manusia seluruhnya (muslim dan non-muslim)
◦ Makhluk lain: flora dan fauna.
Konsep akhlak Islam
Akhlak Islamiah bersumberkan wahyu
daripada Allah SWT. Oleh itu ia bersifat
tetap dan jelas.
Bersesuaian dengan fitrah manusia serta
diterima oleh akal yang sihat.
Skop akhlak adalah luas meliputi hubungan
dengan al-Khaliq dan hubungan dengan
sesama makhluk.
Islam menghubungkan akhlak dengan
keimanan.
Berkait rapat dengan konsep balasan, dosa
dan pahala.
CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM
 Bersifat mutlak dan menyeluruh
 Mencakupi suruhan dan larangan
 Bersifat sederhana dan seimbang
 Lengkap dan sempurna
 Bersih dalam pelaksanaan
 Keseimbangan
 Datang dari Allah s.w.t, dibuat keranaNya
dan untuk mendapat balasan dariNya.
 Syumul
 Memberi keamanan sejagat.
 Diterima akal.
 Ada konsep dosa dan pahala.
IMAN DAN TAQWA

Membuahkan sifat mahmudah:

Al-Hikmah (kebijaksanaan)
Al-’Adalah (keadilan)
Al-Syaja’ah (keberanian)
Al-’Iffah (kesucian jiwa)
1. Al-Hikmah

 Al-Hikmah ertinya bijaksana.


 Kebijaksanaan itu umpama
barang yang hilang, yang
sesiapa menjumpainya
hendaklah ia mengambilnya.
Ciri-ciri al-Hikmah
Rasional Berketrampilan

Ma’rifah Prihatin

Celik akal Takutkan Allah SWT

Kerajinan Bercakap benar

Kesyukuran  Bijaksana
menegak
kebenaran
Fikirkan:
Kenapa dan bagaimana anda
memperolehi jawatan ini?
Konsep bekerja sebagai ibadah
Bekerja sebagai satu pasukan
Imej diri - zahir dan batin
Perhubungan
Cabaran dan perubahan
Matlamat kehidupan anda
"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT,
Himpunkan peritmu di genggaman DOA,
Tutupilah kekecewaan mu dengan
keTAQWAan dan
Nilaikan kesucian hatimu dengan
keIKHLASAN hati."
2. Al-’Adalah

 Al-’adalah ertinya meletakkan sesuatu


perkara itu pada tempatnya yang sesuai
atau patut.
 Al-’adalah merupakan salah satu sifat
terpuji yang menjadi syarat wajib kepada
setiap pemimpin.
 Pemimpin yang adil wajib dipatuhi dan
mendapat hak untuk ditaati.
:‫قال هللا تعالى‬
‫اطيعوهللا واطيعواالرسول وأولى االمر منكم‬
...
“Taatilah kamu kepada Allah dan
taatilah kamu kepada Rasul dan
ulil amri (pemimpin) dari
kalangan kamu…”
Keadilan Sosial Dalam Islam

Syari’at islam didatangkan untuk


menegakkan keadilan dan memerangi
semua bentuk kezaliman.
Semua manusia di muka bumi Allah ini
adalah sama taraf di sisi Allah, kecuali
orang-orang yang bertaqwa.
Semua manusia adalah sama, semua dari
keturunan Adam a.s.
Setiap orang punya harga diri (maruah).
Sambungan…

 Setiap individu ada hak dalam


kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi,
politik dan undang-undang.
 Agama Islam menetapkan persamaan
hak dari semua segi.
 Setiap hukuman yang akan dijatuhkan,
wajib dilakukan secara adil tanpa
mengira kedudukan, pangkat, dan taraf
seseorang./
 Islam menjamin hak individu dan
kumpulan dalam masyarakat dan
negara.
Ciri-ciri al-’Adalah
Kejujuran Saling bermaafan
Ibadah Berterima kasih
Toleransi Baik pertimbangan
Bermaruah Kasih sayang
Silaturrahim Kerjasama

Bermuafakat Semangat bermasyarakat


Sensitif kepada kezaliman
Kata-kata hukama’

 Keadilan yang ada pada diri


seseorang raja, laksana sebentuk
mutiara.Meskipun yang empunya
telah mati, mutiara itu tetap tinggal
dengan cahayanya.

 Membalas kebaikan dengan segera


dengan kebaikan pula bernama
keadilan, dan melambatkannya
bernama aniaya.
Sambungan…

 Adildalam budi pekerti ialah


perangai ‘iffah. Adil menghadapi
lawan ialah memakai perangai
syaja’ah. Adil dalam pergaulan
ialah menghindarkan lengah
dan lalai. Adil di dalam
masyarakat ialah
menenggelamkan kepentingan
diri sendiri ke arah masyarakat
bersama. ( Hamka ).
3. Al-Syaja’ah
 Syaja’ah ialah sifat berani melakukan
sesuatu tindakan yang benar dan
berani menghadapi tentangan dalam
menegakkan prinsip-prinsip kebenaran.
 Lawan sifat ini ialah jubun iaitu
pengecut dan takut berbuat sesuatu
yang penting, juga takut menghadapi
tentangan dan kenyataan.
Keutamaan Sifat Syaja’ah

‫الذين يبلغون رساالت هللا ويخشونه وال يخشون‬


)39 :‫ (االحزاب‬... ‫احدا اال هللا وكفى باهلل حسيبا‬

“Iaitu orang-orang yang menyampaikan


perintah Allah dan takut kepadaNya, dan
mereka tidak takut kepada sesuatu
apapun kecuali terhadap Allah dan
cukuplah Allah sebagai penghitung
(amal).”
 “Hai orang-orang yang beriman,
barangsiapa di antara kamu yang murtad
dari agamanya, maka Allah akan
mengadakan suatu kaum yang Ia cintai dan
merekapun mencintaiNya, yang merendah
diri kepada sesama mukminin, yang keras
terhadap orang kafir, mereka berjihad di
jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada
celaan manusia yang mencela. Yang
demikian itu sebagai nikmat dari allah yang
Ia anugerahkan kepada sesiapa yan Dia
kehendaki, kerana Allah itu luas
(pemberianNya) dan Maha Mengetahui.”

(Al-Maidah: 54)
Orang yang memiliki sifat
syaja’ah:

 Syaja’ah didokong oleh aqal dan taqwa


bukan membabi buta.
 Berani mengambil keputusan dan
melaksanakannya dengan hati yang teguh
dan fikiran yang waras.
 Tetap fikirannya dan stabil perasaannya
ketika bahaya datang.
 Tidak gentar ancaman, godaan, celaan
dan makian terhadap tindakan yang
diambilnya.
Hati yang telah terwarnai oleh celupan Allah
(sibghatullah) dan memiliki tsiqoh tak akan ragu,
apa lagi bersangka buruk terhadap Allah. Dia
percaya dengan sepenuh kepercayaan kepada
Allah dengan segala asma’Nya. Dia percaya
tindakannya selalu dalam pengawasan Allah dan
mendapat perlindungan dariNya. Dia percaya
Allah akan membelanya baik di dunia maupun
kelak di pengadilan akhirat.
Hal ini sesuai dengan jaminan dari Allah dalam
QS (Al Ahqaaf,46 : 13)
”Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap
istiqamah. Maka tidak ada kekhawatiran terhadap
mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.”
Jenis-jenis syaja’ah

 Berani fizikal : sanggup syahid dan redho


dengan risiko perjuangan
mempertahankan agama Allah.
 Berani dakwah: berani menyampaikan
kebenaran sekalipun risikonya pahit.
)‫أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر(ابو داود والترمذي‬
 Berani tindakan: Berani ambil tindakan
tegas dan tepat dalam keadaan yang
mengharuskan demikian.
Contoh: Abu Bakr memerangi golongan
murtad.

 Berani fikiran: Keberanian mujtahidin


dalam memikirkan masalah baru yang
perlu diketahui hukumnya atau berani
melakukan pembaharuan (tajdid)
dalam masyarakat yang jumud, taqlid
dan mundur. Contoh: Jamaluddin al-
Afghani
 Berani mujahadah:
Berani berperang dengan diri sendiri
melawan hawa nafsu, keberanian
mengawas diri dan mengakui kealpaan
diri sendiri. Juga berani merubah sikap
dari yang buruk kepada yang baik.
Kesan Syaja’ah
 Umat akan maju dan tinggi
peradabannya.
 Hilang perasaan sulit yang mencengkam.
 Terjelmalah ketenangan (sakinah) dan
ketenteraman jiwa (toma’ninah).
 Kemenangan dalam perjuangan akan
terhasil (Perang Khandak).
 Kemerdekaan dan kejayaan akan tercapai
(umat terhindar daripada penjajahan dan
penderitaan).
Ciri-ciri al-Syaja’ah

 Berjiwa besar Tahan lasak


 Yakin diri Berani mencuba
 Berhemah tinggi
Berdikari
 Tetap pendirian
Berani berjihad
 Istiqamah
4. Al-’Iffah
 Suci hati / diri, pemaaf
 Menahan nafsu syahwat dan kawalannya
agar tunduk kepada kewarasan aqal dan
tuntutan syarak.
 Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mizan al-
’Amal mengatakan al-’iffah sebagai
pengawasan diri terhadap keinginan
nafsu.
AL-’IFFAH

'Iffah bermaksud mengawal


nafsu daripada perkara-perkara
yang haram dan syubhah,
supaya ianya terdidik ke arah
melaksanakan perkara-perkara
yang ma’ruf serta sentiasa
tunduk kepada petunjuk akal
dan syarak.
AL-’IFFAH
 Malu  Berdaya usaha
 Kesopanan  Sejahtera
 Sabar  Wara’
 Baik hati  Wasatiyah
 Murah hati  Kebersihan
 Kebebasan  Menghargai masa
 Qana’ah  Dedikasi
 Berdisiplin
Tujuan agama yang benar
dan ilmu yang benar
hanyalah satu iaitu menuju
kebenaran yang
mutlak.Ilmu untuk
mengetahui dan agama
untuk merasai.Ilmu untuk
bendanya dan agama
untuk jiwanya. ( Hamka ).

Das könnte Ihnen auch gefallen