0 Bewertungen0% fanden dieses Dokument nützlich (0 Abstimmungen)
320 Ansichten16 Seiten
Perkembangan industri di Malaysia meliputi tiga fasa bermula dari industri hulu seperti pemprosesan bahan mentah hingga ke industri hilir yang menghasilkan barangan siap. Faktor-faktor seperti kestabilan politik, sumber bahan mentah dan tenaga buruh murah telah menarik pelaburan asing dan membantu pertumbuhan industri di Malaysia.
Perkembangan industri di Malaysia meliputi tiga fasa bermula dari industri hulu seperti pemprosesan bahan mentah hingga ke industri hilir yang menghasilkan barangan siap. Faktor-faktor seperti kestabilan politik, sumber bahan mentah dan tenaga buruh murah telah menarik pelaburan asing dan membantu pertumbuhan industri di Malaysia.
Perkembangan industri di Malaysia meliputi tiga fasa bermula dari industri hulu seperti pemprosesan bahan mentah hingga ke industri hilir yang menghasilkan barangan siap. Faktor-faktor seperti kestabilan politik, sumber bahan mentah dan tenaga buruh murah telah menarik pelaburan asing dan membantu pertumbuhan industri di Malaysia.
• Merujuk kpd aktiviti-aktiviti yg akan menambah nilai kpd
bahan-bahan asas dgn mengubah bentuk mereka atau dgn
mengadun mereka menjadi komoditi atau barangan yg lebih berguna dan akhirnya menjadikan barangan itu lebih berharga. • Contohnya:menghasilkan barangan elektrik dan elektronik,membuat logam,menghasilkan otomobil.tekstil , dll. • Ianya juga dipanggil secara umum sbg industri perkilangan atau pembuatan,termasuk juga dalam kategori ini ialah industri pemprosesan bahan mentah dan pembinaan. • Perkembangan perindustrian di Malaysia meliputi 3 fasa,iaitu: • FASA1-Merupakan fasa perkembangan industri peringkat awal.Dimulakan dengan industri pemprosesan bahan mentah dan diikuti industri penggantian import. • FASA2-Merupakan fasa industri berteknologi tinggi yg bercorak intensif buruh iaitu menggunakan tenaga buruh yg banyak untuk menghasilkan barangan spt barangan elektrik dan elektronik. • FASA3-Merupakan fasa industri berteknologi tinggi yg berintensif modal yg mengurangkan penggunaan tenaga buruh tetapi lebih tertumpu kpd penggunaan mesin dan robot untuk menghasilkan produk spt industri automobil. • Merupakan industri peringkat asas,contohnya industri memproses hasil pertanian(kepala sawit,getah dan koko),industri memproses sumber perikanan,memproses sumber perlombongan(petroleum dan gas asli)serta memproses sumber perhutanan • 1.Ciri taburan atau lokasi. industri ini biasanya berhampiran dgn sumber bahan mentah bagi memudahkan pengangkutan bahan mentah tersebut untuk diproses spt kilang memproses kelapa sawit,getah,padi. • 2.Ciri skala operasi.Indsutri memproses biasanya bergantung kepada jenis sumber alam yg diproses.Kilang memproses kelapa sawit biasanya berskala besar kerana ianya menggunakan teknologi dan jentera modan dalam proses menghasilkan minyak. • 3.Ciri penggunaan modal.Industri memproses seperti kilang kelapa sawit dan kilang memproses petroleum memerlukan modal yg byk kerana skala operasinya yg besar.Modal datangnya dari pinjaman bank ataupun modal asing yg melabur dalam sektor pertanian. • 4.Ciri pengunaan teknologi.Kilang memproses buah kelapa sawit biasanya menggunakan teknologi yg tinggi yg diimport dari luar negara.Oleh itu,buruh yg mahir dalam menjalankan jentera berteknologi diperlukan. • 5.Ciri tenaga buruh.Penggunaan tenaga buruh dalam industri memproses bergantung kepada skala operasinya.Kilang kelapa sawit memerlukan jumlah tenaga buruh yg ramai. • 1.Berlakunya pencemaran air akibat perlepasan enfluen dan sisa toksik ke dalam sumber air yg boleh membunuh hidupan akuatik dan juga menjejaskan bekalan air bersih kpd pdk. • 2.Berlakunya pencemaran udara akibat perlepasan asap dan bahan pencemar udara spt karbon monoksida,sulfur dioksida dan asap.Ini menyebabkan jerebu dan udara tercemar. • 3.Berlakunya pencemaran tanih akibat larut resap bahan industri spt sisa toksik yg dibuang di tapak pelupusan.Tanih akan menjadi berasid,tidak subur dan merbahaya kpd tumbuhan,haiwan dan manusia • 4.Berlakunya pencemaran bau busuk juga boleh berlaku terhadap persekitaran udara,air dan tanah apabila sisa kilang dilepaskan spt dari kilang memproses getah dan kelapa sawit serta petrokimia yg mengahasilkan bau yg busuk • 5.Berlakunya pencemaran bunyi akibat bunyi bising yg dihasilkan dari jentera kilang. • Merupakan industri peringkat kedua yg menggunakan bahan daripada industri memproses dan akan dijadikan barangan separuh siap(membuat tapak kasut dan kompenan-kompenan barangan elektrik) atau barangan siap terus yg terus boleh digunakan oleh pengguna(minyak masak,baju,dll.) • 1.Ciri taburan atau lokasi.Industri pembuatan byk tertumpu di bandar-bandar besar kerana industri ini berorientasikan pasaran tempatan dan luar negara yg memerlukan tenaga buruh yg ramai. • 2.Ciri skala operasi.Industri pembuatan skala operasinya adalah secara besar besaran yg menggunakan pelaburan asing(FDI) sbg penanam modal.Dimiliki oleh syarikat multinasional(MNC) sementara syarikat tempatan menjadi vendor(pembekal). • 3.Ciri orientasi pengeluaran adalah untuk pasaran eksport ke luar negara seperti pasaran timur tengah,Eropah,Usa dll disamping keperlun dalam negara. • 4.Ciri penggunaan tenaga buruh.industri pembuatan menggunakan tenaga buruh yg ramai. • 5.Ciri penggunaan teknologi.Industri pembuatan sesetengahnya menggunaka teknologi yg tinggi spt teknologi robotik dan komputer dalam menghasilkan pelbagai cip dan kompenan. • 1.Faktor kestabilan politik jangka panjang akan menarik dan meyakinkan pelabur asing untuk menanam modal di Malaysia.Kerajaan juga dapat melaksanakan polisi perindustrian secara konsisten kerana kerajaan yg memerintah tidak berubah dari segi ideologi politik.Oleh itu keselamatan negara terjamin. • 2.Faktor adanya bahan mentah dan sumber kuasa yg cukup. Bekalan bahan mentah yg byk untuk industri pemprosesan spt getah,kelapa sawit dan petroleum. • 3.Faktor tenaga buruh dari segi kuantitit,kualiti dan kos.Sumber tenaga buruh di Malaysia masih lagi murah dan mudah diperolehi.Selain itu,tenaga buruh tempatan juga berpendidikan dan mudah dilatih serta berkemahiran. • 4.Faktor teknologi moden.Malaysia juga mengalami kemajuan teknologi yg pesat untuk membantu industri perkilangan.Teknologi ini sentiasa dipertingkatkan menerusi R&D.
• 5.Faktor pasaran yg luas.Adanya pasaran yg luas sama ada
dari dalam atau luar negara membantu memperkembangkan lagi industri perkilangan.Pendapatan perkapita penduduk yg sedarhana tinggi mampu meningkatkan kuasa beli pengguna tempatan.