Sie sind auf Seite 1von 7

TEMA Unit 7 – Remaja Berintegriti

TAJUK Cemong

STANDARD 4.4 Mempersembahkan pelbagai prosa, puisi dan karya


KANDUNGAN: kreatif lain.

STANDARD 4.4.1 Mempersembahkan karya prosa secara kreatif.


PEMBELAJARAN:

OBJEKTIF: Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan


dapat:
1) Mempersembahkan karya prosa mengikut kreativiti
masing-masing.

Pelajar berjaya jika :


KRITERIA KEJAYAAN: 1) Membina ayat dialog berdasarkan perkataan yang dipilih
guru menggunakan ayat yang gramatis.
Pelbagai pihak melihat sukan sebagai satu
aktiviti yang baik kepada masyarakat kita.
Huraikan kebaikan sukan?
Sukan dilihat sebagai satu aktiviti sihat
yang berupaya mengeluarkan peluh apabila
dilaksanakan secara kerap.Contoh aktiviti sukan
itu meliputi acara larian, bola sepak, badminton,
hoki, dan bola jaring yang menjadi kegilaan
masyarakat kita. Sebenarnya, banyak manfaat
yang timbul apabila sukan menjadi sebahagian
daripada aktiviti harian rakyat jelata.
Kelebihan melakukan acara sukan ialah
badan ahli masyarakat kita akan menjadi
semakin sihat untuk melakukan aktiviti harian.
Kajian sudah membuktikan bahawa semua acara
sukan melibatkan penghasilan peluh yang turut
membuang toksik badan bersama-sama
melepaskan tekanan yang dialami oleh individu
itu. Lantaran itu, masyarakat yang kerap
melaksanakan aktiviti sukan akan memiliki
kesihatan yang terpelihara sepanjang masa.
Selain itu, sukan juga dikatakan
berupaya untuk memupuk perasaan
perpaduan sesama rakyat yang berbilang
bangsa itu. Interaksi sesama individu akan
berlaku kerana sukan memerlukan setiap
ahli untuk bekerjasama melaksanakan
aktiviti tersebut. Maka, perpaduan antara
kaum boleh dicapai menerusi penglibatan
setiap ahli masyarakat kita dalam acara
sukan yang begitu mudah lagi menarik itu.
Tambahan pula, sukan juga berupaya untuk
menjana perkembangan ekonomi negara ini menerusi
pembinaan lebih banyak kemudahan sukan seperti
stadium. Kos yang tinggi memang diperlukan untuk
pembinaan stadium tetapi pembinaan ini juga boleh
menjadikan aktiviti ekonomi sampingan berkembang
bersama-sama peluang kerja. Sesungguhnya,
ekonomi negara akan menjadi lebih rancak
pertumbuhannya kerana masyarakat kita begitu
meminati acara sukan itu.
Imej negara akan bertambah baik apabila
sukan menjadi kegilaan penduduk tempatan.
Masyarakat luar menganggap negara yang
berjaya dalam sebarang acara sukan memiliki
satu keunikan yang tersendiri pula. Jadi, kita
hendaklah melakukan acara sukan ini supaya
negara kita mencapai kejayaan dalam
pertandingan antarabangsa yang meninggikan
imej penduduk negara ini pula.
Kesimpulannya, semua impak positif
penglibatan acara sukan ini memang benar-
benar berlaku. Semua pihak terutama rakyat
hendaklah bekerjasama untuk melibatkan diri
mereka dalam sebarang acara sukan yang
diminati itu. Slogan badan sihat otak cergas
membuktikan bahawa sukan boleh membawa
banyak faedah kepada masyarakat semua.

Das könnte Ihnen auch gefallen