Sie sind auf Seite 1von 10

TEORI ASAS PENTADBIRAN

PENDIDIKAN
GGGC6213
TEORI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
HAFSHAM NOR BIN ABDUL HAMID GP07229

Pensyarah:
DR. MOHAMED YUSOF BIN MOHD NOOR
DR. AZLIN NORHAINI BINTI MANSOR
PENGENALAN
• Kepimpinan pengetua amat mempengaruhi kejayaan sekolah.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada gaya kepimpinan
yang dipraktikkan oleh setiap pemimpin sekolah. Kejayaan sekolah turut
bergantung kepada kesediaan para kakitangan dalam memberi komitmen
tinggi kepada organisasi. Menurut Rahimah (2010), agen yang penting
dalam pembinaan generasi masa depan adalah sekolah. Hasil keberhasilan
sesebuah sekolah bergantung kepada kecemerlangan pelaksanaan
kepimpinan ke atas sekolah yang menjadi salah satu agenda utama
Kementerian Pendidikan Malaysia seperti terkandung dalam anjakan
kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2015) iaitu
memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
TEORI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
MODEL HALLINGER & MURPHY 1985
- Diperkenalkan oleh Phillip Hallinger dan Joseph Murphy pada
tahun 1985.

Kepimpinan Instruksional Model Hallinger & Murphy mengandungi


11 elemen yang boleh dikategorikan di bawah tiga aspek

i) Dimensi 1: Mendefinisikan Misi Sekolah


ii) Dimensi 2: Mengurus Program Instruksional
iii) Dimensi 3: Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif
ISU
• Isu pertama yang ditimbulkan oleh pengkaji adalah untuk mengenal pasti adakah
pengetua bersedia menerima perubahan ke arah kepimpinan instruksional
terhadap sekolah yang diterajui. Mantan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir
Khalid dipetik berita Utusan Malaysia (Mudzalifah, 2016) menyatakan bahawa
pengetua dan guru besar perlu bersedia menjadi agen perubahan kepada sekolah
yang mereka terajui secara terancang dengan amalan-amalan yang positif.
Kursunoglu dan Tanriogen (2009) berpendapat bahawa individu yang
bertanggungjawab dalam membuat penganjuran, pembangunan serta sikap
terbuka dan boleh menerima perubahan di sekolah adalah pemimpin yang
mengamalkan kepimpinan instruksional.
• Penerimaan pengetua terhadap kepimpinan instruksional ke arah meningkatkan
lagi mutu pendidikan di sekolah amat digalakkan agar dapat melahirkan generasi
masa hadapan yang berkualiti. Maka, pengetua amat digalakkan untuk
mengamalkan kepimpinan instruksional di sekolah kerana ia merupakan faktor
kepada kemajuan akademik pelajar (Hallinger, 2011).
TUJUAN KERTAS KONSEP
• Penulisan ini dijalankan bertujuan untuk memerihalkan amalan
kepimpinan instruksional pengetua di salah sebuah sekolah
menengah kebangsaan di daerah Sandakan.
• Penulis ingin meneroka dengan lebih mendalam mengenai amalan
kepimpinan instruksional pengetua ke arah membentuk sebuah
sekolah yang cemerlang dan berkualiti dan memberikan cadangan-
cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan amalan
kepimpinan instruksional.
CADANGAN
• Pengetua meningkatkan penumpuan kepada penggalakan budaya
perkembangan professional dalam kalangan guru – menyambung
pelajaran ke peringkat sarjana dan PhD.
• Bersama-sama dengan guru untuk memantau perkembangan dan
kemenjadian pelajar.
KESIMPULAN
• Selain itu, adalah diharapkan hasil penulisan ini dapat memberi satu
gambaran yang sebenar ke arah penambahbaikan amalan kepimpinan
instruksional pengetua dalam mempertingkatkan proses PdPc yang
melibatkan guru dan pelajar serta memastikan usaha-usaha para guru
dapat digembleng ke arah pencapaian pendidikan yang berkesan
serta berkualiti setaraf dengan pendidikan peringkat global.
RUJUKAN
• A. Kursunoglu dan A. Tanriogen. 2009. The Relationship between Teachers’
Perceptions towards Instructional Leadership Behaviours of Their Principal
and Teachers’ Attitudes towards Change. Procedia Social and Behavioral
Sciences. 1: 252-258.
• Hallinger, P. 2005. Instructional Leadership and the School Principal: A
Passing Fancy That Refuses To Fade Away. Leadership and Policy in Schools
Journal. 4: 1-20.
• Hallinger, P. 2011. A Review of Three Decades of Doctorial Studies using the
Principal Instructional Management Rating Scale: A Lens on
Methodological Progress in Educational Leadership. Educational
Administration Quarterly. 47(2): 271-306.
• Muzdalifah Mustapha. 2016. Pengetua, Guru Besar Jadi Ejen Perubahan.
Utusan Online (Atas Talian).
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengetua-guru-besar-jadi-
ejen-perubahan-1.341049. Diterima pada 10 Julai 2018.

Das könnte Ihnen auch gefallen