Sie sind auf Seite 1von 44

AQIDAH & KEPENTINGAN

KEPADA KEHIDUPAN
ِ‫عقِي َِدة‬
َ ‫عقِدا‬
َ ِ‫يَعِقد‬ ِ‫عِقَ َد‬
َ

 ‫عقدا‬
َ bererti simpul, ikatan, perjanjian,
dan kukuh. Setelah terbentuk menjadi

‫عقي َدة‬
َ bererti keyakinan.
 Pengertian lain “ikatan kemas atau simpulan mati”
• kepercayaan dan keyakinan
terhadap Allah sebagai rabb dan
• kepercayaan yang pasti dan illah serta beriman dengan
keputusan yang muktamat nama-namaNya dan segala
sifat-sifatNya juga beriman
tidak bercampur dengan dengan adanya malaikat, kitab-
syak atau keraguan pada kitab, para Rasul, Hari Akhirat
seseorang yang berakidah dan beriman dengan taqdir
sama ada akidah yang betul Allah sama ada baik atau buruk
atau sebaliknya termasuk juga segala apa yang
datang dari Allah. Seterusnya
patuh dan taat pada segala
ajaran dan petunjuknya. Oleh
Istilah itu, akidah Islam ialah keimanan
dan keyakinan terhadap Allah
dan RasulNya serta apa yang
dibawa oleh Rasul dan
dilaksanakan dalam kehidupan

Akidah
Islam
•Aqidah sebagai
perkara-perkara •pendapat dan
yang wajib fikiran atau
dipercayai oleh Prof. Dr. anutan yang
hati, diterima mempengaruhi
dengan tenang Abu Sucud jiwa manusia,
oleh diri dan lalu menjadi
diyakini tanpa •Asas ajaran Islam
yang sebagai suatu
diselubungi oleh suku dari
sebarang membicarakan
mengenai asas manusia sendiri,
keraguan dan dibela,
syak keyakinan terhadap
Allah S.W.T dipertahankan
dan di itikadkan
bahawa hal itu
adalah benar
Imam Hasan
Al-Banna
Prof. Dr.
T.M. Hasbi
Ash-Siddiqy
• Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang
berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-
1 sifat kesempurnaanNya.

• Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari


dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku
perkara-perkara yang membawa kepada
2 penyelewengan akidah kepada Allah swt

• Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan


pada al-Quran dan As-Sunnah
3
Ilmu
• Ilmu yang Usuluddin • Suatu ilmu yang
menerangkan tentang membahaskan perkara-
sifat Allah swt yang • Suatu ilmu yang perkara yang berhubung
wajib diketahui dan kepercayaan dalam dengan cara-cara
dipercayai agama Islam, iaitu mengenal Allah swt
kepercayaan kepada
Allah swt dan
pesuruhNya Ilmu
Ilmu Tauhid
Makrifat

Ilmu Akidah
• Sesuatu ilmu yang
membahas tentang • Suatu ilmu yang
akidah dengan dalil- membahas tentang
dalil aqliah (ilmiah) perkara-perkara
sebagai perisai yang berhubung
terhadap segala dengan keimanan
tentangan daripada kepada Allah swt
pihak lawan

Ilmu Kalam
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim,
dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan
malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang
dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat
Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan
kepada Rasulullah saw yang bermaksud:-

“Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku


mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa
kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab,
kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman
bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau
buruk adalah semua daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata
kamu telah berkata benar.”
Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah
disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara
iaitu:

Percaya Percaya Percaya


kepada kepada kepada
Allah Malaikat Kitab

Percaya
Percaya
Percaya kepada
kepada
kepada Qada’
Hari
Rasul dan
Kiamat
Qadar
• Erti beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui,
percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang
wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus
bagi Allah Ta’ala.

Membenarkan
Membenarkan
dengan yakin
dengan yakin
bahawa Allah
akan keEsaan
bersifat dengan
Allah, baik dalam
segala sifat
Membenarkan perbuatanNya
kesempurnaan,
dengan yakin menjadikan alam
suci dari segala
akan adanya Allah dan makhluk
kekurangan dan
seluruhnya
suci juga dari
mahupun dalam
menyerupai
menerima ibadat
segala yang
setiap makhluk
baharu
Wahai sekalian
manusia!
Beribadatlah kepada Ertinya bahawa Allah
Percaya kepada Allah
Tuhan kamu yang itu adalah pencipta
ini adalah pokok
telah menciptakan setiap benda yang
kepada kepercayaan
kamu dan orang- ada di ala ini
atau rukun-rukun
orang yang terdahulu termasuk bumi langit
iman yang lain
daripada kamu dan planet-planet
kerana dengan
supaya kamu yang lain, yang dapat
adanya Allah maka
(menjadi orang-orang dilihat atau tidak,
adanya yang lain-lain
yang ) bertaqwa semuanya adalah
itu.
kepunyaan Allah swt
(Surah Al-
Baqarah:21)
Tauhid Rububiyah bermaksud hanya
Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta,
pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan
seumpamanya). Tidak boleh dijadikan,
dianggap atau dirasakan yang lain
sebagai rabb atau bersama-sama Allah
menjadi Rabb.

Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang


Islam yang beriman dengan
keimanan yang sebenar, dia hanya
mengambil Allah sebagai Ilah. Dia
tidak meletakkan Allah bersama-
sama yang lain sebagai Ilah. Allah
sahaja sebagai pujaan dan
sembahannya. Maklud Ilah ialah
sesuatu yang dipuja dan disembah.
Mempelajari dan
memahami ajaran
Allah
beriman kepada Allah juga sepatutnya kita
mempelajari dan memahami segala yang datang
daripada Allah melalui RasulNya sama ada
dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud
beriman kepada Allah bukan sekadar percaya
tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga
segala apa yang datang daripada Allah swt
• Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan
sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak
boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan.
Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah
tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan
oleh Allah daripada cahaya. Sabda Rasulullah saw
(terjemahanya):
• ”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin
dijadikan daripada api yang tidak berasap &
dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang
diterangkan iaitu daripada tanah”–(Hadith riwayat
Muslim)
Nama dan Tugas Malaikat
• Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada
nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada
manusia
• Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan,
bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang
dikehendaki oleh Allah
• Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa
apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah
• Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya
• Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
• Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
• Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur
• Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur
• Ridhwan – Mengawal syurga
• Malik – Mengawal neraka
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
• Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi
oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah
laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang
walau dimana dia berada
• Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi
kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur
kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan
Malaikat Raqib & Atid
• Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang
disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah
supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui
apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh
Malaikat di dalam kubur
Percaya Kepada Kitab
• Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt
telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-
rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah
mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk
akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki
kehidupan manusia di dunia
Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:
• Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)
• Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
• Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
• Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa
Arab)
Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada
perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia
manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat,
manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu
sahaja
Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup
pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan
oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia
Firman Allah swt yang bermaksud:
• ”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu
(menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka
telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan
nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada
orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan
pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan
azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi
itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-
keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara
manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan”
(Surah Al-Baqarah: 213)

• Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh


Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu
Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab
• Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah
adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam
kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para
Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab al-Quran
• Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya
memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang
berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam
semua kitab-kitab yang datang daripada Allah
• Perbezaan dari segi syariat perkara penting
berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh
berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah
perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara
usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab
dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza,
tetapi akidah dan perkara pokok yang lain
semuanya sama
• Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada
percanggahan antara al-Quran dan Taurat
sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan
Injil dan kitab-kitab lain.
Percaya Kepada Rasul

• Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah


mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya
daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka
membimbing manusia kepada kehidupan yang
membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
• Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang
menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada
orang lain
• Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang
menerima wahyu Allah untuk dirinya yang wajib
disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat
melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah
Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul

• Siddiq – Benar pada segala percakapan,


perkhabaran & perbuatan
• Amanah – Jujur dan tidak membuat kesalahan
• Tabligh – Menyampaikan semua perintah Allah
kepada manusia
• Fathonah- Bijaksana
Percaya Kepada Hari Akhirat

• Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah


yang paling berat dari segala macam akidah dan
kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum
Islam sampailah sekarang manusia telah
memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu
menempatkan persoalan ini sebagai inti
penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat
akan membawa manusia kepada keyakinan
adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan
manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini
hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan
kedudukan hari Akhirat.
Lima fasa pola beriman kepada
hari Akhirat
• Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka
bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gunung-
gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-
luap, bintang-bintang berguguran, langit
bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam.
Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada
yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang
tetap kekal
• Hari kebangkitan di mana manusia akan
dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang
Mahsyar
• Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia
dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada
yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar
zarah
• Hari menghisab di depan mahkamah keadilan
Allah, dimana manusia akan memperolehi
keputusan yang paling adil tanpa ada
penganiayaan
• Hari keputusan di mana manusia akan menerima
ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini
saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan
penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal
kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak
amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka
Kepentingan Beriman dengan
Hari Akhirat
• Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya
alam akhirat yang merupakan tempat manusia
menerima balasan dan juga tempat yang kekal
abadi untuk semua manusia
• Mempertingkatkan keimanan dengan merasai
keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah
dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta
dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi
kandungannya
• Melembutkan hati manusia dengan mengingati
mati dan Hari Akhirat
• Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf
(kebaikan) dan meninggalkan kejahatan
Beriman Kepada Qada Dan
Qadar'
• Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap
makhluknya khususnya manusia dapat
dibahagikan kepada dua:
• Ketentuan tentang nature yang mengandungi
sebab musabab
• Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya,
khususnya manusia
Sikap Orang Islam Dalam
Menerima Takdir Allah
• Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh
Allah, kerana Allah Maha Adir dan tidak mungkin
melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang
Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan
manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada
sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa
yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan
demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa
yang tidak kita ketahui
• Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu
yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di
sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang
Allah akan anugerahkan kepada kita
Perkara-Perkara Yang Membatalkan
Iman
Syirik
• syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada
zat, sifat dan perbuatan-Nya
• syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan
atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah
• bahagian syirik
(1)syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti
sembah berhala, bulan dan sebagainya
(2)syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang
mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi
seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur
Kufur
• kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari
ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
• orang yang melakukannya adalah kafir
• Bahagian Kufur
(1) kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan
menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh:
tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak
hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan
solat membuang masa
(2) kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah
sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan
makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan
maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan
sebagainya
Faktor-faktor Kufur
• pegangan agama lemah
• terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan
dan kebebasan
• terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan
agama
• kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup
melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan
hidup
Riddah

riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam.


Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad

• Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:


(1) iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
(2) perkataan: mengisytihar keluar Islam
(3) perbuatan: menganut agama selain Islam
Faktor Riddah:
• lemah pegangan agama
• jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
• terpengaruh dengan tawaran kebendaan
• tidak bimbingan memahami Islam

Kesan Riddah
• perkahwinan terbatal
• haram menerima harta pusaka daripada waris beragama
Islam
• hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
• menjadi penghuni neraka selama-lamanya
Khurafat
khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan
konsep tauhid dan syariat Islam

Contoh Perbuatan Khurafat :


• mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan
kepada pemakainya
• membuang anjak bagi menghalau hantu
• mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah
atau sial
• mempercayai kubur yang dianggap keramat
Sihir
sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui
pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan
syaitan
• sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
• Akibat Sihir :
(1) merosakkan akidah dan membatalkan iman
(2) memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
(3) pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
(4) membazir wang, masa, tenaga
• Nifak
nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan
hati tetap kufur kepada Allah

• Ciri-Ciri Munafik
(1) bercakap bohong
(2)khianat apabila diberi amanah
(3)mungkir janji
(4) melampaui batas apabila bertengkar

• Akibat Buruk Munafik


(1) menghilangkan sikap percaya-mempercayai
(2) melemahkan perpaduan masyarakat
(3) menghancurkan kekuatan umat Islam
(4) menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam
Peringkat-Peringkat Iman
• Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata
mengikut pendapat orang lain
• Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu
dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati
• Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman
ini dimiliki oleh orang-orang soleh
• Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu
syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin,
iaitu orang yang hampir dengan Allah
• Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh
dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata
untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para
sahabat nabi
Iman Bertambah Dan Iman Berkurang
Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:

• Melawan hawa nafsu


• Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela
• Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji
• Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-
mata kerana Allah
• Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
• Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran
dan kekuasan Allah
Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah
Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:

• Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan


merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt
• Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat
kesempurnaanNya
• Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan
terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan
akidah
• Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang
akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan
timbangan amalan
• Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas
al-Quran menunjukkan bahawa orang yang
mempunyai amalan baiknya banyak sehingga
memberatkan timbangan amalan baik ia akan
dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka
yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka
• Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh
mematahkan hujah daripada pihak lawan yang
cuba memesongkan akidah seseorang
Pembinaan Akidah

• Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan


memahami konsep akidah secara khusus
• Membersihkan hati dengan cara meninggalkan
dosa dan melakukan perkara-perkara yang
disuruh oleh Allah
• Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan
untuk beriltizam dengan Islam
• Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh
atau sentiasa mencari suasana yang baik
• Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
• Bertawakal kepada Allah
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari
dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin
mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak
langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang
betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan
akhlaknya.
Thank You

Das könnte Ihnen auch gefallen