Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
(MAJALAH AL-IMAM)
A. LATAR BELAKANG
Diterbitkan di Singapura pada 23 Julai 1906
Diedarkan ke 37 buah tempat termasuk ke Sumatera, Jawa,
Sulawesi, Thailand dan Tanah Melayu - 15 wakil penjual.
Ipoh, Taiping, Papan, Kuala Kangsar, Teluk Anson, Terengganu,
Sarawak, Pulau Pinang, Kuala Pilah, Klang, Kuala Lumpur,
Kelantan, Muar, Johor Bahru & Melaka.
Diterbitkan sebulan sekali / setiap terbitan 5,000 naskah.
Terbitan terakhir 25 Disember 1908
Al-Imam merupakan satu “turning point” yang drastik dan radikal
dalam penerbitan bahasa Melayu kerana bentuknya yang
intelektual dan kesungguhan tujuannya – “mempersiapkan
masyarakat melayu dalam menghadapi perubahan sosial dan
ekonomi yang cepat”.
Bentuk rencananya – komprehensif serta bersambung-sambung & ada
ruang soal jawab.
Menjadikan majalah Al-Manar karangan Sheikh Rasyid Ridha yang
diterbitkan di Mesir sebagai panduan dalam cita-cita pembaharuan /
revival.
Al-Imam ialah sebuah majalah politik di rantau ini yang dilihat
pertama kali cuba menyusun perjuangan anti imperialisme yang
menyuarakan perjuangan kemerdekaan masyarakat Nusantara dengan
cara yang baru atau moden – intelekual.
Pelopor kepada Al-Imam ialah glgn. Kaum Muda yang membawa
pembaharuan / kesedaran masyarakat di nusantara - dalaman dan
luaran.
Kaum Muda dimaksudkan adalah untuk golongan yang memperjuangkan
Islah masyarakat Islam / Timur – Ibn. Wahhab, Jamaluddin al-Afghani,
Muhammad Abduh, Rasyid Ridha – malah lebih awal – Ibn Taymiyyah.
Tumpuan utama al-Imam adalah untuk menyelesaikan masalah
agama, dilema pendidikan, krisis politik dan isu-isu sosial orang
melayu dan umat Islam secara umum.
• Gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya
merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang
berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda.
• Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai kaum muda ialah Syeikh
Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad Salim al-
Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji
Abbas Mohd Taha.
• Penubuhan maahad ini bertitik-tolak dari perubahan pendidikan yang
diperjuangkan oleh golongan kaum muda. Maahad ini menjadi paksi kepada
gerakan mahasiswa khususnya dari asia barat dalam perjuangan menentang
penjajah dan menuntut kemerdekaan seperti AWAS, Angkatan Pemuda Insaf
(API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kesatuan Melayu
Muda (KMM).
• Antara lain yang menarik dari Maahad ini ialah penubuhan
Hizbul Muslimin pada tahun 1948 yang sangat memberikan
ancaman dan kesan terhadap penjajah ketika itu dan disifatkan
oleh Dato Onn Jaafar sebagai bahaya dari gunung.
• Perjuangan pertubuhan ini secara dasarnya untuk memerdekakan
Tanah Melayu dari genggaman penjajah dan menubuhkan
sebuah negara Islam yang merdeka. Pertubuhan ini hanya
bertahan selama lebih kurang setengah tahun sahaja selepas
diharamkan oleh kerajaan pada ketika itu.
• Kelompok Kaum Muda - sinonim dengan pemikiran modenis atau
golongan yang berfahaman reformis-modenis dan progresif.
• Berbeza dengan Kaum Tua atau Lama, identikal dengan
tradisionalis-konservatif. Terma Kaum Muda dan Tua tidak dapat
dipastikan dengan tepat bila dan siapa mula-mula memakainya.
FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN AL-IMAM
Faktor Dalaman:
1. “Islah” (reformasi) ke atas umat Islam
“Mengingatkan mana yang lalai dan menjaga mana yang tidur dan
menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara kebajikan”
Faktor Luaran:
1.Penjajahan / Kolonialisme / Imperialisme
• Dunia Islam dijajah oleh kuasa luar / Barat – penindasan, hak asasi..
• membawa budaya Barat / terap ke atas umat Islam / pendidikan
Barat, ideologi Barat/ eg.: nasionalisme, sekularisme dll – melahirkan
boneka, aliran pemikiran yang tidak seimbang.
2. Pengaruh daripada Gerakan Islah di Asia Barat / Timur Tengah
• tujuannya: untuk memurnikan Islam dengan kembali kepada ajaran asal
syariah Islam seperti yang diajar oleh Nabi
• menolak pendekatan sufi yang lebih bersifat pragmatik sosial
-masyarakat umum yang boleh menyebabkan pencemaran nilai murni
Islam dengan unsur2 bida’ah & khurafat
• termasuk dalam perjuangan Gerakan Salafi-Wahabi; membebas,
memerdekan & menghalau penjajah - mewujudkan kesatuan politik
Islam - Ijtihad masih terbuka - kemestian berjihad yang diletakkan oleh
agama kepada penganutnya.
• aliran pemikiran yang dibawa oleh gerakan ini tersebar bukan sahaja di
Timur Tengah, malah ke seluruh dunia Islam - menjadi induk kepada
gerakan Islam yang lahir kemudian di negara Islam
Jamaluddin Al-Afghani (1838-1898)
• seorang ulama yang peka dengan nasib umat Islam yang tertindas dan
terjajah - dilahirkan di Afghanistan - mendapat pendidikan di Kabul,
Iran, India dan Hijaz - cara perjuangan; revolusioner
• menentang penjajahan - meniupkan api perjuangan menentang
penjajahan dan menyeru umat Islam menentang kelemahan dalam
masyarakat
• menentang penerimaan secara mutlak terhadap tradisionalisme dan
meniru Barat secara membuta-tuli - pada masa yang sama, umat Islam
perlu menitikberatkan keperluan2 penting untuk hidup dalam dunia
moden seperti kegigihan, kebebasan menggunakan fikiran dan nilai
politik - ketenteraan
• asas cita2 & perjuangannya bertujuan mewujudkan persamaan dan
perpaduan di kalangan umat Islam
• Matlamat terakhirnya: menonjolkan umat Islam sebagai bangsa
yang merdeka dan maju melalui proses pendidikan yang luas -
tindakan revolusioner tidak dapat dielakkan - umat Islam bersatu di
bawah satu kekhalifahan yang diterima semua, seperti mana yang
berlaku pada zaman keemasan Islam
Muhammad Abduh (1849-1905)
• berusaha memodenkan sistem pendidikan agama di Mesir - bergiat
dalam bidang penulisan-kewartawanan - menyuarakan
pandangannya mengenai pembebasan dan kebebasan masyarakat
Islam daripada belenggu penjajahan.
• menuntut ilmu di Mekah dan Al-Azhar - menetap di Mekah selama 20 tahun - di
bawah pengawasan Syeikh Ahmad Khatib semasa menuntut di Mekah - SAK seorang
Imam Masjidil Haram yang ditauliahkan untuk mengajar pelajar2 dari Nusantara
mengikut pegangan Mazhab Shafii
• nilai hidup yang sanggup bersusah payah untuk kejayaan dalam sesuatu perjuangan
telah menjadi pegangan hidup Syeikh Tahir Jalaluddin
• beliau menamatkan pengajian di Al-Azhar tahun 1897 - kembali ke Mekah & tinggal
hingga tahun 1899 - kembali ke tanahair, - dilantik menjadi Mufti Negeri Perak
• sumbangan Syeikh Tahir dalam penerbitan Al-Imam amat besar - dibantu oleh
hubungannya dengan Ketua Pengarang al-Manar (Mesir)
• sumbangan beliau yang luar biasa di rantau ini ialah menanamkan kesedaran politik
di kalangan umat Islam
Haji Abbas Muhammad Taha
• dalam perjuangan al-Imam, bakat al-Hadi sebagai penulis lebih terserlah & lebih luas
pengaruhnya
• beliau berjaya menyampaikan fikiran2 yang kritis dengan cukup baik dan berkesan dalam
bahasa Melayu yang boleh difahami serta meninggalkan kesan kepada pembacanya
• berbeza dengan Syeikh Tahir & Haji Abbas yang membesar dalam tradisi intelektual Arab
• memainkan peranan yang amat penting dari segi kewangan - bergiat dalam bidang
perniagaan di Singapura
• merupakan mudir pertama al-Imam
DASAR PERJUANGAN AL-IMAM
Gerakan islah al-Imam telah menyediakan satu asas perjuangan
politik yang besar di Nusantara.
Penjajah yang digelar "ajanib" ingin melihat anak cucu kita berada
dalam kejahilan yang berpanjangan.
Dalam perjuangannya, al-Imam lebih menekankan 2 aspek: Pendidikan
umat Islam (dalaman umat Islam) & polisi anti-kolonialisme dan
imperialisme
Pendidikan dalaman umat Islam
Dlm makalahnya “ kemuliaan dan cabang kemegahan umat” :
terangkan kepentingan pendidikan dlm merubah masyarakat melayu tradisi
dgn. Ilmu yang berkemahiran; fardu kifayah, sains dan teknologi dll.
Al-Imam: menuduh British tidak ikhlas dalam mendidik anak
melayu; hanya mahu menjadikan lebih pandai dari ibu bapa dan
mahu menjadikan berbudaya barat bukan untuk memajukan anak
tempatan.
Kritikan terhadap Raja: membisu terhadap sikap pembesar dan
bersikap menghabiskan hasil rakyat.
Agama: perbetulkan konsep beribadah dan hukum2 tertentu yang tidak
sepatutnya.
Kritikan kepada kaum tua yang terikat dengan tradisi taklid dan sempit.
Kritikan kepada tarekat / sufi yang banyak membawa kepada taasub
dan bidaah.
Kritikan terhadap konsep Qada’ dan Qadar kaum tradisi.
• Al-Imam menggunakan slogan perjuangan berasaskan al-Quran sebagai
panduan dan ingin meletakkan kepimpinan iaitu imam dalam kehidupan
masyarakat islam.
Persoalan Takdir
• Rata-rata masyarakat Islam pada ketika itu terlalu berserah
kepada takdir kerana taksub dengan konsep Qada’ dan
Qadar. Ini menyebabkan mereka tidak ingin berusaha untuk
menentang penjajah dan membiarkan mereka terus dijajah.
• Zaa’ba meneruskan usaha untuk kesedran tentang persoalan
takdir.
Teguran-teguran (kritikan) al-Imam terhadap masyarakat
Kemunduran orang-orang melayu, kemalasan mereka, kecuaian dan
ketidakmampuan untuk bersatu – mengikut kaum dan
kepentingan.
Sikap orang melayu dan umat Islam yang tidak mengoptimum dan
memajukan akal dalam mengetahui dan memahami hukum Tuhan –
konsep rasional.
Masyarakat islam yang ditindas dari segi akal fikiran oleh pemimpin-
pemimpin mereka dengan menggunakan helah “agama itu
bertentangan dengan akal”.
Sikap sesetengah masyarakat Islam yang masih cenderung dengan
adat resam dan kepercayaan karut yang menjadi penghalang
untuk mencapai hasrat ini.
Makalah sulung Al-Imam iaitu “ al-Tarikh al-Islami” yang
menggambarkan politik masyarakat Arab Jahiliyah Asia Barat yang
hidup berpecah belah mengikut kabilah masing-masing.
Teguran terhadap Raja dan Orang-Orang Besar
Islam yang dianuti di rantau ini adalah mengambil contoh politik
Islam yang telah dicemari oleh politik kekeluargaan yang
dimulakan oleh Dinasti Umaiyyah dan diteruskan oleh dinasti-dinasti
islam seterusnya.
Daripada aspek pendidikan politik, masyarakat setempat cuba dididik
dan pada masa yang sama Al-Imam melihat kepimpinan kumpulan
elit melayu sebenarnya masih bercorak tradisional dan
mengharapkan mereka meneruskan kepimpinan – feudal-taasub.
Merujuk kepada nasihat al-Amir, unsur-unsur yang ditekankan
termasuklah peranan dalam pemerintahan dan ketenteraan. Aspek
yang perlu diutamakan dalam pemerintahan tempatan termasuklah-
syariat agama dan kesejahteraan rakyat.
Orang besar tidak seharusnya dibiarkan memerintah sewenangnya
dan kepincangan pemerintahan politik - menjadi perhatian utama Al-
Imam.
Teguran terhadap Ulama tradisonal
Al-Imam mengingatkan golongan ini tentang beratnya tanggungjawab
mereka terhadap masyarakat islam iaitu mendorong mereka
membawa masyarakat cenderung kepada pengislahan
pendidikan kepada system pendidikan yang mempunyai fungsi yang
lebih luas dalam kehidupan.
Kedua, menggunakan pengaruh ulama untuk membaiki kepincangan
masyarakat yang disebabkan tindakan-tindakan yang menyalahi agama
islam yang dilakukan dalam pemerintahan negeri.
Golongan ulama sering diingatkan supaya membetulkan diri kerana
kelalaian mereka pada masa yang lepas telah menjadi
sebahagian sebab jatuhnya umat islam.
Sikap ulama yang terlalu cenderung pada harta,berpura-pura warak
tetapi memejamkan mata dan menutup mulut terhadap
kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat dan kurang
berminat memperkembangkan ilmu pengetahuan - sifat kelekaan
mereka.
ii. Bahaya penjajahan Barat
Pendekatan penjajahan
Mengambil contoh Perang Acheh, Perang Jawa dll - betapa berkesannya
pendekatan diplomasi dan kekerasan untuk menjajah tanah nusantara.
Menjelaskan bagaimana berkesannya penjajah menawan hati para
raja2 dan pembesar2 tempatan memenuhi kehendak mereka
sehinggakan rakyat tidak mampu melawan-Kerajaan Johor.
Menyifatkan penjajah seperti serigala yang sentiasa mengerumuni
mangsa-mangsanya (kambing). Walaupun adakalanya bergaduh namun
tujuannya sama iaitu membaham kambing2.
Serigala yang menang akan menjadi perompak manakala yang kalah akan
menjadi pencuri. Serigala menang kerana niatnya yang padu dan
berpecahnya kumpulan kambing2 tersebut.
Selari dengan pandangan Jamaluddin al-Afghani, ada tiga cara penjajah
melemahkan masyarakat yang dijajah secara berpanjangan: merampas
kekayaan harta, melemahkan kekuatan askar (pejuang tempatan)
dan menghapuskan golongan bijak pandai dalam masyarakat.
Cth: Kritikan Muhammad Murtaji.
•
Dasar sebenar yang dibawa oleh penjajah ialah dasar perkauman yang tebal (dasar aparteid)
kepada masyarakat yang dijajah. Boleh diperlakukan sesuka hati dengan tujuan mengajar.
Dasar ini meletakkan masyarakat timur atau Islam sebagai hina dan hamba-dasar anti Islam
dibuktikan dalam sejarah.
Contoh2 diberikan di Mesir, Tunisia, Afrika dll.
Keadaan Tanaman Paksa di Jawa juga disentuh. Penghinaan terhadap bangsa Jawa
diketengahkan berkaitan undang-undang dan adat.
berusaha menyedarkan masyarakat Nusantara tentang erti kehinaan
terjajah - turut memperlihatkan sikap kuasa2 penjajah tersebut.
Raja, pembesar yang pentingkan harta: boneka kepada Barat: senang
untuk dijajah.
Mengamalkan dasar Aparteid: Dalam artikel Amerika dan Jepun.
Belanja hina masyarakat Jawa: Sistem tanaman paksa, hina adat resam.
• dengan itu, tujuan kemerdekaan untuk menebus kehinaan, kejahilan,
perhambaan dan porak peranda masyarakat itu akan menjadi lebih
bermakna