Sie sind auf Seite 1von 35

MEDIA PANDANG (VISUAL),

MEDIA DENGAR (AUDIO) DAN


MEDIA PANDANG DENGAR
(AUDIO- VISUAL)
PROF. MADYA DR HJ. ABDUL RASID JAMIAN
Pergerakan Audio Visual (PAV) seperti
yang disarankan oleh Dale (Cone of
Experience) bahawa proses pembelajaran
haruslah tekal dengan pengalaman yang
paling dekat dengan diri murid-murid
sendiri bagi menjadikannya lebih
bermakna dan berkesan.
pengajaran BM dan KM juga perlu
berkembang ke arah itu iaitu
menghubungkan pengalaman belajar
daripada persekitaran dengan kehidupan
yang sebenar dalam diri murid dan
masyarakatnya.
Media Pandang (visual) - OHP

Menurut Romiszowski (1988), Projektor


Overhead (OHP) adalah salah sebuah alat
pandang yang semakin luas digunakan
dalam sistem pendidikan masa kini.
OHP juga dianggap 'versetile' (serba
boleh) dan boleh digunakan dalam banyak
situasi dan masa.
Proses pengajaran dan pembelajaran
menuntut penggunaan pelbagai media,
namun kalau guru tiada pilihan lain,
penggunaan OHP sebagai media
pengajaran adalah pilihan yang terbaik
dan berkesan dalam pengajaran.
Bagi tujuan pengajaran BM (contohnya
aspek karangan), OHP boleh digunakan
untuk menayangkan isi-isi penting sesuatu
karangan dan lain-lain aspek pengajaran.
Media Dengar (Audio)

Antara alat dengar/audio, radio dan


perakam kaset merupakan media yang
paling popular, murah dan mudah
diperoleh.
Boleh dikatakan hampir semua guru dan
murid mempunyai alat ini.
Sebagai media pengajaran, radio dan
kaset amat berguna. Ia berkesan untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
khususnya dalam bidang penguasaan
kemahiran bahasa seperti kemahiran
mendengar dan lisan.
 Radio juga boleh dijadikan media pengajaran
dalam pengajaran KM.
 Mendengar siaran-siaran seperti ini, murid-murid
dapat dilatih menulis skrip drama, mengarang
cerpen, puisi, novel dan sebagainya yang dapat
memperkaya dan menyuburkan daya kreativiti
dan imaginasi mereka.
Media Pandang-Dengar (Audio-Visual)

Televisyen media pengajaran yang


berkesan, berbanding dengan radio, bagi
tujuan penyamapaian pelajaran.
Semasa menggunakan TV, seseorang
memerlukan dua pancaindera iaitu mata
(penglihatan) dan telinga (pendengaran)
secara serentak.
 penggunaan TV sebagai media pengajaran
menggunakan TV bagi mata pelajaran BM, KM
dan juga mata-mata pelajaran lain kerana
keupayaan dan sifatnya yang boleh
mengeksploitasikan pancaindera - lihat dan
dengar secara paling berkesan.
TEKNIK PENYESUAIAN BAHAN DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU DAN
SASTERA MELAYU

Guru juga berperanan sebagai sumber


media/bahan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
diperluaskan lagi dengan murid sendiri
berperanan sebagai media untuk
menyalurkan/menyampaikan bahan
pengajaran melalui interaksi sesama
mereka sendiri dalam suasana, strategi
dan teknik pengajaran yang separuh
formal dan masih bersifat akademik.
Umpamanya melalui drama, simulasi,
main peranan dan permainan bahasa.
kita sering melihat tabiat semula jadi
kanak-kanak yang gemar bermain.
mereka meniru ciri-ciri perlakuan tertentu
dalam 'mainan dramatik'.
Anak-anak perempuan umpamanya sering
berlagu, bercakap sendirian sambil
mengulit anak patung mereka.
sesetengah anak-anak lelaki tidak jemu-
jemu bermain 'perang-perang' dengan
rakan mereka tanpa merasa letih.
mengambil kira akan kandungan, bentuk
dan kepentingan mainan dramatik dalam
pendidikan.
Unsur-unsur ini boleh diketengahkan dan
digunakan bagi perkembangan dan
penyuburan diri kanak-kanak, terutama
dari segi perkembangan bahasa dan
pembelajaran mereka.
belajar sambil bermain adalah satu
konsep di dalam alam pendidikan yang
dapat menggalakkan murid-murid untuk
belajar, kerana aktiviti bermain sambil
belajar ini akan menjadi menarik,
menghilangkan rasa bosan dan lebih
bererti.
Peranan Drama dalam Pengajaran
Bahasa dan Sastera
satu contoh media atau saluran yang baik
tentang bagaimana gabungan pelbagai
unsur dapat disatukan ke dalam satu
aktiviti pembelajaran secara tidak formal
tetapi berkesan.
gabungan-gabungan unsur dalam drama
pendidikan ialah:
1. Bahan/isi kandungan pelajaran : dalam
bentuk skrip penuh (teks wajib yang
dikaji): separuh skrip atau pun tanpa skrip.
2. Penggunaan bahasa secara meluas
dan kreatif.
3. Teknik dan strategi, melalui
lakonan/drama.
4. Gabungan 4 unsur asas (teknologi
pendidkan) iaitu pergerakan, warna, bunyi
dan cahaya.
5. Mengalak rasa bosan, mewujudkan
rangsangan dan menerbitkan
keseronokan/keriangan sambil belajar
Drama boleh djadikan satu antara media
terbaik dalam menyampaikan bahan
pengajaran, secara menarik dan
merangsangkan minat murid.
Simulasi dan Permainan Bahasa

Simulasi satu situasi yang diwujudkan


untuk menyerapkan keadaan sebenar
bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah
dalam keadaan terkawal.
 teknik ini murid melakukan sesuatu perkara
secara pura-pura dalam satu keadaan teratur
dan terkawal.
 Heinich, et.al. (1993) menjelaskan simulasi
adalah satu simplifikasi akan beberapa situasi
sebenar atau pun proses.
 Peserta-peserta memainkan berbagai-bagai
peranan yang melibatkan mereka berinteraksi
dengan orang lain atau dengan unsur-unsur
persekitaran yang diwujudkan.
 Jones (1980), simulasi sebagai satu kajian kes.
 Murid menjadi peserta dalam sesuatu situasi
dan seterusnya membentuk situasi tersebut.
 mempunyai peranan, fungsi, tugas dan
tanggungjawab di dalam struktur situasi yang
melibatkan penyelesaian masalah.
 apabila guru tidak mengawal tingkah laku
peserta kepada situasi yang ada berdasarkan
kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
mereka.
MAIN PERANAN

Main peranan merujuk kepada satu teknik


mengajar dalam bilik darjah.
Ia lakonan spontan yang melibatkan
sekumpulan murid tanpa menggunakan
sebarang skrip.
Aktiviti lakonan ini adalah berdasarkan
kepada sesuatu situasi atau masalah yang
timbul.
Biasanya di dalam aktiviti main peranan
ini, murid-murid membayangkan situasi
yang timbul kemudian melakonkannya
mengikut situasi yang dibayangkan.
Heinich (1993), main peranan adalah
sejenis drama spontan, iaitu seseorang itu
memainkan watak-watak yang berbeza
dalam situasi-situasi yang berbeza.
main peranan seseorang berimaginasi
menjadi orang lain dalam situasi yang
berlainan dari realiti sebenar.
Seseorang itu boleh bermain berbagai-
bagai peranan dan hanya daya imaginasi
dan kreativiti yang membatasi sejauh
mana main peranan itu dilakukan.
Gaudart (1990), main peranan sebagai
satu aktiviti memilih dialog-dialog dan
membacanya dengan kuat kemudian guru
membetulkan sebutan yang salah.
sebaliknya murid-murid mewujudkan satu
situasi sehingga dapat mendorong kepada
dialog-dialog atau ucapan-ucapan secara
spontan.
main peranan adalah teknik drama dan
media yang paling sesuai untuk
pengajaran bahasa.
Permainan

Heinich, et.al. (1993) mendefinisikan


permainan sebagai satu aktiviti iaitu
pemain perlu patuh kepada peraturan-
peraturan tertentu, yang berbeza daripada
realiti demi untuk mencapai matlamat
yang mencabar.
Moyles (1994), permainan ialah satu cara
bagaimana manusia meneroka dan belajar
pelbagai pengalaman dalam situasi-situasi
yang berbeza.
Bermain adalah satu aktiviti pembentukan
bahasa iaitu kanak-kanak mempelajari
perbendaharaan kata asas dan peraturan
tatabahasa dalam suasana yang bebas
dan agak longgar
Kesimpulannya, permainan adalah satu
aktiviti pertandingan yang berbentuk fizikal
atau mental dan dijalankan dengan
menggunakan peraturan, undang-undang
serta objektif yang telah ditentukan dan
diakhiri dengan kemuncak iaitu
kemenangan atau sebaliknya.
Simulasi adalah juga sebahagian daripada
permainan yang merupakan suatu
paparan situasi sebenar dalam keadaan
yang diwujudkan secara olok-olok sejajar
dengan objektif yang ingin dicapai

Das könnte Ihnen auch gefallen