Sie sind auf Seite 1von 6

CHAPTER 11

PERUNDANGAN PERNIAGAAN
ISLAM

1-1
DAYA SAING TERBUKA & PERSAINGAN

• Dengan mewajibkan pasaran ekonomi dan perdagangan bebas


dalam sistem ekonomi Islam, persaingan adalah sesuatu yang
tidak dapat dielakkan. Persaingan adalah penting dalam budaya
dan sistem perniagaan Islam. Daya saing terbuka, bermaksud
setiap orang sanggup menerima risiko dan memasuki bidang
perniagaan tanpa paksaan. Sesiapa yang melibatkan diri dalam
perniagaan seharusnya sanggup bersaing dengan peniaga lain.  
• Pasaran ekonomi dan persaingan terbuka tidak boleh
dipisahkan bagi membolehkan kuasa permintaan dan
pengeluaran menentukan daya saing peniaga-peniaga yang
mana akan menentukan pula harga yang adil dan saksama
kepda penjual dan pembeli.

1-2
DAYA SAING TERBUKA & PERSAINGAN

• Peniaga Islam bukan sahaja perlu bersaing tetapi juga


wajib bagi mereka untuk bersaing dengan jujur dan
adil. .  
• Persaingan dalam persekitaran yang jujur memerlukan
bukan sahaja produk yang berkualiti dan harga yang
kompetitif tetapi juga memerlukan skil pemasaran
yang baik, hubungan perniagaan yang meluas,
kesedaran atas kehendak dan selera pengguna,
berbudibahasa, dll.

1-3
DAYA SAING TERBUKA & PERSAINGAN

• Cabaran yang tidak dapat dielak dalam persaingan terbuka


ialah semakin berjaya peniaga itu semakin tinggi paras dan
ketegangan persaingan yang perlu dihadapinya. Secara
mulajadinya peniaga memasuki bidang perniagaan kerana ia
memberi keuntungan yang besar. Peniaga yang bijak
sepatutnya memperolehi keuntungan yang sederhana sahaja
untuk tidak mengundang persaingan yang tidak diingini.
•  
• Persaingan adalah perkara yang menyakitkan, tetapi ia
meyebabkan penurunan harga dan pengeluaran produk yang
berkualiti.

1-4
DAYA SAING TERBUKA & PERSAINGAN

• Persaingan yang sihat dan mesra antara perniaga yang ikhlas


adalah sangat digalakkan dalam Islam seperti cara berikut:
•  
• (1) iman adalah asas kepercayaan Islam yang mana Allah
adalah satu-satunya pemberi kekayaan dan pendapatan, dan
Dia yang menentukan siapa yang mendapat lebih atau kurang.
Setiap peniaga Islam yang jujur dan bekerja keras
menyerahkan semuanya kepada Allah bagi menentukan siapa
yang mendapat lebih ganjaran dariNya. Allah berfirman:
•  
• supaya kamu jangan berdukacita atas sesuatu yang telah luput
darimu dan supaya jangan bersukaria kerana sesuatu yang
kamu perolehi.... (Al-Hadid57:23)
•  
1-5
DAYA SAING TERBUKA & PERSAINGAN

• (2) melalui kreativiti dan rekaciptaan, peniaga yang berbeza


boleh mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang berbeza
yang menyediakan lebih pilihan kepada pelanggan;
• (3) peniaga juga harus mampu menyediakan keperluan khas
oleh segelintir pelanggan;
• (4) mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang berbeza
kualiti dan harga bagi segmen pasaran yang berbeza;
• (5) penglibatan dalam melengkapi, menyokong atau
menyumbang perniagaan;
• (6) berkongsi pasaran dalam perniagaan yang besar.
•  

1-6

Das könnte Ihnen auch gefallen