Sie sind auf Seite 1von 26

TZ10103

KURIKULUM DAN PENGAJARAN


SEKOLAH RENDAH

TOPIK 6
Integrasi Dalam Kurikulum
Sekolah Rendah
Makna Kurikulum

• Kurikulum sebagai pengalaman pembelajaran


yang dirancang dan diarah oleh sekolah bagi
mencapai matlamat pendidikan (Ralph Tyler,
1949).
1. Kurikulum merangkumi objektif pendidikan
(pengalaman dan penilaian yang boleh
memilih pengalaman pembelajaran dan
memandu pembelajaran).

2. Aspek dalam objektif perlu ada:


* jenis langkah yang perlu dikembangkan
* Isi kandungan yang akan beroperasi
Pendidikan

1. Pendidikan merupakan suatu alat untuk mencapai tujuan.

2. Tyler menganggap bahawa dengan cara menyatakan objektif-


objektif, ia akan dapat membantu dalam memilih pengalaman
pembelajaran dan memandu pengajaran.

3. Penekanan pada 4 perkara:


i. Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru dinyatakan.
ii. Topik, konsep dan generalisasi yang perlu disenaraikan
iii. Tingkahlaku perlu dinyatakan seperti ‘untuk membentuk
pemikiran kritis’, ‘untuk membentuk sikap sosial’.
iv. guru menghasilkan suatu perubahan tingkah laku pelajar.
OBJEKTIF

1. Mengetahui jenis jenis kurikulum;


2. Mengetahui cara cara mengkatergorikan
kurikulum;
3. Mengapplikasikan konsep kesepaduan
dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam KBSR; dan
4. memahami ciri ciri dan langkah langkah
penggabungjalinan dan penyerapan
dalam KBSR.
Jenis-jenis kurikulum

1. Kurikulum Formal
2. Kurikulum Ideal
3. Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum formal
• Kurikulum formal Aktiviti
merujuk kepada
segala aktiviti yang Pelajaran/ topik

nyata berlaku di
Tema
sesebuah sekolah
dan saling berkait. Sukatan
pelajaran

Guru

Jadual waktu
Kurikulum Ideal
• Prinsip-prinsip yang terlibat dalam pembentukan sesuatu kurikulum
akan menjamin kesepaduan kurikulum secara keseluruhannya.

• Prinsip-prinsip inilah yang terkandung dalam kurikulum ideal.

• Kurikulum ideal ini mengandungi pandangan-pandangan daripada


semua pihak yang terlibat dalam sistem persekolahan, iaitu
pengetua, guru besar, guru, nazir sekolah, kakitangan sumber,
pensyarah-pensyarah IPG dan universiti, ahli-ahli politik, ibu bapa
dsbnya.

• Tanpa kurikulum ideal, kurikulum formal tidak mempunyai asas dan


kekurangan arah yang tertentu. Kurikulum ideal ini merupakan batu
induk bagi kurikulum formal.
Kurikulum Tersembunyi

• Merupakan semua perkara yang dipelajari


secara tidak langsung oleh para pelajar
disekolah.

• Pembelajaran sampingan berlaku disebabkan


oleh cara kurikulum itu disusun, kaedah-kaedah
pengajaran dan guru-guru serta pegawai-
pegawai lain yang terlibat dalam pembentukan
dan pelaksanaan kurikulum.

• Hasil sampingan kurikulum formal dan kurikulum


ideal.
Cara-cara lain mengkategorikan kurikulum
1. Kurikulum mata pelajaran terpisah
Menyusun mata pelajaran yang terdiri daripada aspek-aspek
berlainan seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Kajian
Tempatan, Bahasa Inggeris, Dan Pendidikan Moral.

2. Kurikulum teras
Mata pelajaran wajib yang menekankan kesepaduan
pembelajaran pelajar

3. Kurikulum aktiviti
Menekankan pembelajaran melalui aktiviti (membaca, menulis,
mengira, melakon, main peranan, menjalankan projek dan
menyediakan buku skrap).

4. Kurikulum gabungan
Menggabungkan beberapa mata pelajaran untuk menjadi satu
program kajian yang bersepadu – Kajian Tempatan

5. Kurikulum berbidang luas - Kajian Sains Sosial


Konsep Kesepaduan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran KBSR sebagai langkah Reformasi dan
Inovasi Pendidikan

• Rancangan KBSR menekankan kesepaduan. Kesepaduan


merupakan penjalinan dan pengadunan unsur-unsur pengetahuan,
kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua mata pelajaran.

• Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum dan


bersama; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil.

• Dalam pelaksanaan kurikulum , unsur-unsur yang terdapat dalam


kurikulum yang tidak boleh terpisah dan terasing tetapi semua unsur
ini perlu bercantum dan bersatu.

• Konsep kesepaduan juga bermaksud penguasaan ilmu


pengetahuan, kemahiran dan bahasa serta pemupukan nilai-nilai
murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh.
PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN

1. Penggabungjalinan merupakan satu proses


penyampaian beberapa kemahiran di dalam
satu mata pelajaran.
2. Beberapa kemahiran akan diperoleh pelajar
secara terpadu dan serentak.
3. CIRI-CIRI PENGGABUNGJALINAN
• Merupakan gabungan beberapa kemahiran yang
terdapat dalam satu mata pelajaran.
• Proses ini berlaku secara antara disiplin, iaitu
kemahiran-kemahiran adalah bidang-bidang
yang berlainan.
• Proses ini boleh berlaku secara intradisiplin. Contohnya,
dalam matematik beberapa kemahiran juga dipelajari
serentak. Pelajar bukan sahaja belajar untuk mengira,
malahan dia juga belajar untuk menaakul serta
menggunakan atau mengaplikasikan konsep-konsep
yang dipelajari dalam keadaan yang sebenar.

• Organisasi pembelajaran adalah fleksibel, iaitu tekanan


terhadap kemahiran-kemahiran sampingan boleh
berubah-ubah dan tidak mengikut satu urutan yang
tertentu.

• Gabunganjalinan pelbagai kemahiran interaksi antara


guru denga pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah
lebih mesra.
Penyerapan
1. Penyerapan ialah proses penyatuan isi atau kandungan daripada
beberapa mata pelajaran. Contohnya, mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 1 mengandungi topik Mengenal Nombor. Keadaan
ini menunjukkan penyerapan matematik ke dalam bahasa
Melayu.

2. CIRI-CIRI PENYERAPAN
– Beberapa unsur ilmu pengetahuan dari bidang yang berlainan
diserapkan dalam satu mata pelajaran (geografi, sejarah dan sivik,
diserapkan menjadi alam dan manusia)

– Isi pengetahuan boleh juga diserapkan ke dalam kemahiran.


(Contohnya, seorang guru KBSR yang mengajar kemahiran mengira
tentang operasi darab harus juga menyerapkan pengetahuan
bagaimana sifir-sifir itu diperoleh dan bukan bergantung pada hafalan
sahaja).
Cara Menggunakan Penggabungjalinan dan
Penyerapan.

• Penggabungjalinan dapat dilaksanakan melalui dua


pendekatan.

i. Kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca


dan menulis boleh disampaikan dalam satu mata
pelajaran bahasa seperti Bahasa Melayu.

ii. Kemahiran dalam satu mata pelajran


digabungjalinkan dengan kemahiran daripada mata
pelajaran lain. Misalnya, kemahiran mendengar,
bertutur dan membaca dalam bahasa Melayu boleh
digabungjalinkan dengan Pendidikan Moral.
LANGKAH-LANGKAH
PENGGABUNGJALINAN

• Pastikan terlebih dahulu jenis kemahiran yang


hendak ditekankan.
• Sediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi
kemahiran tersebut.
• Dengan merujuk kepada bahan-bahan yang telah
disediakan, cari apakah kemahiran-kemahiran
sampingan lain yang berkaitan dengan
kemahiran utama yang hendak ditekankan itu.
Penyerapan

• Penyerapan adalah apabila ilmu pengetahuan


daripada beberapa bidang diserapkan menjadi
satu mata pelajaran.

• Program KBSR, unsur-unsur isi kandungan


mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan
diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.

• Sebahagian unsur mata pelajaran yang lain


seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Seni,
Pendidikan Jasmani dan Muzik juga diserap
dalam program bahasa sebagai aktiviti
sokongan
Strategi Pelaksanaan Konsep Penyerapan
1. Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada
berbagai-bagai mata pelajaran dalam kemahiran-
kemahiran Bahasa Melayu.

2. Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada


pelbagai mata pelajaran dalam satu mata pelajaran.
Penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata
pelajaran kepada mata pelajaran yang lain.

3. Unsur-unsur isi kandungan daripada mata pelajaran


Geografi dan Kokurikulum diserapkan dalam mata
pelajaran Matematik.

4. Penyerapan nilai-nilai murni bersama kepada unsur-


unsur isi kandungan daripada beberapa mata
pelajaran kepada satu mata pelajaran yang lain.
Penggabungjalinan dan Penyerapan dengan
menggunakan kemahiran berfikir
1.Kemahiran berfikir?
Merupakan satu proses yang menggunakan minda untuk
mencari makna dan seterusnya penyelesaian terhadap
sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan
menggunakan pelbagai cara iaitu dengan membuat
pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logik
dan munasabah terhadap proses yang dialami. (Edward
de Bono,1976, Dewey, 1910).
Prinsip kemahiran berfikir
• Sentiasa bersikap kostektif iaitu sikap positif bagi
semua jenis kemahiran berfikir dan mengelakkan
sikap negatif
• Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir
secara mudah
• Melupakan ego, sekiranya ingin kemahiran berfikir
yang digunakan dengan optimum.
• Sentiasa menukar arah otak kita berfikir bila perlukan
berfikir logik, kreatif dan lateral.
• Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan
diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
• Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain
serta diri sendiri sewaktu berfikir
• Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita
membuat keputusan yang lebih baik.
Penggabungjalinan dan Penyerapan dalam
Kemahiran Berfikir
1. Nilai-nilai murni boleh dipupuk melalui
beberapa cara diantaranya
– Penyampaian isi pelajaran melalui mata pelajaran
Agama Islam atau Pendidikan Moral
– Pengurusan aktiviti kumpulan yang boleh memupuk
semangat kerjasama dan sikap toleransi
– Penyerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata
pelajaran
– Penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum yang boleh memupuk semangat
kemasyarakatan dan sikap berdikari
Peranan dan tanggungjawab guru dan murid

• Murid-murid digalakkan mengaplikasikan


penggabungjalinan mata pelajaran yang
dipelajari dengan teori kemahiran berifkir.

• Guru menjadi fasilitator untuk menggalakkan


penggabungjalinan mata pelajaran yang diajar
melalui kemahiran berfikir
Rumusan

• Pengajaran melalui penggabungjalinan dengan matapelajaran lain


mampu menyajikan satu alternatif bagi guru dalam usahanya untuk
menghasilkan pembelajaran yang memberangsangkan dalam
kalangan muridnya.

• Pembelajaran menjadi bermakna dalam kehidupan mereka dan


dapat dimanfaatkan sebagai panduan untuk menceburi bidang
kerjaya yang paling berkesan dan sesuai berdasarkan minat dan
kecenderungan untuk menceburi bidang yang dipilih.

• Penggunaaan kedua-dua strategi ini membolehkan murid mendapat


memperolehi ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni yang diserap di
dalamnya. Dengan ini potensi murid dapat diperkembangkan secara
menyeluruh dan seimbang dari segi intelek.

• Matlamat pendidikan negara yang berlandaskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai.
Latihan
• Bincangkan dengan memilih beberapa mata pelajaran,
bagaimana integrasi dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat melahirkan perpaduan antara kaum
dan membina budaya nasional

• Guru memainkan peranan penting dalam merancang


sesuatu pengajaran yang baik. Huraikan tiga mata
pelajaran yang boleh digabungjalin dalam
mengwujudkan pengajaran yang bermakna.

Das könnte Ihnen auch gefallen