Sie sind auf Seite 1von 27

PEMAIN CATUR

UJ mencabar adik bongsunya, UM berlawan catur. Perlawanan ini adalah kemungkinan satu permulaan kejatuhan keluarga besar dan utuh. UJ mencabar UM kerana melihat adiknya bersungguh-sungguh berlatih tetapi bagi UM bukan itu tujuannya. UM menganggap dirinya terlalu kerdil berbanding abangnya. UM merenung buah-buah catur kerana ketika itu dia memikirkan cara mengubati ibu yang sedang menderita sakit darah tinggi. Bagi UJ, UM tidak perlu memikirkan hal itu kerana mereka sudah menggaji doktor keluarga. US mengadu UM ditatang dalam dulang kerana terasa dirinya dikuak bagi memberi laluan kepada UM mengatasi semua abangnya.

UM dididik dan diberikan semua ilmu kebanggaan keluarga. UJ menceritakan sejarah keluarga mereka kepada UM. UJ juga menerangkan sejarah asal permainan catur. Daripada keturunan al-Hakam lahirlah keluarga mereka, zuriat kebanggaan penerus pemain catur yang disegani. UJ menerangkan asas permainan catur ialah dam dan dia mahu menggilap bakat UM dan mahu UM meneruskan kegemilangan keluarga mereka. UJ mula melatih UM bermain catur dengan memperkenalkan fungsi setiap buah catur. UJ memberikan semangat baharu kepada UM kerana perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama. UK mengadu kepada UJ, UM tekun mentelaah buku besar dan tebal tentang permainan catur kerana mahu mengatasi kehandalan UJ.

UJ rasa tercabar. Hal ini menyebabkan UJ ingin bertarung dengan UM. UM terpaksa menerima cabaran UJ walaupun ada ahli keluarganya yang kurang bersetuju dengan perlawanan itu, apatah lagi ketika itu ibu mereka sedang sakit. Ketika perlawanan berlangsung, tercetus pergaduhan antara UM dengan UJ. Masing-masing saling menuduh melakukan penipuan dalam permainan itu. Pergaduhan itu menyebabkan ibu mereka berasa tertekan sehingga diserang angin ahmar. Kaki UM pula terkena asid yang tertumpah dari botol. Persoalan kisah ini masih belum terjawab tetapi yang pasti keluarga besar ini sudah terpecah dua ketika ibu sakit.

PERPECAHAN DALAM KELUARGA BESAR DAN UTUH  Papan catur sebagai gelanggang perjuangan dan percaturan kalah menang seseorang dalam usaha memperoleh sesuatu yang diidamkan dalam kehidupan. Sebagai contoh, UJ mengumpan UM untuk meminati permainan catur semata-mata ingin membuktikan kehebatan dan kekuasaannya yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun. Ketika perlawanan, UJ dan UM telah berbalah dalam permainan catur dan menyebabkan keluarga mereka berpecah belah.

PERBALAHAN ANTARA ADIK-BERADIK  Dalam hal ini, UJ merangka tindakan paling licik. Begitu juga US dan UK. UK cuba menghasut UJ agar bertarung dengan UM mungkin untuk menjatuhkan kedua-dua orang yang dicemburuinya. UJ pula menyusun strategi untuk terus berkuasa. KEKECEWAAN SEORANG IBU YANG SEDANG SAKIT  Ibu UJ dan UM amat kecewa melihat hubungan anaknya retak ketika berlawan permainan catur dan tidak mahu bertolak ansur dan menyebabkan ibu menghidap penyakit angin ahmar.

TIPU MUSLIHAT DALAM SESUATU PERMAINAN  Sebagai contoh, UJ telah melakukan satu penipuan ketika bermain catur dengan UM dengan tujuan untuk mengalahkan UM. SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB  UJ bertanggungjawab untuk meneruskan kegemilangan keluarganya bermain catur. Oleh itu, dia memilih UM yang berpontensi untuk digilap berbanding yang lain. Sebagai abang sulung, dia mahu memastikan keluarga mereka terus disanjungi sebagai pemain catur yang disegani.

WATAK DAN PERWATAKAN

UJ
BERPENGETAHUAN LUAS DAN BERPENGALAMAN  UJ berpengetahuan luas dan berpengalaman dalam bermain catur, sejarah permainan catur serta sejarah turun-temurun keluarga mereka. BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK KEDEKUT ILMU  UJ seorang anak yang bertanggungjawab. Dia ingin menjadikan keluarganya terus disegani dalam permainan ini. Oleh itu, dia ingin mengilap bakat UM bermain catur agar ada penerus kepada kehebatan keluarganya. BERKEYAKINAN TINGGI  UJ yakin yang dia akan sentiasa berkuasa dan disanjungi oleh keluarganya kerana dia memang handal dan tidak akan dikalahkan oleh sesiapa sahaja dalam permainan catur.

KERAS KEPALA DAN DEGIL  UJ degil kerana walaupun dinasihati agar tidak berlawan dengan UM oleh ahli keluarganya yang lain, UJ tidak peduli. Baginya apa-apa yang dikehendakinya, itulah yang sepatutnya. KURANG RASIONAL DAN MUDAH DIPENGARUHI  UJ kurang rasional ketika berfikir terutama ketika UK cuba menjadi batu api memarakkan rasa geramnya kepada UM. Dia tidak dapat berfikir waras kata-kata UK itu ialah kata-kata orang yang cuba melaga-lagakannya dengan UM sedangkan dia tahu UM ialah pelatihnya. Dia termakan kata-kata UM sehingga berlaku perbalahan yang tidak sepatutnya.

UM
SENSITIF DAN PRIHATIN UM sering memikirkan hal sakit ibunya ketika berbuat apa-apa juga. Ketika merenung buah catur juga, fikirannya jauh melayang, memikirkan bagaimana untuk mengubati ibunya yang menderita sakit darah tinggi. Dia sensitif dengan hal yang ditanggung ibunya. MERENDAH DIRI UM sering merendah diri kerana tahu abangnya lebih hebat daripadanya dalam permainan catur. BERSEMANGAT INGIN BELAJAR Setelah UJ memberikan tunjuk ajar yang terusmenerus dalam permainan catur, UM bersemangat untuk bermain catur dan ingin belajar agar dapat menggemilangkan nama keluarganya.

BERANI UM memberanikan dirinya untuk bersetuju berlawan dengan UJ yang merupakan juara IGM (International Grandmaster). Dia mengumpulkan segala kemampuan minda untuk memenangi pertarungan itu. KEGIGIHAN UM berusaha dengan gigih untuk mendalami permainan catur dengan mentelaah buku-buku yang besar dan tebal tentang permainan catur.

UK
SUKA MENGADU-DOMBA o UK telah berbisik khabar buruk kepada UJ ketika UJ sedang berusaha melatih UM menjadi pemain catur yang terkenal. Hal ini menjadikan UJ marah kerana selama ini dia berusaha melatih UM. Hal ini mencabar kewibawaannya. LICIK MEMPENGARUHI o UK licik mempengaruhi perasaan UJ yang terlalu sayang UM. Dia menjadikan isu UM yang mentelaah buku yang dibeli UM dan isu mahu berkuasa dan menjadi sanjungan keluarga untuk memarakkan perasaan marah UJ. Akhirnya, UJ dan UM bertarung sehingga berlaku perbalahan.

LATAR TEMPAT RUMAH UJ DAN KELUARGANYA UJ dan UM berbual tentang permainan catur, sejarah keluarga dan fungsi buah-buah catur. Di sini UJ mengajar UM cara bermain catur bermula langkah pertama. GELANGGANG CATUR Pertarungan UJ dan UM telah diadakan di ruang tamu rumah UJ dan keluarganya. Semasa perlawanan itu, berlaku perbalahan antara mereka. Gelanggang ini telah menjadi saksi pengkhianat, penipuan dan hasad dengki berlaku.

LATAR MASA MASA KINI Berlaku di persekitaran rumah UJ dan keluarganya. Antara contoh , perbualan antara UJ dan UM serta pertarungan catur antara UJ dan UM berlaku selama 3 hari 3 malam. MASA LALU Cerita kisah moyang kepada moyang keluarga al-Hakam dan rakannya, dua pemain shatrani yang disegani di dunia, beberapa ratus tahun dahulu. ABAD KELAPAN Catur menjadi permainan minda orang Arab, orang benua Eropah dan Semenanjung Liberia.

 MASYARAKAT YANG BERPENGETAHUAN DALAM PERMAINAN CATUR Masyarakat ini diwakili oleh UJ dan keluarganya yang sangat terkenal dalam permainan catur

 MASYARAKAT YANG BERHASAD DENGKI Masyarakat ini diwakili oleh UK dan US yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan UJ kepada UM dan dengki dengan bakat semula jadi UM sehingga sanggup menjadi batu api agar UJ dan UM berbalah.

 MASYARAKAT YANG MENGHARGAI SEJARAH/WARISAN KELUARGA - UJ amat menghargai sejarah dan warisan keluarganya yang hebat dan disegani dalam permainan catur dan dia ingin meneruskan kegemilangan keluarga al-Hakam.  MASYARAKAT PEMAIN CATUR - Nama-nama juara catur dunia dalam sejarah lalu dan kini disebutkan oleh UJ semasa dia memberikan penerangan dan motivasi kepada UM. Contohnya, Alexander Alekhine, Mir Sultan Khan dan Abu Bakar Yahya asSuli.

o PERMULAAN
- UJ mengajak UM bermain catur untuk melihat siapa hebat dan siapa bijak. UM terkejut dan dia memberitahu dia tidak berminat dan UJ tidak percaya kerana akhir-akhir ini UM giat berlatih. UM merendah diri dan memberitahu dia banyak memikirkan bagaimana untuk mengubati ibu mereka yang sakit. UJ tidak percaya dan mahu UM mengetahui kehebatan keluarga mereka dalam permainan catur.

o PERKEMBANGAN DAN PERUMITAN - UM dipilih untuk diturunkan segala ilmu catur dan menyebabkan UK dan US cemburu. UJ mahu UM meneruskan tradisi itu dan dia ingin melatih UM agar dapat meneruskan kegemilangan keluarga mereka dalam permainan catur. UK mengabarkan khabar buruk kepada UJ, kononnya UM tekun mentelaah buku besar dan tebal mengenai catur untuk mengatasi kehebatan UJ. UJ rasa tercabar lalu ingin bertarung dengan UM. UM terpaksa menerima cabaran UJ. Perlawanan ini berlarutan 3 hari 3 malam antara jurulatih dan pelatih.

o KLIMAKS / PUNCAK - UM tidak menyerah kalah dan dia mengumpulkan segala kemampuan minda untuk memenangi perlawanan itu. UJ semakin cemas. Segala strategi tidak menjadi. UM mengalih mata untuk meneguk minuman dan apabila menoleh, buah caturnya beralih dan dia mengalihkan semula. UJ menjerit mengatakan UM bermain tipu. UM mempertahankan tindakannya dan menyatakan UJlah yang mengalihkan buah caturnya. UJ membentak dan UM mencari sedikit ketenangan dengan membasuh muka. Apabila dia kembali, UJ tiada dan dia duduk. Sebaik-baik duduk, UM mengelupur dan meraung kesakitan kerana sebotol asid terkuis di kakinya. Seisi keluarga menjadi gempar.

o PELERAIAN

- IBU sedih melihat perbalahan anak-anak dan ibu telah


diserang angin ahmar. Us, Uk, Ul dan yang lain-lain menafikan bertanggungjawab. UM menuduh UJ pengkhianat kerana takut kalah dan UJ pula menuduh UM cuba mencederakannya dan kini senjata makan tuan. Tuduh-tuduhan menjadi-jadi, perbalahan kian meruncing tanpa diketahui kebenarannya. Menampakkan petanda buruk, permulaan kejatuhan keluarga yang besar dan utuh.

I.

DIALOG Dialog antara UK dengan UJ ketika UK mengabarkan bahawa UM sedang mentelaah buku tentang permainan catur kerana mahu mengatasi kehebatan UJ. IMBAS KEMBALI UJ mengimbas kembali sejarah nenek moyang yang menjadi pewaris permainan catur terkenal dunia.

II.

III. SASPENS Ketika UM meneguk air dan buah caturnya teralih pembaca tertanya-tanya siapa pula mengalihkannya atau mungkin UM tersalah pandang.

 SIMILE Dia bagaikan gunung berapi pendam  SINKOPE tak ; aje ; mau  METAFORA Asap kemarahan ; diam membatu ; kolam mata  HIPERBOLA - Berasa rendah diri serendah mutiara lautan  PERSONAFIKASI daun pokok pisang melambai-lambainya  PERIBAHASA bertikam lidah ; macam anjing dengan kucing ; bagaikan cacing kepanasan.  BAHASA ARAB wallahualam; al-Maidah

KEGIGIHAN UM berusaha dengan gigih untuk mendalami ilmu catur dengan mentelaah buku besar dan tebal tentang permainan catur. 2. BERANI UM berani menerima cabaran UJ untuk bertarung dalam permainan catur walaupun sedar dia tidak sehebat UJ. 3. BERCITA-CITA TINGGI UJ bercita-cita untuk menjulang kegemilangan nenek moyangnya semula dalam permainan catur dan berhasrat melatih UM untuk meneruskan kegemilangan itu. 4. KEPRIHATINAN UM amat risau memikirkan ibunya yang sedang sakit dan cara untuk mengubati penyakit ibunya itu.
1.

KITA HENDAKLAH BERSATU PADU AGAR KELUARGA KITA DAPAT HIDUP HARMONI - Keluarga besar UJ yang pada mulanya utuh kian berpecah belah akibat hasad dengki dan ingin berkuasa. Jika keluarga ini bersatu, keluarga ini pastinya dapat melahirkan jaguh catur dunia kerana UJ dan UM boleh membina empayar dan melatih adik beradik yang lain. KITA HENDAKLAH MENDENGAR NASIHAT DAN MENJAGA HATI IBU UJ tidak mendengar nasihat ibunya agar tidak mengadakan perlawanan dengan UM. Uj tidak mengendahnya kerana rasa geram dan marah kepada UM. Ibu yang sakit akhirnya diserang angin ahmar.

KITA JANGANLAH TERLALU MENGIKUT PERASAAN DAN BERFIKIRLAH SECARA RASIONAL UJ terlalu mengikut perasaan sehingga bertindak tidak rasional apabila UK mengatakan sesuatu yang buruk tentang UM. UJ terus bertindak mengadakan perlawanan terbuka bagi membuktikan siapa yang hebat antara UJ dan UM.

Das könnte Ihnen auch gefallen