Sie sind auf Seite 1von 47

Penubuhan Unit-Unit Gerak Kerja Kokurikulum

Loh Leh Chiong Jabatan Sains dan Matematik Institut Perguruan Rajang

Subtopik
Prosedur Penubuhan Perlembagaan dan Peraturan Perlantikan/Pemilihan AJK

Bidang Tugas AJK


Peranan Guru Penasihat

Pengenalan

Tahukah anda faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan unit-unit gerak kerja kokurikulum di sekolah ?

Pengenalan
Sekolah-sekolah digalakkan menubuh persatuan @ kelab yang boleh mendatangkan faedah kepada pelajar. Pemilihan persatuan @ kelab yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan yang ada dan kesesuaian dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979)

Pengenalan
Jenis & jumlah unit GERKO Di antara Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Di antara sekolah dengan sekolah

BERBEZA

Pengenalan
Walaubagaimanapun, penubuhan unit-unit dalam ketiga-tiga bidang (unit beruniform, sukan dan persatuan) adalah tertakluk kepada tatacara/prosedur tertentu

Pengenalan
Sebelum penubuhan unit-unit GERKO, anda perlu meneliti beberapa faktor seperti :Keperluan di sekolah Kemudahan infrastruktur Kepakaran Faedah yang diperolehi oleh murid Bilangan guru dan murid

Subtopik 1

PROSEDUR PENUBUHAN

PROSEDUR PENUBUHAN
Setiap persatuan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar
Akta Pendaftaran Pertubuhan
Parti Politik, pertubuhan belia & badan kebajikan

Dua kategori pendaftaran penubuhan persatuan di luar institusi pendidikan

Persatuan Pengakap, Pandu Puteri, SJAM, PBSM

Akta Parlimen

PROSEDUR PENUBUHAN
Persatuan di institusi pendidikan tidak perlu didaftar di bawah Akta Parlimen @ Akta Pendaftaran Penubuhan

Guru Besar / Pengetua sekolah mempunyai kuasa menentukan penubuhan persatuan di sesebuah sekolah

PROSEDUR PENUBUHAN
Prosedur bagi menubuhkan persatuan terbahagi kepada dua kategori Persatuan yang tidak mempunyai badan induk di luar institusi pendidikan peringkat sekolah Persatuan yang mempunyai badan induk di luar institusi pendidikan

Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk


Kebanyakan persatuan yang ditubuhkan di sekolah Ditubuhkan di peringkat sekolah sahaja Tiada badan induk yang membuat penyelarasan aktiviti dan pentadbiran secara rasmi

Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk


Tidak perlu mendaftar secara rasmi dengan persatuan di peringkat negeri @ kebangsaan Dilakukan melalui perundingan antara GB/pengetua dengan guru yang terlibat sebagai jurulatih @ guru penasihat

Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk


Prosedur Penubuhan Persatuan
Perundingan antara pengetua/GB dengan guru yang terlibat Memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (jika perlu) Menyediakan perlembagaan dan undangundang Menyediakan borang keahlian dan pengambilan ahli

Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk


Prosedur Penubuhan Persatuan
Mendaftar keahlian Menghadkan mesyuarat agung dan pemilihan JK Kerja Merancang dan melaksanakan aktiviti Membuat pelaporan aktiviti kepada pentadbiran sekolah

Penubuhan Persatuan Mempunyai Badan Induk


Semua unit @ persatuan dalam bidang unit beruniform mempunyai badan induk Membuat penyelarasan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan Badan induk akan menyelaras, mentadbir dan mendaftar keahlian Sekolah yang ingin menubuhkan persatuan perlu terlebih dahulu berunding dengan badan induk persatuan berkenaan

Penubuhan Persatuan Mempunyai Badan Induk


Prosedur Penubuhan
Pengetua/GB perlu mengadakan perbincangan awal dengan badan induk yang berkaitan Mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh badan induk dan menyediakan beberapa maklumat yang diperlukan mengikut peraturan badan induk (jurulatih, permohonan tauliah pemimpin) Menghantar borang berkenaan kepada SU @ Pesuruhjaya Daerah @ pegawai penjaga di daerah @ negeri untuk diproses

Penubuhan Persatuan Mempunyai Badan Induk


Prosedur Penubuhan
Pengumuman pendaftaran boleh dibuat kepada murid untuk menjadi ahli pertubuhan berkenaan sementara mendapat kelulusan daripada ibu pejabat badan induk Mendapat kelulusan @ sijil pendaftaran daripada badan induk Melaksana dan menjalankan aktiviti

Subtopik 2

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN


Setiap unit GERKO di sekolah perlu mempunyai perlembagaan dan peraturan penubuhannya tersendiri Kesemua unit beruniform mempunyai perlembagaan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh badan induk.
Tidak perlu mengadakan perlembagaan dan peraturan tersendiri

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN

Mengapakah anda perlu merangka perlembagaan dan peraturan unit GERKO ?

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN


Fungsi :Panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan berkenaan Untuk melicinkan perjalanan sesuatu pertubuhan Menetapkan bidang tugas @ tanggungjawab setiap jawatankuasa Sebagai rujukan apabila timbul sesuatu masalah yang berbangkit mengenai perjalanan & aktiviti persatuan berkenaan

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN

Apakah yang terkandung dalam perlembagaan ??

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN


Secara umumnya, perlembagaan pertubuhan mengandungi :Nama dan alamat pertubuhan Matlamat Keahlian Jawatankuasa (bilangan, tugas dsb) Kewangan

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN


Secara umumnya, perlembagaan pertubuhan mengandungi :Pembatalan dan pembubaran persatuan Pindaan perlembagaan dan undang-undang persatuan Mesyuarat-mesyuarat persatuan (mesyuarat jawatankuasa, agung, tergempat)

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN


Sesetengah persatuan menambah beberapa perkara dalam perlembagaan supaya sesuai dengan kehendak & tujuan pertubuhan. Antaranya ialah :Lencana & logo pertubuhan Cogan kata @ motto persatuan Visi dan Misi Disiplin dan tatatertib persatuan

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN


Harta dan tanggungan Tugas persatuan di peringkat sekolah, cawangan, daerah dll Larangan dalam persatuan

Perlembagaan ini perlu dikemaskini dan diubahsuai supaya selaras dengan keperluan persatuan berkenaan dari semasa ke semasa

Subtopik 3

PERLANTIKAN/PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA

Perlantikan/Pemilihan AJK
Perlantikan jawatankuasa sesuatu pertubuhan berbeza antara satu sama lain Perbezaan ini bergantung kepada perlembagaan pertubuhan berkenaan Terdapat 2 cara perlantikan jawatankuasa:Dipilih dalam mesyuarat agung Dilantik dengan kuasa pihak tertentu

Pemilihan di peringkat Mesyuarat Agung


Semua ahli berhak mencalon, menjadi calon, membuat pengundian & memilih sesiapa daripada kalangan ahli untuk menjadi AJK Pencalonan, Pemilihan & Perlantikan dilakukan dalam sesuatu mesyuarat agung

Pemilihan di peringkat Mesyuarat Agung


Antara jawatan yang dipertandingkan ialah
Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Jawatankuasa Kerja

Pemilihan dijalankan secara undian (mengangkat tangan @ undi sulit)

Pemilihan di peringkat Mesyuarat Agung


Calon yang terbanyak mendapat sokongan daripada ahli dapat memegang jawatan berkenaan

Perlantikan AJK
Kebanyakan berlaku dalam Unit Beruniform Penasihat/Jurulatih akan melantik AJK berdasarkan ujian kecekapan tertentu/kekananan/pencapaian seseorang

Perlantikan dan Pemilihan AJK


Sesetengah pertubuhan mengikut perlembagaannya, menggabungkan proses pemilihan dan perlantikan. Pengerusi yang dipilih berhak melantik Setiausaha di kalangan ahli pertubuhan Ini bermakna jawatan Setiausaha tidak dipertandingkan

Di peringkat sekolah, jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK dipilih atau dilantik di kalangan pelajar. Pengetua bertindak sebagai Penaung dan guru sebagai penasihat

Struktur Carta Organisasi Jawatankuasa


Pengetua (Penaung)

Guru (Penasihat)
Pengerusi Naib Pengerusi

Setiausaha

Bendahari

Jawatankuasa kerja

Subtopik 4

BIDANG TUGAS AJK

Bidang Tugas AJK


Penaung
Disandang oleh GB/pengetua sekolah Membuat pemantaun secara keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan dan undang-undang KPM

Bidang Tugas AJK


Penasihat
Disandang oleh Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK) Membuat pemantaun secara keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan dan undang-undang KPM

Bidang Tugas AJK


Pengerusi
Mengurus & mentadbir pertubuhan mengikut perlembagaan Melaksanakan keputusan mesyuarat agung & mesyuarat jawatankuasa kecil Mempengerusikan mesyuarat pertubuhan Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti pertubuhan Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan

Bidang Tugas AJK


Setiausaha
Menyimpan pendaftaran keahlian Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan luar pentadbir sekolah dan ahli pertubuhan Menjemput dan mengedar surat pangilan semua jenis mesyuarat Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus pertubuhan Menjalankan tugas seperti ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan

Bidang Tugas AJK


Bendahari
Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut yuran dan menyimpan penyata pemungutan yuran Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan Menyimpan dan menyiapkan penyata kirakira Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan

Subtopik 5

PERANAN GURU PENASIHAT

Peranan Guru Penasihat


Setiap guru perlu melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum Merupakan tugas rasmi dan wajib dilaksanakan Tugas dalam kegiatan kokurikulum dicatat dalam senarai tugas yang dikeluarkan oleh pentadbir sekolah Tanggungjawab & peranan adalah mengikut keperluan

Peranan Guru Penasihat


Memainkan peranan yang penting untuk menjamin unit berkenaan bergerak aktif Antara peranan Guru Penasihat ialah:Memberi panduan, nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada jawatankuasa dalam aspek pentadbiran dan melaksanakan aktiviti Melaksana dan menentukan polisis KPM, Pejabat Pendidikan Negeri & Daerah, sekolah dijalankan dengan berkesan

Peranan Guru Penasihat


Antara peranan Guru Penasihat ialah:Menghadiri dan memberi nasihat dalam mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan murid Berperanan aktif memberi tunjuk ajr dan latihan kepada ahli

SEKIAN TERIMA KASIH

Das könnte Ihnen auch gefallen