Sie sind auf Seite 1von 16

HURAIKAN PROSES REFORMASI YANG BERLANGSUNG PADA DEKAD 1980 AN.

mindamuslim.com/content/view/16/41

islamhadhari.net/?p=20

PEMIKIRAN HADHARI DI MALAYSIA

Sepanjang sejarah Malaysia daripada era klasik (1400) hingga kepada era selepas
merdeka (1960-2000), Islam telah menjadi kuasa utama yang membawa perubahan
kepada masyarakat Melayu. Merujuk kepada politik hukum 1 dan pengubalan dasar
awam di Malaysia2, fungsi Islam ini tidak terhad kepada pengamalan ritual semata-mata
tetapi turut menjadi inspirasi and mekanisme utama yang diterapkan ke dalam sesuatu
dasar awam. Hal ini antara lainnya boleh dikesan dari pengenalan Dasar Penerapan
Nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran negara yang kemudiannya diikuti dengan pelbagai
program Islamisasi, yang membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan di dalam
pelbagai dimensi;   

1. penerapan nilai-nilai Islam di dalam jentera pentadbiran kerajaan;3


   2. pembaikian terhadap sistem perundangan Negara yang lebih bersesuaian
dengan prinsip-prinsip Islam;4
   3. Penambahbaikan pelbagai agensi yang berkaitan dengan Islam,5
   4. pengubalan dasar pendidikan negara yang lebih bersesuaian dengan
semangat Islam6;
   5. penerapan nilai-nilai Islam di dalam organisasi politik masyarakat Melayu7;
   6. pengenalan dasar domestik and luar negara yang lebih bersimpati dengan
masyarakat Islam8
   7. penubuhan pelbagai institusi keislaman bentuk baru, seperti Bank Islam,
UIAM, Takaful, LUTH and banyak lagi.9

Kejayaan program Islamisasi yang bersifat holistic ini antara lainnya berpunca
dari (i) keterbukaan dan komitmen pihak kerajaan (aktor politik) yang menerima
pandangan ataupun desakan daripada NGO Islam dan (ii) perancangan yang
bersistematik yang disusun oleh pihak kerajaan, seperti penubuhan Badan
Perunding Islam yang terdiri daripada pelbagai pakar Islam dari dalam and luar
negeri.10

Pemikiran hadari diperkenalkan sebagai lanjutan daripada pengaruh


gerakan kebangkitan semula Islam era 1970an-1990an yang berusaha
menonjolkan keunggulan dan keindahan ajaran Islam. Ianya
diperkenalkan berasaskan kepada beberapa sebab yang utama;
Pertama, sebagai usaha mematang dan memperkasakan kesedaran Islam dalam
bentuk yang lebih progressif dan dinamik bagi menghadapi cabaran dunia
globalisasi. Usaha ini boleh dianggap sebagai usaha Tajdid yang bertujuan
memperbaiki kemunduran umat Islam.
Kedua, sebagai respon terhadap kekeliruan dalaman yang ditimbulkan oleh umat
Islam sendiri. Terdapat beberapa golongan umat Islam (Sekularis dan
Tradisionalis) yang berpegang dengan pandangan world-view yang salah dan
membantutkan proses kemajuan Islam. Sebaliknya, konsep Islam hadari ini lebih
mementingkan lima paradigma utama; konsep tauhid, pengamalan budaya ilmu,
Rationalistik, World-affirmative dan Societal.
Ketiga, memperbetulkan salah faham terhadap Islam yang ditohmah oleh musuh
luar Islam.

Dewasa ini, kelihatannya pandangan negatif yang dibawa oleh sarjana Barat
telah lebih mendominasi dan diterimapakai oleh pihak berkuasa Barat, di dalam
merangka dasar luar mereka terhadap dunia umat Islam.11 Rata-ratanya
kalangan orientalis Barat ini memberikan kupasan yang agak stereotype
terhadap Islam dan gerakan Islam moden di seluruh dunia;

   1. menonjolkan gerakan Islam moden sebagai golongan penganas yang


hauskan darah masyarakat bukan Islam. Hal ini berlaku disebabkan antara
lainnya kerana faktor agama Islam itu sendiri yang mengalakkan penganutnya
bertindak ganas terhadap golongan bukan Islam.12
   2. Menonjolkan gerakan Islam sebagai penentang terhadap segala elemen
yang datang dari dunia Barat, seperti idea pemodenan, Hak asasi manusia,
sistem demokrasi dan sebagainya.13
   3. Menonjolkan gerakan Islam sebagai ancaman utama kepada dominasi order
baru dunia moden yang ditaja oleh Amerika Syarikat. Pandangan ini bersesuaian
dengan teori clash of civilization yng diutarakan oleh Samuel Hutington, yang
menganggap faktor budaya dan agama, khususnya agama Islam yang menjadi
musuh utama masyarakat Barat, yang harus diperangi secara habis-habisan.14

Dilihat dari sudut dan kerangka intelektual, pada dasarnya dalam konteks
Malaysia semasa, terdapat beberapa orang sarjana tempatan yang sering
menimbulkan kritikan dan jalan penyelesaian untuk mewujudkan sebuah
masyarakat Melayu-Islam yang maju mengikut kerangka pemikiran hadhari yang
seimbang antara kepentingan dunia dan akhirat.15
Walaupun gagasan yang diutarakan oleh sarjana-sarjana ini tidak memakai nama
Hadhari, sedikit sebanyak ianya bersesuaian dengan Pemikiran Hadhari itu
sendiri, khususnya jika dirujuk kepada perspektif pendekatan budaya ilmu yang
dipilih untuk menerapkan usaha reformasi ini. Hal ini dapat diperincikan dengan;

Pertama, ianya lebih mementingkan pendekatan action-oriented sebagai ganti


kepada pendekatan retorik semata-mata di dalam sesuatu program yang
dirancang; kepentingan mengamalkan pendekatan berfikir secara
berperancangan rapi (blueprint) dan bukannya secara retorik semata-mata.16
Bagi reformis semasa, demi untuk memastikan kejayaan usaha refomasi yang
lebih berkesan, kita perlu menjauhi perjuangan dan pemikiran ala Khutabah,
golongan yang hanya pandai bercakap dengan gagasan yang begitu ideal tetapi
tidak tahu menterjemahkan cita-cita tersebut kepada suatu program bertindak
yang bersifat praktikal untuk diamalkan. Apa yang lebih diperlukan adalah
perjuangan ala fuqaha, yang mampu berfikir secara waras dengan
mengambilkira faktor kegagalan dan kejayaan sesuatu program reformasi, dan
mampu menterjemahkan cita-cita kepada program yang praktikal dengan
suasana setempat.17 Kita boleh mengemukakan beberapa contoh untuk
menerangkan pendekatan ini. Antaranya, pertama, pendekatan gerakan Islam di
Malaysia yang menjalankan agenda gerakan mereka bukan setakat dibuat secara
retorik semata-mata bahkan perlu disertakan dengan program blueprint yang
lengkap yang dapat dijelmakan dalam bentuk plan bertindak. Hasilnya, kita
mendapati banyak usaha dan institusi-institusi bercorak Islam telah ditubuhkan
di Malaysia seperti Bank Islam, Takaful, UIA, KOHILAL, KBI, TASKA, TASKI dan
sebagainya.18

Kedua, pendekatan ala selektif (tidak menentang dan menerima secara membuta
tuli) terhadap semua elemen pemodenan barat, khususnya terhadap program
pembangunan, yang dikesan mengandungi pelbagai kelemahan seperti;

    * sikap berlebihan yang menumpukan sektor ekonomi yang mempergunakan


sumber alam secara maksima tanpa mempedulikan impak ekologi yang
kemudiannya bakal mengancam kehidupan lain untuk jangka masa panjang,19
    * pendekatan yang mempergunakan produk hiburan berteraskan budaya
hedonisme menggunakan ikon-ikon artis barat yang telah menimbulkan pelbagai
krisis moral yang begitu meruncing sekali,20
    * pendekatan yang memandang tinggi kegunaan ilmu-ilmu sains, ekonomi,
pengurusan, IT dan teknologi sehingga sanggup menghina kegunaan ilmu-ilmu
agama, yang dianggap sebagai tidak berguna untuk konteks zaman moden21
    * pendekatan yang mendakwa pembangunan hanya boleh dicapai dengan
meniru elemen fizikal dan sistem nilai barat secara mutlak. Hal ini termasuk tren
yang secara terang-terangan menghina pegangan agama dan Rasulullah.22

Dalam banyak hal, pemikiran hadhari mengandungi beberapa elemen yang


utama;

   1. Penggunaan sepenuhnya teori jalinan roh, jasad dan akal dalam melahirkan
pekerja yang tinggi nilai akauntabilitinya di dalam menjalankan sesuatu
perkerjaan sebagai ibadah, bagi memperolihi kejayaan (Falah) dan mengelakkan
kerosakan (khusran).23
   2. Penggunaan kerangka ilmu akhlak dan tasawuf bagi tujuan pembersihan
jiwa (Tazkiyah al-Nafs) seseorang pekerja melalui pelbagai formula ala tasawuf
seperti menanamkan kepentingan budaya ilmu, Muhasabah, Tafakur, zikir,
taubat, kepentingan sifat Mahmuddah (terpuji) dan keburukan sifat Mazmumah
(tercela), Qiyamul lail dan sebagainya.24 Apa yang jelasnya, pengamalan
formula-formula ini dapat mendidik dan membangunkan potensi elemen jasad
dan roh manusia yang merupakan punca utama kepada pembentukan emosi
manusia, menjadikannya lebih tenang dan seimbang.25
   3. Menanamkan peranan Allah di dalam mengatur kehidupan manusia, yang
mana dalam banyak hal telah menjadikan ujian fizikal, pikiran dan emosional
sebagai kaedah utama untuk menguji dan mendidik manusia agar
menjadikannya sebagai insan yang teguh kekuatan fizikal, mental dan
spiritual.26

Ketiga, berusaha memetik faktur kejayaan yang menimbulkan tamadun Islam


silam,27 yang kemudiannya bakal diaplikasikan sepenuhnya di dalam program
pembangunan di Malaysia. Hasil penelitian yang dijalankan terhadap serangkaian
tamadun umat Islam silam, samada di Timur Tengah dan rantau Alam Melayu,
mendapati bagaimana tamadun itu timbul berpunca daripada enam faktur yang
utama;

   1. Pengamalan budaya ilmu.


   2. Pengamalan cara hidup Islam yang betul mengikut world-view Tauhid.
   3. Program R&D yang cukup canggih.
   4. Kewujudan pengetahuan S&T yang baik.
   5. Pembangunan sektor ekonomi yang bersepadu dan menekankan peluang
pengagihan yang seimbang di antara rakyat.
   6. Proses pembandaran yang mampan yang menyediakan perkhidmatan dalam
bidang social yang baik kepada rakyat.

Begitu juga halnya dengan faktur-faktur yang menyebabkan keruntuhan sesuatu


tamadun akan turut dikaji dan cuba dielakkan, agar ianya tidak akan
membantutkan proses pembangunan tamadun Islam baru. Terdapat beberapa
faktur keruntuhan sesuatu tamadun, seperti;28

   1. Program pembangunan yang tidak seimbang, bersifat menindas dan


mementingkan sesuatu golongan tertentu sahaja.
   2. Perpecahan umat Islam yang diakibatkan oleh perbezaan mazhab dan
fahaman fanatik yang berasaskan kepada parti politik.
   3. Elemen kemungkaran, kemewahan dan penindasan yang berkembang di
dalam masyarakat tanpa disertakan dengan program pencegahan yang
sepatutnya. (pelaksanaan konsep Amar Makruf dan Mungkar)
   4. Pengaruh Ghazw fikr (penjajahan mental) yang berteraskan faham
sekularisme yang ditanamkan oleh kuasa penjajah barat dan kemudiannya
diteruskan lagi dengan agenda globalisasi tajaan kuasa barat.
   5. Ancaman pengaruh luar yang terdiri dari kuasa Kafir barat yang memang
berusaha memperluaskan dominasi kuasa mereka.

Ringkasnya, Pemikiran Hadhari cuba mengambilkira kesemua faktur-faktur ini


samada yang bersifat positif ataupun negatif, secara berhemah menggunakan
kaedah kajian yang betul, demi untuk menjayakan program pembangunan
Malaysia dengan lebih baik, bersepadu, berhemah dan berterusan. Mengikut
perspektif konsep Islam hadari, proses untuk memastikan kejayaan dan
pengawalan terhadap kesemua faktur-faktur ini memerlukan kerjasama dan
penyertaan massa (masyarakat) yang cukup tinggi, yang boleh dilakukan dengan
melibatkan diri di dalam proses pengubalan sesuatu dasar negara dan bertindak
sebagai agen Hisbah bagi memastikan pelaksanaan konsep Amar makruf nahi
Mungkar dapat dijalankan dengan berkesan.29 Tugas untuk membangun dan
mengislamkan masyarakat perlu digadingkan antara pihak kerajaan dengan
kalangan masyarakat secara keseluruhannya.30

Selain itu juga, sebagai tambahan kepada pendekatan ini, konsep Pemikiran
Hadari juga turut menekankan kepentingan menggunakan pendekatan
pertengahan di dalam menanggani isu globalisasi. Dilihat secara mendalam
ternyata pandangan ini bersesuaian dengan pandangan reformis Melayu semasa
yang menegaskan bahawa pendekatan pertengahan ini perlu diambil kerana
pada dasarnya idea asas globalisasi ini bersesuaian dengan sifat dan falsafah
ajaran Islam itu sendiri yang menganjurkan beberapa elemen global seperti; (i)
Islam adalah untuk semua manusia tanpa mengira perbezaan ras, (ii) Allah
adalah penguasa seluruh alam, (iii) penekanan kepada konsep ummah- kesatuan
akidah seluruh umat Islam sedunia, (iv) galakan Allah supaya manusia
menjelajahi dunia, (v) galakan ke arah penguasaan ilmu dan kefahaman yang
bersifat global31, (iv) penekanan kepada konsep hak asasi manusia yang lebih
jitu dan adil32dan (iiv) penekanan kepada penjagaan alam sekitar yang bersifat
mampan.33

Keempat, menekankan usaha membangunkan sumber manusia Islam moden


yang bersifat Qurani dan sesuai dengan status umat terbaik, yang memiliki
beberapa cirri yang utama; (1) memiliki tanggungjawab dan jujur, (2) menunda
kesenangan jangka pendek untuk kesenangan jangka panjang, (3)
memanafaatkan waktu dan etos kerja yang cemerlang, (4) yakin dengan
keadilan dapat disebarkan kepada manusia, (5) mengamalkan budaya ilmu dan
(6) menyanjung tinggi bakat dan kemampuan serta penghargaan diberikan
berdasarkan prestasi.34

Kelima, demi untuk menghadapi persaingan dengan kuasa Barat, umat Islam
tidak seharusnya menggunakan pendekatan kekerasan,35 sebaliknya perlu lebih
proaktif mempelajari sebab utama ketinggian tamaddun Barat, iaitu ketinggian
budaya ilmu mereka,36 yang perlu diterapkan ke dalam masyarakat melalui
institusi pendidikan.37 Dalam soal ini, secara jelasnya mereka menganjurkan
bentuk perjuangan yang bersifat evolusi dan bukannya secara revolusi.38

Keenam, memberikan penekanan kepada program pembangunan pendidikan


negara yang lebih bersepadu dan berteraskan world-view Islam, bagi melahirkan
insane yang berketerampilan dari segi akhlak dan kemahiran moden bagi
mengisi program pembangunan negara. Apa yang jelasnya, terdorong dengan
masalah krisis moral ini yang terhasil daripada kegagalan sistem pendidikan
sebelumnya, suatu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji
persoalan ini, dan sebagai hasil beberapa perubahan telah dijalankan, seperti;

   1. Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan antara


intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPN ini berbunyi : “
Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.” Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan FPN ini secara
langsung menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh,
jasad dan akal yang bakal menghasilkan manusia yang mempunyai
keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan di Malaysia
sehingga kepada asas yang paling substance sekali.
   2. Bagi menghidupkan FPN ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan
sistem pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan
sistem kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan
penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan
semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar.
   3. Di dalam pembentukan KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang
diberikan kepada bidang fardu Ain dan Kifayah.

Ketujuh, pendekatan yang menjalankan dasar pembaikian berterusan yang


berteraskan kaedah pengurusan strategic (Analisa SWOT dan SMART) di dalam
pentadbiran negara.39 Merujuk khusus kepada agensi yang berkait dengan
Islam seperti YADIM, JAKIM, Majlis Fatwa, Mahkamah Syariah, Jabatan dan
Majlis Agama Islam setiap negeri, usaha penambahbaikian secara berterusan
memang telah dan sedang dijalankan, demi untuk menjadikannya sebagai agensi
Islam yang mampu menyelesaikan masalah umat Islam secara tuntas dan
berkesan.40

Kelapan, menekankan kepentingan mengamalkan pendekatan berfikir secara


autokritik menggantikan kaedah berfikir secara bentuk pembenaran. Kaedah
pembenaran ini merujuk kepada cara berfikir yang tidak mengakui kelemahan
diri sendiri, suka berdolah dalih dan mengaitkan sesuatu kelemahan yang
berlaku kepada orang lain, kerana pada anggapannya dirinya serba cukup dan
sempurna.41 Contohnya boleh dilihat daripada tindakan Dr Mahathir Mohamad
yang melahirkan rasa kekecewaan dengan sifat buruk masyarakat Melayu yang
masih belum berubah sepenuhnya dalam segenap perkara walaupun pelbagai
usaha yang proaktif dilakukan untuk memperbaiki masyarakat Melayu.

Dalam kes yang lain pula, DM kerap menimbulkan isu bahawa kelemahan umat
Islam adalah disebabkan kerana mereka lebih suka bertengkar sesama sendiri
dalam pelbagai isu yang remeh temeh tanpa memikirkan untuk menggunakan
potensi sumber alam anugerah Allah yang banyak dimiliki oleh negara umat
Islam untuk tujuan perpaduan dan pembangunan umat Islam sedunia.42

Kesembilan, menekankan kepentingan mengamalkan pendekatan berfikir secara


kritikal dan tidak membuta tuli di dalam menghadapi sesuatu isu penting yang
timbul di dalam masyarakat. Pendekatan ini juga merujuk kepada enam bentuk
pemikiran lagi;

    * melatih berfikir secara autokritik sebagai ganti berfikir dalam bentuk
pembenaran. Kaedah pembenaran ini merujuk kepada cara berfikir yang tidak
mengakui kelemahan diri sendiri, suka berdolah dalih dan mengaitkan sesuatu
kelemahan yang berlaku kepada orang lain, kerana pada anggapannya dirinya
serba cukup dan sempurna.
    * Berfikir secara menyeluruh mengantikan berfikir secara sebahagian.
Pemikiran secara menyeluruh ini merujuk kepada pengetahuan terhadap sesuatu
secara mendalam dengan mengetahui ciri-ciri, perincian dan hubungannya
diantara perincian tersebut.
    * Berfikir secara reformatif mengantikan berfikir secara tradisional.
    * Berfikir secara ilmiah mengantikan berfikir secara prasangka dan mengikut
hawa nafsu.
    * Berfikir secara kolektif mengantikan berfikir secara sendirian.
    * Berfikir yang sesuai dengan hukum alam (sunatullah) mengantikan berfikir
secara supra rasional dan tahyul.

Kesepuluh, menekankan kewujudan golongan saintis Melayu yang berpegang


kuat kepada world-view Islam. Dalam konteks pembangunan S & T semasa,
terdapat beberapa kecenderungan yang boleh dibanggakan, merujuk khusus
kepada peranan yang dimainkan oleh kelas intelektual Melayu baru ini, seperti;

   1. Kelas intelektual-saintis Melayu ini telah bergabung di dalam NGO khusus ,


ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia) yang cuba menerap dan menyebarkan
kesedaran tentang peri pentingnya masyarakat Melayu Islam mendokong usaha
membangunkan S&T ala Islam.43
   2. Menghasilkan tulisan bentuk baru yang cuba menerangkan tentang konsep,
kerangka dan bagaimana ICT moden yang menjadi nucleus utama kepada
perkembangan globalisasi berfungsi serta mempengaruhi kalangan masyarakat
Melayu. Motif utama tindakan ini antara lainnya bagi menyedarkan masyarakat
Melayu tentang manafaat yang boleh diambil daripada perkembangan S&T ini.44
   3. Salah seorang daripada anggota ASASI iaitu Tengku Mohd Azzman
Shariffadeen telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, yang
kemudiannya telah mencadangkan gagasan MSC kepada pihak kerajaan
Malaysia. Apa yang lebih penting lagi, dilihat kepada kepakaran bidang
kejuruteraan elektronik dan kecenderungan Islam yang tinggi, Tengku Mohd
Azzman barang pastinya telah menyuntik nilai-nilai Islam sejati di dalam
pembangunan projek MSC ini.45
   4. Sifat ikut serta kalangan sarjana Melayu Islam semasa di dalam gagasan
mewujudkan hubungan yang erat di antara keilmuan Islam klasik dengan S&T
moden. 46 Hal ini timbul berasaskan kepada gagasan tajdid Islam yang
menuntut fuqaha Islam untuk mengetahui dan mengambil inisiatif untuk
mempelajari keilmuan moden itu sendiri, khususnya pengetahuan ICT dan
S&T.47Hal ini ditegaskan memandangkan terdapat sesetengah sarjana Islam
moden yang mengatakan bahawa antara faktur utama yang menyebabkan
kegagalan proses reformasi dan penerapan S&T di dalam institusi pengajian
Islam adalah kerana sikap sarjana Islam sendiri yang terlalu mengaku kalah
dengan cara berserah dan bergantung sepenuhnya kepada keilmuan S&T
barat,48 tanpa menyedari bahawa S&T barat di peringkat epistemologinya telah
diresapi dengan idea dan ruh sekularisme yang tertanam secara halus di dalam
keilmuan tersebut.49 Sepatutnya, berhadapan dengan dilema ini, sarjana Islam
sendiri perlu menerima S&T barat secara berhemah yang diikuti pula dengan
proses pengubahsuaian S&T barat ini dengan realiti masyarakat Islam,
sebagaimana apa yang cuba dilakukan oleh Osman Bakar, Syed Hussein Nasr,
Ziauddin Sardar dan ramai lagi tokoh-tokoh saintis moden Islam.50

Prinsip-prinsip asas Islam hadhari

   1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi


   2. Kerajaan adil dan beramanah
   3. Rakyat berjiwa merdeka
   4. Penguasaan ilmu pengetahuan
   5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
   6. Kehidupan berkualiti
   7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
   8. Keutuhan budaya dan moral
   9. Pemeliharaan alam semula jadi
  10. Kekuatan pertahanan

PEMBANGUNAN MODAL INSAN MENGIKUT PEMAHAMAN GAGASAN PEMIKIRAN


HADHARI
Konsep dan program pembangunan Insan mengikut perspektif Islam.

Berbanding dengan sasaran golongan pelajar, konsep PI ini lebih dikhususkan


kepada golongan pentadbir dan golongan yang terlibat dengan decision making
di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta. Trend dan konsep PI ini timbul di
Malaysia pada era tahun 1970-1980an, juga disebabkan oleh kesedaran
sesetengah golongan pemikir Melayu terhadap kegagalan system pembangunan
sumber manusia ala barat di dalam melahirkan golongan pekerja yang seimbang
di antara kelulusan yang tinggi dengan pencapaian saksiah diri yang
baik.51kesedaran ini timbul dengan begitu meluas sekali dimankinkan dengan
dua faktor yang utama, pertamanya, keghairahan pihak pentadbir Melayu sendiri
untuk merujuk kepada penyelesaian Islam terhadap masalah krisis nilai dan
penyelewengan kolar biru yang berlaku di dalam perkhidmatan awam,52
keduanya, kebanjiran buku-buku reformasi Islam daripada luar negeri samada
dalam bentuk teks yang asal ataupun terjemahan di Malaysia.53

Pada peringkat awalnya, program PI ini telah dijalankan oleh badan perundingan
swasta yang kemudiannya telah diterapkan secara bersepadu oleh INTAN sendiri
di dalam program latihan pembangunan dan perkembangan kerjaya untuk
kakitangan kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan, program PI anjuran INTAN
ini telah turut diperkukuhkan asasnya dengan bantuan daripada beberapa orang
sarjana Melayu-Islam yang ternama, seperti Muhammad Kamal Hassan, Syed
Muhammad Naqiubb al-Attas, Wan Mohd Nor Wan Daud dan sebagainya.54
Gagasan PI ini dalam bentuk asas, kaedah operasi dan penilaian telah diterbitkan
di dalam beberapa buah buku asas yang dipakai untuk semua program latihan
dan kerjaya anjuran INTAN dan jabatan kerajaan yang lain.

Dalam banyak hal, program PI ini mengandungi beberapa elemen yang utama;

   1. Penggunaan sepenuhnya teori jalinan roh, jasad dan akal dalam melahirkan
pekerja yang tinggi nilai akauntabilitinya di dalam menjalankan sesuatu
perkerjaan sebagai ibadah, bagi memperolihi kejayaan (Falah) dan mengelakkan
kerosakan (khusran).55
   2. Penggunaan kerangka ilmu akhlak dan tasawuf bagi tujuan pembersihan
jiwa (Tazkiyah al-Nafs) seseorang pekerja melalui pelbagai formula ala tasawuf
seperti menanamkan kepentingan budaya ilmu, Muhasabah, Tafakur, zikir,
taubat, kepentingan sifat Mahmuddah (terpuji) dan keburukan sifat Mazmumah
(tercela), Qiyamul lail dan sebagainya.56Apa yang jelasnya, pengamalan
formula-formula ini dapat mendidik dan membangunkan potensi elemen jasad
dan roh manusia yang merupakan punca utama kepada pembentukan emosi
manusia, menjadikannya lebih tenang dan seimbang.57
   3. Menanamkan peranan Allah di dalam mengatur kehidupan manusia, yang
mana dalam banyak hal telah menjadikan ujian fizikal, pikiran dan emosional
sebagai kaedah utama untuk menguji dan mendidik manusia agar
menjadikannya sebagai insan yang teguh kekuatan fizikal, mental dan
spiritual.58

Apa yang dipentingkan dalam pembentukan modal insan ini adalah pembentukan
manusia sebagai agen terpenting, dapat dikatakan sebagai modal utama bagi
menjayakan sesuatu proses pembangunan negara. Ianya dirujuk kepada
keupayaan dan kemampuan seseorang insan atau warga negara Malaysia dari
segi kognitif (elemen pemikiran), afektif (elemen sikap) dan psikomotor
(kemahiran).

Ianya merujuk kepada penggunaan akal fikiran yang bermutu tinggi. Dalam
Islam, seseorang manusia itu terbentuk daripada tiga elemen yang utama, jasad,
Ruh dan akal. Semuanya terkait dalam tiga domain yang utama; kognitif, afektif
dan psikomotor. Hal ini boleh dikesan secara yang tersirat daripada gagasan
Islam Hadhari yang terdiri daripada;59

   1. Rakyat yang berpegang kepada ajaran agama dan adat ketimuran. Ianya
bertepatan dengan falsafah perrenialis yang dicirikan dengan;

    * Metafizika yang memperlihatkan kewujudan hakikat illahi dan ketuhanan di


dalam segala sesuatu : kehidupan dan fikiran.

    * Suatu psikologi yang memperlihatkan adanya sesuatu dalam jiwa manusia
yang berkaitan dengan elemen ketuhanan.
    * Etika yang memperjelaskan hakikat dan tujuan akhir kehidupan manusia
yang mempunyai kaitan dengan elemen ketuhanan.

   2. Rakyat yang berjiwa merdeka dan tinggi semangat patriotismenya.

    * Ingin mengekalkan nisbah merdeka – Proses pengekalan dan pengisian


kemerdekaan ini perlu diisi bukan setakat dengan mewujudkan pembangunan
untuk semua rakyat, termasuk juga dengan usaha dan tanggungjawab
menghapuskan kemungkaran dan kezaliman yang berlaku di dalam
masyarakat60.
    * Menjauhi sifat ataupun lawan kepada sifat merdeka; mentality tertawan.
    * Tinggi semangat patriotisme- dilihat dari segi61;
          o Rasa sayang dan cinta kepada tanah airnya sendiri.
          o Rasa bangga dengan tanah airnya.
          o Kesediaan untuk mempertahankan tanah airnya daripada ancaman dan
serangan musuh samada musuh dalam ataupun luar.
          o Kesediaan untuk membela kepentingan Negara apabila dicemuh dan
dihina.

    * Rakyat yang memahami bahawa sifat kemerdekaan itu bukannya bererti
bebas melakukan apa sahaja sekehendak hatinya tanpa disertakan dengan
tanggungjawab yang tertentu.62

   3. Rakyat yang mengamalkan sikap selektif terhadap cabaran globalisasi.63

   4. Rakyat yang mengamalkan kaedah pemikiran yang sihat, kritikal dan


kreatif.64
   5. Rakyat yang tinggi sifat integriti dirinya- jujur, amanah, bertanggungjawab
dan pandai bersyukur.65
   6. Rakyat yang menakrifkan diri mengikut acuan sendiri dan bukannya
bergantung kepada kriteria takrifan daripada pihak luar (seperti kuasa pasaran
barat). Kita patut menentukan falsafah, matlamat dan jalan hidup sendiri, bagi
menjadikannya lebih bersesuaian dengan acuan Malaysia.66
   7. Rakyat yang mementingkan perpaduan dan kerukunan hidup dalam
masyarakat.
   8. Rakyat yang menentang semua elemen ektremism – merujuk kepada67;

    * Extremisme; melampaui batas dan keseimbangan apabila mentafsir dan


melaksanakan sesuatu peraturan ataupun hukum secara ekstrem.

    * Chauvisnisme; taksub apabila menganggap fikiran atau kumpulan sendiri


adalah yang terbaik, manakala fikiran atau kumpulan lain tidak benar dan mesti
ditolak.
    * Fanaticisme; tindakan membuta tuli (menghampiri psikosis) dalam
mengikuti dan melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan sendiri
tanpa mempedulikan bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat orang lain.

   9. Rakyat yang mengamalkan budaya ilmu yang tinggi – merujuk kepada68;


    * sikap cintakan ilmu melebihi faktur kebendaan yang lain.
    * Pencapaian ilmu perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal melalui akhlak
yang mulia. Tidak ada gunanya, seseorang itu memperolihi pencapaian akademik
yang tinggi seandainya tidak mempunyai akhlak yang mulia.
    * Neraca kebenaran untuk sesuatu ilmu perlu dinilai dari perspektif al-Quran
dan Sunnah.
    * Proses pencapaian ilmu perlu dilakukan sepanjang hayat.
    * Pengamalan sikap hormat-kritis terhadap pandangan seseorang tokoh.

10. Rakyat yang memiliki proses penguasaan ilmu, dicirikan perlu mengandungi
beberapa elemen yang utama;69

    * Pemahaman tentang peri pentingnya peranan ilmu di dalam kehidupan


manusia, yang perlu disertakan dengan usaha proaktif untuk mencapai dan
memilikinya.
    * Kadar usaha pencarian ilmu (mental dan fizikal) yang terpaksa dikeluarkan,
seperti kesungguhan, sabar dan ketekunan yang tinggi.
    * Kesan yang terhasil daripada usaha kerja keras pencarian ilmu , seperti
teguh, cekap, kuat, tidak mudah kalah dan berpengaruh.
    * Keupayaan mengurus, memperkembang dan mempertahankan sesuatu
perkara yang terhasil daripada usaha pencarian ilmu, seperti kewibawaan
mengguna, menerap, memperelok dan mempengaruhi pihak lain dengan hasil
ilmu yang dimiliki.
www.scribd.com/doc/13321705/BAB-4-Pembangunan-Ekonomi-HE

Das könnte Ihnen auch gefallen