Sie sind auf Seite 1von 22

CTU 553: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ULASAN ARTIKEL

ARTIKEL 1: KEPENTINGAN PENDIDIKAN PATRIOTISME TERHADAP

WARGANEGARA MALAYSIA

ARTIKEL 2: ISU-ISU SEKULARISME DALAM RUANG SOSIO-POLITIK DI

MALAYSIA

ARTIKEL 3: ANCAMAN PEMIKIRAN ALIRAN ISLAM LIBERAL KEPADA UMAT

ISLAM DI NUSANTARA: SATU SOROTAN KAJIAN

NOMBOR
NAMA
PELAJAR

1) MOHAMMAD IKHMAL HARITH BIN MOHAMAD SHUKRI 2021401858

2) WIDIYA HABIBAH SHAMSURI 2022781415

3) SHAHRULNIZAM BIN SAPRUDIN 2022700867

4) GEORGE FREDICK ANAK NOEW 2022177547

NAMA PENSYARAH : EN. MOHAMMAD NASRUL HAKIM BIN ROSLAN

0
ARTIKEL 1:

KEPENTINGAN PENDIDIKAN PATRIOTISME TERHADAP WARGANEGARA

MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Artikel bertajuk ‘Kepentingan Patriotisme Terhadap Waganegara Malaysia’ telah

diterbitkan pada Disember 2011. Penulis artikel, Ku Hasnita Ku Samsu dan Mohd

Haizam Mohd Nor menekankan peripentingnya untuk setiap individu dan

masyarakat (warganegara Malaysia) menyemai, membaja, memupuk, menyebar

dan seterusnya menyemarakkan nilai dan semangat patriotisme secara berterusan.

Hal ini perlu dimulai dengan mekanisme pendidikan patriotism yang holistik dan

mapan, samada melibatkan pendidikan formal mahupun tidak formal. Institusi

pendidikan bermula seawal di taska, sekolah rendah, sekolah menengah dan

seterusnya pusat pengajian tinggi merupakan antara contoh medium penyebaran

dan pendidikan patriotism secara formal di Malaysia. Hal ini terbukti apabila

frasarana pendidikan ini mampu memberi bimbingan kepada setiap murid, membuat

analisis, kajian dan penilaiam secara rasional berkaitan fakta-fakta sejarah

berpandukan kefahaman dan pengetahuan berkaitan dengan sejarah negara

Malaysia (Rohaimi & Ramlah, 2015). Manakala pendidikan secara tidak formal

meliputi skop yang lebih luas iaitu pegajaran mahupun pengalaman yang digarap

melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan patriotik samada dirancang

atau tidak dirancang. Artikel ini diterbitkan bagi membincangkan kepentingan

1
pendidikan patriotisme terhadap warganegara Malaysia dalam menghadapi cabaran-

cabaran semasa dunia yang semakin getir

2.0 ISI DAN HURAIAN

2.1 PENDIDIKAN PATRIOTISME PERISAI UTAMA NEGARA

Di awal kandungan artikel, penulis memberi gambaran dan menekankan betapa

pentingnya generasi muda yang dianggap sebagai pewaris atau aset negara yang

paling berharga. Syaidatull, Razli dan Derweanna (2016) melihat generasi muda ini

sebagai individu yang berkemahiran, berpengetahuan dan berkeupayaan tinggi

dalam memacu negara. Namun begitu, Noor Hidayah (2014) melalui penulisannya

menyatakan bahawa golongan ini perlu diberi latihan yang secukupnya bagi

melahirkan seorang pemimpin yang berkredibiliti, mempunyai karisma kepimpinan

yang positif, selain jujur, amanah dan berintegriti tinggi (sebagai contoh, bebas dari

gejala rasuah). Hal ini seterusnya akan menjurus kepada keberkesanan kualiti

kepimpinan di sesebuah negara amnya. Oleh itu, pendidikan patriotisme adalah

penting dalam menangkis segala ancaman yang boleh mengganggugugat

kesejahteraan negara dan keutuhan bangsa Malaysia.

Kita menjadi saksi pada hari ini, betapa ramai anak muda terjerumus dalam aktiviti

salah laku dan gejala-gejala lain yang tidak bermoral yang mana telah menyumbang

kepada peningkatan kes-kes jenayah saban tahun di Malaysia. Hal ini telah

dibuktikan melalui statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan

(AADK), iaitu jumlah penagih dadah meningkat sebanyak 27 peratus (118,820

orang) pada tahun 2023, berbanding dari tahun sebelumnya (93,354 orang). Apa

2
yang lebih menyedihkan majority (lebih dari 65%) dari jumlah penagih merupakan

golongan belia dan remaja dan jika hal ini dipandang enteng, dibimbangi ia akan

membawa kepada kehancuran negara bangsa.

Istilah ‘patriotisme’ didefinisikan oleh penulis artikel sebagai medium

menyemarakkan nilai dan semangat patriotik melalui pembelajaran atau pendidikan.

Ianya boleh direalisasikan samada secara formal mahupun sebaliknya. Penulis juga

telah mengenalpasti, menilai dan mengkaji beberapa kajian ilmiah yang mempunyai

hubungkait dengan artikel penulisan mereka. Kajian oleh Easton dan Hess (1962)

membuktikan pendedahan pendidikan patriotisme seawal usia tiga tahun sudah

boleh menunjukkan keberhasilan yang hebat pada empat tahun akan datang (usia

mencecah 7 tahun).

3
2.2 PENDIDIKAN PATRIOTISME MEMBENTUK PERSEFAHAMAN DAN

PENYATUAN

Kepentingan pertama yang dibincangkan oleh penulis ialah bagaimana pendidikan

pariotisme mampu membentuk persefahaman dan penyatuan dalam kalangan

rakyat Malaysia. Penulis memulakan penulisannya degan menjelaskan bagaimana

institusi pengajian tinggi (IPT) memperkenalkan subjek-subjek atau sukatan

pelajaran yang mempunyai kejelasan objektif dalam membentuk dan

menyebarluaskan nilai-nilai patriotik kepada para pelajarnya. Penulis kemudian

menghurai kronologi bagaimana konsep perpaduan dan persefahaman ini bermula

dan berterusan hingga kini. Usaha-usaha oleh pemimpin terdahulu memberi impak

yang besar terhadap apa yang telah Malaysia kecapi hingga ke hari ini. Usaha

meyatupadukan kemajmukan rakyat Malaysia telah bermula sejak sebelum merdeka

lagi melalui penubuhan Parti Perikatan yang mana keanggotaannya terdiri daripada

parti kaum melayu (UMNO), kaum cina (MCA) dan kaum india (MIC). Idea ini

digerakkan setelah pihak British meletakkan prasyarat utama untuk Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan adalah melalui penyatuan semua kaum.

Keberhasilan dan kejayaan pendidikan patriotisme juga telah didorong oleh Penyata

Razak 1956, dan seterusnya pengenalan Rukun Negara. Di Malaysia, nilai

perpaduan dianggap sangat penting apabila istilah ‘perpaduan’ itu sendiri seringkali

digunapakai sebagai tema Hari Kemerdekaan Negara.

4
2.3 PENDIDIKAN PATRIOTISME PEMACU KEMAJUAN NEGARA

Penghayatan pendidikan patriotisme yang tinggi juga penting dalam mencorak arus

kemodenan sesebuah negara. Negara yang maju dan mapan diterajui oleh

kepimpinan yang cekap, bertanggungjawab, penuh amanah, berintegriti dan

mempunyai wawasan yang jelas berteraskan nilai-nilai positif bagi menggerakkan

individu lain membuat kebaikan. Jadi sudah pastilah acuan sebenar pemimpin itu

bermula dari penghayatan yang berterusan dalam pendidikan patriotisme. Namun,

lihatlah betapa ramai pemimpin hari ini hancur disebabkan peyalahgunaan kuasa

dan amalan rasuah yang berleluasa. Disini kita dapat lihat betapa rapuh, ampuh

dan kurangnya nilai patriotisme dalam diri seseorang pemimpin. Kayu ukur

sesebuah kemajuan ialah apabila sesebuah negara mampu bersaing dengan negara

maju lain dari segenap aspek iaitu kepesatan pembangunan ekonomi, politik, sosial

secara global.

Namun begitu penulis menggariskan beberapa cabaran dalam merealisasikan

matlamat dalam menjadikan sesebuah negara maju dan berkembang pesat.

Cabaran pertama adalah penghijrahan individu-individu yang boleh dianggap

sebagai aset negara (contohnya saintis dan para doktor) ke negara luar yang mana

menjanjikan imbuhan yang berlipat kali ganda dan kehidupan yang lebih terjamin.

Penulis menarik minat pembaca untuk menilai hubungkait dan kesan antara

kepentingan kenegaraan dan kepentingan individu. Hal ini kerana mana mungkin

5
seseorang individu itu mengecap kejayaan seandainya negara yang didiami masih

bergolak, dijajah dan sedang dalam berperang.

2.4 PENDIDIKAN PATRIOTISME SEBAGAI PELABURAN STRATEGIK

KESELAMATAN NEGARA

Secara amnya, tugas memelihara keselamatan negara dari segala bentuk ancaman

dalaman dan luaran didokong oleh Polis Di Raja Malaysia atau Angkatan Tentera

Malaysia (ATM). Namun, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggunjawab, secara

tidak langsung aspek keselamatan negara merupakan tugas penting yang harus

dijaga dan dipelihara bersama. Hal ini selaras dengan prinsip kedua rukun negara

iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’. Sekiranya prinsip asas ini diberi

penghayatan yang mendalam, ianya akan melahirkan warganegara Malaysia yang

sentiasa peka dan prihatin dalam memelihara kesejahteraan negara khususnya

perkara-perkara yang melibatkan ancama-ancaman keselamatan yang boleh

mengganggugugat kehormonian negara Malaysia secara total. Pelbagai agenda

oleh golongan tertentu yang berkepentingan dilihat cuba menjejaskan imej

perpaduan negara yang berbilang bangsa. Apabila hal ini berlaku, ianya boleh

menyebabkan perpecahan dalaman dan tercetusnya konflik perkauman yang lebih

besar. Kita tidak mahu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang lagi. Apabila hal ini

berterusan, ianya memberi kesan dan tanggapan negatif yang buruk dari negara

luar. Penulis menekankan betapa pentingnya pendidikan patriotisme dalam

melahirkan warganegara yang setia dan cintakan tanah air dan sanggup berkorban

mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.

6
3.0 CADANGAN

Secara keseluruhannya, penulisan ilmiah yang ditulis oleh Ku Hasnita Ku Samsu

dan Mohd Haizam Mohd Nor adalah baik. Susunan bahasa yang digunakan amat

mudah difahami dan penyusunan dapatan kajian juga adalah baik. Namun begitu,

sebagai pembaca kami mencadangkan agar penulis mempelbagaikan lagi dapatan

sumber rujukan kajian supaya kajian lebih kukuh dan maklumat lebih tepat dan

terkini. Penulis telah membincangkan berkaitan tiga kepentingan utama pendidikan

patriotisme, namun begitu penulis tidak menjustifikasikan kaedah pemilihan tiga

kepentingan tersebut (persefahaman dan penyatuan, pemacu kemajuan negara dan

pelaburan strategik keselamatan negara). Adakah melalui sumber bacaan rujukan

semata-mata, atau dapatan kajian lepas atau temubual bersama pakar-pakar dalam

bidang yang dikupas. Bagi menambah nilai sesuatu penulisan ilmiah, penulis juga

boleh mengkaji dan membawa teori-teori kajian lepas yang mempunyai hubungkait

dengan tajuk yang dipilih. Ini akan menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti

untuk dijadikan rujukan individu lain di masa akan datang.

7
4.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, pendidikan patriotisme dilihat sebagai agen utama dalam

membentuk sebuah negara bangsa yang maju, berdaulat dan sejahtera. Pendidikan

patriotisme secara formal mahupun tidak formal seharusnya bermula di dalam

sesebuah keluarga seseorang individu itu sendiri seawal usia kanak-kanak lagi. Bak

kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Pendidikan patriotisme ini

perlu dilaksanakan dengan tepat, menyeluruh dan berterusan melibatkan semua

pihak bermula dari individu, keluarga, institusi pendidikan, agensi kerajaan, sektor

swasta mahupun media massa. Pelbagai langkah, program, aktiviti mahupun

cetusan idea perlu diperkukuh dan dilaksanakan begi menyuburkan semangat

patriotisme dan memastikan ianya sentiasa utuh dalam diri setiap individu di

Malaysia. Di zaman era globalisasi yang semakin mencabar, platfom media sosial

seperti ‘tik tok’, ‘Instagram’ mahupun ‘facebook’ boleh digunapakai bagi

menyebarluaskan kefahaman dan nilai patriotisme di Malaysia. Hal ini kerana

majoriti daripada individu yang mengakses aplikasi ini terdiri daripada golongan

muda dan merekalah tonggok negara di masa akan datang.

8
5.0 RUJUKAN

Hidayah Zainuddin, N., (2014). Hubungan Antara Kepimpinan Islam Dan Komitmen

Kerja Pensyarah: Kajian Di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Tesis

Ijazah Sarjana.Universiti Malaya.

Rohaimi Ishak & Ramlah Jantan (2015). Tinjauan Persepsi Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah. Asian Education Action Research Journal

(AEARJ), Vol.4 (ISSN 2289-3180).

Syaidatull, A. R., Razli, C. R., & Derweanna, B. S. (2016). The influence of social

media, social engagement and volunteerism towards university’s youth

leadership participation in East Coast, Malaysia: A conceptual paper. Research

Journal of Applied Science, 11(11), 1344-1349.

9
ARTIKEL 2:

ISU-ISU SEKULARISME DALAM RUANG SOSIO-POLITIK DI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Artikel bertajuk ‘Isu-Isu Sekularisme Dalam Ruang Sosio-Politik di Malaysia’

merupakan hasil karya pengarang Azmi Aziz yang mana merupakan penuntut

Universiti Kebangsaan Malaysia dari Fakulti Saiins Sosial dan Kemanusiaan. Artikel

yang terkandung sebanyak enam muka surat ini telah diterbitkan oleh Malaysia

Journal of Society and Space pada tahun 2016. Penulis memulakan penulisan

ilmiahnya dengan menyoroti sejarah negara bangsa di Malaysia dengan

menjelaskan bagaimana tertubuhnya negara bangsa itu sendiri. Beliau menjelaskan

betapa sokongan dari aspek yang menyeluruh oleh masyarakat ketika itu adalah

penting dalam menggerakkan pemimpin-pemimpin terdahulu mengorak langkah

untuk mencapai negara bangsa.

Penulis menjelaskan semenjak dari tahun 1776 negara kita telah mula ditakluk oleh

kuasa-kuasa barat melalui penjajahan bukan sahaja secara fizikal dan kebendaan,

tetapi juga penjajahan mental yang mana mengubah corak dan peradaban

kehidupan masyarakat kita sehingga ke hari ini. Penjajahan mental yang

dimaksudkan adalah melalui penyebaran fahaman sekularisme yang diacuankan

dari Barat.

10
2.0 ISI DAN HURAIAN

2.1 DEFINISI SEKULARISME

Sekularisme ditakrifkan oleh penulis sebagai istilah yang mempunyai hubungkait

dengan acuan polittik negara. Fahaman ini secara ringkasnya merujuk kepada

pemisahan antara urusan tadbir negara dan hal-hal berkkaitan agama di sesebuah

negara atau dalam kata lain kebebasan kotak fikir seseorang tanpa pengaruh kuasa

lain khususnya pandangan atau aspek keagamaan (Enayat, 2017). Aliran

sekularisme ini juga hanya tertumpu kepada pembuktian secara empirikal kerana

hanya pembuktian ini dianggap benar dan berasas. Jadi segala yang tidak

mennepati kaedah pembuktian empirikal adalah gagal diiktiraf oleh fahaman ini.

Penulis memberi contoh pembuktian melalui ilmu sains yang digarap daripada

pengalaman seorang individu dengan menggunapakai kehebatan pancaindera

ciptaan Allah s.w.t dan dibantu oleh penciptaan teknologi moden. Di sini penulis

menganalogikan kuman sebagai contoh dimana kuman hanya dianggap wujud

setelah saintis atau pakar makmal melihat, dan menganalisa kuman itu secara nyata

dan menggunakan alat bantuan steteskop.

2.2 PENYEBARAN FALSAFAH SEKULARISME

11
Seperti yang diungkap di permulaan artikel, fahaman ini telah mendapat tempat di

dalam masyarakat Tanah Melayu semenjak dahulu melalui medium perjanjian-

perjanjian berbentuk dokumen oleh negara Barat. British juga telah menyebarkan

aliran sekularisme melalui medium pendidikan dengan mencorak pentadbiran sosial,

ekonomi dan politik Malaysia.

Namun begitu, memandangkan Malaysia merupakan salah satu masyarakat yang

berpegang teguh dengan agama (Islam), maka adalah sukar untuk kuasa-kuasa

Barat ini secara totalnya memastikan pemisahan antara agama dan falsafah moden

di Malaysia.

2.3 PENAFIAN KONSEP KETUHANAN

Penulis meneruskan penggambaran penulisan ilmiahnya dengan menjelaskan

hubungkait antara sekularisme dan konsep ketuhanan. Penulis percaya bahawa

mana-mana individu yang bersetuju atau terikat dengan fahaman ini, bermakna

individu tersebut menafikan konsep ketuhanan. Konflik antara fahaman sekularisme

ini dan konsep ketuhanan sentiasa mencetuskan konflik yang tidak berkesudahan

memandangkan Islam merupakan agama rasmi utama negara Malaysia.

Namun begitu, penulis berpendapat bahawa seluruh corak pemerintahan yyang

meliputi sudut politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara haruslah selaras dengan

konsep ketuhanan dan tidak menyimpang dari konsep tauhid agama Allah. Segala

bentuk aktiviti yang memberi kesan negatif dan tidak berlandaskan Al-Quran dan As-

Sunnah haruslah dielakkan walauppun ianya memberi keuntungan mahupun impak

positif terhadap segenap kehidupan manusia.

12
3.0 CADANGAN

Setelah membuat pembacaan ke atas keseluruhan artikel, penulis dilihat harus

mengukuhkan lagi kajian dengan membuat kajian yang lebih mendalam ke atas isu

yang dipilih. Terdapat penjelasan dan gambaran berkaitan sesuatu isu diolah hanya

secara umum dan hal ini membuatkan pembaca hanyut dalam tafsiran sendiri. Kami

juga ingin mencadangkan agar penulis mengklasifikasikan setiap isu itu di bawah

tajuk yang berbeza agar susunan kandungan penulisan lebih mudah difahami

dengan jelas. Cadangan akhir sekali adalah berkaitan dengan rujukan di mana

penulis hanya menjadikan lima pembacaan utama sebagai rujukan bagi menyiapkan

keseluruhan artikel. Malahan tahun terbitan rujukan yang digunakan juga agak

lama. Penulis boleh memperbanyakkan lagi sumber rujukan terkini supaya hasil

penulisan lebih berkesan dan intipati dan persoalan jurnal tercapai.

4.0 KESIMPULAN

Penjajahan dunia barat telah memberi impak yang cukup mendalam dalam

kehidupan masyarakat Malaysia. Isu perbezaan fahaman antara sekularisme dan

dan keagamaan perlu difahami dan dikaji dengan lebih mendalam secara berterusan

bagi memelihara identiti masyarakat Islam di Malaysia khususnya. Tuntasnya,

fahaman sekularisme dan fahaman-fahaman barat yang lain seperti liberalisme,

individualisme dan hedonisme menggerakkan pengamal dan pengikutnya untuk

mendokong kehidupan dunia dan mengetepikan kehidupan ukhrawi (Zaidi Abdullah,

2014).

13
5.0 RUJUKAN

Zaidi Abdullah, M. (2014). Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal-Jamaah (pp. 10–12).

Kurnia Ilham.

Enayat, H. (2017). Islam and Secularism in Post-colonial Thought: A Cartography of

Asadian Genealogies. Islam and Secularism in Post-Colonial Thought: A

Cartography of Asadian Genealogies (1st Ed.). New York: Springer

International Publishing. https://doi.org/10.1007/978-3-319-52611-9/COVER

14
ARTIKEL 3:

ANCAMAN PEMIKIRAN ALIRAN ISLAM LIBERAL KEPADA UMAT ISLAM DI

NUSANTARA: SATU SOROTAN KAJIAN

1.0 PENDAHULUAN

Artikel bertajuk ‘Ancaman Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada Umat Islam di

Nusantara:Satu Sorotan Kajian’ ditulis oleh Wan Ismail Wan Dagang, Mohd Nasir

Masroom, Ahmad Syukran Baharuddin dan Mohd Ismail Mustari pada tahun 2015.

Kesemua penulis merupakan mahasiswa daripada Fakulti Tamadun Islam, Universiti

Teknologi Malaysia Johor Bahru. Tujuan kajian dijalankan adalah bagi melihat

secara lebih terperinci perkembangan ancaman Islam Liberal di Nusantara

khususnya. Para penulis melihat serangan dan ancaman ini sebagai satu keadaan

yang serius dan perlu ditangkis segera.

Secara asasnya, matlamat fahaman ini ialah bagi mengubah cara pemikiran umat

islam dalam membuat tafsiran atau olahan termasuklah menidakkan segala yang

digariskan oleh syarak supaya selaras dengan kemajuan dunia semasa yang

dianggap berfalsafah, maju dan moden. Kajian ini dijalankan bagi melihat dan

menilai ancaman pemikiran Islam Liberal di Nusantara.

15
2.0 ISI DAN HURAIAN

2.1 PERKEMBANGAN LIBERALISME

Penulis membahaskan tetang akar searah fahaman liberalisme yang mana ia

merupakan ideologi barat yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusai

seperti politik, sosial dan ekonomi. Proses peyebaran dan perkembangannya

diteruskan dengan pengliberan agama Kristian seawal era Renaissace. Setelah itu

sekitar abad ke 20, para Ilmuan Islam turut terpengaruh dan menyebar luaskan

pemikiran ini. Di Nusatara, Indonesia dianggap sebagai perintis pertama

sehinggalah fahaman ini bertapak di Malaysia.

Jika dikaji dan dilihat dari perspektif agama, Ahmad Munawar, WanKamal & Zaizul

(2018) menyatakan golongan liberal ini berpendapat segala kepercayaan yang

dianggap sebagai tradisi walaupun terdapat pembuktian dari sudut syarak boleh

diubahsuai, dikaji dan dipertimbangkan mengikut arus permodena semasa. Sebagai

contoh, amalan sunnah Rasulullah s.a.w adalah tidak releven untuk dibudayakan

dan diadaptasi kerana ia ha. Sebagai contoh, amalan sunnah Rasulullah s.a.w

adalah tidak releven untuk dibudayakan dan diadaptasi kerana ia hanya sesuai

dipraktikkan di Tanah Arab.

16
2.2 CIRI-CIRI ISLAM LIBERAL

Para penulis telah menyenaraikan beberapa ciri penting islam liberal. Pertama,

mempunyai sifat sekularisme. Sekularisme dibahaskan oleh penulis sebagai daya

fikir moden yang cuba membebaskan dan mengasingkan hal-hal keagamaan

dengan urusan pentadbiran manusia kini. Fahaman ini dianggap sebagai ancaman

besar kepada agamawan kerana hal ini akan melemahkan akidah dan sedikit demi

sedikit menghakis pegangan agama umat Islam (Faiz, Halim & Azmi, 2012). Doktrin

utama yang dibawa ialah kebebasan hak asasi manusia termasuklah soal

keagamaan.

Seterusnya fahaman liberal ini juga melihat udang-udang islam sebagai ‘tidak adil’

dan mempertikaikan undang-undang Allah. Masing-masing melontarkan hujah dan

pandangan seolah-olah perudangan Islam adalah tidak relevan, zalim, dan berat

sebelah. Golongan ini juga tidak melihat ulama’ sebagai individu yang boleh

dijadikan rujukan, dihormati atau diberi hak untuk melotarkan satu-satu pandangan

yang dianggap tepat. Sesiapa sahaja diaggap berhak melontarkan padanga,

berbincang dan mencari solusi terhadap setiap permasalahan. Akhir sekali,

liberalisme juga berpendapat bahawa setiap individu adalah bebas untuk mentafsir

naskah Al Quran kerana penilaian dan kefahaman setiap manusia itu berbeza.

Pengkajian Al-Quran adalah perlu bagi mereka untuk memastikan agama Islam

seirig degan keperluan dan keadaan semasa dunia dan tidak lapuk.

17
2.3 ISU PLURALISME, GENDER STRATA DAN PERTAHANAN HAK ASASI

Para penulis menggariskan beberapa isu penting fahaman liberalisme ini seperti isu

pluralisme agama. Pluralisme mendokong falsafah kesamarataan, kebenaran dan

mengakui wujudnya tuhan secara mutlak dalam setiap agama (Fauzi Yaacob, 2011).

Mereka percaya bahawa setiap agama diseru untuk melakukan kebaikan dan

menganggap semua masyarakat yang menyembah tuhan mereka adalah beragama.

Isu kedua yang dikupas ialah isu kesamarataan jatina. Golongan berfahaman

liberalisme ini juga memperuangkan persamaan gender antara lelaki dan wanita dan

menganggap undang-undang islam adalah zalim dan menindas wanita. Akhir sekali

penulis mengulas isu berkaitan ‘LGBT’ - lesbian, gay, bisexual dan transgender yang

diperjuangkan dan dipertahankan oleh fahaman ini dan mereka yang menolak dan

mengkritik golongan LGBT dianggap berfikiran kolot dan sempit.

2.4 FAKTOR PENARIK LIBERALISME

Penulis meneruskan penerokaan ilmiahnya denga menjelanskan tentang medium-

medium penarik kepada fahaman liberal. Ini termasuklah ianya dipelopori oleh

tokoh-tokoh islam yang terkenal, berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas.

Kedua, golongan ini sentiasa mengetengahkan isu-isu penting yang dekat dengan

18
masyarakat islam seperti toleransi agama, pemikiran kolot masyarakat islam,

perkongsian nilai-nilai sejagat kearah kesejahteraan masyarakat dan hak

kesamarataan dan keadilan wanita.

3.0 CADANGAN

Artikel bertajuk ‘Ancaman Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada Umat Islam di

Nusantara:Satu Sorotan Kajian’ ditulis oleh Wan Ismail Wan Dagang, Mohd Nasir

Masroom, Ahmad Syukran Baharuddin dan Mohd Ismail Mustari secara

keseluruhannya mudah difahami dan kaedah penggunaan bahasa adalah jelas dan

tersusan. Setelah menelusuri pembacaan, penulis boleh memperbanyakkan lagi

sumber bacaan dan rujukan supaya mengukuhkan lagi kajian. Memandangkan isu

yang dibincangkan ini semakin menular dalam masyarakat Malaysia, kajian yang

lebih jelas dan terperinci berbentuk kuantitif boleh dilaksanakan bagi mengkaji

fahaman ini dengan lebih khusus supaya semua pihak dapat berganding bahu

menyekat fahaman dan ideologi ini dari terus menular di Malaysia khasnya.

4.0 KESIMPULAN

Tuntasnya ancaman islam liberal adalah isu yang perlu dipandang serius oleh

semua. Jika tidak ia akan menjadi kudis yang akan merosakkan agama dan akidah

umat islam. Segala usaha dan dakwah perlu digerakkan bagi menyekat penyebaran

fahaman ini dan umat islam perlu sedar dan kembali kepada hakikat bahawasanya

mentauhidkan Allah merupakan kewajipan berlandaskan sumber Al-quran dan As-

Sunnah. Pemimpin-pemimpin islam perlu bangkit dan tangani segera permasalahan

19
ini atau kita akan melihat anak muda dan generasi akan datang sedikit demi sedikit

terpengaruh dan akhirnya tewas dalam lembah kemaksiatan (Syafiq, Sarah,

Jazlynda, Hani, & Sabrina, 2022). Kita perlu ingat yang generasi muda hari ini

merupakan harapan dan tonggak kepimpinan negara di masa akan datang. Oleh

itu, ancaman-ancaman falsafah seperti ini tidak harus dibiarkan kerana kita tidak

mahu pemimpin di masa akan datang seolah-olah ketam mengajar anaknya berjalan

dengan betul.

`
5.0 RUJUKAN

Faiz Ismail, M., Halim Tamuri, A., & Azmi Jasmi, K. (2012). Pengaruh Elemen Islam

Liberal Terhadap Aqidah Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu

Tinjauan Awal. International Conference on Research in Islamic and Arabic

Language Education, 288–300.

Fauzi Yaacob, M. (2011). The Challenge of Religious Pluralism in Malaysia.

Retrieved

from http://www.iop.or.jp/Documents/1121/Journal21_Yaacob.pdf

Munawar Ismail, A., Kamal Mujani, W., & Ab. Rahman, Z. (2018). Liberalism,

Extremism and Media in the Era of Convergence. International Journal of Civil

Engineering and Technology (IJCIET), 9(10), 831–840.

20
Syafiq Yusof, A., Sarah Izhan, S. K.,Jazlynda Zamri, N., Hani Shahidan, S., &

Sabrina

Kamsan, N. (2022). Liberalisme: Peranan Pemimpin Muda Islam.International

Journal of Islamic Productsand Malay Civilization,1(1), 63-82.

21

Das könnte Ihnen auch gefallen