Sie sind auf Seite 1von 42

ASAS PEMBUATAN PAKAIAN (VCD 3033)

PENGHILANGAN
GELEMBUNG
PENGHILANGAN GELEMBUNG

➢ Cara menghilangkan lebihan fabrik pakaian untuk


Mendapatkan bentuk dan padanan yang elok.

Tujuan:
•Sebagai hiasan, memberi bentuk, memberi
padanan dan drep yang lebih elok.

•Mengecil dan membesarkan bahagian pakaian.


Cara menghilangkan gelembung ialah dengan
menjahit: Lisu pemadan, Kedut lepas
FAKTOR PENGHILANGAN GELEMBUNG

➢ Stail pakaian: Lisu pemadan dijahit pada pakaian sama sendat,


Kedut lepas dijahit pada pakaian longgar.

➢ Jenis pakaian: Kedut lepas atau lisu dijahit pada pakaian mengandung

➢ Jenis fabrik yang digunakan: Kedut lepas sesuai dibuat pada fabrik
lembut.

➢ Bahagian pakaian: Lisu pemadan dijahit pada bahagian pinggang, kedut lepas
dijahit pada kepala lengan.
JENIS
PENGHILANGAN
GELEMBUNG
• Lisu pemadan cembung

• Lisu pemadan cekung


LISU
PEMADAN • Lisu tergantung

• Garis puteri
LISU PEMADAN

CIRI KEDUDUKAN KEGUNAAN

o Bentuknya runcing o Di pinggang o Memberi bentuk


o Tidak bergulung o Di rusuk blaus o Mengurangkan
LISU
Panjang dan lebar lisu o Di bahu lebihan fabrik
PEMADAN
mengikut keperluan o Sesuai untuk fabrik
pemakai tebal dan sederhana
o Rata dan tidak tebal
beralur
LISU
PEMADAN
CEMBUNG
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1

➢ Tandakan kedudukan lisu Pemadan

Langkah 2

➢ Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di


garis pemadan
➢ Pastikan kedua-dua garis pemadan bertemu
➢ Semat dan jelulujur
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 3

➢ Mulakan menjahit mesin dari bahagian yang lebar


ke bahagian yang tirus
➢ Jahit dua hingga tiga mata jahitan yang akhir di
atas lipatan fabrik untuk mengelakkan gelembung
pada hujung lisu
➢ Kemaskan hujung benang dengan
menyusupkannya di atas mata jahitan
Langkah 4

➢ Tekan lisu
LISU
PEMADAN
CEKUNG
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1

➢ Tandakan kedudukan lisu Pemadan

Langkah 2

➢ Temukan sebelah luar fabrik dan Sematkan di


garis pemadan
➢ Pastikan kedua-dua garis pemadan bertemu
➢ Semat dan jelulujur
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 3

➢ Mulakan menjahit mesin di garis pinggang ke satu


hujung tirus
➢ Tindih mata jahitan awal sepanjang 2cm di garis
pinggang dan mesin ke hujung satu lagi
➢ Susup semu hujung benang
Langkah 4

➢ Snip di garisan pinggang sehingga 5mm dari garis


jahitan untuk mengurangkan tegangan pada lisu
membolehkan lisu melengkung dengan rata
➢ Kemas tepi yang di snip dengan jahitan insang
pari
➢ Tekan lisu
LISU TERGANTUNG
GARIS
PUTERI
LISU-LISU
• Lisu beriring

• Lisu terbalik

• Lisu setentang

• Lisu perhiasan
LISU BERIRING
Lisu yang disusun dengan
menggunaikan satu arah sahaja
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1

➢ Tandakan garis lipatan lisu pada fabrik

Langkah 2

➢ Lipat lisu mengikut hala yang dikehendaki


➢ Tekan dan semat peniti
➢ Jahit jelujur tegak / serong ditengah lisu untuk
mendapatkan kedudukan lisu
LANGKAH-LANGKAH

Langkah 3

➢ Tetapkan lisu dengan jahit tindih atau jahit mesin


➢ Lisu juga boleh dilepaskan
➢ Empat cara menetap lisu:
i. Dijahit mesin pada tepi jahitan
ii. Dijahit mesin 3mm-5mm dari tepi lipatan
iii. Dijahit mesin 3mm-5mm dari tepi lipatan dan
bersudut di bahagian hujung
iv. Dijahit mesin 3mm-5mm dari tepi lipatan dan
tirus dibahagian hujung
LISU SETENTANG

Dibuat dengan menggunakan dua lisu


beriring. Satu menghala ke kiri dan satu
lagi menghala ke kanan.
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1

➢ Tandakan garis lipatan lisu pada fabrik

Langkah 2

➢ Lipat lisu
➢ Tekan dan semat peniti
➢ Jahit jelujur tegak / serong ditengah lisu untuk
mendapatkan kedudukan lisu
LANGKAH-LANGKAH

Langkah 3

➢ Tetapkan lisu dengan jahit tindih atau jahit mesin


dari sebelah dalam atau lisu dilepaskan
LISU TERBALIK

Lisu terbalik dibuat dengan menggunaka


dua lisu yang berlawanan dengan lisu
setentang.

Ia merupakan lisu beriring dengan tepinya


bertemu ditengah- tengah di SL pakaian.
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1

➢ Tandakan garis lipatan lisu pada fabrik

Langkah 2

➢ Lipat lisu mengikut hala yang dikehendaki


➢ Tekan dan semat peniti
➢ Jahit jelujur tegak / serong ditengah lisu untuk
mendapatkan kedudukan lisu
LANGKAH-LANGKAH

Langkah 3

➢ Tetapkan lisu dengan jahit tindih atau jahit mesin


dari sebelah dalam atau lisu dilepaskan
X-Y = Tapak lisu
Z-X = Lebar lisu
Y-Z = Lipatan bawah lisu
LISU PERHIASAN
KEDUT LEPAS
KEDUT LEPAS
• Kedut lepas adalah kedut-kedut kecil yang
dihasilkan dengan cara menarik satu atau dua
garis jahitan mesin kasar atau jelujur halus.

KEDUT LEPAS • Kedut lepas dijahit untuk menghilangkan


gelembung dan memberi bentuk pada pakaian.

• Ia juga boleh digunakan sebagai perhiasan.


Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjahit kedut lepas:

1. Kedut lepas dihasilkan dengan menjahit dua baris jahitan mesin


kasar atau jelujur halus.
2. Kedut lepas dijahit pada benang pakan supaya ia tergantung dengan elok.
3. Saiz mata jahitan untuk fabrik yng jarang dan ringan ialah tiga mata jahitan
untuk 1 cm.
4. Besarkan mata jahitan untuk fabrik tebal.
5. Emaun fabrik yang diperlukan ialah 1 ½ -3 kali ganda lebar siap.
6. Gunakan benang yang kukuh.
7. Tarik serentak kedua-dua benang bawah untuk mendapat hasil kedut lepas
yang elok.
CIRI KEDUT LEPAS
YANG BAIK

• Diseratakan dengan elok.


• Dijahit rata dan kukuh pada
garisan pemadan.
• Tidak terlipat.
• Tergantung dengan elok.
CARA MENYEDIAKAN KEDUT LEPAS

1. Jelujur halus
•Gunakan dua lembar benang yang kukuh
•Jahit dua baris jelujur halus dengan
menggunakan benang kontras dengan
warna fabrik

2. Jahit mata kasar


•Gunakan benang dan mesin jahit
•Longgarkan tegangan benang atas
•Jahit satu baris 0.6 cm di atas garis pemadan dan
satu baris 0.6 cm
di bawah garis pemadan
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KEDUT LEPAS
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1

➢ Tandakan garis lipatan lisu pada fabrik

Langkah 2

➢ Temukan sebelah luar fabrik


➢ Padankan kelim, tanda imbang, garis tengah dan
garis pemadan
➢ Sematkan dengan peniti
➢ Lilitkan hujung benang pada peniti
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 3

➢ Tarik benang bawah serentak


➢ Seratakan kedut
➢ Lilitkan hujung benang pada peniti bentuk 8 untuk
menahan kedut dari terlepas

Langkah 4

➢ Buka lilitan benang dari peniti


➢ Ulang proses menarik kedut pada sebahagian lagi
➢ Lilit semula benang pada peniti
➢ Seratakan kedut dan sematkan peniti
➢ Jahit jelujur pada garis pemadan
LANGKAH-LANGKAH
Langkah 5

➢ Jahit mesin pada garis pemadan


➢ Pastikan bahagian berkedut berada di atas
➢ Cabut benang jelujur
➢ Betulkan bentuk kedut

Langkah 6
➢ Tekan dari sebelah dalam
➢ Tekan dari bahagian bawah pakaian hala ke kedut
sambil menarik bahagian atas untuk membentuk
kedut
➢ Gunakan hujung seterika. Jangan tekan di atas
kedut kerana ini akan menyebabkan kedut berlipat
➢ Gantung pakaian selepas ditekan supaya kedut
tergantung dengan elok
SMOCKING
PERSEDIAAN UNTUK SMOCKING
• Tandakan kain dengan titik-titik yang sama jaraknya. Titik-titik itu mestilah lebih rapat di kain yang
nipis dan lebih jarang di kain yang tebal. Jika menggunakan tekap dagangan, seterikakan tekap itu
di sebelah dalam kain. Di kain corak dam, kain itu boleh dikedutkan dengan dijelujur ke atas dan ke
bawahcorak dam itu. Cara ini menggunakan lebih banyak kain tetapi kelihatan lebih kemas.
Kain-kain jenis lain boleh dikedutkan dengan cara ini juga.

• Apabila mengedutkan kain, mulakan kira-kira 2” daripada tepi untuk membuat kelim. Gunakan
secukup benang bagi tiap-tiap baris kedut supaya tidak bersambung-sambung. Dengan sebelah
dalam kain berhadapan jahit jelujur panjang di antara titik-titik itu kemudian jelujur pendek di
belakang tiap-tiap titik.

• Siapkan semua baris-baris kedut. Tarik lembar benang berpasang dan lilitkan hujung benang itu
pada jarum peniti di hujung baris mengikut bentuk nombor lapan. Aturkan lisu-lisu itu dengan jarum
peniti supaya ianya sama rata.

• Kendurkan benang secukup lebar yang dikehendaki supaya lisu-lisu itu jauh sedikit antara satu
dengan lain.

• Ikat benang itu berpasangan.


TERIMA KASIH

Das könnte Ihnen auch gefallen