Sie sind auf Seite 1von 6

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

KALI KEDUA 2022


SMK DATO’ SERI WAN MOHAMED, GERIK PERAK

Tarikh 7 April 2022


Masa 10.50 am – 12.00 pm
Tempat Bilik Gerakan
Pengerusi Hj Abd Rahman Bin Sharif (Penolong kanan HEM)
Setiausaha En Muhammad Azam Bin Mohd Jamil
Pen. Setiausaha Pn Saufiah Binti Mohamed Adnan
Kehadiran

HADIR
1 Hj Abd Rahman Bin Sharif PK HEM
2 En Muhammad Azam Bin Mohd Jamil Setiausaha
3 Pn Haslina Binti Musa SSDM Amalan Baik
4 Pn Noor Aini Bt Abd Radin Unit Kaunseling
5 Pn Fatim Nadia Bt Ishak Biasiswa
6 Pn Neng Haslina Bt Mohd Hanupiah Keceriaan
7 Pn Awanis Bt Ahmad Pengawas/Pencegah Jenayah
8 Pn Mariah Bt Mat Zain MKT
9 Pn Azizah Binti Mohd Shah @ Khalid SPBT
10 Pn Norhabsah Md Yusof Kantin
11 Cik Ismalinda Bt Kamal Bahri APDM
12 Pn Siti Solehah Binti Norbashah BAP
13 Ustaz Omar Saifodin Bin Haji Ali MAKDIS
14 En Mohd Aminurrashid Bin Mohamad Shafie Kesihatan
15 En Shahrin Bin Ramli SARANA
16 En Musmizarmi Bin Mustafa Ketua Guru Disiplin
17 En Mohammad Adnan Bin Mat Hussin KWAMP

TIDAK HADIR BERSEBAB


- Tiada
AGENDA MESYUARAT
1.0 Ucapan pengerusi
2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat bil.1/2022
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Jawatankuasa baharu HEM 2022
5.0 Pembentangan perancangan setiap Unit Hem 2022
6.0 Hal-hal lain
7.0 Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab oleh Pengerusi. Beliau
mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen dan kehadiran guru-guru bawah
unit HEM ke mesyuarat HEM kali kedua bagi sesi 2022.
Tindakan: Makluman semua setiausaha Unit HEM

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1/2022


Minit mesyuarat bilangan 1/2022 telah dibentangkan oleh Setiausaha sesi 2021, Cik Ismalinda
Kamal Bahri. Minit ini telah dicadangkan untuk diterima oleh semua ahli mesyuarat oleh En
Muhammad Azam Bin Mohd Jamil, Setiausaha HEM sesi 2022; dan disokong oleh Pn Neng
Haslina Binti Mohd Hanupiah.
Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


(Rujuk maklum balas)

4.0 JAWATANKUASA BAHARU HEM 2022


4.1 Berikutan perpindahan beberapa guru dari SMK Dato’ Seri Wan Mohamed, Unit
HEM telah membuat satu pertukaran kecil antara ahli Unit yang melibatkan
pertukaran dalam.
1. Puan Mariah Binti Mat Zain – MKT
2. En Muhammad Azam Bin Mohd Jamil – Setiausaha HEM 2022
3. Cik Ismalinda Kamal Bahri – Guru Data
Tindakan: Makluman
5.0 PEMBENTANGAN PERANCANGAN SETIAP UNIT HEM 2022
5.1 Unit Ketua Disiplin En Musmizarmi Bin Mustafa
Guru Disiplin En Musizarmi mencadangkan bahawa tempat letak kenderaan bagi
pelajar lelaki dipindahkan dibawah pokok berhadapan dengan surau. Ini adalah
untuk mengelakkan pelajar berkumpul dikawasan surau sebelum masuk ke kelas
pada waktu pertama.
En Musizarmi juga menyeru agar guru-guru lebih awas tentang pergerakan keluar
masuk kelas oleh pelajar kerana terdapat banyak pelajar berkeliaran semasa waktu
PDPC.
Tindakan: makluman guru

5.2 SSDM Pn Haslina binti Musa


Puan Haslina menyeru agar guru-guru mula untuk melaporkan kes amalan baik dan
amalan buruk ke dalam sistem APDM. Semua laporan amalan akan segera disahkan
oleh Puan Pengetua.
Program mengisi amalam baik untuk pelajar juga perlu diadakan semula bagi
menggalakkan pengisian amalan baik didalam sistem SSDM.
Tindakan: makluman guru

5.3 Badan Pengawas Sekolah Pn Awanis Binti Ahmad


Puan Awanis Ahmad memaklumkan bahasa Pengawas masih lagi belum boleh
bertugas seperti biasa atas kekangan SOP 3.0 yang tertakluk dalam sekolah. Namun
begitu, pengawas boleh terlibat dalam aktiviti sekolah dan sekiranya diminta oleh
guru untuk menghulurkan bantuan dan khidmat. Puan Awanis juga ingin membuat
pelantikan pengawas baru bagi calon yang sesuai. Serta, perjumpaan pengawas
sebulan sekali masih akan diteruskan dan watikah pelantikan bagi pengawas yang
dilantik memakai uniform yang lengkap akan diadakan pada masa yang akan
ditetapkan kemudian.
Tindakan: makluman guru

5.4 Majlis Ketua Tingkatan Pn Mariah Bt Mat Zain


Pn Mariah memaklumkan bahawa lantikan bagi majlis ketua tingkatan akan
diadakan bersama dengan perlantikan pengawas sekolah. Guru kelas perlu
memberikan nama ketua dan penolong kelas pada minggu yang pertama kepada
guru majlis ketua tingkatan.
Tindakan: makluman guru
5.5 Kantin Pn Norhabsah Md Yusof
Puan Norhabsah memaklumkan bahawa Kantin akan ditutup sementara waktu
semasa bulan puasa. Jawatankuasa kantin akan bermesyuarat untuk menghiaskan
kantin dan menambah info yang berpatutan untuk keceriaan kantin.
Meja-meja kantin akan diperbanyakkan untuk tujuan makan guru-guru dan pelajar.
Papan kenyataan akan dipenuhkan dengan maklumat berkenaan dengan kantin.

Tindakan: makluman guru

5.6 KWAMP En Mohammad Adnan Bin Mat Hussin


En Mohammad Adnan menegaskan bahawa Ibu bapa/guru kelas perlu
mengemaskini data terbaru dalam APDM untuk mendapatkan duit KWAMP.
Borang telah disediakan dan borang akan diserahkan kepada pelajar mengikut
timeline yang ditetapkan.
Tindakan: makluman guru

5.7 SPBT Pn Azizah Binti Mat Shah @ Khalid


Puan Azizah memaklumkan bahawa Pengagihan buku teks tingkatan 1 akan
diadakan pada hari Isnin 4 April 2022. Orientasi untuk tingkatan 1 akan diadakan
mengikut kelas dan akan dijalankan selama 2 hari. Guru matapelajaran perlu
mengingatkan pelajar untuk membalut buku teks serta menulis nama mereka.
Tindakan: makluman guru

5.8 BIASISWA Pn Fatim Nadia Binti Ishak


Guru kelas perlu mengemaskini APDM untuk melayakkan pelajar memohon
biasiswa. Guru biasiswa akan mengedarkan borang biasiswa pad 23/4 kepada
pelajar untuk memohon biasiswa tahun 2022. Kelayakan pelajar adalah berdasarkan
TP pelajar. Guru kelas perlu mengerah pelajar untuk segera melengkapkan borang.
Tindakan: makluman guru

5.9 UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING Pn Noor Aini bt Abd Radin


Puan Aini memaklumkan bahawa pelajar yang hadir awal ke sekolah akan diberikan
hadiah. Program Ziarah Cakna akan fokus kepada pelajar semua tingkatan dan
bukan hanya pelajar SPM sahaja.Watikah pelantikan PRS akan diadakan bersama
Pengawas dan Majlis Ketua Tingkatan. Orientasi tingkatan 1 dan 4 akan diadakan
pada minggu yang pertama. Kaunselor akan menerangkan subjek elektif yang
pelajar akan ambil.
Tindakan: makluman guru
5.10 UNIT 3K Muhammad Azam Bin Mohd Jamil
Unit Kesihatan, semua program akan diadakan semula seperti biasa seperti yang
direncanakan tahun-tahun sebelum ini. Guru unit kesihatan perlu mengediakan LO
untuk membeli barang-barang baru untuk kegunaan kesihatan. Latihan Kebakaran
akan diadakan semula kerana sudah dua tahun latihan kebakaran tidak diadakan.
Tindakan: makluman guru

5.11 SARANA En sharin Bin Ramli


En Sharin memaklumkan bahawa Jawatankuasa ini melibatkan ibubapa, oleh itu,
program dalam sekolah masih belum sesuai untuk diadakan. Namun, jawatankuasa
ini boleh merancang aktiviti diluar sekolah sebagai aktiviti komuniti yang
melibatkan ibu bapa.
Rancangan yang boleh diadakan ialah gotong-royong dan sukan. Semua aktiviti
tertakluk kepada SOP. Guru SARANA perlu mengambiltahu tentang sumbangan
yang diberikan kepada sekolah untuk membuat laporan.
Tindakan: makluman guru

5.12 KECERIAAN Pn Neng Haslina Binti Mat Hanupiah


Gotong-royong akan diadakan namun menunggu arahan dahulu. Barang keperluan
seperti penyapu, penyodok dan pemadam papan putih perlu disediakan oleh pejabat
untuk diberikan kepada semua guru kelas. Guru keceriaan perlu buat kertas kerja
untuk memohon duit keceriaan yang dikutip dari sebahagian sumbangan PIBG.
Papan kenyataan sekolah akan diagihkan kepada semua unit guru untuk dihias.
Pertandingan keceriaan kelas juga akan diadakan semula untuk menaikkan motivasi
pelajar.
Tindakan: makluman guru

5.13 MAQDIS Ustaz Omar Saifodin bin Hj Ali


Sepanjang bulan Ramadhan ini, MAQDIS akan mengadakan aktiviti Ramadhan
seperti biasa. Namun pelancaran Sambutan Bulan Ramadhan tidak sempat
diadakan. Aktiviti sepanjang ramadhan akan diteruskan sepanjang bulan Ramadhan
jika mendapat kebenaran.
Tindakan: makluman guru

5.14 KELAB PENCEGAHAN JENAYAH Pn Awanis Ahmad


Kelab Pencegahan jenayah perlu diaktifkan semula. Kempen akan diadakan 5 minit
sebelum kelas dijalankan setiap hari untuk mengingatkan pelajar tentang jenayah
dan sebagainya.
Tindakan: makluman guru
5.15 BAP Pn Solehah binti Norbashah
Borang akan diberikan mengikut guru kelas dan akan mengikut agihan yang telah
ditetapkan.

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 PK HEM menekankan bahawa Sop masih tertakluk pada sop yang lama dan Pelajar
boleh pakai pakaian yang bersesuaian. Hukuman terhadap kelasalah disiplin seperti
rambut panjang tidak boleh dihukum namun teguran adalah digalakkan
Program-program perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 dan mengadakan
sekurang-kurangnya 3 kali mesyuarat.

6.2 Ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak atas alasan covid-19 tidak boleh
dikenakan tindakan dan Surat amaran 1 2 dan 3 masih boleh dikeluarkan namun
pelajar tidak boleh dikenakan tindakan.

7.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua Setiausaha Unit HEM 2022 ke
mesyuarat bilangan 2/2022. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari dengan bacaan
surah Al-Asr dan tasbih kifarah.

Disediakan oleh Disemak oleh

.......................................... ..........................................
(MUHAMMAD AZAM BIN MOHD JAMIL) (ABDUL RAHMAN BIN SHARIF)
Setiausaha Induk HEM Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Dato' Seri Wan Mohamed SMK Dato' Seri Wan Mohamed

Disahkan oleh

..........................................
(HAMIDATON BINTI SUFFIAN)
Pengetua
SMK Dato' Seri Wan Mohamed

Das könnte Ihnen auch gefallen