Sie sind auf Seite 1von 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 3/2022


SEKOLAH KEBANGSAAN PENJOM 2022

Tarikh : 17 Ogos 2022


Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Perpustakaan

Kehadiran: 1. Puan Wan Maisarah Bt Wan Shuhaimi (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
2. Encik Mohd Hafiez bin Che Yusoff
3. Puan Wan Rumaizah Bt Wan Rosli
4. Puan Siti Fatmawati Bt Abd Ghani
5. Puan Noorfazlina Bt Khamis

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli panitia kerana hadir ke
mesyuarat panitia Bahasa Inggeris kali ketiga tahun 2022.
1.2 Pengerusi juga berharap semua guru Bahasa Inggeris dapat memberi komitmen
maksimum dalam merealisasikan segala aktiviti panitia pada tahun ini.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL


2/2022

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Puan Noorfazlina Bt Khamis


2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Encik Mohd Hafiez bin Che Yusoff

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

4. ISU PROFESIONAL

4.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.1.1 Analisis PBD Matapelajaran Bahasa Inggeris Semester 1/2022


 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pengoperasian PBD untuk bulan
Julai telah selesai.
 Analisis PBD mengikut tahap penguasaan setiap aliran adalah
seperti berikut. (Rujuk Lampiran)

Tindakan: Makluman semua guru

4.2 Pentaksiran Bilik Darjah dan Intervensi

4.2.1 PBD dinilai dari bulan Ogos hingga Disember jadi guru-guru hendaklah
mengadakan proses penjaminan dan pembaikan pelaporan PBD.
4.2.2 Penilaian akhir perlu diadakan pada Januari hingga akhir Februari 2022.
4.2.3 Melaksanakan program intervensi untuk fasa kedua iaitu Januari hingga
Februari untuk murid yang masih dalam TP1 dan TP2.
4.2.4 Program pengukuhan bagi murid TP3 dan TP4 manakala program
pengayaan bagi murid TP5 dan TP6.

Tindakan: Makluman semua guru

4.3 Pelaksanaan Hari Terbuka PBD Pertengahan Tahun sesi 2022/2023

4.3.1 Pelaporan PBD dilaksanakan buat kali pertama bagi tahun 2022 pada
bulan Ogos.
4.3.2 Penyerahan pelaporan PBD kepada ibu bapa/penjaga serta
membincangkan permasalahan dari segi akademik dan sahsiah murid.
4.3.3 Guru membuat pelaporan kehadiran ibu bapa/penjaga semasa Hari
Terbuka Pelaporan PBD tersebut.

Tindakan: Makluman semua guru


5. Hal- hal lain
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap semua guru dapat
menyesuaikan diri dengan pembelajaran norma baharu dan dapat menjalankan
tugas dengan sebaik mungkin.

6. Penutup
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. ………………………………

(WAN RUMAIZAH BT WAN LONG) (WAN MAISARAH BT WAN SHUHAIMI)


Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Bahasa Inggeris,,
Sekolah Kebangsaan Penjom, Sekolah Kebangsaan Penjom,
Kuala Lipis, Kuala Lipis,
Pahang. Pahang.

Das könnte Ihnen auch gefallen