Sie sind auf Seite 1von 10

CARTA ORGANISASI

PANITIA SAINS

PENASIHAT

PENGERUSI

KETUA PANITIA

SETIAUSAHA

AHLI
JAWATANKUASA
MATLAMAT
Pelan Taktikal Panitia Sains 2007 mempunyai matlamatnya yang tersendiri.
Antaranya ialah :

1. Menarik minat murid agar lebih meminati mata pelajaran Sains.


2. Memberi pendedahan tentang Sains terutama kepada murid Tahap 1.
3. Melahirkan murid yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan masalah.
4. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan Sains dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF
Antara objektif yang ingin dicapai oleh Panitia Sains ialah :

1. Meningkatkan peratus lulus bagi mata pelajaran Sains.


2. Meningkatkan minat semulajadi murid terhadap matapelajaran Sains.
3. Menimgkatkan kefahaman murid dalam suatu sesi pengajaran dan
pembelajaran.
4. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara
aktif.
5. Murid lebih memahami istilah, konsep dan fakta sains.
6. Memantapkan pengetahuan murid dalam penguasaan kemahiran proses
sains.
PERANCANGAN AKTIVITI
PANITIA SAINS
2007
MINGGU SAINS

OBJEKTIF :
i. Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains.
ii. Meningkatkan kefahaman dan kebolehan murid dengan melibatkan
mereka dengan aktiviti yang pelbagai.
iii. Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas ke dalam
aktiviti yang disediakan seperti pertandingan rekacipta.
iv. Merangsang minda murid dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang
menarik.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG :


i. Pameran makmal sains.
ii. Pertandingan rekacipta struktur bangunan.
iii. Kuiz Sains.
iv. Hidden Word Puzzle.
v. Crossword Puzzle.
vi. Lawatan ke Petrosains dan Pusat Sains Negara.

SASARAN :
Semua murid.

MASA PELAKSANAAN :
Bulan JUN 2007

CARA PELAKSANAAN :
i. Mesyuarat AJK Minggu Sains untuk pembahagian tugas.
ii. Majlis pelancaran Minggu Sains diadakan pada bulan Jun.
iii. Pameran Makmal Sains diadakan sepanjang minggu tersebut dan dibuka
pada waktu rehat Tahap 1 dan Tahap 2.
iv. Hidden Word Puzzle (Tahun 1, 2, dan 3) dan Crossword Puzzle (Tahun 4
dan 5). Hadiah adalah untuk 2 pemenang bagi setiap kelas.
v. Kuiz Sains (Tahun 6) dijalankan. Hadiah bagi setiap kumpulan, untuk
tempat pertama hingga keempat.
vi. Pertandingan Reka Cipta Struktur Binaan terbuka murid Tahap 2 (terdiri
daripada 5 orang ahli setiap kumpulan). Penyertaan adalah untuk 5
kumpulan. Hadiah disediakan dari tempat pertama hingga kelima.
HIDDEN WORD PUZZLE:

OBJEKTIF :
i. Mengguji kecekapan murid mencari perkataan-perkataan yang dipelajari.
ii. Menguji keboleham murid berfikir dalam menyelesaikan sesuatu soalan.
iii. Memahirkan murid dalam perbendaharaan kata.

SASARAN:
Murid Tahun 1, 2, dan 3.

MASA PELAKSANAAN:
Seminggu dalam setiap bulan.

CARA PELAKSANAAN:
i. Kertas soalan akan dijual dengan harga RM0.20 dan murid akan
mendapat hadiah segera semasa membeli.
ii. Keuntungan daripada jualan akan digunakan untuk membeli hadiah bagi
pemenanang tempat pertama, kedua dan ketiga.
iii. Hadiah akan disampaikan sewaktu perhimpunan rasmi sekolah sebagai
perangsang kepada murid-murid lain.
CROSSWORD PUZZLE:

OBJEKTIF :
i. Menguji kecekapan murid mencari perkataan-perkataan yang dipelajari.
ii. Menguji keboleham murid berfikir dalam menyelesaikan sesuatu soalan.
iii. Memahirkan murid dalam perbendaharaan kata.

SASARAN:
Murid Tahun 4 dan 5

MASA PELAKSANAAN:
Seminggu dalam setiap bulan.

CARA PELAKSANAAN:
i. Setiap murid diwajibkan membeli kertas soalan kerana ia akan ditampal
di dalam buku setelah selesai diperiksa.
ii. Kertas soalan akan dijual dengan harga RM0.20 dan murid akan
mendapat hadiah segera semasa membeli.
iii. Keuntungan daripada jualan akan digunakan untuk membeli hadiah bagi
pemenanang tempat pertama, kedua dan ketiga.
iv. Hadiah akan disampaikan sewaktu perhimpunan rasmi sekolah sebagai
perangsang kepada murid-murid lain.
PELAN TINDAKAN

TAHAP 1

Masalah 1: Murid tidak tahu membaca

Cara mengatasi:
i. Guru perlu memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan murid-murid
dalam kumpulan ini. Contohnya mengeja perkataan.
ii. Murid-murid perlu diberikan bimbingan yang lebih kerap dalam setiap
aktiviti yang dijalankan oleh guru.
iii. Guru memberikan latihan yang berbeza mengikut aras kemahiran
murid.

Waktu perlaksanaan:
Sepanjang masa sehingga murid dapat menguasai kemahiran membaca.

Masalah 2: Murid tidak menguasai Bahasa Inggeris

Cara mengatasi:
i. Guru memperkenalkan satu perkataan dalam sehari (“A Word A Day”)
kepada murid bagi kelas yang mengalami masalah ini. Murid dikehendaki
menulis perkataan dalam satu buku nota khas. Pada hari terakhir setiap
minggu, guru meminta murid menyenaraikan perkataan yang telah
diperkenalkan beserta dengan maksudnya.

Waktu perlaksanaan:
Setiap hari
Masalah 3: Murid tidak memahami kehendak soalan

Cara mengatasi:
i. Guru perlu memperkenalkan dan memberi penekanan tentang frasa
atau ayat-ayat yang terdapat dalam soalan untuk membiasakan murid.
ii. Banyakkan aktiviti penggayaan bagi membantu murid menjawab soalan
ketika ujian atau peperiksaan.

Waktu perlaksanaan:
Sepanjang tahun.

Masalah 4: Murid tidak memahami dan menguasai fakta serta konsep


Sains yang dipelajari.

Cara mengatasi:
i. Guru-guru ETeMS perlu memperbanyakkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan dibantu oleh bahan Bantu mengajar yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran.
ii. Guru perlu melibatkan murid secara aktif semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
iii. Aktiviti pemulihan dan penggayaan perlu diperbanyakkan setiap kali
sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir.
iv. Guru perlu menjalankan eksperimen bagi topic-topik yang sesuai dan
melibatkan semua murid.
v. Guru perlu menggunakan bahan-bahan maujud bagi membentuk
kefahaman murid.

Waktu perlaksanaan:
Sepanjang tahun
TAHAP 2

Masalah 1: Murid tidak menguasai kemahiran proses sains

Cara mengatasi:
i. Guru perlu melatih dan melibatkan murid dengan menjalankan
eksperiman bagi tajuk atau topik yang sesuai.
ii. Membimbing murid dalam menulis laporan eksperimen selepas suatu
eksperimen dijalankan agar murid lebih memahami kemahiran proses
Sains yang dipelajari sehingga mereka dapat melakukan sendiri.
iii. Guru perlu bersoal jawab dengan murid tentang kemahiran proses sains
yang telah diajar untuk memastikan tahap kefahaman murid.

Waktu perlaksanaan:
Sepanjang tahun mengikut kesesuaian tajuk.

Masalah 2: Murid tidak memahami Sains.

Cara mengatasi:
i. Guru memperkenalkan istilah-istilah Sains yang digunakan dalam
sesuatu tajuk atau topic.
ii. Murid menulis istilah sains dalam ‘Buku Istilah’.

Waktu perlaksanaan:
Sepanjang tahun
Masalah 3: Murid tidak memahami dan mengingati fakta, konsep dan
prinsip sains.

Cara mengatasi:
i. Guru perlu melibatkan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
ii. Memperbanyakkan aktiviti pemulihan dan penggayaan setiap kali sesi
pengajaran dan pembelajaran berakhir.
iii. Menjalankan eksperimen dan kajian lapangan bagi topic atau tajuk yang
sesuai.
iv. Mempelbagaikan strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Waktu perlaksanaan:
Sepanjang tahun mengikut kesesuaian.

Masalah 4: Murid tidak memahami kehandak soalan terutama bahagian B.

Cara mengatasi:
i. Guru perlu menerangkan kepada murid pada awal sesi persekolahan
tentang teknik menjawab soalan Bahagian B serta menulis teknik-teknik
tersebut pada muka surat pertama di dalam buku latiahan sebagai
rujukan.
ii. Latih tubi diperbanyakkan.
iii. Guru mengingatkan murid dari semasa ke semasa.

Waktu perlaksanaan:
Sepanjang tahun

Das könnte Ihnen auch gefallen