Sie sind auf Seite 1von 20

SJK ( T ) LADANG CHEMBONG

71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN

HAL EHWAL MURID

2018

1
Motivasi Guru

GURU YANG BAIK


akan bercakap ...

GURU YANG CEMERLANG


akan menerangkan ...

GURU YANG GEMILANG


akan mendemontrasikan ...

GURU YANG TERBILANG


akan menginspirasikan !

2
HAL EHWAL MURID (HEM)
TAHUN 2018

MOTO
BERILMU, BERDISIPLIN & BERKUALITI

VISI HEM
MENJANA MURID YANG BERSAHSIAH MULIA, BERAKHLAK
TINGGI, MEMPUNYAI JATI DIRI SERTA
MENCAPAIKECEMERLANGAN
DALAM AKADEMIK

MISI HEM
MEMBANGUNKAN POTENSI PELAJAR
MELALUI PENGURUSAN HEM BERKUALITI
UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN
BERDASARKAN ASPIRASI NEGARA

3
HAL EHWAL MURID

1. Menjalankan kempen berbudi bahasa.

2. Menjalankan kempen keselamatan, kempen siap-siagaan bencana alam dan


mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

3. Menjalankan kempen anti dadah dan pencegahan jenayah.

4. Memberi bantuan KWAPM, RMT, SBB, SPBT kepada murid-murid yang layak.

5. Menaiktaraf bilik BOSS.

6. Memantau kebersihan / keceriaan kantin.

7. Memantau kebersihan / keceriaan tandas supaya berada dalam keadaan baik, bersih
dan boleh digunakan.

8. Memantau kebersihan / keceriaan bilik darjah.

9. Meminimakan aduan dan menyediakan peti aduan.

10. Meminimakan kes disiplin.

11. Semua murid mematuhi / mengikuti peraturan sekolah.

12. Semua murid tahu mengurus diri.

13. Semua murid memberi kerjasama menjadikan sekolah bersih dan ceria.

14. Semua murid mempunyai motivasi untuk menjadi nadi penggerak belajar dan
mempunyai jati diri dan memanfaatkan program bimbingan dan kerjaya.

15. Semua murid tahu menghormati orang yang lebih tua, memberi salam dan
mengucapkan selamat pagi.

16. Semua murid tahap dua pernah mengikuti kem motivasi / perkhemahan sekurang-
kurangnya sekali semasa berada di sekolah rendah.

17. Semua guru mesti bertanggungjawab dan menepati waktu.

18. Semua guru mengamalkan prinsip ’di mana ada murid di situ ada guru’.

19. Semua guru dan murid bertanggungjawab untuk merapatkan hubungan integrasi
kaum melalui RIMUP dalam acara sukan, perkhemahan, lawatan dan sambutan
bulan kemerdekaan.

20. Semua guru dan murid bertanggungjawab hadir ke sekolah sebelum loceng berbunyi
(Guru hadir sebelum 7.15 pagi dan pulang selepas semua murid balik).

21. Guru bertugas balik pada pukul 2.00 Petang selepas membuat rondaan bersama
GPK Hem selepas tamat sekolah .

CATATAN : Tertakluk kepada pindaan jika berkaitan.

4
PERHUBUNGAN DAN KOMUNITI SETEMPAT

1. Membina hubungan erat, mesra dan bekerjasama dengan pemimpin dan ahli
masyarakat setempat.

2. Membina hubungan erat, mesra dan bekerjasama dengan PIBG dan komuniti untuk
membangunkan sekolah serta mencari dana untuk membiayai aktiviti sekolah.

3. Membina hubungan erat, mesra dan bekerjasama dengan agensi swasta dan
korporat untuk mempertingkat dan memperkasakan sekolah supaya lebih berdaya
maju dan dinamik.

4. Membina hubungan erat, mesra dan bekerjasama menggunakan kepakaran


komuniti terutama ibubapa / penjaga untuk membantu sekolah dalam berbagai
bidang yang diperlukan demi kemajuan sekolah.

5. Membina hubungan erat, mesra dan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti
pihak berkuasa tempatan dan polis untuk membendung kegiatan melanggar disiplin
dan ponteng sekolah demi keselamatan dan kesejahteraan sekalian warga sekolah.

5
JAWATANKUASA BIASISWA TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan biasiswa berpandukan Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Biasiswa.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru dan para pentadbir sekolah.

4. Menjadi perantara di antara KPM, JPN, PPD dan pentadbiran sekolah berhubung semua perkara yang berkaitan
dengan biasiswa.

5. Mengedarkan borang permohonan kepada ibu / bapa / penjaga murid yang berminat untuk memohon biasiswa.

6. Memproses maklumat mengenai latar belakang murid-murid yang dikategorikan layak untuk dipertimbangkan
bagi menerima biasiswa dari guru-guru kelas / guru data / pentadbiran sekolah.

7. Menyediakan senarai pendek mengenai murid-murid yang layak untuk dipertimbangkan menerima biasiswa
setelah mendapatkan pandangan dari guru-guru kelas / guru data / pentadbiran sekolah.

8. Menyediakan dokumen yang berkaitan dengan penerima biasiswa dari guru-guru kelas / guru data / pentadbiran
sekolah.

9. Menyerahkan biasiswa kepada para penerima yang layak setelah menerima arahan dari PPD, JPN, KPM.

10. Memastikan para penerima biasiswa membuat pembayaran setiap keperluan persekolahan yang tertangguh
setelah menerima biasiswa.

11. Membina hubungan komunikasi yang baik dengan guru, kakitangan sekolah dalam proses mendapatkan data-
data murid yang layak untuk menerima biasiswa setiap kali diperlukan.

12. Menyediakan dan menghantar laporan Jawatankuasa Biasiswa kepada Guru Besar, PPD, JPNS pada bila-bila
masa sekiranya diarahkan.

6
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA DATA APDM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan Data APDM berpandukan Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Data APDM.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru dan para pentadbir sekolah.

4. Menjadi perantara di antara KPM, JPN, PPD dan pentadbiran sekolah berhubung semua perkara yang berkaitan
dengan insuran / takaful.

5. Membina hubungan komunikasi yang baik dengan guru, kakitangan sekolah dalam proses mendapatkan data-
data setiap kali diperlukan.

6. Menyelaras proses penyediaan maklumat untuk melengkapkan data-data seperti yang diarahkan oleh pihak
sekolah, PPD, JPNS atau KPM.

7. Menulis, mencetak dan mengedarkan data-data yang diperlukan untuk dihantar kepada pihak yang memerlukan
seperti guru, Guru Besar, PPD, JPNS sekiranya diperlukan.

8. Menyediakan dan menghantar laporan Jawatankuasa Data SMM kepada Guru Besar, PPD, JPNS pada bila-bila
masa sekiranya diarahkan.

7
JAWATANKUASA DISIPLIN TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan pengurusan disiplin serta peraturan sekolah berpandukan
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Disiplin.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru dan para pentadbir sekolah.

4. Menjadi perantara di antara KPM, JPN, PPD dan pentadbiran sekolah berhubung semua perkara yang berkaitan
dengan disiplin.

5. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah

6. Memastikan semua peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

7. Menyediakan laporan disiplin murid dalam buku Rekod Disiplin Murid, Sistem Rekod Kelas dan Sistem
pemantauan yang berkesan.

8. Mengatur jadual tugas pengawas, menyediakan program kepimpinan dan motivasi serta mengadakan
peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannya.

9. Menjadi penyelaras di antara guru-guru dan Guru Besar / PK HEM / PK dalam hal disiplin murid.

10. Melaksanakan hukuman disiplin setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

11. Menjadi Pegawai Perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu / bapa /penjaga murid dalam masalah
disiplin.

12. Menjalankan rondaan dan bekerjasama dengan guru bertugas harian dalam menguatkuasakan peraturan
disiplin.

13. Mengadakan sport check setelah menerima arahan daripada pihak atasan atau pada bila-bila masa apabila
terdapat keperluan yang munasabah.

14. Membantu menyedikan data dan maklumat disiplin (SSDM) kepada KPM, JPN, dan PPD.

15. Menyediakan dan menghantar laporan Jawatankuasa Disiplin kepada Guru Besar, PPD, JPNS pada bila-bila masa
sekiranya diarahkan.

8
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA INSURAN / TAKAFUL TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan insuran takaful berpandukan Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Insuran / Takaful.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru dan para pentadbir sekolah.

4. Menjadi perantara di antara KPM, JPN, PPD dan pentadbiran sekolah berhubung semua perkara yang berkaitan
dengan insuran / takaful.

5. Membina hubungan komunikasi yang baik dengan guru, kakitangan sekolah dalam proses mendapatkan data-
data murid yang telah / belum menjelaskan bayaran insuran / takaful.

6. Mendapatkan maklumat murid dari guru-guru kelas / guru data / pentadbiran sekolah.

7. Memastikan semua murid telah membayar polisi untuk memastikan layak menerima perlindungan insuran /
takaful.

8. Menyediakan senarai pendek mengenai murid-murid yang masih belum menjelaskan bayaran insuran / takaful
dari guru-guru kelas untuk tindakan selanjutnya daripada PIBG atau pihak pentadbiran sekolah.

9. Memastikan pembayaran dilakukan oleh pihak sekolah kepada ejen insuran / takaful sebelum atau pada tarikh
yang ditetapkan.

10. Menjadi pemudah cara di antara ibu / bapa / penjaga murid untuk membuat tuntutan insuran / takaful sekiranya
berlaku kemalangan / kematian di kalangan murid yang telah membayar insuran / takaful.

11. Menyediakan dokumen yang diperlukan dan berkaitan dengan insuran / takaful untuk diserahkan kepada
pentadbiran sekolah.

12. Menyediakan dan menghantar laporan Jawatankuasa Insurans / Takaful kepada Guru Besar, PPD, JPNS pada
bila-bila masa sekiranya diarahkan.

9
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA KANTIN TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan kantin sekolah berpandukan Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Kantin.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru dan para pentadbir sekolah.

4. Menyediakan dokumentasi perjanjian yang diperlukan di antara pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha
kantin serta memastikan sistem fail yang berkaitan dengan hal ehwal kantin dikemaskinikan dari semasa ke
semasa.

5. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan, Kementerian
Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

6. Membantu Guru Besar / GPK HEM dalam urusan harian berkaitan dengan kantin sekolah.

7. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual adalah sesuai dan mengikut syarat perjanjian.

8. Memastikan penyediaan makanan dan peralatan digunakan bersih dan selamat dan harga jualan berpatutan
mengikut syarat perjanjian dan senarai harga sentiasa dipamerkan.

9. Menyelia dan memastikan keadaan kebersihan dan keceriaan dalam dan luar kantin sekolah.

10. Bekerjasama dengan PIBG untuk mendapatkan maklumbalas ibu / bapa / penjaga murid berhubung kualiti
makanan yang dijual di kantin.

11. Mendapatkan maklum balas, pandangan dan nasihat daripada guru-guru terhadap pengurusan kantin.

12. Mengambil tindakan segera terhadap isu dan masalah yang timbul seperti keracunan makanan, harga makanan
dan sebagainya.

13. Memastikan supaya murid sentiasa bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang mulia semasa
menggunakan kantin.

14. Menyediakan dan menghantar laporan Jawatankuasa Kantin kepada Guru Besar, PPD, JPNS pada bila-bila
sekiranya diarahkan.

10
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM ANTI DADAH TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan program anti dadah berpandukan
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Anti Dadah.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru, para pentadbir sekolah dan pihak berkuasa.

4. Menjadi perantara di antara KPM, JPN, PPD dan pentadbiran sekolah berhubung semua perkara yang berkaitan
dengan program anti dadah.

5. Memastikan semua guru, kakitangan dan murid-murid sekolah menyedari kepentingan untuk mengelakkan
kewujudan gejala tidak sihat berkaitan dadah.

6. Menjadi penyelaras di antara agensi anti dadah dan pentadbiran sekolah berkaitan masaalah dadah.

7. Memberi penerangan kepada sekalian warga sekolah tentang bahaya najis dadah.

8. Sentiasa berhubung dengan Agensi Anti Dadah dan Polis untuk tujuan pencegahan dadah.

9. Mengadakan ceramah pencegahan dadah.

10. Menyediakan dan menghantar laporan Jawatankuasa Anti Dadah kepada Guru Besar, PPD, JPNS pada bila-bila
masa sekiranya diarahkan.

11
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan Bimbingan dan Kaunseling berpandukan
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru dan para pentadbir sekolah.

4. Menyediakan rancangan tahunan, program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

5. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik,
temu bual dan perbincangan dengan murid, pentadbir, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

6. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.

7. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada murid melalui sebarang
media yang sesuai.

8. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling melalui tunjuk ajar yang merangsang
perkembangan murid dan mengesan potensi,minat dan sahsiah secara optimum.

9. Wajib melaksanakan program PMD, Sekolah Selamat, Muridku Anakku Sayang. Motivasi / UPSR, Ceramah Polis
/ Bomba / Dadah, Kerjaya, PRS dan program lawatan sambil belajar.

10. Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok secara profesional dan beretika.

11. Mengelola dan menguruskan bilik Bimbingan dan Kaunseling.

12. Menjadi personal perhubungan / seranta sekolah dengan agensi luar yang berkaitan.

13. Merancang dan menyelaras dalam program perkembangan murid seperti kolokium, motivasi dan ketahanan
diri.

14. Membantu menyedikan data dan maklumat B&K kepada KPM, JPN, dan PPD.

15. Menyediakan dan menghantar laporan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling kepada Guru Besar, PPD, JPNS
pada bila-bila masa sekiranya diarahkan.

12
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI TAHUN 2010

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan denggi berpandukan Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Denggi.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru dan para pentadbir sekolah.

4. Menjadi perantara di antara KPM, JPN, PPD dan pentadbiran sekolah berhubung semua perkara yang berkaitan
dengan denggi.

5. Memastikan semua guru, kakitangan dan murid-murid sekolah menyedari kepentingan untuk mengelakkan
kewujudan kawasan menakung air yang menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes.

6. Memastikan keseluruhan kawasan sekolah bebas dari masaalah denggi.

7. Menyediakan jadual tugasan untuk tujuan pemantauan di tempat-tempat yang berisiko tinggi menjadi kawasan
pembiakan nyamuk Aedes.

8. Menjadi penyelaras di antara pejabat kesihatan dan pentadbiran sekolah berkaitan masaalah denggi.

9. Memberi penerangan kepada sekalian warga sekolah tentang bahaya denggi.

10. Sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan untuk tujuan pencegahan denggi.

11. Mengadakan ceramah pencegahan denggi.

12. Menghantar laporan denggi kepada unit HEM di pejabat Pendidikan daerah pada setiap bulan.

13. Menyediakan dan menghantar laporan Jawatankuasa Denggi kepada Guru Besar, PPD, JPNS pada bila-bila masa
sekiranya diarahkan.

13
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN BIASISWA MURID TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan kebajikan dan kesihatan murid
berpandukan Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan
Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Kebajikan dan
Kesihatan Murid.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin
kerjasama yang erat dengan murid-murid, guru-guru dan para pentadbir sekolah.

4. Mengenalpasti dan menyediakan nama murid-murid yang miskin, anak yatim dan yatim piatu.

5. Mendapatkan butiran lengkap mengenai latar belakang murid-murid tersebut.

6. Merancang program untuk mendapatkan sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid-


murid terhadap kebajikan.

7. Menguruskan kebajikan bagi murid yang memerlukan bantuan seperti kemalangan. miskin, rawatan
berterusan, kematian, bencana alam dan kecemasan.

8. Mendapatkan senarai nama murid yang layak mendapatkan bantuan berdasarkan keutamaan dan
keperluan.

9. Menguruskan sumbangan derma dan mengagihkan kepada penerima yang sepatutnya.

10. Menyelaraskan dan menguruskan kutipan derma tabung kebajikan murid.

11. Menguruskan murid-murid yang mendapat sumbangan atau bantuan daripada pihak luar serta
menguruskan insurans murid seperti insuran Takaful Nasional.

12. Menyediakan dan menghantar laporan kepada Guru Besar, PPD, JPNS sekiranya diarahkan .

14
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID

JAWATANKUASA PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan program pencegahan jenayah
berpandukan Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Pencegahan Jenayah.

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru, para pentadbir sekolah dan pihak berkuasa.

4. Menjadi perantara di antara KPM, JPN, PPD dan pentadbiran sekolah berhubung semua perkara yang berkaitan
dengan program pencegahan jenayah.

5. Memastikan semua guru, kakitangan dan murid-murid sekolah menyedari kepentingan untuk mengelakkan
kewujudan gejala tidak sihat berkaitan jenayah.

6. Menjadi penyelaras di antara pihak berkuasa seperti polis dan pentadbiran sekolah berkaitan masaalah jenayah.

7. Memberi penerangan kepada sekalian warga sekolah tentang bahaya jenayah.

8. Sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa seperti polis untuk tujuan pencegahan jenayah.

9. Mengadakan ceramah pencegahan jenayah.

10. Menyediakan dan menghantar laporan Jawatankuasa Anti Dadah kepada Guru Besar, PPD, JPNS pada bila-bila
masa sekiranya diarahkan.

15
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA RMT / PROGRAM SUSU SEKOLAH TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan RMT dan Projek Susu Sekolah
berpandukan Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Bersedia memberi khidmat nasihat yang sesuai kepada pengusaha kantin atau kontraktor pembekal yang
menyediakan bantuan RMT dan Projek Susu Sekolah.

3. Menjalin kerjasama dengan guru-guru kelas untuk mengenal pasti murid-murid yang layak mendapat bantuan
RMT / Susu Sekolah.

4. Bekerjasama dengan PIBG untuk mengenalpasti latar belakang penjaga murid yang memerlukan bantuan RMT
dan Projek Susu Sekolah.

5. Menjadi perantara di antara pihak pembekal RMT / Projek Susu Sekolah dan pentadbiran sekolah.

6. Menyelidik latar belakang murid-murid miskin.

7. Mengurus dan mengendalikan RMT / Projek Susu Sekolah pada masa yang ditetapkan.

8. Mengatur jadual murid menerima bantuan RMT / Projek Susu Sekolah.

9. Mencari pengganti murid sekiranya murid yang menerima RMT tidak hadir ke sekolah.

10. Memastikan murid-murid yang layak menerima bantuan RMT / Projek Susu Sekolah menerima susu / makanan
pada masa yang ditetapkan.

11. Memastikan kualiti makanan yang disediakan oleh pihak kantin memuaskan.

12. Menyediakan dan menghantar laporan kepada Guru Besar, PPD, JPNS sekiranya diarahkan.

16
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA PROGRAM SEKOLAH SELAMAT TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan sekolah selamat berpandukan Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Merancang, mengurus dan melaksanakan sebarang aktiviti, kempen atau program yang berkaitan dengan
keselamatan sekolah untuk dilaksanakan sepanjang tahun.

3. Menjadi perantara di antara pihak berkuasa seperti polis, bomba, pejabat kesihatan, pihak berkuasa tempatan,
syarikat kawalan keselamatan dan pentadbiran sekolah.

4. Memberi ceramah atau penerangan mingguan kepada murid-murid tentang keselamatan diri semasa pergi dan
balik sekolah jika diperlukan.

5. Menjadikan seluruh kawasan sekolah sebagai lokasi selamat untuk belajar.

6. Membina hubungan komunikasi yang baik dengan pihak keselamatan seperti pihak polis / bomba / agensi
pencegahan dadah.

7. Mengurus dan menyelaras ceramah keselamatan yang akan diadakan oleh pihak polis / bomba / agensi
pencegahan dadah / MDR.

8. Melaporkan sebarang perkara yang boleh menjejaskan keselamatan murid, guru dan kakitangan kepada
pentadbir sekolah.

9. Mengurus dan merancang program Ceramah / Kempen Keselamatan selepas peperiksaan UPSR dan PAT .

10. Menyediakan dan menghantar laporan kepada Guru Besar, PPD, JPNS sekiranya diarahkan.

17
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA PROGRAM 3K TAHUN 2018


(KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan
sekolah berpandukan Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua AJK terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti Jawatankuasa Program 3K (Kebersihan,
Keceriaan, Keselamatan).

3. Memastikan semua AJK bergiat secara aktif dalam bidang tugas masing-masing dan menjalin kerjasama yang
erat dengan murid-murid, guru-guru dan para pentadbir sekolah.

4. Merancang program kebersihan dan keceriaan kelas untuk dilaksanakan sepanjang tahun.

5. Merancang, mengurus, membuat lanskap dan menanam bunga untuk keindahan sekolah.

6. Merancang dan menguruskan projek gotong royong, kawasan angkat, melukis mural, menyedia dan menulis
kata-kata hikmah / nilai murni dan melabelkan nama pokok.

7. Menjadikan sekolah sebagai sekolah dalam taman serta menimbulkan kesedaran, minat dan rasa kasih murid
terhadap sekolah.

8. Merancang dan menguruskan kerja-kerja pengindahan kawasan sekolah dan memastikan sekolah sentiasa
dalam keadaan bersih dan indah.

9. Memastikan semua sudut bacaan dalam keadaan kemas dan tersusun.

10. Mengadakan kempen menyumbang buku terpakai untuk sudut bacaan.

11. Memastikan dan menyediakan murid bertugas untuk menjaga kebersihan dan susun atur buku-buku di atas rak.

12. Mengurus dan merancang program ‘Semarak Kasih’ semasa UPSR dan selepas peperiksaan akhir tahun.

13. Menyediakan dan menghantar laporan kepada Guru Besar, PPD, JPNS sekiranya diarahkan.

18
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID (HEM)

JAWATANKUASA SPBT TAHUN 2018

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar, peraturan serta pengurusan SPBT sekolah berpandukan Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat siaran Jabatan Pendidikan serta melaksanakan semua
arahan dan pekeliling SPBT.

2. Mengisi borang maklumat / permohonan SPBT (BPBTR 160/170) dengan betul.

3. Mengedar dan mengumpul borang SPBT 1 1A dan SPBT (G).

4. Mengadakan buku daftar pengedaran borang SPBT 1/1A.

5. Mengedar buku teks kepada guru kelas dan mengemaskini fail SPBT.

6. Menerima bekalan buku teks daripada pengedar / penerbit dan menandatangani nota serahan invois.

7. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT.

8. Mengemaskini buku stok SPBt dan menguruskan bilik SPBT.

9. Mengisi borang permohonan pelupusan buku teks.

10. Menjadi ahli Lembaga Pemeriksa Pelupusan buku teks sekolah.

11. Membantu GPK HEM dalam sebarang masalah dan tindakan lanjut berkaitan dengan SPBT.

12. Memastikan murid-murid menjaga keselamatan dan kebersihan buku teks.

13. Bekerjasama dengan guru data untuk memastikan keberkesanan maklumat murid (APDM).

14. Menyediakan semua bentuk maklumat, rekod, sistem fail, mengawal selia bilik BOSS atau sebarang keperluan
dan urusan-urusan lain berkaitan SPBT.

15. Menyediakan dan menghantar laporan kepada Guru Besar, PPD, JPNS sekiranya diarahkan.

19
20

Das könnte Ihnen auch gefallen