Sie sind auf Seite 1von 16

Syarat permohonan Program Sarjana Pendidikan (Cuti Sekolah):

1. Seorang guru
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Diploma/Sijil Pendidikan @ Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
3. Itu sahaja kelayakan

Program ini ialah coursework mode


Sepanjang kuliah dijangka bermula Ogos 2018 – Disember 2019 kuliah akan dijalankan selama 42 jam kredit.
Bahasa perantaraan ialah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Selain itu, tugasan juga boleh dibuat di dalam
Bahasa Melayu dan Inggeris. Pihak UIAM sedang dalam proses untuk memudahkan guru-guru menghantar projek
penyelidikan dalam Bahasa Melayu kemudian boleh di terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.

Subjek-subjek diatas telah mendapat MQA iaitu MQA bagi mode research, mix mode dan course work. Bagi bidang
kaungseling tiada MQA bagi coursework dan tidak ditawarkan dalam program ini. Bagi kursus TESL proses MQA
sudah dalam proses akhir dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Terdapat 4 komponan kursus yang perlu diambil oleh pelajar. Subjek penuh setiap komponan akan saya berikan di
dalam group dalam masa terdekat.

Diatas adalah contoh jika pelajar mengambil kursus pentadbiran. Subjek teras wajib diambil oleh semua pelajar.
Contoh senarai subjek bagi kursus pentadbiran

Bagi projek penyelidikan, hanya 30 muka surat sahaja perlu disediakan oleh pelajar dengan bimbingan supervisor.
Tiada viva. Perbentangan projek hanya melibatkan bersama supervisor. Projek tersebut mewakili 6 jam kredit.
(Konsep jumlah jam dan paper seperti semasa Ijazah Sarjana Muda/ Degree)
Bagi subjek elektif. 6 jam kredit shj. Pembetulan pada slaid. Pelajar memilih 2 paper sahaja.

Cadangan jadual program. Program ini sangat fleksibal dengan guru. Pihak UIAM akan memastikan pelajar dapat
hadir ke kelas untuk mengikuti kuliah. Selain itu, jika kesuntukan masa memandangkan pada 8/2018 merupakan
sambutan Hari Raya (cuti umum), pihak UIAM sedia mempertimbangkan memulakan program pada bulan 12 2018.
Bentuk strategi pengajaran seperti semasa Ijazah Sarjana Muda

Bergantung kepada pensyarah yang mengendalikan kuliah. Jika ujian pensyarah akan memilih pada hari Sabtu untuk
mengelakkan pertindihan cuti /kerja negeri.
Cara belajar program ini fleksibal. Setiap minggu (@2-3 hari) bergantung kepada pensyarah akan akan menghabiskan
tajuk/subjek dan diakhiri dengan ujian/perbentangan dsb. Pada minggu seterusnya, pelajar akan mempelajari
tajuk/subjek yang baru. Proses ini berulang sehingga mencukupi 42 jam kredit.

*Permohonan boleh dibuat sehingga bulan Julai. Berdasarkan maklumat terkini 29 April 2018 masih ada kekosongan
permohonan. Jika pihak UIAM memaklumkan permohonan sudah penuh saya akan menutup permohonan sebelum
tarikh tamat permohonan.

CARA MENDAPATKAN/BOOKING TEMPAT DAHULU


BORANG PERMOHONAN PROGRAM SARJANA UIAM :
https://drive.google.com/open?id=1TdC19ItbgiJQV7elZfljLH8y5mWXeq_1

1. Lengkapkan borang spt link diatas dan email ke shakila1212@gmail.com @ telegram personal sy ( perlu
maklum pd sy utk rekod). Tajuk email nama penuh dan nama Group. Contoh : SHAKILA DAHALAN GROUP 3
2. Kemudian, masukkan nama penuh / sek rendah@ men di dalam senarai Group yang tn/pn masuk.

CARA MENDAFTAR ONLINE


1. Buat pembayaran sebanyak RM 50.00 ke akaun dibawah.
Layari laman web ICCE seperti diatas. Pilih apply to ICCE.

Pilih apply online


Klik Register Account

Lengkapkan maklumat pendaftaran akaun.


Klik register
Gunakan alamat email dan password yang didaftarkan. Kemudian isi boring seperi biasa.

• *Ambil perhatian – program ini mode part time


• Anda yang berada di kawasan sekitar UIAM Kuantan boleh membuat pemilihan kampus UIAM Kuantan. Jika
ramai permintaan, kursus ini akan juga dibuka di kampus UIAM Kuantan. Jika berminat untuk mengikuti
pengajian di kampus induk anda buat pemilihan di kampus UIAM Gombak.
No akaun pembayaran yuran proses rujuk no akaun CIMB diatas. Hanya RM 50.00 dikenakan ( *potongan khas
untuk program ini shj). Jika telah membuat bayaran tunai semasa taklimat, upload resit berwarna bukti
pembayaran di ruangan yg disediakan.
Setelah borang lengkap diisi. Print this page. Simpan Salinan untuk rujukan. Hantarkan 1 salinan kepada saya ke
shakila1212@gmail.com (nyatakan pada tajuk fail No. Group/ Nama penuh/IC tanpa palang)

Submit. Selesai. Anda boleh membuat semakan maklumat sebelum menekan submit. Pastikan anda save setiap page
jika ingin menanangguhkan proses pendaftaran. Jika borang anda lengkap, masa yang pendek diambil untuk
mengeluarkan surat tawaran. Surat tawaran akan di email kepada anda.

SOALAN LAZIM

1. Bagaimana cara pembayaran yuran?

Bayaran secara tunai. Pihak UIAM memberi kelonggaran membuat ansuran. RM 3500 semasa hari pendaftran,
RM 3000 dibayar sebelum pertemuan kedua.

2. Adakah terdapat biasiswa?


Tidak. Biasiswa ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti program sepenuh masa dan mode research
(penyelidikan) atau mixed mode.

3. Bagaimana pembiayaan Pendidikan?

Terdapat beberapa jenis pembiayaan Pendidikan. Pertama, pelajar blh mencuba memohon PTPTN. Selain itu,
pelajar boleh mengeluarkan KWSP dibawah Pendidikan. Pelajar juga boleh membuat loan peribadi dengan
kadar bayaran balik yang rendah. Pelajar juga boleh merujuk Bank Persatuan yang menawarkan pinjaman
peribadi yang rendah kepada guru. Boleh rujuk bank persatuan berdekatan anda. Bagi bank Agro. Boleh
hubungi Mr . Faris untuk maklumat lanjut:

*Islamic Loan*
*AgroCash-i*
Utk yg perlukan loan bg masters mod cuti sekolah.
✅Pinjam RM15000
✅ Bayar RM296/bulan (tempoh 5 tahun)
Hubungi 01136891185
MR FARIS
4. Apakah mode program ini?
Part time
5. Adakah mempunyai MQA?
Ya. Pihak UIAM sangat menjaga kualiti program. Penerangan MQA seperti diatas.

6. Adakah program ini dibuka di Gombak @ Kuantan?


Program ini dijalankan di kampus induk UIAM Gombak. Jika permohonan pelajar melebihi 30 orang bagi
kursus yang sama, pihak UIAM akan mempertimbangkan membuka kursus tersebut di UIAM Kuantan.

7. Apakah bahasa perantaraan belajar dan tugasan?


Bahasa perantaraan ialah Bahasa Melayu dan B. Inggeris. Bagi yang mempelajari kursus Bahasa Arab dan
TESL Bahasa perantara mengikut bidang anda termasuk juga tugasan/ projek penyelidikan. Fakulti
Pendidikan membenarkan tugasan dihantar dalam Bahasa Melayu. Bagi projek penyelidikan boleh
dihantar di dalam Bahasa Melayu kemudian perlu diterjemah ke Bahasa Inggeris. Sebarang maklumat
tambahan akan sy maklumkan.

8. Adakah terdapat kemudahan baby care?


Ya. Pihak UIAM menyediakan kemudahan edu care kepada pelajar. Maklumat lanjut kemudahan tersebut
akan dikongsikan kemudian.

9. Adakah terdapat penginapan?


Ya. Pihak UIAM menyedikan penginapan kepada pelajar. Tetapi, pelajar perlu membuat tempahan awal
bilik tersebut. Selain itu, pihak UIAM juga menyediakan home stay yang boleh dikongsi antara pelajar atau
dengan keluarga.

10. Berapa lama kuliah dalam cuti sekolah?


Jika merujuk jadual 5 hari bagi menghabiskan setiap modul. Namun, budi bicara pensyarah boleh
memendekkan tempoh kelas antara 2-3 hari.

11. Boleh saya dapatkan spesifik subjek?


Boleh. Saya akan masukkan di dalam group spesifik subjek setelah mendapat daripada Prof . Madya
Borhan (Dekan) penyelaran program.

12. Bagaimana jika saya tidak dapat hadir kuliah?


Perlu memaklumkan kepada pensyarah. Anda perlu menggantikan subjek yang tertinggal dalam
perjumpaan seterusnya. Anda perlu membuat rundingan dengan pensyarah kursus.
13. Berapa pilihan kursus yang boleh dibuat.
3 pilihan. Jika pilihan 1 tidak mendapat sambutan, pihak UIAM akan menawarkan kursus pilihan lain yang
anda senaraikan semasa mengisi borang.

14. Pgkhususan kurikulum n instruksi tu kan dipecahkan kpd subjek tertentu.,jd adakah kelas tu nt akan
dipecahkan ikut subjek yg dipilih?
Tidak. Hanya tajuk projek penyelidikan sahaja yang berbeza mengikut subjek.

15. Saya berminat bidang Pendidikan khas/ Pendidikan Awal Kanak-Kanak?


Boleh dibawah program Kurikulum dan Instruksi. Semasa projek penyelidikan menjurus kepada bidang
Pendidikan khas @ Pendidikan Awal kanak-kanak. Pihak UIAM akan mengeluarkan surat bahawa anda
specialis bidang tersebut.

16. Bagaimana nama program ini di dalam transkrip?


Ijazah Sarjana ( bidang kursus anda). Di dalam transkrip akan disenaraikan subjek-subjek yang diambil
oleh pelajar. Kemudian, pihak UIAM boleh mengeluarkan pengesahan bidang khusus pelajar merujuk
projek penyelidikan pelajar.

17. Adakah perlu saya email Salinan IC dan Sijil kepada puan?
Tidak perlu kerana pelajar akan mengisi secara online dan upload dokumen di dalam sistem. Cuma
pastikan semua salinan dibuat pengesahan. Bagi yang hadir taklimat borang yang diisi semasa taklimat
sebagai backup oleh pihak pendaftar. Pelajar masih perlu mengisi permohonan secara online.

SAYA BERHARAP MAKLUMAT INI MEMBANTU TN/PN.

Das könnte Ihnen auch gefallen