Sie sind auf Seite 1von 2

PERSAMPELAN

 Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat, atau


fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji.
 Persampelan merupakan proses memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat, atau
fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar
(orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih.
 Tujuan persampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi
(orang, institusi, tempat, atau fenomena).
 Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi
dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji
mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat
generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut.
 Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah
berkenaan dari populasi yang disasarkan.

Persampelan Kebarangkalian (secara rawak)

Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif.


Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu
subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian.

Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz
populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek,
pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah persampelan rawak. Rajah di bawah
menunjukkan proses prosedur persampelan kebarangkalian.

Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam
penyelidikan bersifat kualitatif. Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan
sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Secara amnya, sifat sampel dan kondisi persekitaran atau seting penyelidikan mesti diambil kira
sebelum membuat sesuatu generalisasi. Kesahan luaran adalah setakat mana dapatan
penyelidikan boleh digeneralisasi kepada populasi. Generalisasi yang dibentuk melalui
pensampelan mudah dan pensampelan bertujuan boleh dipercayai jika terdapat data yang
menunjukkan bahawa sampel yang digunakan mewakili populasi untuk pemboleh ubah yang
relevan. Namun, kedua-dua jenis pensampelan ini tidak boleh menjamin sampel mewakili
populasi untuk semua pemboleh ubah yang relevan.

INSTRUMEN

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika menjalankan
sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data sepeti
mana yang dikehendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian.

Langkah pertama dalam memastikan kualiti instrumen ialah dengan memastikan kesahan
instrumen yang digunakan. Langkah kedua adalah menentukan kebolehpercayaan. Dalam
kesahan Instrumen aspek kandungan adalah aspek penting dalam memastikan item ujian yang
digunakan benar-benar sah. Kesahan sesuatu alat pengukuran atau instrumen merujuk kepada
sejauh mana instrumen berkenaan dapat mengukur aspek yang diperlukan. Salah satu contoh
kaedah yang sering digunakan dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
atau soal selidik kajian ialah kaedah soal selidik. Untuk soal selidik yang dibina oleh seseorang
pengkaji perlu diuji kesahan muka dan kesahan kandungannya.

Das könnte Ihnen auch gefallen